1
00:00:49,048 --> 00:00:52,135
TAMAN PERINGATAN POOREUN EUNHA

2
00:01:33,468 --> 00:01:36,346
SUAMI

3
00:01:47,190 --> 00:01:48,107
Helo.

4
00:01:48,650 --> 00:01:49,734
Ada apa?

5
00:01:49,818 --> 00:01:50,860
<i>Sayang.</i>

6
00:01:52,821 --> 00:01:54,155
Kenapa? Ada apa?

7
00:01:54,906 --> 00:01:56,199
<i>Jangan terkejut, dengar dulu.</i>

8
00:01:59,702 --> 00:02:00,703
Ji-hoon…

9
00:02:07,502 --> 00:02:08,795
lakukan amang seksual.

10
00:02:13,091 --> 00:02:14,092
Apa awak cakap?

11
00:02:15,176 --> 00:02:17,387
Ji-hoon buat apa?

12
00:02:19,722 --> 00:02:21,599
Sayang, tunggu…

13
00:02:22,100 --> 00:02:23,309
Sayang, sebentar.

14
00:02:24,561 --> 00:02:26,396
Apa maksud awak?

15
00:02:26,479 --> 00:02:28,356
Ji-hoon buat apa terhadap siapa?

16
00:02:32,485 --> 00:02:36,114
Sayang, saya langsung tak faham
apa yang awak cakap tadi.

17
00:02:39,325 --> 00:02:40,618
Sayang.

18
00:02:44,497 --> 00:02:45,415
Kim Soo-bin.

19
00:02:48,042 --> 00:02:49,919
<i>Kim Soo-bin ugut saya.</i>

20
00:02:50,837 --> 00:02:52,088
Katanya dia dirogol

21
00:02:53,548 --> 00:02:54,883
dan akan dedahkannya.

22
00:02:57,719 --> 00:02:59,679
<i>Jadi saya akan buat sidang media…</i>

23
00:03:00,722 --> 00:03:01,598
<i>dalam sejam.</i>

24
00:03:02,181 --> 00:03:04,017
Saya nak beritahu sebelum Kim Soo-bin.

25
00:03:15,153 --> 00:03:18,156
Tidak, sayang. Beri saya masa
sebelum sidang akhbar. Tolonglah.

26
00:03:19,532 --> 00:03:20,491
<i>Maaf.</i>

27
00:03:21,618 --> 00:03:23,828
Tak, sayang! Sayang!

28
00:03:25,997 --> 00:03:27,081
PANGGILAN TAMAT

29
00:03:50,146 --> 00:03:52,148
{\an8}<i>Mula-mula, Cik Namgoong Sol,</i>

30
00:03:52,232 --> 00:03:54,651
<i>kemudian kes lama Puan Kim
dan kini anak lelakinya.</i>

31
00:03:54,734 --> 00:03:56,986
<i>Semuanya jenayah seksual.</i>

32
00:03:57,070 --> 00:03:59,614
<i>Stadium Besbol Jamsil
boleh tampung 25,000 orang.</i>

33
00:03:59,697 --> 00:04:02,200
<i>Dengan 30,000 kes amang seksual
dilaporkan setiap tahun,</i>

34
00:04:02,283 --> 00:04:04,953
<i>itu lebih 80 kes setiap hari.</i>

35
00:04:05,036 --> 00:04:06,579
<i>Itu memang biasa berlaku.</i>

36
00:04:12,919 --> 00:04:14,712
Ada sidang akhbar pukul 11:00 pagi.

37
00:04:29,185 --> 00:04:31,312
<i>Nombor yang anda dail tidak dapat…</i>

38
00:04:36,609 --> 00:04:38,695
<i>Sayang, tolonglah tunggu.</i>

39
00:04:39,696 --> 00:04:41,239
<i>Jawab panggilan.</i>

40
00:04:41,781 --> 00:04:42,824
<i>Tolonglah.</i>

41
00:04:56,754 --> 00:04:59,048
Saya perlu hubungi Kim Soo-bin.

42
00:04:59,132 --> 00:05:00,758
KIM SOO-BIN (LAMA)

43
00:05:05,722 --> 00:05:07,974
<i>Telefon ini tidak aktif…</i>

44
00:05:10,852 --> 00:05:11,936
Tidak.

45
00:05:28,786 --> 00:05:30,913
HYE-JOO

46
00:06:04,572 --> 00:06:05,782
JUNG EUN-YEONG, JUNG MYEONG-SEON

47
00:06:05,865 --> 00:06:07,200
NAM JOONG-DO

48
00:06:12,872 --> 00:06:14,707
- Puan Kim.
- Helo.

49
00:06:14,791 --> 00:06:15,750
Di mana…

50
00:06:21,506 --> 00:06:22,465
<i>Saya…</i>

51
00:06:24,717 --> 00:06:26,260
<i>Ahli Dewan Nam Joong-do</i>

52
00:06:28,054 --> 00:06:29,597
<i>dari Sinyang, Seoul.</i>

53
00:06:31,557 --> 00:06:33,392
<i>Hari ini, saya dapat tahu</i>

54
00:06:33,476 --> 00:06:34,977
<i>anak saya yang meninggal bulan lalu</i>

55
00:06:36,354 --> 00:06:37,563
<i>ada kekasih</i>

56
00:06:38,940 --> 00:06:40,733
<i>sebelum dia meninggal…</i>

57
00:06:43,111 --> 00:06:46,489
{\an8}PARLIMEN KOREA

58
00:06:46,572 --> 00:06:48,950
{\an8}<i>…yang menjadi mangsa amang seksualnya.</i>

59
00:06:50,827 --> 00:06:54,372
<i>Oleh itu, saya minta maaf
dari lubuk hati saya</i>

60
00:06:55,456 --> 00:06:57,333
<i>terhadap mangsa dan orang ramai.</i>

61
00:06:57,834 --> 00:07:00,211
{\an8}LAMBAT TAHU PERBUATAN
AMANG SEKSUAL MENDIANG ANAK

62
00:07:16,644 --> 00:07:19,564
MINTA MAAF KEPADA MANGSA DAN RAKYAT

63
00:07:26,112 --> 00:07:28,531
REALITI

64
00:07:28,614 --> 00:07:29,657
Selain itu…

65
00:07:37,957 --> 00:07:39,333
benarkan saya untuk berkongsi

66
00:07:40,168 --> 00:07:43,004
perincian rang undang-undang
yang saya mahu usulkan.

67
00:07:50,219 --> 00:07:52,346
Saya mengusulkan pindaan Akta Jenayah

68
00:07:53,139 --> 00:07:55,016
yang membenarkan siasatan diteruskan

69
00:07:55,975 --> 00:07:59,228
meskipun pesalah seks telah mati
kerana bunuh diri atau sebagainya

70
00:07:59,729 --> 00:08:02,982
dengan mengekalkan
hak pendakwaan untuk dibicarakan.

71
00:08:06,986 --> 00:08:08,821
Tentu anda semua ingat kes Ji…

72
00:08:08,905 --> 00:08:10,448
<i>Puan Kim ada di pejabat.</i>

73
00:08:11,199 --> 00:08:14,118
…mengugut untuk sebar
video intim bekas kekasihnya,

74
00:08:14,744 --> 00:08:16,871
yang menyebabkan
kekasihnya itu membunuh diri.

75
00:08:17,955 --> 00:08:19,874
Dia juga turut membunuh diri

76
00:08:20,374 --> 00:08:23,544
apabila waran tangkapnya dikeluarkan.

77
00:08:24,712 --> 00:08:26,881
Saya mengusulkan pindaan

78
00:08:27,715 --> 00:08:29,383
bagi menghormati mangsa kes ini,

79
00:08:31,093 --> 00:08:33,930
cucu kesayangan Puan Cho Gwi-soon

80
00:08:36,140 --> 00:08:37,517
{\an8}dan akta yang dipinda

81
00:08:38,684 --> 00:08:40,269
akan dinamakan Akta Namgoong Sol.

82
00:08:46,275 --> 00:08:49,612
<i>Dengan akta sekarang,
pendakwa hilang hak pendakwaan</i>

83
00:08:50,279 --> 00:08:52,949
<i>apabila suspek mati
dan siasatan dihentikan.</i>

84
00:08:53,908 --> 00:08:57,328
<i>Mangsa hilang hak untuk bongkar kebenaran.</i>

85
00:08:58,329 --> 00:08:59,372
<i>Oleh itu,</i>

86
00:09:00,039 --> 00:09:02,625
<i>saya mengusulkan pindaan
terhadap Akta Jenayah Seksual</i>

87
00:09:03,668 --> 00:09:05,378
<i>yang membenarkan siasatan diteruskan</i>

88
00:09:05,461 --> 00:09:08,381
<i>dengan mengekalkan
hak pendakwaan oleh pendakwa</i>

89
00:09:09,173 --> 00:09:12,510
walaupun pesalah seks mati
akibat bunuh diri atau sebagainya.

90
00:09:13,594 --> 00:09:16,097
{\an8}Restoran ini bersih.
Terima kasih sebab tunjukkan.

91
00:09:16,180 --> 00:09:17,348
{\an8}Saya akan hubungi semula.

92
00:09:17,431 --> 00:09:18,599
{\an8}Ya.

93
00:09:19,684 --> 00:09:20,935
{\an8}- Mari.
- Ya.

94
00:09:21,018 --> 00:09:23,020
{\an8}- Begini…
- Ya?

95
00:09:24,647 --> 00:09:25,898
{\an8}Tempat yang saya cakap…

96
00:09:30,152 --> 00:09:31,988
{\an8}<i>Datang ke parlimen dengan segera.</i>

97
00:09:39,745 --> 00:09:40,955
{\an8}Helo, tuan.

98
00:09:48,337 --> 00:09:52,216
NAM JOONG-DO

99
00:10:24,749 --> 00:10:25,583
Saya minta…

100
00:10:27,418 --> 00:10:30,254
Saya minta awak tunggu, sayang.

101
00:10:30,880 --> 00:10:34,675
Saya cuma minta sedikit masa!

102
00:10:34,759 --> 00:10:37,428
Tergamak awak buat begini!

103
00:10:37,928 --> 00:10:40,973
Tergamak awak buat perkara penting begini

104
00:10:41,057 --> 00:10:42,975
tanpa bercakap dengan saya dulu?

105
00:10:43,851 --> 00:10:47,688
Soo-bin cakap bukan begitu, sayang.

106
00:10:49,482 --> 00:10:50,358
Bila?

107
00:10:51,567 --> 00:10:55,112
Saya tanya dia sewaktu kali pertama
dia datang ke rumah kita.

108
00:10:59,492 --> 00:11:00,868
Betulkah Soo-bin beritahu…

109
00:11:02,536 --> 00:11:04,830
Ji-hoon buat begitu kepada dia?

110
00:11:05,790 --> 00:11:06,957
Betulkah? Bila?

111
00:11:09,377 --> 00:11:10,836
Dia datang pagi tadi

112
00:11:12,171 --> 00:11:13,214
dan ugut…

113
00:11:15,299 --> 00:11:16,509
untuk dedahkannya.

114
00:11:24,100 --> 00:11:26,685
Ja-young akan hantar Puan Cho balik.

115
00:11:26,769 --> 00:11:28,979
Telefon akan mula berdering…

116
00:11:34,527 --> 00:11:36,112
Jawab macam yang saya ajar.

117
00:11:36,695 --> 00:11:37,780
- Baiklah.
- Baiklah.

118
00:11:40,825 --> 00:11:41,659
Helo?

119
00:11:42,243 --> 00:11:45,413
- Helo, encik.
- Helo, pejabat Ahli Dewan Nam.

120
00:11:49,625 --> 00:11:50,668
Helo, Yeong-su.

121
00:12:00,553 --> 00:12:02,430
Kim Soo-bin datang pagi tadi.

122
00:12:03,139 --> 00:12:05,057
Nak saya tulis di Internet?

123
00:12:06,100 --> 00:12:08,269
Katanya Ji-hoon rogol dia
dan buat dia hamil.

124
00:12:10,479 --> 00:12:11,981
Dia kata nak dedahkan itu.

125
00:12:14,316 --> 00:12:15,693
Tak masuk akal.

126
00:12:17,361 --> 00:12:20,156
Jadi kenapa dia ke rumah kita?
Bagaimana boleh datang? Tak.

127
00:12:20,239 --> 00:12:22,241
Kenapa dia nafikan sewaktu saya tanya?

128
00:12:24,618 --> 00:12:25,953
Entahlah.

129
00:12:27,371 --> 00:12:29,373
Kita tak tahu tentang masa silam dia.

130
00:12:31,667 --> 00:12:32,751
Awak percaya dia?

131
00:12:33,252 --> 00:12:34,253
Bagaimana?

132
00:12:36,046 --> 00:12:39,717
Awak juga adakan sidang akhbar
sebab percayakan dia.

133
00:12:41,010 --> 00:12:42,928
Dia tunjuk rekod berjumpa pakar kehamilan.

134
00:12:44,722 --> 00:12:45,639
Doktor rujuk dia

135
00:12:46,724 --> 00:12:48,809
ke pusat khidmat mangsa amang seksual.

136
00:12:49,310 --> 00:12:51,604
Dia juga ada rekod sesi kaunseling.

137
00:12:52,771 --> 00:12:55,274
Juga, fikir semula
semua yang Ji-hoon dah buat.

138
00:12:57,067 --> 00:12:58,944
Ini bukan perkara yang mustahil.

139
00:13:04,033 --> 00:13:05,951
Apa yang dia minta?

140
00:13:09,121 --> 00:13:13,334
Tentu dia ugut awak sebab dia
mahukan sesuatu sebagai balasan.

141
00:13:13,417 --> 00:13:15,544
Duit? Berapa banyak?

142
00:13:17,880 --> 00:13:19,089
Lima puluh juta won.

143
00:13:19,924 --> 00:13:23,302
Nampaknya, saya perlukan
50 juta won untuk cari rumah.

144
00:13:26,347 --> 00:13:27,473
Sayang.

145
00:13:29,141 --> 00:13:32,019
Jika awak beritahu
sewaktu telefon saya tadi,

146
00:13:32,102 --> 00:13:35,272
tentu saya dah buat apa saja
untuk cari duit sebanyak itu atau lebih.

147
00:13:35,356 --> 00:13:36,649
Sebab saya…

148
00:13:41,654 --> 00:13:44,073
JANGAN BAZIRKAN DUIT CUKAI SAYA
DAN HUKUM SAJA DIA

149
00:13:44,156 --> 00:13:45,866
KEMBALIKAN HUKUMAN MATI

150
00:13:45,950 --> 00:13:47,076
PENJENAYAH MENJIJIKKAN

151
00:13:47,159 --> 00:13:48,994
MUNGKIN DIA TIADA AYAH UNTUK BANTU

152
00:13:49,078 --> 00:13:50,496
PASTIKAN DIA MEREPUT DI PENJARA

153
00:13:58,546 --> 00:14:00,214
Tergamak awak buat begini.

154
00:14:04,635 --> 00:14:05,553
Saya tiada pilihan.

155
00:14:08,055 --> 00:14:10,516
Tapi saya tak boleh biar dia ugut saya.

156
00:14:11,308 --> 00:14:13,060
Tiada apa yang boleh kekal rahsia.

157
00:14:14,562 --> 00:14:17,356
Jika awak buat salah,
cara terbaik untuk dimaafkan

158
00:14:17,856 --> 00:14:20,568
adalah dengan akui kesilapan
dan minta maaf.

159
00:14:21,151 --> 00:14:22,486
Ini demi kebaikan Ji-hoon.

160
00:14:24,488 --> 00:14:26,156
Sebab itu saya berterus terang saja.

161
00:14:28,993 --> 00:14:31,328
Ambil tindakan awal saja jalan keluarnya.

162
00:14:32,329 --> 00:14:33,414
Tolong faham.

163
00:14:35,541 --> 00:14:36,959
Tindakan awal?

164
00:14:38,544 --> 00:14:39,712
Betulkah itu saja?

165
00:14:40,796 --> 00:14:42,464
Awak tak

166
00:14:43,549 --> 00:14:46,093
gunakan Ji-hoon untuk usul awak, bukan?

167
00:14:46,844 --> 00:14:47,678
Apa?

168
00:14:47,761 --> 00:14:51,223
Awak dah putuskan untuk dedah
kes saya dulu sebelum tanya saya.

169
00:14:51,307 --> 00:14:54,143
Hari ini pun, awak dah siapkan
semua sebelum beritahu saya?

170
00:14:54,226 --> 00:14:56,437
Sebab jika cakap awal
saya takkan benarkan.

171
00:14:56,520 --> 00:14:58,105
- Sayang.
- Betul, bukan?

172
00:14:59,523 --> 00:15:01,775
Jika awak cuma mengaku sebab awak diugut,

173
00:15:01,859 --> 00:15:03,485
kenapa awak ungkit tentang usul?

174
00:15:03,569 --> 00:15:05,195
Bila pula awak bawa Puan Cho?

175
00:15:05,279 --> 00:15:06,238
Hye-joo.

176
00:15:06,322 --> 00:15:08,115
Memang bukan begitu.

177
00:15:08,198 --> 00:15:10,284
Awak fikir saya gunakan anak demi politik…

178
00:15:22,880 --> 00:15:25,591
Nampaknya, awak dah
tak percaya saya selepas semalam.

179
00:15:27,051 --> 00:15:28,052
Semua salah saya.

180
00:15:30,471 --> 00:15:32,431
Saya memang nak usulkan tak lama lagi.

181
00:15:33,057 --> 00:15:34,808
Jika jenayah Ji-hoon perlu didedahkan,

182
00:15:35,851 --> 00:15:38,896
saya nak alihkan perhatian
sebanyak mungkin daripada Ji-hoon

183
00:15:39,813 --> 00:15:44,151
- Kami tiada komen selain…
- Sila rujuk kenyataan yang kami hantar.

184
00:15:44,234 --> 00:15:45,819
NAM USUL AKTA NAMGOONG SOL

185
00:15:45,903 --> 00:15:48,447
<i>Jika saya tak ungkit tentang usul,
berita hanya akan</i>

186
00:15:49,573 --> 00:15:51,659
bercakap tentang Ji-hoon.

187
00:15:57,581 --> 00:15:59,875
Situasi ini amat berat bagi saya.

188
00:16:04,588 --> 00:16:06,632
Jadi inilah politik, ya?

189
00:16:09,760 --> 00:16:11,595
Awak pernah tanya saya, bukan?

190
00:16:13,055 --> 00:16:14,264
Awak menyesal…

191
00:16:17,851 --> 00:16:20,354
kahwini orang yang ingin berpolitik?

192
00:16:21,647 --> 00:16:22,690
Awak menyesal?

193
00:16:23,983 --> 00:16:25,234
Saya tak menyesal.

194
00:16:25,943 --> 00:16:26,944
Langsung tidak.

195
00:16:30,531 --> 00:16:32,491
Tapi sekarang saya menyesal.

196
00:16:35,869 --> 00:16:37,705
Saya macam dah tak kenal awak.

197
00:16:44,503 --> 00:16:45,587
Hye-joo.

198
00:16:55,097 --> 00:16:56,598
Tentu dia dah gila.

199
00:16:56,682 --> 00:16:58,726
Bagaimana dia terfikir
untuk panggil wartawan

200
00:16:58,809 --> 00:17:00,644
dan akui jenayah seks anaknya?

201
00:17:00,728 --> 00:17:04,148
Apa pun, itu lebih baik
daripada Parti Rakyat Patriotik

202
00:17:04,231 --> 00:17:05,399
yang dedahkan dulu.

203
00:17:05,482 --> 00:17:07,901
Tapi ia tetap jenayah seksual.

204
00:17:07,985 --> 00:17:09,319
Imej parti kita bagaimana?

205
00:17:09,403 --> 00:17:10,946
Suruh dia keluar parti saja.

206
00:17:11,030 --> 00:17:12,448
Itu tak patut.

207
00:17:13,032 --> 00:17:16,243
Ramai orang suka pengakuan jujurnya itu.

208
00:17:16,326 --> 00:17:18,287
Ahli Dewan Nam Joong-do
daripada Parti Daehan

209
00:17:18,370 --> 00:17:20,831
adakan sidang akhbar hari ini dan mengaku

210
00:17:20,914 --> 00:17:22,833
- amang seksual
- Turun berhati-hati.

211
00:17:22,916 --> 00:17:25,878
yang dilakukan oleh mendiang anaknya
dan menjadi topik hangat.

212
00:17:25,961 --> 00:17:27,254
Akta Namgoong Sol…

213
00:17:27,337 --> 00:17:28,422
Puan Kim Hye-joo.

214
00:17:30,549 --> 00:17:32,384
Puan tahu tentang jenayah anak puan?

215
00:17:32,468 --> 00:17:34,678
- Jangan rakam.
- Kenapa puan ke sini?

216
00:17:34,762 --> 00:17:35,763
Janganlah begini.

217
00:17:35,846 --> 00:17:38,182
Ahli Dewan Nam gunakan
kes pelajar perubatan

218
00:17:38,265 --> 00:17:39,850
untuk tutup kes dadah anak puan.

219
00:17:39,933 --> 00:17:42,644
- Hari ini, dia usul pindaan kontroversi.
- Hati-hati.

220
00:17:42,728 --> 00:17:44,980
Nampaknya, dia menutup
kesalahan anak awak berdua

221
00:17:45,064 --> 00:17:47,149
menggunakan nasib malang orang lain.

222
00:17:47,232 --> 00:17:48,776
Apa pendapat puan?

223
00:17:48,859 --> 00:17:50,527
Hye-joo, jangan jawab. Tak apa.

224
00:17:52,404 --> 00:17:54,490
Ketika hidup,
anak puan jadi batu penghalang.

225
00:17:54,573 --> 00:17:56,241
Selepas mati, jadi alat politik?

226
00:17:56,325 --> 00:17:57,659
Hei!

227
00:17:57,743 --> 00:17:59,203
- Awak…
- Cik wartawan.

228
00:18:01,705 --> 00:18:03,332
Awak dah melampau.

229
00:18:03,916 --> 00:18:06,794
Sila hormat dan jaga adab
sebagai wartawan.

230
00:18:07,377 --> 00:18:11,381
Walaupun awak buat liputan politik,
tak bermakna awak boleh biadab.

231
00:18:15,427 --> 00:18:16,595
Mari pergi, Hye-joo.

232
00:18:16,678 --> 00:18:17,554
Ayuh.

233
00:18:18,347 --> 00:18:20,933
Hubungi saya jika nak cakap sesuatu.

234
00:18:21,016 --> 00:18:21,850
Ke tepi.

235
00:18:34,947 --> 00:18:36,031
Hye-joo.

236
00:18:36,949 --> 00:18:40,244
Mari balik dulu.

237
00:18:42,454 --> 00:18:43,539
Yeo-jin.

238
00:18:46,250 --> 00:18:49,628
Dulu, orang lain tak percaya saya juga.

239
00:18:49,711 --> 00:18:50,754
Maksud awak,

240
00:18:51,547 --> 00:18:54,341
Seung-ho cabul awak?

241
00:18:55,467 --> 00:18:57,302
Jangan menipu.

242
00:18:57,928 --> 00:19:00,055
Awak sangka saya akan percaya?

243
00:19:01,348 --> 00:19:03,225
Orang tuduh saya menipu.

244
00:19:04,184 --> 00:19:06,311
Saya rasa teraniaya dan menderita.

245
00:19:09,022 --> 00:19:10,399
Tapi sekarang…

246
00:19:12,609 --> 00:19:15,362
saya ragu-ragu jika Ji-hoon
buat perkara keji begitu

247
00:19:15,904 --> 00:19:18,157
walau seteruk mana sikapnya dulu.

248
00:19:19,283 --> 00:19:21,118
Saya dengar ada bukti,

249
00:19:21,201 --> 00:19:22,744
tapi saya tak percayakan Soo-bin.

250
00:19:23,579 --> 00:19:26,456
Saya cuma harap yang dia menipu.

251
00:19:29,293 --> 00:19:30,294
Tapi…

252
00:19:31,670 --> 00:19:33,547
Dalam ramai-ramai orang, saya

253
00:19:35,382 --> 00:19:38,385
tak patut meragui Soo-bin, bukan?

254
00:19:53,317 --> 00:19:55,277
GURU YOON-SEO

255
00:19:58,947 --> 00:20:01,366
- Baiklah.
- Encik.

256
00:20:01,450 --> 00:20:03,827
- Terima kasih atas sokongan.
- Jangan mencemuh…

257
00:20:06,079 --> 00:20:07,164
Sidang akhbar tuan

258
00:20:07,873 --> 00:20:10,459
akan jadi berita utama
bagi setiap siaran hari ini.

259
00:20:10,542 --> 00:20:12,127
CHOI JUN-WON, WARTAWAN MBS

260
00:20:12,211 --> 00:20:15,255
Juga, ada perdebatan hangat

261
00:20:15,756 --> 00:20:18,258
berkenaan Akta Namgoong Sol
di forum dalam talian.

262
00:20:23,847 --> 00:20:24,848
Tentang Ji-hoon?

263
00:20:24,932 --> 00:20:25,807
Banyak.

264
00:20:30,729 --> 00:20:32,564
Semua jadual tuan hari ini dibatalkan.

265
00:20:33,148 --> 00:20:35,609
Tuan jumpalah puan sebelum terlambat.

266
00:20:39,696 --> 00:20:42,991
<i>…hilang hak pendakwaan
dan kes itu ditutup.</i>

267
00:20:43,075 --> 00:20:46,370
<i>Pagi ini, Ahli Dewan Nam Joong-do
daripada Parti Daehan</i>

268
00:20:46,453 --> 00:20:48,747
<i>adakan sidang akhbar
dan dedahkan jenayah seksual</i>

269
00:20:48,830 --> 00:20:51,416
<i>yang dilakukan mendiang anaknya…</i>

270
00:20:51,500 --> 00:20:53,502
- Encik, boleh matikan radio?
<i>- sebelum mati.</i>

271
00:20:53,585 --> 00:20:55,921
- Apa? Baiklah.
<i>- Meskipun selepas pesalah mati…</i>

272
00:20:57,047 --> 00:20:58,090
Terima kasih.

273
00:21:10,686 --> 00:21:14,606
50,000 WON KEPADA PUSAT KAUNSELING
MANGSA AMANG SEKSUAL

274
00:21:14,690 --> 00:21:15,774
50,000 WON KEPADA
PUSAT WANITA DAN BELIA

275
00:21:23,532 --> 00:21:25,867
PUSAT PERUBATAN JEONGSUN

276
00:21:25,951 --> 00:21:28,370
WAD PERSENDIRIAN
LEE ***-SIN

277
00:21:38,547 --> 00:21:39,381
Seung-hee.

278
00:21:40,424 --> 00:21:41,842
Awak patut pergi makan sesuatu.

279
00:21:42,759 --> 00:21:44,386
Awak tak makan apa-apa hari ini.

280
00:21:45,554 --> 00:21:46,638
Tak apa.

281
00:21:47,264 --> 00:21:50,475
Doktor cakap mak akan sedar nanti.

282
00:21:51,226 --> 00:21:52,352
Tapi makanlah dulu.

283
00:21:53,353 --> 00:21:54,813
Saya akan tunggu di sini,

284
00:21:54,896 --> 00:21:56,440
jadi pergilah makan.

285
00:21:56,940 --> 00:21:58,900
Saya akan telefon jika mak sedar.

286
00:22:31,475 --> 00:22:32,392
Kamu!

287
00:22:33,185 --> 00:22:36,772
Kamu yang beritahu Nam Joong-do
tentang Encik Park?

288
00:22:38,273 --> 00:22:39,399
Saya

289
00:22:40,609 --> 00:22:41,985
tak akan

290
00:22:43,195 --> 00:22:45,489
biarkan saja kamu berdua.

291
00:22:55,665 --> 00:22:58,001
Itu tentang mendiang anaknya, bukan?

292
00:22:58,585 --> 00:22:59,586
Ya.

293
00:23:00,170 --> 00:23:02,923
Nam Joong-do sendiri yang dedahkan.

294
00:23:05,509 --> 00:23:07,219
Kejiranan awak akan kecoh.

295
00:23:07,302 --> 00:23:09,346
Aduhai, ya.

296
00:23:09,429 --> 00:23:10,931
Dulu, saya undi dia.

297
00:23:11,014 --> 00:23:15,018
{\an8}NAM JOONG-DO USULKAN
"AKTA NAMGOONG SOL" DALAM AKTA JENAYAH

298
00:23:27,030 --> 00:23:28,115
Seung-ho…

299
00:23:34,663 --> 00:23:35,872
Seung-ho.

300
00:23:39,918 --> 00:23:41,253
Tak apa.

301
00:23:43,296 --> 00:23:46,091
Tiada siapa yang percaya

302
00:23:47,717 --> 00:23:49,469
cakap Jae-eun.

303
00:23:51,972 --> 00:23:53,390
Mak akan…

304
00:23:55,851 --> 00:23:57,269
simpan rahsia kamu

305
00:23:58,436 --> 00:23:59,729
sampai mati.

306
00:24:27,424 --> 00:24:29,718
SEKOLAH MENENGAH JICHEONG

307
00:24:29,801 --> 00:24:30,844
<i>Nam Yoon-seo.</i>

308
00:24:31,428 --> 00:24:32,804
Kwon Da-som.

309
00:24:32,888 --> 00:24:35,182
Kamu tak nak beritahu
kenapa kamu bergaduh?

310
00:24:40,020 --> 00:24:40,937
Yoon-seo,

311
00:24:41,521 --> 00:24:42,814
kenapa kamu berdua bergaduh?

312
00:24:51,198 --> 00:24:52,407
Nam Ji-hoon.

313
00:24:54,784 --> 00:24:56,453
Kami gaduh sebab Nam Ji-hoon.

314
00:24:57,412 --> 00:24:59,748
<i>- Dia merogol.
- Rogol?</i>

315
00:24:59,831 --> 00:25:02,209
Apa? Rogol? Biar betul?

316
00:25:02,292 --> 00:25:03,793
Abangnya ambil dadah juga.

317
00:25:03,877 --> 00:25:06,087
Tak, dia tak ambil dadah!

318
00:25:06,171 --> 00:25:10,091
Belum tentu berita rogol ini benar
atau tidak. Jangan main tuduh saja.

319
00:25:11,718 --> 00:25:14,429
Ayah awak yang cakap itu betul.

320
00:25:14,512 --> 00:25:17,265
Rogol? Bukankah itu sangat melampau?

321
00:25:17,349 --> 00:25:19,392
- Hei, Jang Hyeon-seo!
- Ya.

322
00:25:20,977 --> 00:25:21,811
Itu paling teruk.

323
00:25:24,564 --> 00:25:26,399
- Apa?
- Biar saya ulang.

324
00:25:26,483 --> 00:25:29,527
Pesalah seksual paling menjijikkan.

325
00:25:30,612 --> 00:25:31,821
Hei, Da-som.

326
00:25:42,374 --> 00:25:43,208
Mak.

327
00:25:45,168 --> 00:25:46,253
Betulkah…

328
00:25:48,213 --> 00:25:49,673
abang buat begitu?

329
00:25:51,883 --> 00:25:53,927
Tidak, bukan?

330
00:25:54,511 --> 00:25:55,553
Tidak, bukan?

331
00:25:58,265 --> 00:25:59,140
Aduhai.

332
00:26:00,141 --> 00:26:01,434
Maaf sebab terlambat.

333
00:26:01,518 --> 00:26:04,062
Saya ada pesakit
dan tak sempat lihat telefon.

334
00:26:05,021 --> 00:26:06,273
Da-som.

335
00:26:06,856 --> 00:26:08,733
Kamu bergaduh dengan Yoon-seo? Kenapa?

336
00:26:11,987 --> 00:26:12,904
Yoon-seo.

337
00:26:18,493 --> 00:26:20,620
Kenapa? Ada apa?

338
00:26:23,873 --> 00:26:25,000
KAUNSELING

339
00:26:25,667 --> 00:26:29,212
Awak berdua jumpa cikgu
selepas waktu kelas.

340
00:26:30,005 --> 00:26:31,715
Tulis surat minta maaf juga.

341
00:26:32,674 --> 00:26:33,758
- Baik.
- Baik.

342
00:26:52,027 --> 00:26:53,320
Hye-joo.

343
00:26:56,573 --> 00:26:57,907
Saya minta maaf. Sekejap.

344
00:26:59,993 --> 00:27:00,869
Helo?

345
00:27:01,369 --> 00:27:03,330
Ya. Puan Kim Si-nae?

346
00:27:04,497 --> 00:27:05,874
Dah terbuka banyak mana?

347
00:27:15,425 --> 00:27:17,010
KETUA PENASIHAT JANG WOO-JAE

348
00:27:20,388 --> 00:27:21,348
KETUA PENASIHAT JANG WOO-JAE

349
00:27:21,431 --> 00:27:24,684
<i>Tentu puan amat terkejut. Tolong jaga dia.</i>

350
00:27:53,004 --> 00:27:56,383
KLINIK WANITA DAON

351
00:28:03,932 --> 00:28:05,392
- Hye-joo.
- Ya?

352
00:28:07,143 --> 00:28:08,770
Ya, kita dah sampai.

353
00:28:09,979 --> 00:28:12,649
Maaf sebab tak dapat hantar awak.
Ada pesakit nak bersalin.

354
00:28:12,732 --> 00:28:14,943
Tak apa. Terima kasih.

355
00:28:15,568 --> 00:28:17,320
Awak nampak teruk sekarang.

356
00:28:17,404 --> 00:28:20,198
Mari naik bersama saya
dan ambil rawatan IV.

357
00:28:20,281 --> 00:28:21,366
Saya okey.

358
00:28:22,700 --> 00:28:24,786
- Saya pergi dulu. Hati-hati.
- Selamat jalan.

359
00:28:25,370 --> 00:28:27,622
- Alamak.
- Ji-soo, maaf. Sebentar.

360
00:28:28,164 --> 00:28:29,624
Tak apa. Tak perlu gopoh.

361
00:28:34,170 --> 00:28:35,380
Cik Kim Soo-bin.

362
00:28:39,592 --> 00:28:40,802
- Hye-joo.
- Ya?

363
00:28:41,594 --> 00:28:43,596
Itu gambar siapa?

364
00:28:50,270 --> 00:28:51,312
Ini?

365
00:28:51,938 --> 00:28:52,939
Siapa…

366
00:28:53,690 --> 00:28:54,649
itu?

367
00:28:58,361 --> 00:29:00,655
Dia Ji-hoon punya…

368
00:29:05,618 --> 00:29:08,079
- Saya pergi dulu.
- Yalah.

369
00:29:10,623 --> 00:29:11,499
Selamat jalan.

370
00:29:29,851 --> 00:29:31,644
Saya baru sampai. Saya akan terus naik.

371
00:29:33,563 --> 00:29:34,647
Oh, ya.

372
00:29:35,482 --> 00:29:38,526
Pesakit yang terima rawatan IV
sebab sakit perut tadi…

373
00:29:39,527 --> 00:29:40,737
<i>Dia dah balik, bukan?</i>

374
00:29:40,820 --> 00:29:42,530
KLINIK WANITA DAON

375
00:29:43,114 --> 00:29:44,032
Soo-bin.

376
00:29:45,033 --> 00:29:46,075
Soo-bin!

377
00:29:46,659 --> 00:29:48,369
Soo-bin, betul Ji-hoon buat begitu?

378
00:29:48,453 --> 00:29:51,122
Betul? Betul Ji-hoon buat begitu?

379
00:29:54,876 --> 00:29:56,544
Cakaplah sesuatu.

380
00:29:56,628 --> 00:29:58,004
Betulkah?

381
00:29:58,588 --> 00:29:59,589
Soo-bin!

382
00:30:00,507 --> 00:30:01,925
Orang memandang.

383
00:30:02,008 --> 00:30:03,301
Mari cakap di tempat lain.

384
00:30:13,394 --> 00:30:14,437
Soo-bin.

385
00:30:15,897 --> 00:30:18,149
Sewaktu mak cik tanya awak dulu,

386
00:30:19,108 --> 00:30:21,986
awak sendiri cakap,
awak tak dipaksa, bukan?

387
00:30:23,530 --> 00:30:24,489
Tapi…

388
00:30:25,073 --> 00:30:25,990
Tapi kenapa?

389
00:30:27,242 --> 00:30:28,284
Betulkah Ji-hoon…

390
00:30:29,202 --> 00:30:30,995
buat begitu

391
00:30:32,163 --> 00:30:33,873
terhadap awak? Betul?

392
00:30:45,468 --> 00:30:46,719
Tak.

393
00:30:48,471 --> 00:30:50,557
"Tak"? Tidak, bukan?

394
00:30:51,391 --> 00:30:52,809
Dia tak buat begitu, bukan?

395
00:30:52,892 --> 00:30:56,271
Ji-hoon tak buat begitu, bukan?
Awak tak berbohong, bukan?

396
00:31:05,238 --> 00:31:07,365
Jadi awak…

397
00:31:08,783 --> 00:31:10,285
Awak okey, bukan?

398
00:31:10,952 --> 00:31:12,245
Itu tak berlaku, bukan?

399
00:31:12,745 --> 00:31:15,540
Soo-bin, awak benar-benar okey, bukan?

400
00:31:20,211 --> 00:31:21,462
Nasib baiklah.

401
00:31:22,130 --> 00:31:23,423
Mak cik lega.

402
00:31:24,215 --> 00:31:25,717
Terima kasih, Soo-bin.

403
00:31:27,051 --> 00:31:28,177
Jadi

404
00:31:28,845 --> 00:31:31,931
awak tak hamil sebab itu, bukan?

405
00:31:32,515 --> 00:31:33,516
Betul?

406
00:31:36,144 --> 00:31:38,563
Jadi kenapa cakap begitu, Soo-bin?

407
00:31:39,522 --> 00:31:41,774
Kenapa awak buat begitu?

408
00:31:41,858 --> 00:31:44,402
Jika perlukan duit, minta sajalah.

409
00:31:44,485 --> 00:31:48,489
Kenapa awak jadikan Ji-hoon
orang jahat? Kenapa?

410
00:31:48,573 --> 00:31:51,409
Kenapa awak ugut
ayah Ji-hoon dengan penipuan?

411
00:31:51,492 --> 00:31:54,078
Kenapa awak buat begitu?

412
00:31:57,123 --> 00:31:58,333
Apa?

413
00:32:00,084 --> 00:32:01,336
Ugut?

414
00:32:04,881 --> 00:32:06,049
Dia cakap saya ugut dia?

415
00:32:08,760 --> 00:32:09,719
Awak tak buat begitu?

416
00:32:11,220 --> 00:32:13,306
Katanya, awak ugut nak dedahkan kes itu.

417
00:32:15,683 --> 00:32:18,519
Saya tak ugut dia.

418
00:32:20,188 --> 00:32:21,314
Apa?

419
00:32:23,149 --> 00:32:24,400
Jadi…

420
00:32:24,484 --> 00:32:26,277
Jadi maksudnya ayah Ji-hoon menipu…

421
00:32:26,861 --> 00:32:27,862
Dia…

422
00:32:28,905 --> 00:32:30,281
Mak cik tak percaya, bukan?

423
00:32:36,287 --> 00:32:37,330
Saya faham.

424
00:32:38,706 --> 00:32:40,625
Saya bukan keluarga atau sesiapa.

425
00:32:41,834 --> 00:32:43,378
Mak cik cuma kenal saya sekejap.

426
00:32:45,672 --> 00:32:46,714
Tapi…

427
00:32:48,216 --> 00:32:50,051
saya benar-benar

428
00:32:51,260 --> 00:32:52,261
tak ugut dia.

429
00:32:54,681 --> 00:32:56,516
Tak apa jika tak percaya hal lain.

430
00:32:58,059 --> 00:32:59,352
Tapi seteruk mana pun saya,

431
00:33:00,687 --> 00:33:02,146
saya takkan buat begitu sekali.

432
00:33:31,426 --> 00:33:33,678
Katanya, awak ugut nak dedahkan kes itu.

433
00:33:35,138 --> 00:33:37,932
Saya tak ugut dia.

434
00:33:38,516 --> 00:33:41,519
Ya, saya sedang mengugut.

435
00:34:38,409 --> 00:34:39,494
Tadi…

436
00:34:42,330 --> 00:34:43,623
saya jumpa Soo-bin.

437
00:34:45,833 --> 00:34:46,876
Bagaimana?

438
00:34:51,380 --> 00:34:53,299
Tengah hari tadi secara kebetulan.

439
00:34:55,301 --> 00:34:57,011
Tapi

440
00:34:57,095 --> 00:34:58,262
dia beritahu saya…

441
00:35:00,306 --> 00:35:02,517
Ji-hoon tak buat begitu.

442
00:35:04,769 --> 00:35:06,062
Juga…

443
00:35:06,854 --> 00:35:10,066
katanya, dia tak pernah
ugut awak untuk dedahkannya.

444
00:35:13,069 --> 00:35:14,445
Betulkah begitu?

445
00:35:17,698 --> 00:35:18,616
Sayang.

446
00:35:19,200 --> 00:35:20,493
Itu tak masuk akal.

447
00:35:21,077 --> 00:35:22,870
Awak percaya cakap Kim Soo-bin?

448
00:35:22,954 --> 00:35:25,123
Dia permainkan kita sekarang.

449
00:35:25,706 --> 00:35:27,041
Bukannya saya percaya dia.

450
00:35:27,125 --> 00:35:29,919
Tapi tiada sebab untuk dia
permainkan kita begini.

451
00:35:30,002 --> 00:35:33,214
- Lebih-lebih lagi dengan hal begini.
- Dia ada rekod perubatan.

452
00:35:34,715 --> 00:35:35,550
Baiklah.

453
00:35:35,633 --> 00:35:37,426
Katakan dia bercakap benar.

454
00:35:38,010 --> 00:35:40,596
Jika dia tak ugut saya dengan kes Ji-hoon,

455
00:35:40,680 --> 00:35:43,141
kenapa dia diam saja
sejak saya buat sidang akhbar?

456
00:35:44,559 --> 00:35:45,560
Jadi ini bermakna…

457
00:35:48,646 --> 00:35:51,399
saya dah tipu awak dan seluruh negara.

458
00:35:55,444 --> 00:35:56,988
Awak sangka saya akan jadikan

459
00:35:58,239 --> 00:36:00,700
anak saya manusia tak guna
untuk ubah undang-undang?

460
00:36:00,783 --> 00:36:02,410
Suami awak orang begitu?

461
00:36:20,052 --> 00:36:21,137
Saya tak pernah…

462
00:36:22,763 --> 00:36:25,057
sesekali meragui awak.

463
00:36:28,394 --> 00:36:29,896
Tapi kini awak tak percaya saya.

464
00:36:32,815 --> 00:36:36,319
Tak perlu jelaskan kepada saya.

465
00:36:37,528 --> 00:36:40,573
Walaupun tiada bukti atau saksi…

466
00:36:43,284 --> 00:36:44,410
saya percayakan awak.

467
00:36:48,080 --> 00:36:49,290
Sebab awak.

468
00:36:52,627 --> 00:36:53,628
Saya…

469
00:36:54,712 --> 00:36:56,130
tak pernah bayangkan

470
00:36:57,715 --> 00:36:59,008
awak akan percaya orang lain…

471
00:37:01,636 --> 00:37:04,013
lebih daripada saya.

472
00:37:05,806 --> 00:37:07,475
Terutama gadis macam dia.

473
00:37:38,881 --> 00:37:40,258
Apa lagi yang dia cakap?

474
00:37:41,634 --> 00:37:43,052
Beritahu semua yang dia cakap.

475
00:37:45,012 --> 00:37:47,223
Biar saya dengar apa lagi yang dia reka.

476
00:37:54,563 --> 00:37:55,481
Apa?

477
00:37:55,564 --> 00:37:56,691
Nam Joong-do!

478
00:37:57,942 --> 00:37:59,318
Nam Joong-do!

479
00:38:00,945 --> 00:38:03,072
Nam Joong-do tak guna!

480
00:38:03,155 --> 00:38:05,533
Apa guna hantar semua ini?

481
00:38:05,616 --> 00:38:08,786
- Berani buat begini terhadap Ji-hoon?
- Lepas dulu dan cakaplah.

482
00:38:08,869 --> 00:38:10,246
Hanya kerana lencana awak,

483
00:38:10,329 --> 00:38:12,206
awak dah tak pedulikan anak awak?

484
00:38:12,748 --> 00:38:16,502
Su-hyeon berkorban nyawa
untuk lahirkan Ji-hoon.

485
00:38:17,086 --> 00:38:18,671
Tergamak awak, sebagai ayahnya,

486
00:38:18,754 --> 00:38:21,048
malukan di hadapan seluruh negara?

487
00:38:21,132 --> 00:38:23,426
Awak masih mengaku sebagai ayahnya?

488
00:38:23,509 --> 00:38:25,511
Seteruk mana pun Ji-hoon,

489
00:38:25,594 --> 00:38:27,513
tergamak awak buat dia begini?

490
00:38:27,596 --> 00:38:30,766
Tolonglah. Jangan begini. Tolonglah.

491
00:38:30,850 --> 00:38:32,643
Jangan masuk campur!

492
00:38:32,727 --> 00:38:33,811
Sayang, awak okey?

493
00:38:34,520 --> 00:38:36,897
Abang, cakap dengan saya saja.

494
00:38:36,981 --> 00:38:41,152
Awak sebelahi perempuan itu
di depan saya sekarang

495
00:38:41,235 --> 00:38:42,945
sebab Su-hyeon dah mati dan tiada?

496
00:38:43,029 --> 00:38:45,031
- "Perempuan itu"?
- Su-hyeon mati

497
00:38:45,531 --> 00:38:48,701
tanpa terima rawatan
untuk selamatkan anak awak.

498
00:38:49,201 --> 00:38:50,745
Begitu dia selamatkan Ji-hoon.

499
00:38:50,828 --> 00:38:53,039
Tapi awak tahu apa
yang orang cakap sekarang?

500
00:38:53,122 --> 00:38:57,209
Mereka cakap kuburnya patut digali
dan gelar dia sebagai penjenayah.

501
00:39:01,422 --> 00:39:03,466
Sewaktu awak berkahwin semula,

502
00:39:03,549 --> 00:39:06,135
saya suruh awak
serahkan Ji-hoon kepada kami.

503
00:39:06,218 --> 00:39:07,720
Tapi apa yang awak cakap?

504
00:39:07,803 --> 00:39:09,013
Akan jaga dia baik-baik?

505
00:39:09,096 --> 00:39:11,349
Jadi saya percaya
dan beri kepada perempuan itu.

506
00:39:11,432 --> 00:39:12,767
Sekarang, ini apa?

507
00:39:12,850 --> 00:39:15,353
Jika dia dilayan dengan baik
dan tak kesunyian,

508
00:39:15,436 --> 00:39:18,189
dia takkan jadi terpesong begitu!

509
00:39:20,066 --> 00:39:21,192
Aduhai.

510
00:39:22,360 --> 00:39:23,819
Aduhai, Su-hyeon.

511
00:39:26,447 --> 00:39:27,531
Kasihan Su-hyeon.

512
00:39:28,532 --> 00:39:31,035
Tentu dia merana di dalam kuburnya!

513
00:39:38,417 --> 00:39:39,919
Semua salah saya.

514
00:39:41,921 --> 00:39:42,838
Ji-hoon.

515
00:39:43,506 --> 00:39:45,216
Kenapa dengan kamu kebelakangan ini?

516
00:39:45,800 --> 00:39:47,343
Pelajaran kamu susah?

517
00:39:47,927 --> 00:39:49,387
Atau ada orang buli kamu?

518
00:39:51,472 --> 00:39:52,723
Beritahu ayah semuanya.

519
00:39:54,975 --> 00:39:56,310
Apa ayah boleh buat?

520
00:39:57,812 --> 00:39:59,021
Semuanya menjengkelkan!

521
00:40:13,744 --> 00:40:16,122
<i>CARA HADAPI REMAJA BERMASALAH</i>

522
00:40:28,676 --> 00:40:32,304
{\an8}<i>MEWUJUDKAN HUBUNGAN IBU BAPA
DAN ANAK YANG SIHAT</i>

523
00:40:33,305 --> 00:40:34,723
{\an8}<i>KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA</i>

524
00:40:43,441 --> 00:40:45,651
{\an8}<i>LATAR BELAKANG TEORI</i>

525
00:40:51,115 --> 00:40:51,949
<i>AKIL BALIGH</i>

526
00:40:52,032 --> 00:40:52,950
<i>PEMENTORAN IBU BAPA</i>

527
00:40:53,033 --> 00:40:53,868
<i>KENAPA DENGAN ANAK SAYA?</i>

528
00:40:58,289 --> 00:41:01,250
Joong-do dah buat
yang terbaik untuk Ji-hoon.

529
00:41:02,084 --> 00:41:04,837
Jika ada kekurangan,
tentu sebab salah saya.

530
00:41:05,337 --> 00:41:07,465
Jadi tolonglah…

531
00:41:11,844 --> 00:41:13,095
Saya terima

532
00:41:14,054 --> 00:41:16,098
semua cemuhan atas tindakan saya hari ini.

533
00:41:17,349 --> 00:41:19,018
Tapi cemuh saya saja.

534
00:41:20,060 --> 00:41:22,271
Dia menyayangi Ji-hoon
lebih daripada orang lain.

535
00:41:23,439 --> 00:41:24,732
Dia mak Ji-hoon.

536
00:42:05,105 --> 00:42:06,315
Terima kasih untuk

537
00:42:07,816 --> 00:42:09,735
tengah hari ini dan saya minta maaf.

538
00:42:42,726 --> 00:42:44,603
Siang tadi

539
00:42:47,064 --> 00:42:50,317
saya tuduh awak mempergunakan Ji-hoon.

540
00:42:53,445 --> 00:42:55,823
Saya dah melampau. Maafkan saya.

541
00:42:59,285 --> 00:43:01,537
Awak ayah Ji-hoon.

542
00:43:20,180 --> 00:43:21,640
Saya minta maaf.

543
00:44:42,388 --> 00:44:43,847
Awak okey, bukan?

544
00:44:44,473 --> 00:44:46,684
Itu tak berlaku, bukan?

545
00:44:46,767 --> 00:44:49,019
Soo-bin, awak benar-benar okey, bukan?

546
00:44:49,603 --> 00:44:50,729
Nasib baiklah.

547
00:44:51,480 --> 00:44:52,856
Mak cik lega.

548
00:44:53,482 --> 00:44:55,067
Terima kasih, Soo-bin.

549
00:44:56,151 --> 00:44:57,569
Adakah Ji-hoon…

550
00:45:00,447 --> 00:45:04,868
hamilkan awak tanpa kerelaan awak?

551
00:45:30,227 --> 00:45:33,021
PUSAT PERUBATAN JEONGSUN

552
00:45:34,189 --> 00:45:35,607
Dah selesai?

553
00:45:35,691 --> 00:45:36,692
Ya.

554
00:45:42,072 --> 00:45:43,407
Aduhai.

555
00:45:45,784 --> 00:45:47,119
Saya hantar ini keluar dulu.

556
00:46:01,008 --> 00:46:04,094
Mak, boleh kita cakap sebentar?

557
00:46:05,012 --> 00:46:06,013
Aduhai.

558
00:46:07,139 --> 00:46:08,891
Aduhai.

559
00:46:08,974 --> 00:46:10,058
Sakitnya kepala.

560
00:46:10,726 --> 00:46:14,229
Aduhai, kepala mak sakit.

561
00:46:15,063 --> 00:46:16,398
Aduhai.

562
00:46:17,149 --> 00:46:19,193
<i>…dia akan pastikan pindaan ini diluluskan.</i>

563
00:46:19,276 --> 00:46:23,530
<i>Ahli Dewan Nam turut berjanji akan buat
yang terbaik untuk hapuskan stigma</i>

564
00:46:23,614 --> 00:46:25,741
{\an8}<i>terhadap mangsa jenayah seksual.</i>

565
00:46:25,824 --> 00:46:29,786
{\an8}<i>Terutamanya dengan akta sedia ada,
apabila pesalah membunuh diri…</i>

566
00:46:31,038 --> 00:46:35,709
Tuan ada tujuh temu bual berkenaan
Akta Namgoong Sol bermula pukul 1:00.

567
00:46:37,211 --> 00:46:38,504
Esok ada lima.

568
00:46:40,214 --> 00:46:41,215
Tuan.

569
00:46:42,508 --> 00:46:44,384
Tuan tak pakai lencana.

570
00:46:47,095 --> 00:46:48,138
Ya.

571
00:46:48,222 --> 00:46:49,097
Saya tak perasan.

572
00:46:52,851 --> 00:46:55,395
Tentu tuan lalui banyak hal sejak semalam.

573
00:47:45,779 --> 00:47:50,701
PARLIMEN

574
00:47:56,707 --> 00:47:58,125
Oh, ya. <i>Galbi.</i>

575
00:48:04,673 --> 00:48:06,341
PARLIMEN

576
00:48:06,425 --> 00:48:07,843
Dia terburu-buru.

577
00:48:10,387 --> 00:48:12,931
Saya juga bersyukur
orang sibuk macam Ahli Dewan Nam

578
00:48:13,015 --> 00:48:17,019
curi masa untuk beri penghormatan
sebelum matahari terbenam.

579
00:48:17,102 --> 00:48:20,314
Bukankah dia singgah pada lewat malam…

580
00:48:20,397 --> 00:48:21,690
Tidak.

581
00:48:21,773 --> 00:48:25,777
Bagaimana saya boleh lupa
seseorang yang pakai lencana ahli dewan?

582
00:48:27,738 --> 00:48:29,156
Saya perlu keluar.

583
00:48:29,823 --> 00:48:31,074
Pergi hadiri pengebumian.

584
00:48:31,158 --> 00:48:32,743
Bukankah sekarang dah lewat?

585
00:48:33,327 --> 00:48:34,870
Esok jadual saya penuh.

586
00:48:35,746 --> 00:48:37,039
Baik pergi sekarang.

587
00:48:52,220 --> 00:48:56,224
NAM JI-HOON

588
00:49:08,070 --> 00:49:10,197
Walaupun ada beberapa halangan,

589
00:49:11,907 --> 00:49:14,910
akhirnya, semua berjalan lancar
macam yang tuan mahu.

590
00:49:19,873 --> 00:49:20,791
Selamat jalan.

591
00:49:38,725 --> 00:49:41,019
AHLI DEWAN KANG SOON-HONG

592
00:49:42,479 --> 00:49:43,897
Helo, Tuan Kang.

593
00:49:43,980 --> 00:49:45,691
Ada apa awal pagi begini?

594
00:49:49,486 --> 00:49:50,612
Apa?

595
00:49:51,279 --> 00:49:54,783
<i>Ketika Cik Kim Soo-bin datang
dan tanya tentang pengguguran,</i>

596
00:49:55,367 --> 00:49:57,869
<i>saya tulis dalam rekod dia yang dia hamil</i>

597
00:49:57,953 --> 00:49:59,579
kerana amang seksual.

598
00:50:00,747 --> 00:50:03,500
Katanya, pelaku itu kekasihnya.

599
00:50:04,251 --> 00:50:05,085
Betul?

600
00:50:07,546 --> 00:50:11,174
Kebetulan saya ada
tempah dewan sidang akhbar

601
00:50:11,258 --> 00:50:14,386
<i>pukul 11:00 pagi hari ini.</i>

602
00:50:15,137 --> 00:50:17,806
Saya akan beri slot masa itu kepada awak.

603
00:50:18,598 --> 00:50:20,392
<i>Apa kata awak gunakannya</i>

604
00:50:20,475 --> 00:50:24,146
<i>untuk umumkan
yang spekulasi tanah Youngsan</i>

605
00:50:24,229 --> 00:50:26,565
<i>cuma salah faham?</i>

606
00:50:28,900 --> 00:50:30,569
<i>Jika tak mahu,</i>

607
00:50:30,652 --> 00:50:33,071
<i>biar saya saja yang ambil slot itu</i>

608
00:50:33,155 --> 00:50:35,574
dan cakap tentang anak awak saja.

609
00:50:48,670 --> 00:50:50,088
PANGGILAN MASUK

610
00:50:51,339 --> 00:50:52,591
Helo, saya Nam Joong-do.

611
00:51:06,480 --> 00:51:09,024
AHLI DEWAN NAM JOONG-DO

612
00:51:10,400 --> 00:51:13,069
<i>Saya tulis dalam rekod dia yang dia hamil</i>

613
00:51:13,153 --> 00:51:14,654
<i>kerana amang seksual.</i>

614
00:51:15,572 --> 00:51:18,492
<i>Katanya, pelaku itu kekasihnya.</i>

615
00:51:19,743 --> 00:51:21,787
Saya cuma cakap begitu kepada doktor

616
00:51:23,038 --> 00:51:26,583
sebab saya tak boleh gugurkan kandungan
melainkan saya mangsa jenayah seksual.

617
00:51:29,586 --> 00:51:30,837
Tak tahu akta dah berubah.

618
00:51:30,921 --> 00:51:31,755
Apa pun,

619
00:51:32,506 --> 00:51:34,299
saya tak hamil begitu.

620
00:51:34,382 --> 00:51:35,592
Jadi siapa bapanya?

621
00:51:36,885 --> 00:51:38,553
Awak kata bukan amang seksual.

622
00:51:38,637 --> 00:51:40,305
Betulkah Ji-hoon bapanya?

623
00:51:44,893 --> 00:51:46,019
Bukan.

624
00:51:47,604 --> 00:51:48,688
Bekas kekasih saya.

625
00:51:51,942 --> 00:51:53,443
Jadi

626
00:51:53,527 --> 00:51:55,570
rekod perubatan saya

627
00:51:56,196 --> 00:51:57,322
semuanya salah.

628
00:52:01,409 --> 00:52:03,995
Ji-hoon tiada kaitan
dengan kehamilan saya.

629
00:52:12,462 --> 00:52:13,713
Encik dah gila?

630
00:52:13,797 --> 00:52:16,424
Encik akan buat sidang akhbar dan cakap

631
00:52:16,508 --> 00:52:17,717
Ji-hoon rogol saya?

632
00:52:18,593 --> 00:52:20,262
Awak cakap awak perlukan rumah.

633
00:52:20,345 --> 00:52:21,596
Saya akan uruskannya.

634
00:52:27,018 --> 00:52:28,520
Mak cik akan kecewa.

635
00:52:28,603 --> 00:52:30,814
Sekarang, dia tiada kaitan dengan awak.

636
00:52:31,648 --> 00:52:33,233
Dia cuma layan awak dengan baik

637
00:52:33,817 --> 00:52:36,403
kerana sangka awak hamil anak Ji-hoon.

638
00:52:45,036 --> 00:52:46,037
Baiklah.

639
00:52:49,666 --> 00:52:50,834
Bila saya dapat duit?

640
00:52:54,045 --> 00:52:56,131
<i>Saya minta maaf dari lubuk hati saya</i>

641
00:52:57,465 --> 00:52:59,301
<i>terhadap mangsa dan orang ramai.</i>

642
00:53:00,302 --> 00:53:02,637
{\an8}Bulan lalu, saya tuduh
Ahli Dewan Kang Soon-hong

643
00:53:03,305 --> 00:53:05,473
{\an8}daripada Parti Rakyat Patriotik

644
00:53:06,141 --> 00:53:08,143
{\an8}terlibat dalam spekulasi tanah Youngsan.

645
00:53:12,522 --> 00:53:15,150
<i>Saya berjanji untuk siasat sedalam mungkin</i>

646
00:53:15,775 --> 00:53:18,320
<i>dan dedahkan kebenarannya tak lama lagi.</i>

647
00:53:18,945 --> 00:53:20,155
Apa…

648
00:53:21,448 --> 00:53:22,574
Si tak guna itu.

649
00:53:23,158 --> 00:53:24,326
Apa…

650
00:53:25,076 --> 00:53:26,828
Ini bukan rancangan kita.

651
00:53:32,042 --> 00:53:33,543
Saya akan rasa bersalah

652
00:53:35,879 --> 00:53:37,964
terhadap isteri saya
dan Ji-hoon sampai mati.

653
00:53:42,594 --> 00:53:43,970
Tapi saya tiada pilihan.

654
00:53:46,014 --> 00:53:47,641
Ini demi dunia ini…

655
00:53:49,601 --> 00:53:50,769
dan kebaikan lebih besar.

656
00:54:07,160 --> 00:54:08,453
Dengar baik-baik.

657
00:54:10,080 --> 00:54:11,247
Jika mungkir janji lagi,

658
00:54:11,331 --> 00:54:13,375
awak akan kehilangan rumah ini
dan semuanya.

659
00:54:15,293 --> 00:54:16,586
Faham?

660
00:54:21,800 --> 00:54:22,842
Ya.

661
00:54:27,097 --> 00:54:28,598
Kim Soo-bin

662
00:54:28,682 --> 00:54:30,433
takkan buat silap lagi.

663
00:54:30,517 --> 00:54:31,559
Tapi…

664
00:54:35,355 --> 00:54:37,065
jika Puan Kim dapat tahu…

665
00:54:43,321 --> 00:54:44,781
Itu takkan berlaku.

666
00:54:46,116 --> 00:54:47,867
PENGHARGAAN BUAT BAE GYEONG-GUK

667
00:54:49,536 --> 00:54:50,412
Ahli Dewan Nam?

668
00:54:51,329 --> 00:54:53,331
Saya rasa dia

669
00:54:53,415 --> 00:54:55,709
orang pertama sampai ke pengebumian.

670
00:54:56,334 --> 00:54:57,669
Ya.

671
00:54:57,752 --> 00:54:58,962
Ia waktu makan malam,

672
00:54:59,045 --> 00:55:01,965
tapi dia terus pergi
sebab ada urusan lain.

673
00:55:04,926 --> 00:55:06,344
<i>Isteri saya…</i>

674
00:55:10,724 --> 00:55:12,642
<i>tak pernah ragui saya.</i>

675
00:55:12,726 --> 00:55:16,730
NAM JI-HOON

676
00:55:31,077 --> 00:55:33,538
Kes Jin Seung-ho
akan tersebar hari ini atau esok.

677
00:55:34,205 --> 00:55:35,290
Bersedialah.

678
00:55:35,874 --> 00:55:37,959
Jin Seung-hee takkan berdiam diri

679
00:55:39,210 --> 00:55:40,670
selepas sidang akhbar saya.

680
00:55:41,463 --> 00:55:43,590
Walaupun isu tanah diketepikan,

681
00:55:43,673 --> 00:55:46,760
dia akan fikir yang saya sasarkan Seong-ho
dengan Akta Namgoong Sol.

682
00:55:49,596 --> 00:55:50,764
Baik, tuan.

683
00:55:52,057 --> 00:55:54,642
Memang tiada cara untuk buktikannya.

684
00:55:57,062 --> 00:55:58,063
Ini bermakna

685
00:55:59,647 --> 00:56:01,483
orang yang dapat sokongan awam itulah…

686
00:56:04,235 --> 00:56:05,820
yang bercakap benar.

687
00:56:11,367 --> 00:56:12,535
Oh, ya.

688
00:56:13,119 --> 00:56:15,830
Saya rasa Ahli Dewan Nam

689
00:56:16,414 --> 00:56:19,626
tetamu pertama selepas puan pergi.

690
00:56:21,503 --> 00:56:23,630
NAM JOONG-DO, HEO JI-HYE,
KIM MYEONG-JA…

691
00:56:23,713 --> 00:56:24,672
Lihatlah.

692
00:56:25,799 --> 00:56:28,802
Dia orang pertama yang datang.

693
00:56:30,929 --> 00:56:33,807
NAM JOONG-DO

694
00:56:33,890 --> 00:56:36,226
- Pergi hadiri pengebumian.
- Siapa?

695
00:56:37,352 --> 00:56:40,230
Ibu mentua ketua Pusat Beli-Belah Taeyang.

696
00:56:41,064 --> 00:56:42,649
Bukankah sekarang dah lewat?

697
00:56:43,233 --> 00:56:44,734
Esok jadual saya penuh.

698
00:56:45,652 --> 00:56:46,653
Baik pergi sekarang.

699
00:56:53,660 --> 00:56:55,537
Helo. Terima kasih sebab datang.

700
00:56:56,204 --> 00:56:57,789
Terima kasih, Ahli Dewan Nam.

701
00:56:57,872 --> 00:56:58,832
DEWAN 5, NAMGOONG SOL

702
00:56:58,915 --> 00:56:59,916
Sebentar.

703
00:57:11,469 --> 00:57:12,512
Siapa…

704
00:57:18,268 --> 00:57:23,565
PARLIMEN

705
00:57:23,648 --> 00:57:27,360
Dia datang memakai lencananya hari itu.

706
00:57:27,444 --> 00:57:29,654
Sekarang, saya ingat dengan jelas.

707
00:57:30,155 --> 00:57:33,366
Sebaik saja dia datang
ke dewan pengebumian,

708
00:57:33,992 --> 00:57:35,827
saya terus cam dia

709
00:57:35,910 --> 00:57:37,871
apabila lihat lencananya.

710
00:57:38,455 --> 00:57:41,749
Saya mungkin lupa perkara lain,

711
00:57:42,750 --> 00:57:46,296
tapi saya takkan lupa yang saya
nampak lencana keemasannya hari itu

712
00:57:46,880 --> 00:57:48,965
sehingga saya mati.

713
00:58:08,234 --> 00:58:09,903
Pada malam hari kematian Ji-hoon…

714
00:58:16,034 --> 00:58:18,244
<i>Encik Nam ialah
orang terakhir yang dia jumpa.</i>

715
00:58:18,328 --> 00:58:20,497
Saya akan pastikan ayah

716
00:58:20,580 --> 00:58:22,457
berhenti jadi ahli politik.

717
00:58:33,968 --> 00:58:35,303
<i>Encik pula</i>

718
00:58:35,386 --> 00:58:36,554
ada jumpa anak encik?

719
00:58:37,388 --> 00:58:38,306
Tiada.

720
00:59:32,068 --> 00:59:34,612
TROLLEY

721
00:59:35,196 --> 00:59:36,948
{\an8}<i>Pada malam kemalangan Ji-hoon.</i>

722
00:59:37,031 --> 00:59:40,743
{\an8}<i>- Awak jumpa dia?
- Tuan Nam macam takut dengan saya.</i>

723
00:59:40,827 --> 00:59:43,705
{\an8}Saya tulis semuanya di Internet.
Ia akan berakhir nanti.

724
00:59:43,788 --> 00:59:47,083
{\an8}<i>- Apa syaratnya?
- Bantah Undang-undang Namgoong Sol.</i>

725
00:59:47,166 --> 00:59:49,836
{\an8}<i>Jangan jumpa Cik Kim lagi.
Beri kerjasama saja.</i>

726
00:59:49,919 --> 00:59:51,671
{\an8}<i>Saya tiada pilihan demi kebaikan.</i>

727
00:59:51,754 --> 00:59:53,965
{\an8}<i>Saya tak boleh percaya sesiapa
buat masa ini.</i>

728
00:59:54,465 --> 00:59:59,345
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Kamelia Narisya

