1
00:01:06,441 --> 00:01:08,777
- Pergi hadiri pengebumian.
- Siapa?

2
00:01:09,903 --> 00:01:12,864
Ibu mentua ketua Pusat Beli-Belah Taeyang.

3
00:01:13,615 --> 00:01:15,200
Bukankah sekarang dah lewat?

4
00:01:15,784 --> 00:01:17,452
Esok jadual saya penuh.

5
00:01:18,203 --> 00:01:19,204
Baik pergi sekarang.

6
00:01:23,333 --> 00:01:24,793
<i>Ia waktu makan malam,</i>

7
00:01:24,876 --> 00:01:27,629
tapi dia terus pergi
sebab ada urusan lain.

8
00:01:31,049 --> 00:01:32,842
Pada malam hari kematian Ji-hoon…

9
00:01:35,178 --> 00:01:37,263
Encik Nam ialah
orang terakhir yang dia jumpa.

10
00:01:39,140 --> 00:01:40,058
Apa?

11
00:01:40,141 --> 00:01:42,769
Encik pula ada jumpa anak encik?

12
00:01:43,561 --> 00:01:44,646
Tidak.

13
00:02:06,042 --> 00:02:07,127
Sayang.

14
00:02:08,586 --> 00:02:09,796
Pada malam itu,

15
00:02:10,964 --> 00:02:12,465
awak jumpa Ji-hoon?

16
00:02:14,300 --> 00:02:15,301
Apa?

17
00:02:16,386 --> 00:02:18,471
Pada malam insiden Ji-hoon,

18
00:02:20,348 --> 00:02:22,225
awak ada jumpa dia?

19
00:02:27,814 --> 00:02:30,859
Selepas awak balik kerja malam itu,

20
00:02:31,734 --> 00:02:33,778
awak dapat panggilan daripada Woo-jae

21
00:02:33,862 --> 00:02:36,364
dan hadiri pengebumian
ibu mentua ketua Pusat Beli-Belah Taeyang.

22
00:02:38,533 --> 00:02:40,577
Tapi ketua pusat beli-belah itu cakap

23
00:02:42,120 --> 00:02:44,747
awak datang sekitar waktu makan malam,

24
00:02:44,831 --> 00:02:46,374
bukan lewat malam.

25
00:02:51,588 --> 00:02:53,673
Kenapa awak tipu saya
gunakan Woo-jae sebagai alasan?

26
00:02:54,173 --> 00:02:56,634
Awak keluar jumpa siapa malam itu?

27
00:03:02,640 --> 00:03:03,725
Awak jumpa…

28
00:03:05,476 --> 00:03:06,352
Ji-hoon?

29
00:03:14,777 --> 00:03:16,112
Kenapa awak diam?

30
00:03:16,195 --> 00:03:17,572
Saya tak jumpa dia.

31
00:03:20,491 --> 00:03:21,659
Awak tak jumpa?

32
00:03:23,786 --> 00:03:25,330
Jadi awak jumpa siapa?

33
00:03:25,830 --> 00:03:29,083
Awak jumpa siapa lewat malam begitu
sehingga perlu tipu saya?

34
00:03:35,298 --> 00:03:36,257
Maaf.

35
00:03:38,718 --> 00:03:39,761
Tak boleh beritahu.

36
00:03:42,096 --> 00:03:44,098
Tak boleh beritahu? Kenapa?

37
00:03:45,683 --> 00:03:47,560
Awak ada perempuan simpanan?

38
00:03:48,519 --> 00:03:50,188
Hye-joo, apa maksud awak?

39
00:03:50,271 --> 00:03:51,272
Itu merepek.

40
00:03:51,356 --> 00:03:53,024
Jadi awak jumpa siapa?

41
00:03:53,107 --> 00:03:55,485
Betulkah awak tak jumpa Ji-hoon?

42
00:03:57,695 --> 00:03:59,989
{\an8}- Nah.
- Terima kasih.

43
00:04:03,743 --> 00:04:06,996
{\an8}Kita perlu kembali ke pejabat,
jadi minum segelas saja.

44
00:04:07,538 --> 00:04:09,290
{\an8}- Terima kasih.
- Okey.

45
00:04:09,791 --> 00:04:11,751
{\an8}Aduhai. Apa yang berlaku?

46
00:04:12,543 --> 00:04:14,337
{\an8}- Bit-na, untuk awak.
- Terima kasih.

47
00:04:14,420 --> 00:04:15,838
{\an8}- Kerja yang bagus.
- Ya.

48
00:04:15,922 --> 00:04:16,839
{\an8}Mengagumkan.

49
00:04:16,923 --> 00:04:18,967
{\an8}- Penggal ketiga! Ayuh!
- Ayuh!

50
00:04:22,512 --> 00:04:24,264
{\an8}Tengok, itu Tuan Nam.

51
00:04:26,641 --> 00:04:28,059
{\an8}7 DARIPADA 10
SOKONG AKTA NAMGOONG SOL

52
00:04:28,142 --> 00:04:31,437
{\an8}Sebenarnya, saya agak ragu-ragu
untuk teruskan

53
00:04:31,521 --> 00:04:34,274
usul Akta Namgoong Sol.

54
00:04:34,774 --> 00:04:37,151
Sebab ada banyak masalah juridikal.

55
00:04:37,235 --> 00:04:42,198
Tapi melihatkan sambutan memberangsangkan
daripada orang ramai,

56
00:04:42,282 --> 00:04:44,242
saya mula fikir

57
00:04:44,325 --> 00:04:46,703
yang ia mungkin berjaya.

58
00:04:46,786 --> 00:04:48,997
Kita takkan rugi
walaupun usul tak diluluskan.

59
00:04:49,080 --> 00:04:52,250
Dapat perhatian ramai sekarang
akan membantu kita ketika pilihan raya.

60
00:04:55,837 --> 00:04:57,630
Secara jujurnya,

61
00:04:58,631 --> 00:04:59,882
saya sangat terkejut.

62
00:05:00,717 --> 00:05:04,220
Bagaimana orang macam dia
boleh ada anak begitu?

63
00:05:06,014 --> 00:05:08,016
Selain itu,

64
00:05:08,099 --> 00:05:10,476
apa yang anaknya buat itu memang salah,

65
00:05:10,560 --> 00:05:12,520
tapi tak sangka Tuan Nam
kutuk dia secara terbuka begitu.

66
00:05:13,062 --> 00:05:15,440
Buat pertama kali,

67
00:05:15,523 --> 00:05:16,983
dia agak menakutkan saya.

68
00:05:17,775 --> 00:05:19,986
Tak, bukan takut.

69
00:05:20,069 --> 00:05:21,195
Awak patut kagumi dia.

70
00:05:21,738 --> 00:05:22,739
Betul.

71
00:05:23,448 --> 00:05:24,741
Ini perut khinzir kamu.

72
00:05:24,824 --> 00:05:26,743
- Terima kasih.
- Terima kasih.

73
00:05:26,826 --> 00:05:28,619
- Awak nak minum lagi?
- Ya.

74
00:05:29,871 --> 00:05:31,039
Sekejap.

75
00:05:32,999 --> 00:05:34,459
- Saya perlu jawab.
- Baiklah.

76
00:05:38,629 --> 00:05:39,756
Helo, Young-su.

77
00:05:44,552 --> 00:05:45,595
Apa?

78
00:05:53,019 --> 00:05:54,437
Maaf, sekejap.

79
00:05:57,356 --> 00:05:58,441
Ada apa?

80
00:06:01,652 --> 00:06:02,528
Apa?

81
00:06:02,612 --> 00:06:05,239
Hantaran Jin Seung-hee
menjadi tular dengan cepat.

82
00:06:15,500 --> 00:06:16,667
Mak.

83
00:06:17,543 --> 00:06:19,420
Saya tulis sesuatu di Internet.

84
00:06:20,421 --> 00:06:23,091
Saya tulis yang Kim Jae-eun
perangkap Seung-ho

85
00:06:23,925 --> 00:06:25,051
atas amang seksual.

86
00:06:27,470 --> 00:06:28,471
Apa?

87
00:06:30,139 --> 00:06:32,183
Mak dah lama merana.

88
00:06:34,352 --> 00:06:35,895
Sekarang, semua akan berakhir.

89
00:06:39,816 --> 00:06:40,900
Yakah?

90
00:06:45,738 --> 00:06:48,407
ISTERI AHLI DEWAN NAM
BUNUH KEMBAR SAYA

91
00:06:48,491 --> 00:06:51,119
BERLAKU 20 TAHUN LALU DI YOUNGSAN…

92
00:06:56,541 --> 00:06:58,167
DIA BERANI BUAT AKTA NAMGOONG SOL

93
00:06:58,251 --> 00:06:59,585
DEMI LINDUNGI ORANG MACAM DIA

94
00:06:59,669 --> 00:07:01,003
DIA TUTUP KESALAHAN ISTERINYA

95
00:07:12,557 --> 00:07:14,058
LEE JAE-U, WARTAWAN HARIAN GYEONGHU

96
00:07:32,952 --> 00:07:34,287
Berhenti baca.

97
00:07:42,795 --> 00:07:44,922
Memandangkan kes itu
tak disiasat betul-betul,

98
00:07:45,006 --> 00:07:47,175
kali ini rakyat akan menghakiminya.

99
00:07:47,258 --> 00:07:49,969
Pihak yang dapat sokongan rakyat
itulah yang bercakap benar.

100
00:07:52,597 --> 00:07:54,432
Jadi jangan bersembunyi.

101
00:07:54,515 --> 00:07:55,850
Tampil dengan yakin.

102
00:07:57,602 --> 00:07:59,604
Barulah orang akan percaya awak.

103
00:08:03,107 --> 00:08:04,150
Jadi…

104
00:08:05,151 --> 00:08:06,152
mari muncul di TV.

105
00:08:06,694 --> 00:08:08,237
Tiada cara lain lagi.

106
00:08:12,492 --> 00:08:14,535
Awak asyik desak saya untuk muncul di TV.

107
00:08:15,453 --> 00:08:18,581
Betulkah awak belum buat keputusan
sebelum tanya saya lagi?

108
00:08:18,664 --> 00:08:20,416
- Hye-joo.
- Betulkah?

109
00:08:21,000 --> 00:08:22,043
Tidak.

110
00:08:22,543 --> 00:08:23,377
Percayalah.

111
00:08:23,461 --> 00:08:24,337
Tidak.

112
00:08:26,255 --> 00:08:27,673
Saya dah tak percaya awak.

113
00:08:28,674 --> 00:08:29,509
Hye-joo.

114
00:08:29,592 --> 00:08:31,677
Saya tak faham apa yang teruk sangat

115
00:08:31,761 --> 00:08:33,930
sampai awak lebih rela
saya fikir awak curang

116
00:08:34,013 --> 00:08:35,973
atau jika ada sesuatu
yang lebih teruk lagi.

117
00:08:41,979 --> 00:08:43,439
Saya perlukan masa untuk fikir

118
00:08:44,649 --> 00:08:45,900
tentang muncul di TV.

119
00:08:49,820 --> 00:08:50,655
Okey.

120
00:08:58,496 --> 00:08:59,497
Mak.

121
00:09:00,998 --> 00:09:02,917
Kenapa mak ada di Seoul?

122
00:09:03,501 --> 00:09:04,627
Apa?

123
00:09:04,710 --> 00:09:07,755
Mak masih tak ingat
kenapa mak memandu ke Seoul

124
00:09:07,838 --> 00:09:10,007
sedangkan mak tak boleh
memandu dengan baik?

125
00:09:12,635 --> 00:09:13,469
Entah.

126
00:09:14,428 --> 00:09:16,055
Kepala mak sakit. Nak tidur.

127
00:09:28,109 --> 00:09:29,735
PAK CIK

128
00:09:37,118 --> 00:09:38,869
<i>Nombor yang anda dail tidak…</i>

129
00:09:38,953 --> 00:09:40,288
Tak guna.

130
00:09:41,789 --> 00:09:45,501
Dia dah huru-harakan keadaan.

131
00:09:46,502 --> 00:09:47,878
Di sini, puan.

132
00:09:48,629 --> 00:09:49,672
Aduhai.

133
00:09:50,172 --> 00:09:51,507
Pengerusi Woo Jin-seok.

134
00:09:52,091 --> 00:09:53,217
Selamat datang.

135
00:09:53,301 --> 00:09:54,677
Maaf sebab lambat.

136
00:09:54,760 --> 00:09:56,304
Aduhai, tidak.

137
00:09:56,387 --> 00:09:58,014
Awak datang tepat pada masanya.

138
00:09:58,931 --> 00:09:59,974
Sila duduk.

139
00:10:06,272 --> 00:10:09,025
Rang undang-undang yang parti saya usulkan

140
00:10:09,650 --> 00:10:12,528
yang tergantung di Jawatankuasa
Perundangan dan Kehakiman,

141
00:10:12,612 --> 00:10:14,572
awak akan bantu agar ia diluluskan?

142
00:10:15,156 --> 00:10:16,824
Betulkah itu maksud awak?

143
00:10:19,118 --> 00:10:20,328
Betul.

144
00:10:21,871 --> 00:10:23,623
Saya akan pastikan

145
00:10:24,707 --> 00:10:28,127
sekurang-kurangnya sepuluh diluluskan.

146
00:10:33,174 --> 00:10:34,175
Apa balasannya?

147
00:10:35,926 --> 00:10:39,180
Saya nak parti awak bantah

148
00:10:39,764 --> 00:10:42,725
Akta Namgoong Sol yang diusulkan
oleh Ahli Dewan Nam Joong-do.

149
00:10:44,769 --> 00:10:47,313
Akta itu memang mustahil untuk lulus

150
00:10:47,396 --> 00:10:50,608
kerana isu-isu juridikal.

151
00:10:52,234 --> 00:10:53,444
Saya tak nak lihat awak

152
00:10:53,527 --> 00:10:56,697
terperangkap dengan masalah Ahli Dewan Nam

153
00:10:56,781 --> 00:11:00,326
dan bazirkan masa awak yang berharga itu.

154
00:11:00,409 --> 00:11:03,913
Sebenarnya, bukan mustahil untuk lulus,

155
00:11:03,996 --> 00:11:05,247
tapi sukar.

156
00:11:06,957 --> 00:11:09,168
Jika dia boleh dapat sokongan orang awam,

157
00:11:09,251 --> 00:11:11,587
siapa boleh teka apa akan berlaku?

158
00:11:12,838 --> 00:11:16,842
Awak ada banyak
rang undang-undang kebajikan rakyat

159
00:11:16,926 --> 00:11:20,805
yang masih tergantung
di Jawatankuasa Perundangan dan Kehakiman.

160
00:11:21,430 --> 00:11:22,765
Ya.

161
00:11:22,848 --> 00:11:24,266
Saya perlu

162
00:11:24,975 --> 00:11:26,936
berterima kasih kepada parti awak.

163
00:11:29,397 --> 00:11:32,983
Sebab itulah saya berikan cadangan ini.

164
00:11:34,276 --> 00:11:37,279
Pindaan kanun keseksaan

165
00:11:37,363 --> 00:11:40,449
hanya akan memberi manfaat
kepada segelintir orang.

166
00:11:40,533 --> 00:11:43,119
Sebaliknya, sepuluh
rang undang-undang kebajikan

167
00:11:43,202 --> 00:11:44,829
akan menguntungkan seluruh negara.

168
00:11:47,456 --> 00:11:50,209
Rasanya, yang mana lebih bernilai?

169
00:12:12,523 --> 00:12:14,316
Kita tidur berasingan malam ini.

170
00:12:32,501 --> 00:12:34,253
Awak tak boleh tidur?

171
00:12:34,336 --> 00:12:35,963
Sebab hantaran dalam talian itu?

172
00:12:38,382 --> 00:12:40,259
Itu salah satu sebabnya.

173
00:12:46,056 --> 00:12:47,183
Ada perkara lain lagi?

174
00:12:49,560 --> 00:12:51,187
Awak bergaduh dengan Joong-do?

175
00:12:59,028 --> 00:13:00,029
Tak.

176
00:13:00,112 --> 00:13:01,322
Tidurlah, Yeo-jin.

177
00:13:27,765 --> 00:13:31,519
Hantaran dalam talian itu
menjejaskan tanggapan baik

178
00:13:31,602 --> 00:13:34,396
orang ramai selepas tuan
usulkan Akta Namgoong Sol.

179
00:13:34,980 --> 00:13:35,814
Ya.

180
00:13:36,315 --> 00:13:40,778
Akta Namgoong Sol membolehkan siasatan
diteruskan walaupun pesalah seksual mati

181
00:13:41,362 --> 00:13:46,075
kerana bunuh diri atau sebagainya
bagi menegakkan keadilan buat mangsa.

182
00:13:46,742 --> 00:13:48,494
Hantaran itu mengatakan

183
00:13:48,577 --> 00:13:52,331
isteri tuan perangkap
seseorang atas jenayah seksual

184
00:13:52,414 --> 00:13:55,084
sehingga menyebabkan kematiannya.

185
00:13:57,336 --> 00:14:00,798
Sejak awal pagi lagi,
ramai wartawan menelefon.

186
00:14:01,590 --> 00:14:05,427
Tunggu masa saja
untuk media buat liputan tentang isu ini.

187
00:14:10,933 --> 00:14:12,268
Saya tahu kamu semua resah,

188
00:14:12,351 --> 00:14:14,728
tapi tunggu sehingga saya
putuskan tindakan seterusnya.

189
00:14:15,938 --> 00:14:19,149
Beritahu wartawan yang saya
akan buat kenyataan nanti.

190
00:14:22,444 --> 00:14:24,071
- Baik, tuan.
- Baik, tuan.

191
00:14:36,333 --> 00:14:38,252
<i>Isteri Nam Joong-do, Kim Hye-joo!</i>

192
00:14:38,335 --> 00:14:42,715
<i>Betulkah awak tuduh seorang lelaki
atas amang seksual sehingga dia mati?</i>

193
00:14:42,798 --> 00:14:46,594
<i>Kim Hye-joo! Keluar sekarang
dan beritahu hal sebenar!</i>

194
00:14:46,677 --> 00:14:48,137
Kim Hye-joo!

195
00:14:49,138 --> 00:14:52,558
Seluruh negara nak tahu hal sebenar!

196
00:14:52,641 --> 00:14:54,935
<i>Nam Joong-do! Kim Hye-joo!</i>

197
00:14:55,019 --> 00:14:58,022
<i>Keluar dan beritahu hal sebenar!</i>

198
00:14:58,105 --> 00:15:01,442
<i>Beritahu kami hal sebenar!
Beritahu kami sekarang!</i>

199
00:15:01,525 --> 00:15:04,028
Isteri Nam Jong-do aniaya
bakal pelajar perundangan SNU

200
00:15:04,111 --> 00:15:06,238
atas tuduhan amang seksual

201
00:15:06,322 --> 00:15:09,199
dan menyebabkan kematiannya.

202
00:15:09,283 --> 00:15:14,872
Sekarang, saya berada
di perkarangan rumahnya untuk bertemu.

203
00:15:16,040 --> 00:15:19,585
Nam Joong-do daripada Parti Daehan
mengelirukan negara

204
00:15:19,668 --> 00:15:23,631
dengan akta memalukan atas nama pelacur

205
00:15:24,173 --> 00:15:25,925
walaupun hal isterinya didedahkan.

206
00:15:26,008 --> 00:15:27,927
Bukankah itu sangat ironi?

207
00:15:35,851 --> 00:15:37,811
- Awak okey? Maaf.
- Ya, saya okey.

208
00:15:50,366 --> 00:15:52,242
UNIT CS IBU PEJABAT

209
00:15:55,913 --> 00:15:57,039
Helo?

210
00:16:00,668 --> 00:16:02,211
Latihan CS di ibu pejabat?

211
00:16:02,294 --> 00:16:06,090
<i>Ya. Saya telefon untuk maklumkan
yang ia dah ditangguhkan seminggu</i>

212
00:16:06,173 --> 00:16:08,634
<i>memandangkan pelatih tiada
atas hal peribadi.</i>

213
00:16:11,136 --> 00:16:14,390
Encik Choi ke ibu pejabat
untuk latihan CS.

214
00:16:14,473 --> 00:16:16,350
Dia ke ibu pejabat di Seoul?

215
00:16:17,601 --> 00:16:20,104
Bukankah latihan itu
diadakan minggu lepas?

216
00:16:20,187 --> 00:16:21,522
<i>Minggu lepas?</i>

217
00:16:21,605 --> 00:16:23,524
<i>Ia diadakan sekali setiap tiga bulan.</i>

218
00:16:41,875 --> 00:16:45,254
Nasib baiklah awak
dapat sampai cepat tadi.

219
00:16:45,337 --> 00:16:47,881
Tentu awak terus ke sini
dari ibu pejabat, bukan?

220
00:16:49,258 --> 00:16:50,342
Ya.

221
00:16:57,141 --> 00:16:58,142
Mak?

222
00:17:07,401 --> 00:17:08,902
LEE JAE-U, WARTAWAN HARIAN GYEONGHU

223
00:17:08,986 --> 00:17:11,238
MESEJ BAHARU
PANGGILAN TIDAK DIJAWAB

224
00:17:21,373 --> 00:17:22,249
TUTUP

225
00:17:49,276 --> 00:17:51,028
SUAMI

226
00:17:51,820 --> 00:17:53,072
<i>Nombor ini tidak aktif.</i>

227
00:17:53,155 --> 00:17:56,742
<i>Anda akan disambungkan ke mel suara.</i>

228
00:18:02,164 --> 00:18:03,290
<i>Tolong hubungi saya.</i>

229
00:18:10,881 --> 00:18:13,759
Berita tentang mak Yoon-seo
amat mengejutkan, bukan?

230
00:18:13,842 --> 00:18:14,676
Ya.

231
00:18:14,760 --> 00:18:17,012
Berita tentang abangnya
tak begitu mengejutkan,

232
00:18:17,096 --> 00:18:18,180
tapi ini memang mengejutkan.

233
00:18:25,437 --> 00:18:27,272
ISTERI AHLI DEWAN NAM
BUNUH KEMBAR SAYA

234
00:18:27,356 --> 00:18:28,774
20 TAHUN LALU DI YOUNGSAN…

235
00:18:28,857 --> 00:18:30,150
KEMBAR SAYA DITUDUH AMANG SEKSUAL

236
00:18:34,613 --> 00:18:36,907
<i>Yoon-seo, jangan pergi tuisyen hari ini.</i>

237
00:18:36,990 --> 00:18:37,950
<i>Datang ke studio mak.</i>

238
00:18:38,992 --> 00:18:41,620
<i>Jangan balik rumah. Faham?</i>

239
00:18:44,581 --> 00:18:45,666
Ya, Yeo-jin.

240
00:18:45,749 --> 00:18:48,585
Jangan balik rumah selepas habis kerja.

241
00:18:48,669 --> 00:18:51,755
Jumpa saya dan Yoon-seo di studio
dan kita balik rumah bersama.

242
00:18:53,549 --> 00:18:54,550
Ya.

243
00:18:56,426 --> 00:18:57,803
Okey. Terima kasih.

244
00:19:08,981 --> 00:19:11,859
KETUA PENASIHAT JANG WOO-JAE

245
00:19:15,946 --> 00:19:17,156
<i>Helo, Puan Kim.</i>

246
00:19:17,239 --> 00:19:18,365
Woo-jae.

247
00:19:21,118 --> 00:19:22,828
Apa? Rumah Tuan Nam?

248
00:19:28,125 --> 00:19:29,251
Baiklah.

249
00:19:33,005 --> 00:19:35,174
Puan di studio sekarang?

250
00:19:36,300 --> 00:19:37,134
Ya.

251
00:19:40,137 --> 00:19:41,305
Puan Kim.

252
00:19:42,681 --> 00:19:45,684
Saya cuma nak dapatkan kepastian,
jadi jangan ambil hati.

253
00:19:46,602 --> 00:19:49,146
Tentang kes Jin Seung-ho…

254
00:19:50,564 --> 00:19:54,318
Jika ada apa-apa yang puan
belum beritahu Tuan Nam,

255
00:19:56,612 --> 00:19:58,906
boleh puan beritahu saya sekarang?

256
00:19:58,989 --> 00:20:00,449
<i>Kami perlu buat rancangan.</i>

257
00:20:00,532 --> 00:20:01,992
Woo-jae.

258
00:20:02,075 --> 00:20:03,660
Saya dah beritahu hal sebenar.

259
00:20:05,954 --> 00:20:07,372
Okey. Saya faham.

260
00:20:08,749 --> 00:20:11,501
Keadaan tak baik
selepas hantaran dalam talian hari ini.

261
00:20:12,794 --> 00:20:13,754
Puan nak…

262
00:20:14,588 --> 00:20:17,382
buat kemunculan di TV petang ini?

263
00:20:18,175 --> 00:20:19,259
Hari ini?

264
00:20:20,761 --> 00:20:22,429
Semua dah sedia?

265
00:20:23,764 --> 00:20:25,182
Tidak, puan.

266
00:20:25,265 --> 00:20:26,767
Kami menunggu keputusan puan.

267
00:20:30,854 --> 00:20:33,982
Saya akan minta orang pejabat daerah

268
00:20:34,066 --> 00:20:36,109
untuk pergi dan periksa rumah puan.

269
00:20:36,193 --> 00:20:38,153
Saya akan beritahu Tuan Nam juga.

270
00:20:39,196 --> 00:20:40,572
Saya akan telefon lagi.

271
00:20:41,949 --> 00:20:42,991
Baiklah.

272
00:20:45,953 --> 00:20:49,122
Dapatkan kepastian saja pun
dia dah begini. Nanti bagaimana?

273
00:20:56,213 --> 00:20:57,589
Helo, Encik Yoo.

274
00:21:11,144 --> 00:21:14,314
Saya rasa mak patut
beritahu Seung-hee hal sebenar.

275
00:21:16,233 --> 00:21:17,734
Minta maaf kepada Jae-eun…

276
00:21:17,818 --> 00:21:19,027
Tak.

277
00:21:19,111 --> 00:21:21,029
Mak patut minta ampun kepadanya.

278
00:21:21,613 --> 00:21:22,614
Tidak.

279
00:21:23,991 --> 00:21:25,784
Mak takkan sesekali buat begitu.

280
00:21:25,867 --> 00:21:29,329
Mak, hari ini saya diterima
Jurusan Perundangan SNU.

281
00:21:34,543 --> 00:21:36,878
Mak nak biar saya
dituduh lakukan jenayah seksual?

282
00:21:38,213 --> 00:21:39,214
Tak nak, bukan?

283
00:21:48,974 --> 00:21:50,017
Mak takkan sesekali

284
00:21:51,226 --> 00:21:53,145
benarkan anak mak dipanggil

285
00:21:53,895 --> 00:21:55,314
penjenayah seksual.

286
00:21:55,397 --> 00:21:56,732
Mak.

287
00:21:57,357 --> 00:21:58,734
Apa?

288
00:21:58,817 --> 00:22:00,777
Kamu akan mengadu kepada Seung-hee?

289
00:22:09,536 --> 00:22:16,293
PUSAT PERUBATAN JEONGSUN

290
00:22:17,419 --> 00:22:18,378
Seung-hee.

291
00:22:20,130 --> 00:22:21,548
Tiada apa nak beritahu saya?

292
00:22:27,262 --> 00:22:28,096
Ada.

293
00:22:31,016 --> 00:22:31,975
Jae-eun

294
00:22:33,060 --> 00:22:34,102
tak berbohong.

295
00:22:35,103 --> 00:22:38,106
Jae-eun dicabul oleh Seung-ho.

296
00:22:39,649 --> 00:22:42,444
- Apa?
- Mak awak yang berbohong.

297
00:22:42,527 --> 00:22:44,404
Dia dah tipu awak selama 20 tahun.

298
00:22:47,783 --> 00:22:49,493
Jangan merepek.

299
00:22:50,327 --> 00:22:51,578
Saya tak bersalah.

300
00:22:53,830 --> 00:22:55,665
Kim Jae-eun yang menipu.

301
00:22:55,749 --> 00:22:57,793
Seung-ho mati teraniaya.

302
00:22:58,418 --> 00:22:59,878
Dia beritahu saya begitu.

303
00:22:59,961 --> 00:23:01,296
Tidak.

304
00:23:01,379 --> 00:23:02,756
Seung-ho tipu awak.

305
00:23:02,839 --> 00:23:04,758
Sebelum dia mati,

306
00:23:04,841 --> 00:23:07,094
dia dah beritahu hal sebenar
kepada mak awak.

307
00:23:12,057 --> 00:23:14,768
Awak ada jumpa Kim Jae-eun?

308
00:23:18,814 --> 00:23:19,815
Jadi betullah.

309
00:23:20,899 --> 00:23:21,983
Awak suka dia?

310
00:23:23,151 --> 00:23:26,321
Sebab itu sekarang awak tuduh Seung-ho
dan mak saya menipu?

311
00:23:26,404 --> 00:23:27,531
Awak bela dia?

312
00:23:27,614 --> 00:23:28,657
Seung-hee.

313
00:23:31,159 --> 00:23:32,702
<i>Dia yang berbohong!</i>

314
00:23:34,121 --> 00:23:36,623
Bukan mak yang menipu, tapi kamu!

315
00:23:36,706 --> 00:23:38,291
Seung-hee,

316
00:23:38,375 --> 00:23:41,044
dia dah berkomplot
dengan suami Kim Jae-eun.

317
00:23:42,587 --> 00:23:46,591
Dia nak beri bukti spekulasi
harta tanah mak kepada ahli dewan itu.

318
00:23:46,675 --> 00:23:49,261
Mak datang ke Seoul untuk halang dia,
kemudian kemalangan.

319
00:23:49,845 --> 00:23:51,012
Mak!

320
00:23:51,763 --> 00:23:52,848
Choi Ki-young.

321
00:23:52,931 --> 00:23:53,890
Betulkah?

322
00:23:55,475 --> 00:23:57,602
Seung-hee, mari berbual di luar.

323
00:23:58,562 --> 00:23:59,521
Keluarlah sendiri.

324
00:24:01,773 --> 00:24:02,941
Pergi.

325
00:24:03,024 --> 00:24:03,984
Pergi sekarang.

326
00:24:07,863 --> 00:24:10,699
Apa guna kenakan hukuman berat
untuk jenayah seksual

327
00:24:10,782 --> 00:24:12,617
dan adakan seminar

328
00:24:12,701 --> 00:24:15,537
jika keluarga awak sendiri bersalah?

329
00:24:15,620 --> 00:24:18,415
Ahli Dewan Nam,
kenapa dengan keluarga awak?

330
00:24:18,498 --> 00:24:20,375
Ini akan menjejaskan pilihan raya.

331
00:24:20,458 --> 00:24:21,459
Keluar daripada parti!

332
00:24:22,252 --> 00:24:24,254
Begini, Ahli Dewan Nam.

333
00:24:25,547 --> 00:24:28,884
Awak patut lupakan Akta Namgoong Sol dulu.

334
00:24:29,467 --> 00:24:30,927
Pilihan raya dah dekat.

335
00:24:31,011 --> 00:24:34,514
Saya risau isu sensitif begini
akan memecah-belahkan orang awam.

336
00:24:35,640 --> 00:24:38,435
Menyatukan rakyat patut jadi
keutamaan kita sekarang.

337
00:24:40,187 --> 00:24:41,771
Maaf sebab keruhkan keadaan.

338
00:24:43,440 --> 00:24:45,609
Tapi saya akan uruskan kes isteri saya

339
00:24:46,735 --> 00:24:48,612
dan dapatkan sokongan rakyat semula.

340
00:24:49,362 --> 00:24:52,324
Seperti yang diberitahu, ini isu sensitif.

341
00:24:53,366 --> 00:24:56,119
Ini akan membantu sewaktu pilihan raya
jika kita urus baik-baik.

342
00:24:57,287 --> 00:24:58,121
Jadi saya merayu

343
00:24:58,705 --> 00:25:00,999
agar semua beri sokongan kepada saya.

344
00:25:02,667 --> 00:25:05,545
Pengerusi Woo,
bukankah puan selalu menyokong

345
00:25:05,629 --> 00:25:08,089
hukuman berat bagi jenayah seksual?

346
00:25:10,217 --> 00:25:11,468
Saya merayu.

347
00:25:12,677 --> 00:25:14,054
Kita dah ada banyak usul

348
00:25:14,137 --> 00:25:16,806
yang tergantung di Jawatankuasa
Perundangan dan Kehakiman.

349
00:25:16,890 --> 00:25:19,226
Kenapa awak cuma fokus
kepada Akta Namgoong Sol?

350
00:25:27,609 --> 00:25:29,486
Mak, saya dah sampai.

351
00:25:29,569 --> 00:25:31,529
Ya, Yoon-seo.

352
00:25:35,158 --> 00:25:37,244
Kamu dah sampai?

353
00:25:37,327 --> 00:25:39,913
Kamu terus datang dari sekolah, bukan?
Kamu tak lapar?

354
00:25:41,873 --> 00:25:43,917
- Mak.
- Ya?

355
00:25:44,876 --> 00:25:46,211
Saya dah baca hantaran itu.

356
00:25:50,090 --> 00:25:51,299
Yakah?

357
00:25:51,383 --> 00:25:52,717
Ya.

358
00:25:52,801 --> 00:25:53,760
Tapi mak…

359
00:25:58,390 --> 00:26:01,017
Mak betul-betul tak menipu, bukan?

360
00:26:03,311 --> 00:26:05,021
- Yoon-seo.
- Selepas baca itu,

361
00:26:05,105 --> 00:26:06,731
saya tiba-tiba rasa was-was.

362
00:26:08,191 --> 00:26:10,277
Mak mangsa yang tak bersalah

363
00:26:11,152 --> 00:26:12,737
macam yang mak beritahu saya dulu,

364
00:26:14,281 --> 00:26:15,657
betul tak?

365
00:26:23,248 --> 00:26:24,249
Yoon-seo.

366
00:26:25,875 --> 00:26:28,003
Mak tak menipu.

367
00:26:29,254 --> 00:26:31,840
Kenapa mak nak tipu tentang hal begitu?

368
00:26:33,049 --> 00:26:36,136
Selepas dia mati, mak betul-betul…

369
00:26:36,219 --> 00:26:37,512
Tapi pelik.

370
00:26:38,680 --> 00:26:41,474
Dia diterima di SNU
dan ada masa depan yang cerah.

371
00:26:41,558 --> 00:26:42,767
Kenapa dia buat begitu?

372
00:26:45,687 --> 00:26:47,105
Hye-joo, saya dah sampai.

373
00:26:47,188 --> 00:26:48,732
Betul mak tak menipu?

374
00:26:48,815 --> 00:26:50,442
Saya boleh percaya mak,

375
00:26:51,443 --> 00:26:54,195
bukan cakap orang lain, bukan?

376
00:26:57,115 --> 00:26:59,909
Mak tak menipu kerana mahukan duit, bukan?

377
00:26:59,993 --> 00:27:01,161
Yoon-seo!

378
00:27:17,594 --> 00:27:19,095
Yeo-jin.

379
00:27:19,179 --> 00:27:21,681
Boleh awak bawa dia ke restoran?

380
00:27:23,475 --> 00:27:25,769
Tak mengapakah jika awak tak ikut?

381
00:27:27,520 --> 00:27:30,648
Ya, saya nak siapkan kerja sebelum pergi.

382
00:27:35,445 --> 00:27:36,488
Okey, baiklah.

383
00:27:37,614 --> 00:27:38,448
Nanti telefonlah.

384
00:27:41,576 --> 00:27:42,786
Yoon-seo, mari.

385
00:27:46,164 --> 00:27:47,290
Yoon-seo.

386
00:28:51,521 --> 00:28:52,522
Tuan.

387
00:28:53,481 --> 00:28:54,482
Ya?

388
00:28:55,984 --> 00:28:57,944
Puan Kim telefon saya.

389
00:28:59,320 --> 00:29:01,197
Ada orang berkumpul di luar rumah tuan.

390
00:29:02,157 --> 00:29:03,575
Sebab hantaran itu?

391
00:29:03,658 --> 00:29:04,701
Ya.

392
00:29:06,161 --> 00:29:08,204
{\an8}Puan di studio sekarang.

393
00:29:08,705 --> 00:29:11,374
{\an8}Mereka dah pergi apabila pengarah
pergi periksa rumah tuan.

394
00:29:15,170 --> 00:29:16,546
HYE-JOO

395
00:29:18,715 --> 00:29:19,632
Helo, sayang.

396
00:29:19,716 --> 00:29:21,301
Saya akan muncul di TV.

397
00:29:22,677 --> 00:29:24,512
Saya nak buat secepat mungkin.

398
00:29:24,596 --> 00:29:27,432
Jika tak boleh dielakkan,
saya nak segera selesaikannya.

399
00:29:29,726 --> 00:29:31,019
Okey.

400
00:29:32,687 --> 00:29:34,022
- Jika begitu…
<i>- Hye-joo.</i>

401
00:29:35,940 --> 00:29:37,358
Terima kasih beranikan diri.

402
00:29:38,735 --> 00:29:39,778
Saya serius.

403
00:29:57,837 --> 00:30:00,048
Dia setuju muncul di TV.
Mari lakukan esok.

404
00:30:02,717 --> 00:30:03,593
Bukan hari ini?

405
00:30:04,677 --> 00:30:07,639
Padamkan api kecil
takkan tarik banyak perhatian.

406
00:30:08,973 --> 00:30:10,892
Mari tunggu sehingga ia jadi lebih marak.

407
00:30:13,061 --> 00:30:15,897
{\an8}Lebih lama kita tunggu,
risiko kita juga semakin tinggi.

408
00:30:15,980 --> 00:30:18,191
{\an8}Orang yang sedang sokong Akta Namgoong Sol

409
00:30:18,274 --> 00:30:19,859
mungkin akan berpaling tadah.

410
00:30:19,943 --> 00:30:20,902
Saya tahu.

411
00:30:20,985 --> 00:30:23,863
Tapi untuk akta itu diluluskan,

412
00:30:24,697 --> 00:30:26,825
saya tiada pilihan selain bertaruh begini.

413
00:30:27,408 --> 00:30:30,662
Puan Kim juga akan merana selama itu.

414
00:30:37,252 --> 00:30:38,878
Saya tiada pilihan.

415
00:30:38,962 --> 00:30:40,213
Demi kebaikan semua.

416
00:30:42,173 --> 00:30:43,633
Selain itu. saya buat semua ini

417
00:30:44,300 --> 00:30:45,718
demi dia juga.

418
00:30:47,011 --> 00:30:48,346
Baik, tuan.

419
00:30:51,266 --> 00:30:53,810
<i>Puan Jin tuduh isteri saya di Internet.</i>

420
00:30:54,310 --> 00:30:55,478
Apa?

421
00:30:55,562 --> 00:30:56,479
Yakah?

422
00:30:57,522 --> 00:30:58,857
Nampaknya, awak tak tahu.

423
00:31:00,358 --> 00:31:01,526
Disebabkan itu,

424
00:31:02,068 --> 00:31:03,820
isteri saya sedang amat merana.

425
00:31:09,868 --> 00:31:12,370
Saya bertekad untuk dedahkan
kebenaran tentang kes itu.

426
00:31:13,329 --> 00:31:17,041
<i>Saya nak beri awak peluang
untuk dedahkan kebenaran sendiri</i>

427
00:31:17,125 --> 00:31:19,294
dan betulkan keadaan.

428
00:31:20,378 --> 00:31:23,923
Sila serahkan bukti spekulasi harta tanah
Ahli Dewan kang dan ibu mentua awak

429
00:31:24,841 --> 00:31:25,758
kepada saya.

430
00:31:27,719 --> 00:31:29,929
<i>Saya beri masa satu hari.</i>

431
00:31:34,726 --> 00:31:36,269
Saya akan telefon lagi.

432
00:31:36,769 --> 00:31:37,604
<i>Saya akan…</i>

433
00:31:40,607 --> 00:31:42,775
sediakan bukti itu esok.

434
00:31:46,946 --> 00:31:47,989
Okey.

435
00:31:49,198 --> 00:31:50,450
Terima kasih.

436
00:31:51,034 --> 00:31:52,535
Macam yang saya janjikan,

437
00:31:53,578 --> 00:31:54,704
nama awak dirahsiakan.

438
00:31:54,787 --> 00:31:56,539
Saya tak beri bukti itu

439
00:31:57,665 --> 00:32:00,084
sebab saya takut isteri saya dapat tahu.

440
00:32:02,503 --> 00:32:04,213
Apabila kebenaran terungkap,

441
00:32:06,132 --> 00:32:07,717
<i>situasi ini akan berubah…</i>

442
00:32:10,720 --> 00:32:11,846
<i>walau apa jua caranya.</i>

443
00:32:16,100 --> 00:32:17,310
<i>Hye-joo,</i>

444
00:32:17,393 --> 00:32:19,270
<i>Encik Yoo hantar kami balik.</i>

445
00:32:19,354 --> 00:32:21,397
Sekarang dah tiada sesiapa.
Baliklah cepat.

446
00:32:22,482 --> 00:32:23,942
Okey, baiklah.

447
00:32:25,360 --> 00:32:26,361
Okey.

448
00:32:32,283 --> 00:32:34,369
MAK DA-SOM (HWANG JI-SOO)

449
00:32:41,000 --> 00:32:42,168
Helo, Ji-soo.

450
00:32:45,171 --> 00:32:47,465
Boleh saya telefon semula nanti?
Sekarang saya…

451
00:32:52,553 --> 00:32:53,805
Tentang Ji-hoon?

452
00:32:56,516 --> 00:32:58,810
Alang-alang di sini, buat rawatan IV.

453
00:32:58,893 --> 00:33:00,979
Awak nampak sangat pucat.

454
00:33:01,062 --> 00:33:02,522
Cakaplah apa awak nak cakap.

455
00:33:09,237 --> 00:33:10,571
Sebenarnya,

456
00:33:10,655 --> 00:33:12,323
saya tak patut beritahu

457
00:33:12,407 --> 00:33:14,117
maklumat sulit pesakit.

458
00:33:14,701 --> 00:33:18,538
Tapi dengan situasi sekarang,
penting untuk awak tahu.

459
00:33:21,582 --> 00:33:22,500
Begini…

460
00:33:23,501 --> 00:33:27,338
Gadis yang dikatakan
dirogol oleh Ji-hoon itu…

461
00:33:29,132 --> 00:33:31,634
Adakah namanya Kim Soo-bin?

462
00:33:33,761 --> 00:33:35,221
Bagaimana awak tahu?

463
00:33:36,723 --> 00:33:37,849
Jadi betullah dia.

464
00:33:39,517 --> 00:33:40,768
Sebelum ini…

465
00:33:44,230 --> 00:33:46,441
Itu gambar siapa?

466
00:33:46,524 --> 00:33:49,485
Dia Ji-hoon punya…

467
00:33:50,278 --> 00:33:52,488
<i>Saya cam dia apabila lihat
gambarnya waktu itu.</i>

468
00:33:54,449 --> 00:33:56,868
Kim Soo-bin pernah datang ke sini.

469
00:33:57,910 --> 00:33:59,454
Dia tak tahu yang dia keguguran.

470
00:34:02,957 --> 00:34:04,584
Dia keguguran?

471
00:34:06,252 --> 00:34:07,420
Nampaknya awak tak tahu.

472
00:34:08,796 --> 00:34:10,214
Dia keguguran.

473
00:34:16,137 --> 00:34:17,263
Jadi…

474
00:34:18,347 --> 00:34:21,100
Jadi dia baik-baik saja?

475
00:34:21,184 --> 00:34:23,811
Dia kembali sebab sakit perut
selepas pembedahan.

476
00:34:23,895 --> 00:34:25,980
Tapi tiada masalah serius.

477
00:34:28,691 --> 00:34:29,942
Oh, ya.

478
00:34:31,360 --> 00:34:32,445
Dia ada beritahu

479
00:34:34,155 --> 00:34:36,115
itu anak Ji-hoon?

480
00:34:37,784 --> 00:34:38,618
Ya.

481
00:34:42,580 --> 00:34:43,414
Bukan?

482
00:34:46,125 --> 00:34:48,002
Tak, bukan.

483
00:34:49,295 --> 00:34:53,674
Dia hamil semasa
Ji-hoon berada di penjara.

484
00:34:53,758 --> 00:34:56,052
Jadi mustahil itu anak Ji-hoon.

485
00:35:04,560 --> 00:35:06,312
{\an8}NA YE-EUN

486
00:35:07,230 --> 00:35:08,940
<i>Kenapa tak datang?</i>

487
00:35:09,023 --> 00:35:10,316
<i>Awak jumpa doktor?</i>

488
00:35:11,484 --> 00:35:12,610
<i>Awak hamil?</i>

489
00:35:12,693 --> 00:35:14,612
SOO-BIN, SAYA ADA MASALAH
TOLONG JAWAB

490
00:35:14,695 --> 00:35:15,822
Apa khabar?

491
00:35:27,208 --> 00:35:31,254
Dia keguguran setelah hamil lapan minggu.

492
00:35:32,088 --> 00:35:34,215
Dengarnya, dia mabuk.

493
00:35:35,508 --> 00:35:38,970
<i>Ji-hoon meninggal kira-kira dua minggu</i>

494
00:35:39,554 --> 00:35:41,597
<i>selepas dibebaskan dari penjara.</i>

495
00:35:42,515 --> 00:35:44,267
LAPORAN MAKMAL

496
00:35:46,936 --> 00:35:50,898
<i>Itu bermakna dia hamil
sewaktu Ji-hoon di penjara.</i>

497
00:35:52,567 --> 00:35:54,527
Saya fikir alat itu mungkin ralat,

498
00:35:54,610 --> 00:35:57,446
jadi saya buat ujian darah
di hospital semalam.

499
00:35:58,030 --> 00:36:00,575
Angka ini menunjukkan
saya hamil lima minggu

500
00:36:00,658 --> 00:36:03,035
dan mula mengandung tiga minggu lalu.

501
00:36:04,453 --> 00:36:07,832
Ini bermakna, mustahil itu anak Ji-hoon.

502
00:36:10,918 --> 00:36:13,004
Saya juga tak fikir

503
00:36:13,087 --> 00:36:15,214
Kim Soo-bin dirogol.

504
00:36:18,217 --> 00:36:20,511
Saya ada soalan tentang keguguran.

505
00:36:21,220 --> 00:36:22,680
Klinik lain beritahu saya

506
00:36:23,347 --> 00:36:24,724
yang sekarang dah boleh

507
00:36:24,807 --> 00:36:27,226
buat pengguguran bagi orang
yang bukan mangsa rogol.

508
00:36:29,520 --> 00:36:30,771
Apa pun,

509
00:36:32,648 --> 00:36:35,151
ia boleh dibuat di sini?

510
00:36:39,030 --> 00:36:40,239
Saya tak hamil

511
00:36:41,490 --> 00:36:42,658
sebab dirogol.

512
00:36:44,452 --> 00:36:47,038
Katanya dia tak dirogol,

513
00:36:47,121 --> 00:36:48,331
jadi tentu betul.

514
00:36:49,373 --> 00:36:51,959
Tentu awak dah tanya dia
untuk dapatkan kepastian.

515
00:37:06,140 --> 00:37:07,558
Awak tak sangka saya datang?

516
00:37:10,269 --> 00:37:11,771
Awak sangat naif.

517
00:37:13,981 --> 00:37:15,775
Kenapa keluarga Ji-hoon begitu kecoh?

518
00:37:16,359 --> 00:37:18,027
Hari ini mak dia pun keluar berita.

519
00:37:19,278 --> 00:37:20,404
Kenapa?

520
00:37:20,488 --> 00:37:22,907
Ketika dia muda dan gilakan duit,

521
00:37:23,491 --> 00:37:25,826
dia tuduh pelajar cemerlang cabul dia

522
00:37:25,910 --> 00:37:27,286
hinggakan lelaki itu bunuh diri.

523
00:37:28,788 --> 00:37:30,581
Adiknya dedahkan di Internet.

524
00:37:32,083 --> 00:37:32,917
<i>Yeo-jin.</i>

525
00:37:34,835 --> 00:37:36,837
Sewaktu saya tinggal di Youngsan dulu,

526
00:37:38,005 --> 00:37:40,383
abang kawan saya mati.

527
00:37:42,635 --> 00:37:45,721
Saya dicabul olehnya
dan buat laporan polis.

528
00:37:47,974 --> 00:37:49,308
Malam itu,…

529
00:37:52,311 --> 00:37:53,521
dia bunuh diri.

530
00:37:56,649 --> 00:37:57,942
Dia memang dicabul.

531
00:37:58,651 --> 00:37:59,568
Dia tak bohong.

532
00:37:59,652 --> 00:38:00,861
Siapa peduli?

533
00:38:04,073 --> 00:38:05,491
Tapi sebenarnya,

534
00:38:06,742 --> 00:38:10,204
semasa mula-mula dapat tahu awak hamil,
saya sangka itu anak saya.

535
00:38:10,705 --> 00:38:12,790
Jika itu anak saya,
saya takkan tinggalkan awak

536
00:38:12,873 --> 00:38:14,875
sebab anak itu bukti cinta kita.

537
00:38:14,959 --> 00:38:17,086
- Saya marah sewaktu tahu Ji-hoon,…
- Sekejap.

538
00:38:20,798 --> 00:38:22,300
Bagaimana awak tahu saya hamil?

539
00:38:29,348 --> 00:38:30,182
Apa?

540
00:38:30,766 --> 00:38:32,018
Ayah Ji-hoon

541
00:38:33,144 --> 00:38:35,104
tak beritahu itu di sidang media.

542
00:38:35,688 --> 00:38:36,605
Bagaimana awak tahu?

543
00:38:42,069 --> 00:38:44,030
Awak yang beri rekod perubatan saya

544
00:38:45,281 --> 00:38:47,116
kepada ahli dewan seorang lagi itu?

545
00:38:48,868 --> 00:38:50,328
Awak buka telefon saya, bukan?

546
00:38:50,411 --> 00:38:52,455
Saya patut diam saja selepas dikhianati?

547
00:38:55,750 --> 00:38:57,126
Saya tak buat banyak.

548
00:38:57,835 --> 00:39:01,088
<i>Saya jumpa rekod perubatan
dalam telefon awak.</i>

549
00:39:01,172 --> 00:39:04,300
…saya tulis dalam rekod dia yang dia hamil
kerana amang seksual.

550
00:39:04,383 --> 00:39:07,219
<i>Saya suruh Ye-eun ke klinik
dan berpura-pura jadi awak.</i>

551
00:39:07,303 --> 00:39:10,389
Katanya, pelaku itu kekasihnya.

552
00:39:11,557 --> 00:39:13,309
Kenapa awak tuduh Ji-hoon rogol awak?

553
00:39:15,019 --> 00:39:18,314
Awak tak dapat duit sebab
ayah dia beritahu wartawan, bukan?

554
00:39:26,155 --> 00:39:27,156
Hei.

555
00:39:30,826 --> 00:39:32,286
Buat kerja untuk saya.

556
00:39:35,456 --> 00:39:37,958
Tak nak? Jadi awak nak masuk penjara?

557
00:39:41,128 --> 00:39:42,046
Apa?

558
00:39:43,089 --> 00:39:46,133
Akaun bank awak pernah digunakan
untuk jual beli metamfetamin.

559
00:39:46,967 --> 00:39:48,344
Bila pula saya…

560
00:39:50,596 --> 00:39:53,933
{\an8}SEBELUM

561
00:39:54,975 --> 00:39:56,727
Dia sangat gigih.

562
00:40:04,276 --> 00:40:06,278
Sebab itu awak ambil
buku bank dan kad saya?

563
00:40:19,875 --> 00:40:21,168
<i>Betulkah…</i>

564
00:40:21,752 --> 00:40:23,170
Ji-hoon

565
00:40:23,963 --> 00:40:24,839
buat begitu

566
00:40:26,048 --> 00:40:27,216
terhadap awak?

567
00:40:34,098 --> 00:40:35,015
Tak.

568
00:40:37,726 --> 00:40:41,522
<i>Nombor yang anda dail
tidak dapat dihubungi.</i>

569
00:40:44,024 --> 00:40:46,652
KIM SOO-BIN (LAMA)

570
00:41:02,001 --> 00:41:05,546
<i>Nombor yang anda dail
tidak dapat dihubungi.</i>

571
00:41:05,629 --> 00:41:07,590
<i>Sila tinggalkan pesanan
selepas bunyi nada.</i>

572
00:41:16,140 --> 00:41:18,225
Soo-bin, ini mak Ji-hoon.

573
00:41:25,941 --> 00:41:28,944
{\an8}LANGKAH BALAS JENAYAH
SEKSUAL DIGITAL MENYELURUH

574
00:41:30,070 --> 00:41:33,449
{\an8}PERBINCANGAN POLISI BASMI JENAYAH SEKSUAL
TUAN RUMAH: PUAN WOO JIN-SEOK

575
00:41:43,250 --> 00:41:48,589
RANG UNDANG-UNDANG KEBAJIKAN RAKYAT
TERGANTUNG KERANA KONFLIK POLITIK

576
00:42:03,020 --> 00:42:05,064
Ahli Dewan Kang Soon-hong.

577
00:42:05,147 --> 00:42:06,690
Saya Woo Jin-seok.

578
00:42:15,241 --> 00:42:17,785
<i>Okey, saya kurangkan deposit
sebanyak sepuluh juta won.</i>

579
00:42:17,868 --> 00:42:19,995
<i>Baik. Terima kasih.</i>

580
00:42:30,047 --> 00:42:31,924
Yeo-jin, awak di dalam?

581
00:42:32,007 --> 00:42:33,467
Awak dah balik?

582
00:42:40,891 --> 00:42:41,934
Yeo-jin.

583
00:42:43,352 --> 00:42:44,562
Soo-bin alami

584
00:42:45,896 --> 00:42:46,939
keguguran.

585
00:42:50,317 --> 00:42:52,111
Anak itu bukan anak Ji-hoon.

586
00:42:55,197 --> 00:42:58,117
Nampaknya, Ji-hoon juga

587
00:42:59,827 --> 00:43:02,830
tak rogol dia.

588
00:43:06,417 --> 00:43:07,710
Betulkah?

589
00:43:12,047 --> 00:43:13,299
Aduhai.

590
00:43:14,550 --> 00:43:16,302
Nasib baiklah.

591
00:43:17,928 --> 00:43:20,723
Saya sangat lega.

592
00:43:28,439 --> 00:43:29,857
Soo-bin cakap

593
00:43:31,483 --> 00:43:33,694
malam itu Joong-do jumpa Ji-hoon

594
00:43:34,695 --> 00:43:36,405
tak lama sebelum insiden berlaku.

595
00:43:38,782 --> 00:43:42,119
Joong-do cakap
dia tak jumpa Ji-hoon malam itu.

596
00:43:44,288 --> 00:43:46,165
Tapi dia tak beritahu dia jumpa siapa.

597
00:43:47,416 --> 00:43:50,544
Dia tipu saya dan cakap
dia ke tempat pengebumian.

598
00:43:53,714 --> 00:43:55,966
Saya sampai tanya
jika dia ada perempuan simpanan.

599
00:43:57,718 --> 00:44:00,638
Tapi dia tetap tak nak beritahu.
Dia jumpa siapa sebenarnya?

600
00:44:04,516 --> 00:44:05,768
Tapi awak tahu?

601
00:44:07,770 --> 00:44:10,439
Katanya, Soo-bin ugut dia.

602
00:44:11,982 --> 00:44:13,734
Bagaimana jika…

603
00:44:14,943 --> 00:44:17,196
Bagaimana jika dia berbohong?

604
00:44:18,530 --> 00:44:22,534
Mungkin ada perkara yang saya tak tahu.
Itu yang paling saya bimbang.

605
00:44:27,748 --> 00:44:30,376
Tapi saya tak boleh
percaya cakap Soo-bin juga.

606
00:44:32,878 --> 00:44:35,130
Saya tak boleh percaya sesiapa
buat masa ini.

607
00:44:42,971 --> 00:44:44,682
Tapi bukan semua orang.

608
00:44:46,892 --> 00:44:48,185
Saya masih ada awak.

609
00:45:13,335 --> 00:45:15,129
Ambil telefon pakai buang ini.

610
00:45:16,255 --> 00:45:17,756
Datang apabila saya telefon.

611
00:45:20,509 --> 00:45:21,343
Okey?

612
00:45:23,011 --> 00:45:25,806
Saya tak faham bagaimana
Ji-hoon boleh ada metamfetamin.

613
00:45:28,517 --> 00:45:30,310
Awak suruh dia edar, bukan?

614
00:45:33,105 --> 00:45:34,106
Tidak.

615
00:45:34,815 --> 00:45:35,941
Si tak guna itu

616
00:45:37,276 --> 00:45:38,360
curi.

617
00:45:39,319 --> 00:45:41,321
Saya suruh dia hantar pada hari dia mati.

618
00:45:41,405 --> 00:45:43,490
Dia berkeras tak nak,
jadi Ye-eun yang pergi.

619
00:45:44,199 --> 00:45:46,535
Tapi sebelum klien sampai,

620
00:45:46,618 --> 00:45:48,912
dia curi barang itu.

621
00:45:49,913 --> 00:45:52,249
Dia tak nak terlibat
dengan pengedaran dadah

622
00:45:52,332 --> 00:45:53,667
sebab dia sendiri nak guna.

623
00:45:54,668 --> 00:45:55,878
Padan muka dia.

624
00:45:56,587 --> 00:45:57,421
Betul tak?

625
00:46:05,429 --> 00:46:06,889
{\an8}NOMBOR DISEKAT

626
00:46:06,972 --> 00:46:09,516
TERBAHARU

627
00:46:10,726 --> 00:46:11,852
<i>Mak cik?</i>

628
00:46:16,023 --> 00:46:18,317
{\an8}ANDA BOLEH TERIMA PANGGILAN
DAN MESEJ DARIPADA NOMBOR INI

629
00:46:31,246 --> 00:46:32,706
Dengar sini, Kim Soo-bin.

630
00:46:34,917 --> 00:46:35,876
Sebentar.

631
00:46:55,562 --> 00:46:56,563
"JD"?

632
00:46:57,356 --> 00:46:58,398
Dia bapa anak awak?

633
00:47:03,612 --> 00:47:04,988
Kenapa?

634
00:47:05,072 --> 00:47:06,114
Dia ganggu awak?

635
00:47:07,407 --> 00:47:10,035
Awak tinggal di rumah Tuan Nam
sebab sembunyi daripada dia?

636
00:47:23,090 --> 00:47:25,592
Jika bekerjasama dengan kami,
kami boleh halang dia.

637
00:47:30,222 --> 00:47:31,557
Bagaimana?

638
00:47:31,640 --> 00:47:34,226
Tak sesusah yang awak fikir.

639
00:47:35,477 --> 00:47:37,729
Jadi jangan risau tentang itu

640
00:47:37,813 --> 00:47:40,399
dan jauhkan diri daripada Puan Kim.

641
00:47:40,983 --> 00:47:42,734
Bekerjasama dengan kami saja.

642
00:47:46,029 --> 00:47:47,072
Faham?

643
00:47:52,369 --> 00:47:53,370
Okey.

644
00:47:54,871 --> 00:47:56,123
Bagus.

645
00:48:05,591 --> 00:48:07,134
Awak belum tidur.

646
00:48:09,011 --> 00:48:10,262
Dah lewat.

647
00:48:13,599 --> 00:48:15,517
Kemunculan di TV dah dijadualkan esok.

648
00:48:18,312 --> 00:48:21,398
Jika awak rasa saya paksa awak
untuk muncul di TV,

649
00:48:22,649 --> 00:48:24,026
semua salah saya.

650
00:48:25,527 --> 00:48:26,528
Saya minta maaf.

651
00:48:29,615 --> 00:48:30,782
Sayang.

652
00:48:32,492 --> 00:48:35,412
Apa yang awak patut minta maaf

653
00:48:36,330 --> 00:48:37,623
adalah kejadian malam itu.

654
00:48:40,042 --> 00:48:43,545
Awak benar-benar takkan beritahu saya
siapa awak jumpa malam itu?

655
00:48:52,721 --> 00:48:56,683
Awak tahu bagaimana rasanya
suami yang saya cintai

656
00:48:56,767 --> 00:48:58,644
sembunyikan sesuatu daripada saya?

657
00:49:03,190 --> 00:49:05,150
Saya rasa macam hidup dalam neraka.

658
00:49:09,112 --> 00:49:11,740
Sekarang, saya dah tak kenal awak.

659
00:49:20,332 --> 00:49:21,792
Saya jumpa Ji-hoon hari itu.

660
00:49:24,795 --> 00:49:26,129
Ji-hoon?

661
00:49:29,758 --> 00:49:31,426
Awak jumpa dia malam itu?

662
00:49:32,302 --> 00:49:33,428
Betulkah?

663
00:49:34,096 --> 00:49:35,722
Semalam, awak nafikannya.

664
00:49:38,892 --> 00:49:40,143
Saya…

665
00:49:42,896 --> 00:49:44,022
jumpa dia…

666
00:49:47,943 --> 00:49:49,069
pada malam itu.

667
00:49:55,534 --> 00:49:57,911
Tuan tak minum banyak malam ini, bukan?

668
00:49:58,704 --> 00:50:02,040
Tak, sebab pengerusi tak minum banyak.

669
00:50:03,125 --> 00:50:04,876
<i>Saya hampir sampai.</i>

670
00:50:12,008 --> 00:50:14,052
NAM JI-HOON

671
00:50:19,975 --> 00:50:21,643
Ji-hoon, lama tak dengar berita.

672
00:50:22,853 --> 00:50:23,854
Kamu apa…

673
00:50:25,856 --> 00:50:27,149
Apa?

674
00:50:27,232 --> 00:50:29,234
Perkara pertama kamu cakap
selepas berbulan

675
00:50:30,026 --> 00:50:31,778
adalah kamu mabuk dan dalam masalah?

676
00:50:32,446 --> 00:50:33,363
Kamu memang…

677
00:50:33,447 --> 00:50:36,074
<i>Jadi cepatlah datang ke sini sekarang.</i>

678
00:50:37,951 --> 00:50:39,035
Kamu di mana?

679
00:50:40,078 --> 00:50:41,288
Hantar lokasi kamu.

680
00:50:44,207 --> 00:50:45,500
HYE-JOO

681
00:50:48,462 --> 00:50:49,963
<i>Okey. Semoga selamat sampai.</i>

682
00:50:51,506 --> 00:50:52,507
Budak bertuah.

683
00:50:55,635 --> 00:50:57,596
Tuan nak jumpa dia di mana?
Biar saya ikut.

684
00:50:59,055 --> 00:51:00,348
Tak boleh pergi sekarang.

685
00:51:00,891 --> 00:51:02,434
Hye-joo tahu saya hampir sampai.

686
00:51:04,227 --> 00:51:06,521
Tak boleh beritahu dia
Ji-hoon ada masalah lagi.

687
00:51:08,440 --> 00:51:10,817
Dia mungkin pengsan
sebab terkejut kali ini.

688
00:51:14,571 --> 00:51:16,323
Jadi tuan masuk dan keluar semula.

689
00:51:16,406 --> 00:51:17,616
Saya akan telefon tuan.

690
00:51:18,825 --> 00:51:20,076
Jika perlu, cakaplah tuan

691
00:51:21,119 --> 00:51:24,539
nak hadiri pengebumian
ibu mentua Ketua Pusat Beli-belah Taeyang.

692
00:51:29,419 --> 00:51:31,797
Kenapa kamu asyik nak susahkan mak kamu?

693
00:51:32,714 --> 00:51:35,300
Fikir semua masalah yang kamu
dah timbulkan selama ini!

694
00:51:35,383 --> 00:51:36,968
Tolong sedar diri!

695
00:51:39,679 --> 00:51:41,556
Saya marah dia.

696
00:51:44,351 --> 00:51:46,686
Kemudian, dia meninggal dunia.

697
00:51:50,315 --> 00:51:51,858
Saya rasa separuh gila.

698
00:51:55,237 --> 00:51:56,863
Jadi apabila awak tanya saya,

699
00:51:58,740 --> 00:52:01,117
saya terkejut dan menipu.

700
00:52:03,411 --> 00:52:04,830
Saya sangat terseksa…

701
00:52:06,873 --> 00:52:08,917
sehinggakan tak nak beritahu sesiapa.

702
00:52:11,503 --> 00:52:13,046
Terutamanya awak.

703
00:52:15,423 --> 00:52:16,758
Saya benar-benar

704
00:52:18,260 --> 00:52:19,636
nak rahsiakan daripada awak.

705
00:52:24,599 --> 00:52:26,226
Sebab itu saya tak boleh beritahu.

706
00:52:30,438 --> 00:52:31,898
Saya minta maaf

707
00:52:33,692 --> 00:52:34,734
sebab sakiti awak.

708
00:52:38,738 --> 00:52:43,034
Ya. Jika kamu nak hidup cari masalah,
lebih baik kamu lenyap saja!

709
00:52:52,669 --> 00:52:53,712
Tak.

710
00:52:55,046 --> 00:52:57,257
Jangan salahkan diri awak, okey?

711
00:52:58,717 --> 00:53:00,093
Awak juga tak tahu

712
00:53:01,219 --> 00:53:03,722
yang hari itu akan jadi

713
00:53:04,431 --> 00:53:07,017
hari terakhir awak jumpa Ji-hoon.

714
00:54:26,972 --> 00:54:28,515
KELEMBAPAN TERKINI

715
00:55:27,198 --> 00:55:28,366
Soo-bin.

716
00:55:39,210 --> 00:55:40,837
Saya datang untuk beritahu sesuatu.

717
00:55:46,760 --> 00:55:49,220
MEL SUARA BAHARU
TEKAN BUTANG DAIL UNTUK DENGAR

718
00:55:56,770 --> 00:55:58,438
<i>Soo-bin.</i>

719
00:55:59,981 --> 00:56:03,610
<i>Jika awak berbohong dan tuduh Ji-hoon,</i>

720
00:56:03,693 --> 00:56:05,153
<i>mak cik maafkan awak.</i>

721
00:56:06,696 --> 00:56:08,865
<i>Jadi tolong beritahu hal sebenar.</i>

722
00:56:12,035 --> 00:56:14,204
<i>Tapi lebih penting lagi, Soo-bin…</i>

723
00:56:15,663 --> 00:56:16,831
Mak cik benar-benar harap

724
00:56:18,500 --> 00:56:21,628
awak tak dirogol.

725
00:56:22,337 --> 00:56:23,379
<i>Salah satu sebabnya</i>

726
00:56:24,297 --> 00:56:28,510
<i>mak cik tak nak anak mak cik
menjadi pesalah seksual.</i>

727
00:56:29,511 --> 00:56:31,054
<i>Lebih penting lagi,</i>

728
00:56:32,889 --> 00:56:36,101
mak cik amat berharap yang awak tak lalui

729
00:56:37,102 --> 00:56:39,437
kejadian yang amat menggerunkan itu.

730
00:56:41,356 --> 00:56:42,565
<i>Selain itu, Soo-bin…</i>

731
00:56:45,819 --> 00:56:47,278
<i>Mak cik dengar awak keguguran</i>

732
00:56:49,197 --> 00:56:51,449
<i>dan anak itu bukan anak Ji-hoon.</i>

733
00:56:52,909 --> 00:56:55,787
<i>Mak cik juga dengar awak sendirian
sewaktu jalani pembedahan.</i>

734
00:56:59,582 --> 00:57:02,460
<i>Awak patut beritahu
hal sebenar kepada mak cik.</i>

735
00:57:03,711 --> 00:57:05,880
<i>Tentu amat sukar untuk laluinya sendiri.</i>

736
00:57:24,190 --> 00:57:25,525
Suami mak cik…

737
00:57:28,945 --> 00:57:30,572
dan mak cik dari kedai mi itu…

738
00:57:32,949 --> 00:57:34,159
ada hubungan sulit.

739
00:57:38,663 --> 00:57:40,081
Saya sedang ugut encik.

740
00:57:42,625 --> 00:57:44,043
Saya tahu encik curang.

741
00:57:46,129 --> 00:57:47,464
<i>Saya dan Ji-hoon</i>

742
00:57:48,840 --> 00:57:50,175
<i>nampak semuanya di rumah.</i>

743
00:57:50,258 --> 00:57:52,177
Awak takut Hye-joo dapat tahu?

744
00:57:57,557 --> 00:57:59,476
<i>Pada siang hari insiden Ji-hoon.</i>

745
00:58:04,564 --> 00:58:07,066
Pada hari saya terserempak
dengan mak cik di klinik,

746
00:58:08,610 --> 00:58:10,820
apa yang saya nak beritahu mak cik adalah…

747
00:58:13,573 --> 00:58:16,284
Ada kemungkinan suami mak cik
yang bunuh Ji-hoon.

748
00:58:18,912 --> 00:58:19,829
Apa?

749
00:58:20,705 --> 00:58:22,957
Awak dah gila? Kenapa awak cakap…

750
00:58:23,041 --> 00:58:24,334
Hari itu, Ji-hoon beritahu

751
00:58:24,417 --> 00:58:26,961
dia nak minta ayahnya
hentikan hubungan sulit itu.

752
00:58:28,838 --> 00:58:30,715
Saya tahu ayah curang.

753
00:58:34,093 --> 00:58:35,470
Kemudian, dia mati.

754
00:58:37,388 --> 00:58:38,973
Sebab itu saya rasa…

755
00:58:40,934 --> 00:58:42,936
mungkin dia yang bunuh Ji-hoon.

756
00:59:18,596 --> 00:59:22,809
HUBUNGAN SULIT

757
00:59:46,624 --> 00:59:49,168
TROLLEY

758
00:59:49,252 --> 00:59:51,546
{\an8}<i>Jangan hebahkan apa yang awak nampak tadi.</i>

759
00:59:51,629 --> 00:59:53,298
{\an8}<i>Awak takut Hye-joo dapat tahu?</i>

760
00:59:53,381 --> 00:59:55,508
{\an8}Dia pastinya boleh membunuh.

761
00:59:55,592 --> 00:59:57,468
{\an8}<i>Awak tuduh saya apa?</i>

762
00:59:57,552 --> 00:59:59,679
{\an8}<i>Saya nak awak berdua keluar dari sini.</i>

763
00:59:59,762 --> 01:00:02,098
{\an8}<i>Saya akan uruskan
akta Namboong Sol ini sendiri.</i>

764
01:00:02,181 --> 01:00:03,266
{\an8}<i>Buang sekarang!</i>

765
01:00:03,766 --> 01:00:04,892
{\an8}<i>Tak mungkin kes bunuh diri.</i>

766
01:00:04,976 --> 01:00:08,062
{\an8}<i>Apa pun dia kata, kita boleh nafikan saja.</i>

767
01:00:08,146 --> 01:00:09,522
{\an8}Awak dah hilang akal?

768
01:00:09,606 --> 01:00:11,899
{\an8}Ia tak dapat dielakkan
demi kebaikan semua.

769
01:00:11,983 --> 01:00:16,863
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Kamelia Narisya

