1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:08,383 --> 00:00:09,718
SELAMAT DATANG KE DETROIT

4
00:00:21,187 --> 00:00:23,481
Detroit, berikan tepukan

5
00:00:24,524 --> 00:00:26,651
untuk Trevor Noah!

6
00:00:49,799 --> 00:00:54,012
Apa cerita, Detroit?

7
00:00:56,514 --> 00:00:58,892
Apa khabar anda malam ini?

8
00:00:58,975 --> 00:01:00,810
Selamat datang ke rancangan ini.

9
00:01:00,894 --> 00:01:02,562
Terima kasih kerana hadir.

10
00:01:02,645 --> 00:01:04,898
Meriahnya malam ini. Seronok betul.

11
00:01:04,981 --> 00:01:06,733
Kita di Detroit, Michigan.

12
00:01:07,317 --> 00:01:08,401
Kita berjaya.

13
00:01:12,572 --> 00:01:15,366
Saya sangat seronok.
Saya seronok di mana-mana.

14
00:01:15,450 --> 00:01:19,287
Akhir-akhir inilah waktu
paling menyeronokkan dalam hidup saya.

15
00:01:19,370 --> 00:01:24,375
Saya rasa seronok
di Amerika lebih daripada sebelum ini.

16
00:01:26,252 --> 00:01:27,253
Setiap hari.

17
00:01:28,588 --> 00:01:30,507
Saya pun tak faham.

18
00:01:30,590 --> 00:01:31,841
Saya rasa…

19
00:01:31,925 --> 00:01:35,094
Kita biasa rasa seronok
di satu tempat jika ia hampir lenyap.

20
00:01:35,178 --> 00:01:36,179
Perasaannya…

21
00:01:37,639 --> 00:01:40,266
Perasaannya berbeza. Kita fikir,

22
00:01:40,350 --> 00:01:42,310
"Rasa apakah itu? Musim akhir?"

23
00:01:46,773 --> 00:01:49,859
Kita tak tahu nasib Amerika.
Kita tak boleh agak.

24
00:01:50,443 --> 00:01:51,986
Setiap hari ialah hari terbaik

25
00:01:52,070 --> 00:01:53,530
dan mungkin terakhir.

26
00:01:55,865 --> 00:01:58,576
Saya betul-betul rasa seronok.

27
00:01:58,660 --> 00:02:00,954
Tahun ini sangat menggembirakan.

28
00:02:01,037 --> 00:02:02,789
Saya menjelajah dunia,

29
00:02:02,872 --> 00:02:04,999
buat persembahan di tempat baharu.

30
00:02:05,083 --> 00:02:08,920
Tempat-tempat yang saya teringin
buat persembahan komedi.

31
00:02:09,003 --> 00:02:13,383
Saya buat persembahan
di Berlin, Jerman, buat kali pertama.

32
00:02:13,466 --> 00:02:14,926
Hebat betul ketika itu.

33
00:02:15,009 --> 00:02:18,096
Ramai orang menakutkan saya
sebelum saya ke sana.

34
00:02:18,179 --> 00:02:22,308
Samalah macam Detroit.
Orang kata, "Hati-hati di Detroit."

35
00:02:22,392 --> 00:02:24,561
Orang cakap begitu juga tentang Jerman.

36
00:02:24,644 --> 00:02:27,689
Semasa saya pergi ke Berlin,
orang hairan, "Jerman?

37
00:02:27,772 --> 00:02:28,940
Mereka boleh ketawa?"

38
00:02:30,608 --> 00:02:32,735
"Apa maksud awak? Mereka manusia."

39
00:02:32,819 --> 00:02:34,612
"Entah. Mereka boleh ketawa?"

40
00:02:35,697 --> 00:02:36,698
Saya takut.

41
00:02:36,781 --> 00:02:38,616
Dalam perjalanan ke Jerman,

42
00:02:38,700 --> 00:02:41,536
saya fikir,
mungkin penonton cuma akan kata,

43
00:02:41,619 --> 00:02:44,080
"Ya.

44
00:02:44,164 --> 00:02:45,957
Itu rancangan komedi."

45
00:02:48,084 --> 00:02:49,627
Saya silap. Mereka ketawa.

46
00:02:50,170 --> 00:02:51,963
Penonton Jerman sangat hebat.

47
00:02:53,006 --> 00:02:54,716
Saya berseronok di Berlin.

48
00:02:54,799 --> 00:02:57,677
Saya tak sangka
saya boleh kagum akan bandar itu.

49
00:02:57,760 --> 00:03:00,430
Mereka ada pelbagai budaya.

50
00:03:01,389 --> 00:03:03,641
Aktiviti seni meluas di sana.

51
00:03:04,183 --> 00:03:06,060
Muzik mereka hebat.

52
00:03:06,144 --> 00:03:07,312
Sejarahnya…

53
00:03:07,979 --> 00:03:11,566
Sejarah di Berlin amat kaya dan mendalam.

54
00:03:12,317 --> 00:03:17,363
Saya suka bersiar-siar dan melihat kawasan
setiap kali berada di sebuah bandar.

55
00:03:17,447 --> 00:03:20,700
Di Berlin, saya keluar
dengan satu rombongan.

56
00:03:21,242 --> 00:03:22,410
Saya berseronok,

57
00:03:22,493 --> 00:03:27,248
tapi seseorang patut beritahu saya
betapa teruknya kebanyakan sejarah Berlin.

58
00:03:27,332 --> 00:03:31,169
Tempat itu markas Parti Nazi.

59
00:03:31,252 --> 00:03:34,339
Semua berkait dengan Hitler.
Saya tak tahu ketika itu.

60
00:03:34,422 --> 00:03:36,591
Saya sangka lawatan itu santai.

61
00:03:37,133 --> 00:03:39,344
Saya banyak bertanya. Saya nak tahu.

62
00:03:39,886 --> 00:03:41,471
Ia menyuramkan suasana.

63
00:03:44,682 --> 00:03:45,934
Kami lawat tempat berbeza.

64
00:03:46,017 --> 00:03:47,644
Pemandu pelancong macam biasa.

65
00:03:47,727 --> 00:03:50,980
Dia pun gembira.
Dia kata, "Di belakang saya

66
00:03:51,064 --> 00:03:55,026
ialah salah satu lapangan terbang
yang paling besar di dunia.

67
00:03:55,109 --> 00:03:58,780
Ja, lapangan terbang di Berlin ini
terkenal di persada dunia.

68
00:03:58,863 --> 00:04:02,200
Ia sangat besar
sehinggakan kita boleh rakam

69
00:04:02,283 --> 00:04:06,621
filem Hollywood, The Hunger Games,
di dalam lapangan terbang ini.

70
00:04:06,704 --> 00:04:08,498
Ja, ada apa-apa soalan?"

71
00:04:08,581 --> 00:04:11,084
Saya kata, "Wah. Berapa usianya?"

72
00:04:11,167 --> 00:04:13,753
Dia jawab, "Hampir 100 tahun."

73
00:04:13,836 --> 00:04:16,089
Saya balas, "Wah! Siapa yang bina?"

74
00:04:22,095 --> 00:04:24,681
"Itulah yang malang

75
00:04:26,099 --> 00:04:27,600
tentang cerita ini.

76
00:04:28,226 --> 00:04:31,271
Lapangan terbang ini dibina oleh Hitler."

77
00:04:33,022 --> 00:04:34,691
Saya tahu saya akan buat masalah.

78
00:04:35,275 --> 00:04:36,567
Saya nak ceriakan suasana.

79
00:04:36,651 --> 00:04:38,361
Saya tanya, "Hitler mana?"

80
00:04:40,280 --> 00:04:41,781
Dia tanya, "Hitler mana?

81
00:04:42,365 --> 00:04:43,866
Hitler mana lagi?"

82
00:04:43,950 --> 00:04:46,327
"Mungkin Henry Hitler." "Henry Hitler?

83
00:04:46,411 --> 00:04:48,162
Siapa Henry Hitler?"

84
00:04:48,246 --> 00:04:50,373
Saya pelik, "Awak tak kenal Henry Hitler?"

85
00:04:51,374 --> 00:04:52,375
Tak berkesan.

86
00:04:55,169 --> 00:04:56,254
Begitulah.

87
00:04:57,588 --> 00:04:59,257
Memang tegang, tapi seronok.

88
00:04:59,340 --> 00:05:00,842
Maksud saya,

89
00:05:01,426 --> 00:05:02,927
seronok berada di tempat

90
00:05:03,636 --> 00:05:07,140
yang sejarahnya tak dibiarkan terkubur.

91
00:05:08,057 --> 00:05:10,184
Maksud saya…

92
00:05:13,604 --> 00:05:18,026
Maksud saya,
apabila kita melancong di Jerman,

93
00:05:18,609 --> 00:05:23,823
kalau kita tak pergi ke muzium sekalipun,
kita takkan boleh lari

94
00:05:23,906 --> 00:05:26,826
daripada sejarah Berlin dan Jerman.

95
00:05:27,618 --> 00:05:30,121
Ada tugu peringatan di seluruh bandar.

96
00:05:30,204 --> 00:05:31,789
Tugu peringatan utama.

97
00:05:32,373 --> 00:05:35,877
Mereka memperingati tindakan Jerman
kepada jutaan Yahudi

98
00:05:35,960 --> 00:05:37,962
dan orang lain di seluruh dunia.

99
00:05:38,046 --> 00:05:40,631
Kita dapat lihat dan faham.
Mereka cakap tentangnya.

100
00:05:40,715 --> 00:05:43,885
Mereka ajar tentangnya
kepada kanak-kanak di sekolah.

101
00:05:43,968 --> 00:05:46,637
Mereka kata, "Inilah yang Jerman buat."

102
00:05:46,721 --> 00:05:47,972
Mereka ajar semuanya.

103
00:05:48,056 --> 00:05:50,683
Tapi mereka tak semai rasa bersalah.

104
00:05:51,267 --> 00:05:53,770
Itu keseimbangan yang agak menakjubkan.

105
00:05:53,853 --> 00:05:57,482
Mereka akan kata,
"Murid-murid, cikgu harap kamu faham.

106
00:05:58,024 --> 00:05:59,275
Jerman buat begini.

107
00:05:59,358 --> 00:06:02,528
Kamu tak salah kerana kamu belum lahir.

108
00:06:03,112 --> 00:06:06,491
Walau bagaimanapun,
disebabkan kamu masa depan Jerman,

109
00:06:06,574 --> 00:06:09,911
kamu bertanggungjawab
memastikan sejarah tak berulang."

110
00:06:16,667 --> 00:06:18,920
Saya suka berada di Jerman

111
00:06:19,003 --> 00:06:22,924
kerana mereka berterus terang
apabila bercakap tentang sejarah.

112
00:06:23,007 --> 00:06:24,258
Mereka tahu ia memilukan.

113
00:06:24,342 --> 00:06:26,677
Mereka tahu itu sisi gelap

114
00:06:27,220 --> 00:06:30,014
tentang diri mereka,
tapi mereka terima seadanya.

115
00:06:30,848 --> 00:06:33,059
Apabila lihat mereka begitu, saya kata,

116
00:06:33,142 --> 00:06:35,853
"Kalaulah Amerika pun jujur
tentang sejarah."

117
00:06:37,814 --> 00:06:38,815
Sebab anda…

118
00:06:41,150 --> 00:06:43,861
Anda pernah rasa janggal

119
00:06:44,487 --> 00:06:46,656
jika membincangkan sejarah di Amerika?

120
00:06:46,739 --> 00:06:47,740
Keadaan pasti tegang.

121
00:06:48,282 --> 00:06:51,119
Apa-apa sejarah sekalipun,
keadaan pasti tegang.

122
00:06:51,911 --> 00:06:54,413
Antaranya ialah Hari Columbus.

123
00:06:54,497 --> 00:06:58,334
Setiap tahun di New York, ada pergaduhan.
Di Detroit pun ada.

124
00:06:58,417 --> 00:07:01,754
Dulu, ada patung Christopher Columbus
selama 110 tahun.

125
00:07:01,838 --> 00:07:04,590
Kemudian, separuh Detroit kata,
"Kita kena buang."

126
00:07:04,674 --> 00:07:07,385
Separuh lagi kata, "Jangan buang."
Mereka bergaduh.

127
00:07:07,468 --> 00:07:10,721
New York pun sama setiap tahun.
Hari Columbus, Hari Orang Asli.

128
00:07:10,805 --> 00:07:13,391
Hari Columbus, Hari Orang Asli.

129
00:07:13,975 --> 00:07:16,102
Saya pernah tonton satu temu bual.

130
00:07:16,185 --> 00:07:18,813
Sepatutnya tak lucu, tapi saya rasa lucu.

131
00:07:20,064 --> 00:07:21,941
Wanita itu tanya seorang lelaki,

132
00:07:22,024 --> 00:07:24,235
"Apa encik nak buat
untuk Hari Orang Asli?"

133
00:07:24,318 --> 00:07:26,737
"Semua patut tahu, namanya Hari Columbus.

134
00:07:26,821 --> 00:07:29,949
Saya dah muak orang asyik tukar namanya.

135
00:07:30,032 --> 00:07:31,367
Kami bangga akan hari itu.

136
00:07:31,451 --> 00:07:34,829
Ia sempena Christopher Columbus.
Hari Columbus selamanya.

137
00:07:34,912 --> 00:07:37,498
Apa awak akan rasa kalau ada orang datang

138
00:07:37,582 --> 00:07:40,209
dan mengganggu adat yang dah wujud lama

139
00:07:40,293 --> 00:07:43,463
dengan menukar namanya?

140
00:07:44,172 --> 00:07:45,631
Apa awak akan rasa?"

141
00:07:49,719 --> 00:07:51,304
Saya kata,

142
00:07:52,180 --> 00:07:54,432
"Begitulah semangat Hari Columbus."

143
00:07:58,686 --> 00:08:01,731
Sebenarnya,
saya pun tak suka Hari Orang Asli.

144
00:08:01,814 --> 00:08:04,525
Saya tak suka namanya.
Macam acuh tak acuh.

145
00:08:04,609 --> 00:08:06,861
Tak spesifik. Macam ilham orang malas.

146
00:08:06,944 --> 00:08:09,655
"Hari Orang Asli."
Orang Asli apa? Di mana? Macam mana?

147
00:08:09,739 --> 00:08:10,990
Cubalah jawab.

148
00:08:11,073 --> 00:08:13,284
Saya suka Hari Columbus

149
00:08:13,367 --> 00:08:14,744
kerana ia spesifik.

150
00:08:15,536 --> 00:08:20,291
Ya. Cerita yang spesifik
dan memberikan inspirasi

151
00:08:20,875 --> 00:08:24,253
tentang seorang lelaki
bernama Christopher Columbus

152
00:08:24,837 --> 00:08:26,797
yang percaya, walaupun macam mustahil,

153
00:08:27,548 --> 00:08:30,593
dia boleh belayar mengelilingi dunia

154
00:08:32,929 --> 00:08:35,139
dan ke India dari arah bertentangan.

155
00:08:37,058 --> 00:08:38,351
Tiada orang percaya.

156
00:08:38,809 --> 00:08:39,977
Ya.

157
00:08:40,061 --> 00:08:43,314
Dia kata, "Saya akan buat."
Orang kata, "Awak takkan berjaya."

158
00:08:43,397 --> 00:08:46,108
Dia kata, "Pasti berjaya."
Orang kata, "Mustahil!"

159
00:08:46,192 --> 00:08:48,736
Dia kata, "Pasti!" Orang kata, "Mustahil!"

160
00:08:48,819 --> 00:08:52,490
Bertahun-tahun kumpul dana dan berjuang,
akhirnya dia dapat kapal.

161
00:08:52,573 --> 00:08:54,450
Dia belayar ke arah bertentangan,

162
00:08:54,534 --> 00:08:56,494
tapi dia tak berjaya.

163
00:09:02,375 --> 00:09:05,294
Bukan setakat tak berjaya tiba di India,

164
00:09:05,378 --> 00:09:08,172
dia mendarat di tempat bernama Caribbean.

165
00:09:08,256 --> 00:09:11,133
Tapi dia kata, "Inilah India."

166
00:09:13,010 --> 00:09:14,095
Orang-orang pun kata,

167
00:09:14,178 --> 00:09:17,390
"Mungkin awak ada makan
herba yang kami tinggalkan,

168
00:09:17,473 --> 00:09:19,767
tapi ini bukan India."

169
00:09:19,850 --> 00:09:22,562
Dia kata, "Ini India. Kamu orang India."

170
00:09:22,645 --> 00:09:24,814
Mereka kata, "Kami bukan orang India."

171
00:09:24,897 --> 00:09:27,400
Dia kata, "Saya boleh cam orang India.

172
00:09:27,483 --> 00:09:30,027
Kamu orang India,
cuma jauh dari tanah besar.

173
00:09:30,111 --> 00:09:31,487
Kamu orang India Barat."

174
00:09:35,283 --> 00:09:36,409
Dia berpegang padanya.

175
00:09:36,993 --> 00:09:40,496
Christopher Columbus berpegang padanya
sepanjang hayatnya.

176
00:09:40,580 --> 00:09:43,165
Pengembara lain cakap kepada dia,
"Hei, Chris.

177
00:09:43,249 --> 00:09:46,210
Saya tak rasa
awak berjaya sampai ke India."

178
00:09:46,294 --> 00:09:47,878
Dia kata, "Itu India."

179
00:09:47,962 --> 00:09:51,215
Mereka kata, "Itu bukan India."
Dia kata, "Itu India."

180
00:09:51,299 --> 00:09:53,968
Dia mati dalam penafian tentang hakikat

181
00:09:54,051 --> 00:09:56,554
bahawa dia sebenarnya tak sampai ke India.

182
00:09:56,637 --> 00:10:01,309
Bukan itu saja, kawan-kawan.
Dia tak pernah menjejakkan kaki di Amerika

183
00:10:02,018 --> 00:10:03,019
langsung.

184
00:10:03,811 --> 00:10:04,812
Langsung.

185
00:10:04,895 --> 00:10:05,896
Tapi,

186
00:10:06,772 --> 00:10:08,691
ada cuti umum

187
00:10:09,942 --> 00:10:11,777
yang dinamakan sempena dia

188
00:10:13,029 --> 00:10:14,030
di Amerika.

189
00:10:15,865 --> 00:10:18,826
Itulah cerita yang penuh inspirasi

190
00:10:21,037 --> 00:10:23,122
tentang keistimewaan orang kulit putih.

191
00:10:34,091 --> 00:10:37,345
Anda tahu sebanyak mana
keyakinan perlu ada untuk mencapainya?

192
00:10:37,887 --> 00:10:40,014
Itu keyakinan lelaki kulit putih.

193
00:10:40,097 --> 00:10:42,433
Tiada orang lain boleh yakin macam itu.

194
00:10:43,142 --> 00:10:45,311
Ikut laluan salah.
Mendarat di tempat salah.

195
00:10:45,394 --> 00:10:48,064
Salah panggil orang,
tapi kata, "Saya betul.

196
00:10:48,147 --> 00:10:49,523
Beri saya cuti umum."

197
00:10:51,442 --> 00:10:52,693
Orang lain takkan mampu.

198
00:10:52,777 --> 00:10:56,155
Itulah tahap keyakinan
yang kita patut ingin capai.

199
00:10:56,238 --> 00:10:58,199
Keyakinan lelaki kulit putih.

200
00:10:58,282 --> 00:10:59,492
Wanita pun tak mampu.

201
00:10:59,575 --> 00:11:02,203
Kalau wanita nak belayar
ke arah bertentangan,

202
00:11:02,286 --> 00:11:04,664
orang akan kata, "Bakar penyihir itu!"

203
00:11:07,708 --> 00:11:10,044
Anda rasa orang kulit gelap boleh buat?

204
00:11:10,127 --> 00:11:12,254
Orang kulit Hitam boleh buat? Biar betul?

205
00:11:12,338 --> 00:11:15,341
Dia nak belayar keliling dunia
ke arah bertentangan.

206
00:11:15,424 --> 00:11:17,593
Pergi ke tempat yang tak sepatutnya.

207
00:11:17,676 --> 00:11:19,637
Mungkin ditangkap kerana ceroboh.

208
00:11:20,888 --> 00:11:22,765
"Apa awak buat di sini?"

209
00:11:22,848 --> 00:11:25,434
"Maaf, saya ingat ini India.

210
00:11:25,518 --> 00:11:26,894
Saya silap. Maaf.

211
00:11:26,977 --> 00:11:29,105
Entah apalah yang saya fikir?

212
00:11:29,188 --> 00:11:32,358
Kami tak patut belayar sesuka hati.
Buruk padahnya.

213
00:11:32,441 --> 00:11:35,361
Saya minta maaf sangat-sangat.

214
00:11:35,444 --> 00:11:36,821
Ini takkan berlaku lagi."

215
00:11:42,993 --> 00:11:44,954
Kenapa nak kuburkan sejarah?

216
00:11:45,996 --> 00:11:48,457
Ada banyak keseronokan untuk dipelajari.

217
00:11:49,041 --> 00:11:49,959
Betul tak?

218
00:11:50,042 --> 00:11:52,795
Amerika macam menuju ke arah itu.

219
00:11:52,878 --> 00:11:55,881
Negara ini mahu mengurangkan sejarah.

220
00:11:55,965 --> 00:11:58,259
Lihatlah buku teks sekarang.

221
00:11:58,342 --> 00:12:01,303
Negeri macam Florida
nak haramkan buku teks

222
00:12:01,387 --> 00:12:05,266
atau buang bab buku teks
yang menceritakan tentang perhambaan.

223
00:12:05,349 --> 00:12:07,768
Sekarang, mak ayah pun bergaduh.

224
00:12:07,852 --> 00:12:11,981
"Tidak. Buang sejarah perhambaan.
Kanak-kanak akan rasa bersalah."

225
00:12:12,064 --> 00:12:14,108
Mak ayah lain pula, "Biar saja.

226
00:12:14,191 --> 00:12:15,401
Mereka perlu belajar."

227
00:12:15,484 --> 00:12:18,612
Mereka berterusan bergaduh.
Saya hairan, "Kenapa?"

228
00:12:18,696 --> 00:12:20,739
Kita tak perlu bergaduh tentang…

229
00:12:20,823 --> 00:12:22,700
Tiada orang patut bergaduh.

230
00:12:23,659 --> 00:12:25,286
Kanak-kanak tak baca buku teks.

231
00:12:33,169 --> 00:12:34,462
Mereka tonton TikTok.

232
00:12:35,421 --> 00:12:37,798
Kalau nak mereka tahu, gunalah TikTok.

233
00:12:37,882 --> 00:12:39,175
Dulu wujud perhambaan

234
00:12:39,258 --> 00:12:40,342
Kapal datang

235
00:12:40,426 --> 00:12:41,385
Ya…

236
00:12:50,352 --> 00:12:54,356
Sebenarnya, saya tak rasa
isu buku teks itu masalah sebenar.

237
00:12:54,440 --> 00:12:57,026
Ia macam isu yang direka-reka

238
00:12:57,109 --> 00:13:00,279
untuk buat orang Amerika marah

239
00:13:00,863 --> 00:13:02,990
dan tak puas hati

240
00:13:03,073 --> 00:13:06,202
sehingga mereka gaduh
tentang hal yang bukan masalah.

241
00:13:06,785 --> 00:13:09,246
Itulah pandangan saya.

242
00:13:09,330 --> 00:13:12,750
Di Amerika, ahli-ahli politik begitu mahir

243
00:13:12,833 --> 00:13:16,295
memperdayakan warga Amerika
untuk bergaduh tentang isu

244
00:13:16,378 --> 00:13:18,589
yang tak sepatutnya menjadi masalah

245
00:13:18,672 --> 00:13:21,884
supaya perhatian kita teralih
daripada masalah sebenar.

246
00:13:23,385 --> 00:13:24,386
Betul tak?

247
00:13:28,265 --> 00:13:30,643
Kalau kita bergaduh tentang buku teks,

248
00:13:30,726 --> 00:13:34,146
kita takkan peduli
tentang kegawatan inflasi.

249
00:13:34,230 --> 00:13:37,233
Kita takkan peduli
tentang harga sewa yang melampau.

250
00:13:37,316 --> 00:13:38,943
Orang dah tak mampu berumah.

251
00:13:39,026 --> 00:13:41,153
Gaji rakyat pula kekal rendah.

252
00:13:41,237 --> 00:13:43,781
Syarikat mencuri berbilion-bilion dolar

253
00:13:43,864 --> 00:13:46,116
daripada pekerja tanpa masalah.

254
00:13:46,200 --> 00:13:48,160
Kita tak peduli tentang semua itu.

255
00:13:48,702 --> 00:13:51,914
Kita peduli tentang hal menarik
yang mudah difahami.

256
00:13:51,997 --> 00:13:53,874
Ia buat kita bersemangat.

257
00:13:54,500 --> 00:13:57,044
Bolehkah transjantina guna tandas awam?

258
00:13:59,922 --> 00:14:01,090
Semuanya direka.

259
00:14:01,674 --> 00:14:04,051
Siapa yang hadapi isu ini? Siapa?

260
00:14:04,134 --> 00:14:06,345
Siapa betul-betul menghadapi isu ini?

261
00:14:06,428 --> 00:14:09,223
Anda tahu apa mereka buat?
Ahli politik kata,

262
00:14:09,306 --> 00:14:12,184
"Ada isu melibatkan beberapa orang
di satu tempat.

263
00:14:12,268 --> 00:14:14,645
Saya akan jadikannya isu negara,

264
00:14:14,728 --> 00:14:17,398
lalu orang akan bergaduh."
Siapa hadapinya?

265
00:14:17,481 --> 00:14:20,943
Pernahkah anda berada di bilik air,

266
00:14:21,026 --> 00:14:23,821
kemudian orang bergaduh dan cakap,

267
00:14:23,904 --> 00:14:26,615
"Helo? Inikah jantina awak ketika lahir?

268
00:14:26,699 --> 00:14:29,410
Samakah dengan tanda pada pintu itu?

269
00:14:29,493 --> 00:14:31,745
Kemaluan awak macam ini?

270
00:14:31,829 --> 00:14:32,955
Boleh saya tengok?"

271
00:14:33,038 --> 00:14:34,456
Siapa pernah alaminya?

272
00:14:35,165 --> 00:14:36,083
Tiada sesiapa.

273
00:14:37,585 --> 00:14:38,961
Tiada sesiapa.

274
00:14:41,422 --> 00:14:44,216
Mereka buat kita gaduh
kerana hal itu menarik.

275
00:14:44,800 --> 00:14:46,886
"Siapa guna tandas mana?" Siapa kisah?

276
00:14:47,553 --> 00:14:49,805
Siapa kisah?

277
00:14:49,889 --> 00:14:51,765
Ada orang akan kata, "Transjantina."

278
00:14:51,849 --> 00:14:53,976
Mereka nak tahu
jika boleh guna tandas awam.

279
00:14:54,059 --> 00:14:57,104
Gunalah mana-mana tandas pun.
Siapa nak halang?

280
00:14:58,022 --> 00:15:01,108
Saya serius. Itu tandas awam.

281
00:15:01,191 --> 00:15:02,943
Siapa nak halang?

282
00:15:03,027 --> 00:15:05,779
Siapa nak kuatkuasakan undang-undang itu?

283
00:15:06,655 --> 00:15:08,240
Kita tak mampu kuatkuasakan

284
00:15:08,324 --> 00:15:10,409
adab untuk berak ke dalam jamban pun.

285
00:15:13,495 --> 00:15:17,750
Takkan tiba-tiba orang nak sibuk
tentang keadaan kita ketika lahir?

286
00:15:19,168 --> 00:15:22,713
Guna sajalah mana-mana pun.
Jangan buang masa.

287
00:15:23,964 --> 00:15:25,090
Ada orang kata,

288
00:15:25,174 --> 00:15:27,509
"Kami akan lawan kerana semua perlu tahu…"

289
00:15:27,593 --> 00:15:30,638
Dengar sini baik-baik. Kalau anda sempat

290
00:15:30,721 --> 00:15:33,724
tengok kemaluan orang lain di tandas awam,

291
00:15:33,807 --> 00:15:35,017
anda yang menakutkan.

292
00:15:37,770 --> 00:15:38,896
Anda merisaukan.

293
00:15:42,483 --> 00:15:45,611
Ada peraturan mudah
bagi tandas awam di seluruh dunia.

294
00:15:45,694 --> 00:15:48,781
Masuk, jangan hiraukan orang lain,

295
00:15:48,864 --> 00:15:50,532
tahan nafas dan keluar.

296
00:15:52,284 --> 00:15:54,620
Jangan tercegat dan tenung orang lain.

297
00:15:54,703 --> 00:15:56,914
Semua lelaki tahu jika nak ke tandas,

298
00:15:56,997 --> 00:16:00,125
masuk, pandang ke depan dan kencing.

299
00:16:00,209 --> 00:16:02,336
Tak perlu pandang ke sebelah.

300
00:16:02,419 --> 00:16:04,338
Kalau resah, pandang ke atas dan bawah.

301
00:16:04,421 --> 00:16:06,006
Jangan pandang orang lain.

302
00:16:06,090 --> 00:16:08,884
Walaupun orang sebelah tercekik,
jangan pandang.

303
00:16:08,968 --> 00:16:10,636
Jangan goyang atau bergerak.

304
00:16:11,178 --> 00:16:12,388
Kalau dengar dia…

305
00:16:14,264 --> 00:16:16,517
Begini saja, "Hei, kawan.

306
00:16:16,600 --> 00:16:18,978
Awak tak apa-apa? Hei.

307
00:16:19,061 --> 00:16:20,479
Hei, awak okey?

308
00:16:20,562 --> 00:16:23,148
Hei. Awak nak saya telefon… Awak okey?

309
00:16:23,732 --> 00:16:26,068
Nak saya telefon…" "Jangan pandang!"

310
00:16:30,572 --> 00:16:31,573
Apa kita buat?

311
00:16:32,992 --> 00:16:34,368
Kita gaduh tentang apa?

312
00:16:35,494 --> 00:16:36,912
Tandas awam.

313
00:16:36,996 --> 00:16:40,958
Kalau anda tahu sejarah,
hal ini satu kebiasaan di Amerika.

314
00:16:41,041 --> 00:16:44,253
Ia berlaku berulang-ulang kali.

315
00:16:44,336 --> 00:16:48,215
Dulu, wanita terpaksa berjuang
untuk guna tandas awam di Amerika.

316
00:16:48,298 --> 00:16:49,299
Cuba bayangkan.

317
00:16:49,383 --> 00:16:52,594
Dulu, wanita tak dibenarkan
untuk guna tandas awam

318
00:16:52,678 --> 00:16:54,763
di Amerika dan mereka perlu berjuang.

319
00:16:54,847 --> 00:16:57,683
Ada lelaki yang marah.
Mereka kata, "Gila betul.

320
00:16:57,766 --> 00:17:02,104
Wanita nak guna tandas awam?
Tak masuk akal!

321
00:17:02,187 --> 00:17:04,064
Macam mana?

322
00:17:04,732 --> 00:17:08,068
Mereka akan masuk semasa kita kencing?

323
00:17:08,152 --> 00:17:10,654
Kemudian? Mereka akan tengok zakar kita?

324
00:17:11,238 --> 00:17:12,656
Mereka akan ketawa?"

325
00:17:16,493 --> 00:17:17,870
Yang wanita, fikirlah.

326
00:17:17,953 --> 00:17:23,792
Dulu, sewaktu kaum wanita
mula-mula dibenarkan bekerja,

327
00:17:23,876 --> 00:17:26,503
mereka tak boleh guna tandas awam.

328
00:17:26,587 --> 00:17:29,840
Kalau wanita berada di luar
dan perlu kencing

329
00:17:29,923 --> 00:17:31,592
atau berak, mereka perlu balik.

330
00:17:31,675 --> 00:17:33,552
Saya cuma sebut berak secara teori.

331
00:17:33,635 --> 00:17:35,345
Saya tak pasti jika wanita berak.

332
00:17:36,138 --> 00:17:39,391
Saya tak rasa ada lelaki tahu.
Jujur sajalah.

333
00:17:39,475 --> 00:17:44,188
Kami cuma mengandaikan dari sudut biologi,
tapi saya tak pasti

334
00:17:44,271 --> 00:17:46,148
jika wanita betul-betul…

335
00:17:46,231 --> 00:17:49,109
Yang lelaki,
fikirlah tentang mana-mana wanita.

336
00:17:49,193 --> 00:17:52,154
Tahu bila kali terakhir dia berak?
Saya rasa tak.

337
00:17:52,237 --> 00:17:53,697
Saya rasa anda tak tahu.

338
00:17:53,781 --> 00:17:56,492
Tiada bukti forensik untuk menyokongnya.

339
00:17:57,034 --> 00:17:58,160
Tiada bau.

340
00:17:58,994 --> 00:18:01,038
Tiada kesan. Tiada apa-apa.

341
00:18:01,872 --> 00:18:04,208
Entah siapa yang jaga imej tandas wanita?

342
00:18:04,291 --> 00:18:06,043
Mereka buat kerja dengan baik.

343
00:18:06,126 --> 00:18:07,795
Sangat baik.

344
00:18:08,420 --> 00:18:11,632
Bau wanita lebih wangi
selepas keluar dari tandas.

345
00:18:11,715 --> 00:18:12,633
Macam mana?

346
00:18:13,175 --> 00:18:16,595
Kita takkan tahu
jika wanita baru lepas berak.

347
00:18:17,137 --> 00:18:19,598
Satu lagi sebab, tempohnya sentiasa sama.

348
00:18:19,681 --> 00:18:22,226
Itu paling menakjubkan.
Tiada cara untuk tahu.

349
00:18:22,309 --> 00:18:24,895
Wanita ambil masa sepuluh minit
untuk kencing.

350
00:18:24,978 --> 00:18:26,814
Dia pergi ke tandas.

351
00:18:26,897 --> 00:18:30,484
Masuk, gosok-gosok sikit,
keluar, cuci tangan,

352
00:18:30,567 --> 00:18:33,445
letak bedak, hantar mesej
dan kembali ke meja.

353
00:18:33,529 --> 00:18:34,947
Kita langsung tak tahu.

354
00:18:35,030 --> 00:18:37,241
Jika dia nak berak, sepuluh minit juga.

355
00:18:37,324 --> 00:18:38,909
Dia pergi ke tandas,

356
00:18:38,992 --> 00:18:40,869
lepaskan semuanya, kemudian keluar.

357
00:18:40,953 --> 00:18:44,706
Cuci tangan, letak bedak pada hidung,
mesej kawan dan keluar.

358
00:18:45,582 --> 00:18:46,583
Kita tak tahu.

359
00:18:47,501 --> 00:18:49,753
Kalau lelaki pula, semua orang tahu.

360
00:18:51,713 --> 00:18:53,298
Kami tak pandai berahsia.

361
00:18:54,967 --> 00:18:57,553
Senang nak tahu
jika lelaki kencing. Kenapa?

362
00:18:57,636 --> 00:18:58,929
Dua minit.

363
00:18:59,513 --> 00:19:02,391
Kami pergi ke tandas.
Semuanya begitu pantas.

364
00:19:02,474 --> 00:19:03,892
Macam hentian pit NASCAR.

365
00:19:04,726 --> 00:19:07,062
Masuk, kencing, terus keluar,

366
00:19:07,146 --> 00:19:09,648
pura-pura cuci tangan dan kembali.

367
00:19:13,569 --> 00:19:15,612
Macam mana nak tahu jika kami berak?

368
00:19:15,696 --> 00:19:18,615
Jelas sangat.
Jika ke tandas, kami tak kembali.

369
00:19:20,033 --> 00:19:22,452
Anda takkan nampak kami lagi.

370
00:19:22,536 --> 00:19:25,414
Keluarga pun akan tampal
poster orang hilang.

371
00:19:25,497 --> 00:19:27,291
"Anda nampak lelaki ini?"

372
00:19:30,919 --> 00:19:34,339
Orang bergaduh tentang tandas
sepanjang masa di Amerika.

373
00:19:34,423 --> 00:19:37,593
Sepanjang masa.
Dulu, orang kulit Hitam perlu berjuang

374
00:19:37,676 --> 00:19:38,927
untuk guna tandas awam.

375
00:19:39,720 --> 00:19:43,891
Sama. Orang kulit Hitam kata,
"Kenapa kami tak boleh guna tandas awam?"

376
00:19:44,433 --> 00:19:45,893
Ramai orang marah.

377
00:19:45,976 --> 00:19:47,227
"Gila betul.

378
00:19:47,311 --> 00:19:51,148
Orang kulit Hitam nak guna tandas awam?

379
00:19:51,231 --> 00:19:52,566
Macam mana?

380
00:19:53,275 --> 00:19:56,236
Mereka akan berdiri saja
ketika saya kencing?

381
00:19:57,154 --> 00:19:59,448
Mereka akan tengok zakar saya?

382
00:19:59,531 --> 00:20:01,658
Mereka akan ketawa?"

383
00:20:08,207 --> 00:20:09,833
Saya cukup tua untuk ingat

384
00:20:10,626 --> 00:20:12,544
sebuah perbincangan di Amerika

385
00:20:12,628 --> 00:20:15,214
tentang orang gay menggunakan tandas awam.

386
00:20:15,797 --> 00:20:17,799
Ini topik perbincangan sebenar.

387
00:20:18,717 --> 00:20:21,094
Saya ingat orang ditemu bual dalam berita.

388
00:20:21,178 --> 00:20:25,098
"Awak rasa lelaki gay patut guna
tandas yang sama dengan lelaki biasa?"

389
00:20:25,182 --> 00:20:27,476
Mereka kata, "Saya tak kisah.

390
00:20:27,559 --> 00:20:29,645
Asalkan mereka buat hal sendiri."

391
00:20:29,728 --> 00:20:32,022
"Tapi cuba jawab. Jawablah.

392
00:20:32,105 --> 00:20:33,815
Macam mana nanti?

393
00:20:34,441 --> 00:20:37,402
Macam mana ketika kita
bersama mereka di tandas?

394
00:20:37,486 --> 00:20:39,613
Dia gay dan saya berdiri saja?

395
00:20:39,696 --> 00:20:43,367
Saya kencing
sambil dia pandang zakar saya?

396
00:20:44,159 --> 00:20:45,786
Kemudian, dia pegang.

397
00:20:47,204 --> 00:20:48,789
Kemudian, dia mula usap.

398
00:20:49,456 --> 00:20:50,916
Dia usap laju-laju,

399
00:20:50,999 --> 00:20:53,210
kemudian saya terangsang dan rasa nikmat?

400
00:20:53,877 --> 00:20:57,047
Sampai saya rasa itu pengalaman terbaik?

401
00:20:58,257 --> 00:21:00,092
Kemudian, saya datang setiap minggu

402
00:21:00,175 --> 00:21:02,803
dengan harapan akan jumpa dia?

403
00:21:02,886 --> 00:21:06,515
Sampai satu tahap, kami rancang
untuk jumpa di sebuah restoran

404
00:21:06,598 --> 00:21:08,600
yang selesa untuk saling berkenalan?

405
00:21:08,684 --> 00:21:10,936
Beberapa tahun kemudian, kami kahwin,

406
00:21:11,019 --> 00:21:13,522
keluarga kami disatukan
dan kami hidup bahagia?

407
00:21:13,605 --> 00:21:14,982
Itu yang kamu nak?"

408
00:21:19,945 --> 00:21:20,946
Wah.

409
00:21:24,324 --> 00:21:25,450
Tandas awam.

410
00:21:28,870 --> 00:21:30,664
Sebab itu sejarah perlu dipelihara.

411
00:21:33,250 --> 00:21:36,169
Kalau tahu sejarah,
kita boleh jangka masa depan.

412
00:21:36,253 --> 00:21:38,922
Kita akan faham punca semuanya berlaku.

413
00:21:39,006 --> 00:21:41,508
Jerman pelihara sejarah
dengan baik sekali.

414
00:21:41,591 --> 00:21:43,260
Ia memang takkan sempurna.

415
00:21:43,343 --> 00:21:46,013
Jerman antara beberapa negara di dunia

416
00:21:46,096 --> 00:21:49,099
yang masih menerima balasan
atas perbuatan mereka.

417
00:21:50,017 --> 00:21:54,104
Antara beberapa negara di dunia
yang selalu meminta maaf

418
00:21:55,439 --> 00:21:59,026
dan antara beberapa negara di dunia
yang berazam untuk ubah

419
00:21:59,109 --> 00:22:02,237
tanggapan diri dan dunia
terhadap negara mereka.

420
00:22:03,030 --> 00:22:06,325
Selepas Perang Dunia Kedua,
Jerman pinda undang-undang.

421
00:22:06,408 --> 00:22:08,827
Mereka ubah ikonografi negara itu.

422
00:22:08,910 --> 00:22:10,787
Tak boleh gantung apa-apa sesuka hati.

423
00:22:10,871 --> 00:22:12,956
Mereka tukar lagu kebangsaan.

424
00:22:13,040 --> 00:22:15,792
Ya, bayangkan.
Mereka tukar lagu kebangsaan.

425
00:22:16,626 --> 00:22:19,671
Mereka rasa lagu kebangsaan lama
ialah lagu nasionalis

426
00:22:19,755 --> 00:22:22,466
yang Nazi guna
untuk membentuk pemikiran salah.

427
00:22:22,549 --> 00:22:24,843
Mereka tukar. Judul lagu asal ialah

428
00:22:24,926 --> 00:22:26,970
"Deutschland, Deutschland über alles."

429
00:22:27,054 --> 00:22:29,598
Mungkin anda pernah dengar
dalam filem lama.

430
00:22:29,681 --> 00:22:30,682
Begini lagunya…

431
00:22:38,440 --> 00:22:40,734
Dalam bahasa Inggeris, maksudnya…

432
00:22:40,817 --> 00:22:44,613
Jerman, Jerman mengatasi segalanya

433
00:22:44,696 --> 00:22:47,949
Mengatasi segalanya di dunia

434
00:22:49,451 --> 00:22:50,786
Mereka maksudkannya.

435
00:22:52,496 --> 00:22:55,165
Kebanyakan lagu kebangsaan hanya teori,

436
00:22:55,248 --> 00:22:56,833
tapi Jerman menepati realiti.

437
00:22:59,878 --> 00:23:03,757
Selepas Perang Dunia Kedua,
"Kita tak boleh terus begitu."

438
00:23:04,299 --> 00:23:05,884
Maka, mereka tukar lagu.

439
00:23:06,510 --> 00:23:07,552
Cipta lirik baharu.

440
00:23:07,636 --> 00:23:08,887
Lirik baharunya…

441
00:23:17,229 --> 00:23:19,231
Maksudnya dalam bahasa Inggeris…

442
00:23:19,773 --> 00:23:23,944
Perpaduan, hak juga kebebasan

443
00:23:24,027 --> 00:23:27,447
Demi semua warga Jerman

444
00:23:30,367 --> 00:23:33,245
Comel betul.

445
00:23:35,038 --> 00:23:37,290
Comel. Mungkin mereka juga yang buat lagu…

446
00:23:37,374 --> 00:23:40,418
Ampun, ampun
Ampunkan kami

447
00:23:40,502 --> 00:23:43,463
Ampunkan salah dan silap kami

448
00:23:46,716 --> 00:23:49,928
Saya hargai usaha mereka,
tapi tak perlu pun rasanya.

449
00:23:50,011 --> 00:23:52,139
Betul. Saya rasa tak perlu pun.

450
00:23:52,222 --> 00:23:55,350
Über alles memang teruk.
Tak elok berfikiran begitu.

451
00:23:55,433 --> 00:23:57,686
Lagunya mesti membangkitkan semangat.

452
00:23:57,769 --> 00:24:00,772
Mungkin boleh cipta lirik
yang tak keterlaluan.

453
00:24:00,856 --> 00:24:01,898
Idea saya…

454
00:24:01,982 --> 00:24:03,525
Jerman, Jerman, antara

455
00:24:03,608 --> 00:24:05,986
Lima terbaik

456
00:24:06,987 --> 00:24:09,865
Bukan mengatasi segalanya

457
00:24:10,991 --> 00:24:15,704
Kita sememangnya lima terbaik
Jika difikirkan semula

458
00:24:15,787 --> 00:24:17,289
Amerika nombor satu

459
00:24:17,372 --> 00:24:21,877
Kemudian, Great Britain
Kemudian, Perancis dan Sepanyol

460
00:24:21,960 --> 00:24:23,628
Kita pula di tempat kelima…

461
00:24:23,712 --> 00:24:25,630
Sepanyol tak mengatasi kita.

462
00:24:25,714 --> 00:24:27,174
Kita di tempat keempat

463
00:24:27,257 --> 00:24:28,758
Tempat keempat di…

464
00:24:28,842 --> 00:24:32,220
Tapi ekonomi Perancis agak goyah.

465
00:24:32,304 --> 00:24:34,514
Mungkin kita di tempat ketiga dunia

466
00:24:34,598 --> 00:24:39,060
Maka, England mengatasi kita.
Brexit bukan idea yang bijak.

467
00:24:39,144 --> 00:24:42,314
Jika kita di tempat kedua
Amerika pula yang…

468
00:24:42,397 --> 00:24:44,816
Pilihan raya mereka huru-hara. Jadi…

469
00:24:44,900 --> 00:24:47,527
Mungkin kita über alles di dunia!

470
00:24:55,243 --> 00:24:59,206
Itu antara perkara terbesar mereka buat
walaupun tiada orang tahu.

471
00:25:00,832 --> 00:25:03,084
Saya berbual dengan lelaki Jerman.

472
00:25:03,752 --> 00:25:06,421
Dia bingung tentang ini. Sangat bingung.

473
00:25:06,504 --> 00:25:09,591
Dia kata,
"Orang Jerman buat banyak perkara.

474
00:25:09,674 --> 00:25:12,260
Lagu kebangsaan itu
perubahan besar buat kami.

475
00:25:12,344 --> 00:25:14,512
Pasti satu dunia cakap tentangnya."

476
00:25:16,514 --> 00:25:17,515
Saya kata, "Taklah."

477
00:25:19,226 --> 00:25:20,852
Dia hairan, "Apa?

478
00:25:20,936 --> 00:25:23,271
Apa maksud awak?
Siapa tak cakap tentangnya?"

479
00:25:23,355 --> 00:25:25,523
Saya kata, "Tiada orang cakap."

480
00:25:25,607 --> 00:25:28,443
"Siapa tak cakap?"
Saya kata, "Tiada orang cakap.

481
00:25:28,526 --> 00:25:30,695
Tiada orang di luar Jerman tahu."

482
00:25:30,779 --> 00:25:33,740
"Macam mana boleh tak tahu?"
Saya tanya, "Apa?

483
00:25:33,823 --> 00:25:36,409
Orang luar tak cakap bahasa Jerman.

484
00:25:36,493 --> 00:25:37,702
Bagaimana orang nak tahu?

485
00:25:37,786 --> 00:25:39,704
Kamu buat sesuatu yang pelik.

486
00:25:39,788 --> 00:25:42,165
Kamu ubah lirik,

487
00:25:42,249 --> 00:25:43,959
tapi rentaknya masih sama."

488
00:25:46,920 --> 00:25:48,088
Itu agak aneh.

489
00:25:48,630 --> 00:25:52,550
Kamu kata,
"Lagu ini teruk. Kita akan tukar."

490
00:25:52,634 --> 00:25:53,969
"Ja. Rentaknya pula?"

491
00:25:54,052 --> 00:25:57,305
"Rentaknya kekal.
Saya dah belajar semua gerakan."

492
00:26:01,226 --> 00:26:04,312
Mungkin itu sebabnya
orang tak tahu ia diubah, bukan?

493
00:26:04,396 --> 00:26:08,316
Rentaknya masih sama.
Kebanyakan orang tak tahu liriknya.

494
00:26:08,400 --> 00:26:09,818
Kami cuma tahu rentaknya.

495
00:26:09,901 --> 00:26:12,529
Tiada orang tahu MJ sebut, "Kau gila."

496
00:26:12,612 --> 00:26:13,905
Kita tak tahu.

497
00:26:13,989 --> 00:26:16,574
Mesti anda hairan,
"Bila dia sebut 'gila'?"

498
00:26:16,658 --> 00:26:18,326
Anda menyanyi dari dulu…

499
00:26:18,410 --> 00:26:19,661
Kau gila

500
00:26:21,830 --> 00:26:23,999
Orang tak tahu lirik, cuma rentak.

501
00:26:25,959 --> 00:26:27,961
Itu yang Jerman buat. Pelik betul.

502
00:26:28,712 --> 00:26:33,300
Pelik kalau tak ubah muzik.
Muziknya memberikan kesan emosi.

503
00:26:34,217 --> 00:26:36,970
Saya cuba jelaskan, tapi dia tak faham.

504
00:26:37,929 --> 00:26:40,015
Anda tahu keadaannya.

505
00:26:40,098 --> 00:26:41,099
Tindakan Jerman

506
00:26:41,725 --> 00:26:44,269
macam dalam Star Wars, bukan?

507
00:26:44,352 --> 00:26:48,148
Anda tahu Star Wars, bukan?
Kita ambil contohlah, Darth Vader.

508
00:26:48,231 --> 00:26:50,233
Setiap kali Darth Vader muncul

509
00:26:50,317 --> 00:26:52,569
dan mendarat di atas sebuah planet,

510
00:26:52,652 --> 00:26:55,113
kita tahu ada sesuatu akan berlaku.

511
00:26:55,196 --> 00:26:56,448
Sesuatu yang buruk

512
00:26:56,531 --> 00:26:57,949
kerana ada muzik khas.

513
00:26:58,616 --> 00:27:01,202
Ya? Muzik itu tanda sesuatu akan berlaku.

514
00:27:01,286 --> 00:27:02,454
Kapal mendarat…

515
00:27:04,581 --> 00:27:05,582
Pintu terbuka…

516
00:27:07,208 --> 00:27:08,585
Dia akan berdiri.

517
00:27:13,381 --> 00:27:14,466
Tapi dia takkan…

518
00:27:14,549 --> 00:27:17,844
Dia takkan muncul tanpa lagunya itu.

519
00:27:17,927 --> 00:27:20,847
Takkan. Dia akan cakap kepada DJ,

520
00:27:20,930 --> 00:27:22,807
"DJ, mainkan lagu aku."

521
00:27:31,483 --> 00:27:32,484
"Betul."

522
00:27:41,618 --> 00:27:43,745
Kita tahu sesuatu akan berlaku.

523
00:27:44,621 --> 00:27:45,497
Dia akan turun.

524
00:27:45,580 --> 00:27:47,665
"Melutut sekarang, Jedi."

525
00:27:47,749 --> 00:27:50,001
"Kami takkan melutut. Kami akan lawan."

526
00:27:54,631 --> 00:27:56,257
"Kau tak boleh kalahkan aku."

527
00:27:57,509 --> 00:27:59,761
"Kuatnya dia. Macam mana nak menang?"

528
00:27:59,844 --> 00:28:01,346
"Mari kalahkan dia.

529
00:28:04,224 --> 00:28:05,475
Gunakan Force."

530
00:28:09,229 --> 00:28:12,148
"Kau dah kalahkan aku!"

531
00:28:12,232 --> 00:28:14,484
"Kita berjaya, Guru Yoda! Kita berjaya!

532
00:28:14,567 --> 00:28:15,944
Kita kalahkan Darth Vader!"

533
00:28:16,027 --> 00:28:17,570
"Betul."

534
00:28:17,654 --> 00:28:18,822
"Apa kita nak buat?"

535
00:28:18,905 --> 00:28:20,865
"Mari bebaskan Empayar.

536
00:28:20,949 --> 00:28:23,284
Mari sebarkan berita gembira ini."

537
00:28:23,368 --> 00:28:24,244
"Ayuh."

538
00:28:24,327 --> 00:28:26,621
"Ya, mari mainkan lagu baharu."

539
00:28:31,000 --> 00:28:32,001
"Anda dah bebas."

540
00:28:35,672 --> 00:28:37,382
Memang pelik.

541
00:28:48,226 --> 00:28:50,603
Tapi tetap menakjubkan.

542
00:28:50,687 --> 00:28:54,816
Mengubah lagu kebangsaan
bukan satu perkara kecil.

543
00:28:54,899 --> 00:28:55,900
Sungguh.

544
00:28:56,693 --> 00:28:57,986
Mengubah apa-apa pun.

545
00:28:58,069 --> 00:28:59,821
Kami berbual tentangnya.

546
00:29:00,405 --> 00:29:03,074
Selepas itu,
dia cakap sesuatu yang menarik,

547
00:29:03,158 --> 00:29:06,453
"Kami faham Jerman terpaksa mengubah

548
00:29:06,536 --> 00:29:09,706
tanggapannya terhadap dirinya
untuk menebus kesilapan.

549
00:29:09,789 --> 00:29:11,583
Maka, kami tukar lagu kebangsaan."

550
00:29:11,666 --> 00:29:13,251
Saya kata, "Hebatnya."

551
00:29:13,334 --> 00:29:15,628
Dia tanya, "Awak rasa Amerika rela ubah…"

552
00:29:15,712 --> 00:29:18,214
Saya kata, "Jangan habiskan soalan itu.

553
00:29:18,298 --> 00:29:22,010
Jangan habiskan soalan itu."

554
00:29:23,428 --> 00:29:25,263
Satu hal yang saya pasti,

555
00:29:25,346 --> 00:29:27,766
Amerika benci perubahan.

556
00:29:29,476 --> 00:29:32,979
Amerika tak suka perubahan.

557
00:29:34,272 --> 00:29:36,149
Anda nak ubah semua macam Jerman?

558
00:29:36,232 --> 00:29:38,651
Duit, bendera dan lagu kebangsaan.
Biar betul?

559
00:29:38,735 --> 00:29:41,237
Ingat ketika mereka nak tukar
duit 20 dolar?

560
00:29:41,821 --> 00:29:43,072
Ingat tak?

561
00:29:43,156 --> 00:29:45,492
Mereka nak letak muka Harriet Tubman.

562
00:29:45,575 --> 00:29:48,745
Ramai orang marah,
kemudian mereka tangguhkan.

563
00:29:49,829 --> 00:29:52,290
Orang marah. "Apa yang kamu buat?"

564
00:29:52,373 --> 00:29:54,501
"Kami nak letak Harriet…" "Berani kamu?

565
00:29:54,584 --> 00:29:58,338
Berani kamu nak buang
muka presiden Amerika daripada duit?

566
00:29:58,421 --> 00:29:59,756
Berani kamu?

567
00:29:59,839 --> 00:30:00,882
Muka siapa itu?

568
00:30:02,008 --> 00:30:06,930
Berani kamu nak buang Andrew Jackson
daripada duit 20 dolar?"

569
00:30:07,013 --> 00:30:09,849
"Mereka akan letak Harriet Tubman di depan

570
00:30:09,933 --> 00:30:11,643
dan Andrew Jackson di belakang."

571
00:30:11,726 --> 00:30:15,355
"Letak muka presiden Amerika di belakang?
Di belakang?

572
00:30:15,438 --> 00:30:17,023
Biadab betul!"

573
00:30:17,106 --> 00:30:18,358
Tak biadab pun.

574
00:30:18,441 --> 00:30:20,443
Jika tahu sejarah, anda pasti tahu.

575
00:30:20,527 --> 00:30:23,321
Jackson suka duduk
di belakang wanita kulit Hitam.

576
00:30:23,404 --> 00:30:25,406
Kenapa anda tertekan sangat?

577
00:30:27,242 --> 00:30:28,743
Bagus untuk semua pihak.

578
00:30:35,083 --> 00:30:36,918
Tapi orang marah.

579
00:30:37,627 --> 00:30:40,463
Sekarang, anda nak syorkan
untuk tukar bendera?

580
00:30:40,547 --> 00:30:42,006
Tukar lagu kebangsaan?

581
00:30:43,550 --> 00:30:45,718
Dua perkara saya belajar di Amerika.

582
00:30:45,802 --> 00:30:47,637
Kita perlu hormat bendera

583
00:30:47,720 --> 00:30:50,557
dan lagu kebangsaan.

584
00:30:50,640 --> 00:30:52,267
Saya tak faham maksudnya,

585
00:30:53,685 --> 00:30:54,978
tapi saya patuh saja.

586
00:30:56,896 --> 00:30:59,399
Saya tak faham kerana ia mengelirukan.

587
00:30:59,482 --> 00:31:02,819
Ramai orang kata,
"Hormat bendera!" Saya faham.

588
00:31:02,902 --> 00:31:05,280
Tapi pada 4 Julai, mereka jugalah

589
00:31:05,363 --> 00:31:07,574
yang jadikan bendera itu seluar dalam.

590
00:31:11,911 --> 00:31:12,912
Itu pun dikira?

591
00:31:14,247 --> 00:31:15,999
Anda lihat ke atas dan kata,

592
00:31:16,082 --> 00:31:17,709
"Bendera itu, buah zakar ini."

593
00:31:25,633 --> 00:31:27,760
Saya takkan cadang untuk ubah apa-apa.

594
00:31:27,844 --> 00:31:29,762
Lagu kebangsaan? Tak boleh.

595
00:31:30,305 --> 00:31:32,932
Walaupun mungkin patut diubah.

596
00:31:33,016 --> 00:31:35,310
Lagu itu sangat ganas.

597
00:31:35,935 --> 00:31:38,271
Amerika bergelut dengan keganasan.

598
00:31:38,354 --> 00:31:39,689
Boleh lembutkan…

599
00:31:39,772 --> 00:31:41,190
Lagu itu ganas.

600
00:31:41,274 --> 00:31:42,817
Satu-satunya lagu kebangsaan

601
00:31:42,901 --> 00:31:45,361
yang sebut tentang bom meletup.

602
00:31:45,987 --> 00:31:48,656
Ya, ada lirik tentang bom dan roket

603
00:31:48,740 --> 00:31:50,617
dalam lagu kebangsaan anda.

604
00:31:50,700 --> 00:31:52,744
Filem Michael Bay dalam satu lagu.

605
00:31:53,661 --> 00:31:55,663
Semuanya meletup secara perlahan.

606
00:31:57,832 --> 00:32:00,793
Seolah-olah anda mengancam negara lain.

607
00:32:00,877 --> 00:32:04,130
"Ya, bom meletup dan roket dilepaskan."

608
00:32:04,213 --> 00:32:05,131
Cubalah cari pasal.

609
00:32:07,383 --> 00:32:09,344
Macam rap gengster pun ada.

610
00:32:10,511 --> 00:32:11,346
Betul.

611
00:32:11,429 --> 00:32:13,723
Lagu kebangsaan Amerika
macam rap gengster.

612
00:32:13,806 --> 00:32:15,767
Semua unsurnya sama.

613
00:32:15,850 --> 00:32:17,727
Ada keganasan dan ancaman.

614
00:32:17,810 --> 00:32:19,854
Tahu persamaannya dengan rap gengster?

615
00:32:19,938 --> 00:32:21,856
Hanya lagu kebangsaan Amerika

616
00:32:21,940 --> 00:32:23,816
yang jika letak "tak guna"

617
00:32:23,900 --> 00:32:25,777
pada hujung setiap baris,

618
00:32:27,946 --> 00:32:29,948
liriknya masih masuk akal.

619
00:32:32,825 --> 00:32:36,621
Sepanjang kesukaran malam

620
00:32:36,704 --> 00:32:39,916
Bendera kita masih ada

621
00:32:39,999 --> 00:32:41,209
Tak guna

622
00:32:53,930 --> 00:32:56,432
Saya suka lagu kebangsaan Amerika.

623
00:32:57,141 --> 00:33:00,812
Ia mengujakan. Saya tahu semua lirik
walaupun tak cuba hafal.

624
00:33:00,895 --> 00:33:03,606
Saya tahu kerana terlalu kerap dengar.

625
00:33:03,690 --> 00:33:04,524
Macam lagu…

626
00:33:04,607 --> 00:33:06,359
Seluruh negara ada bersama

627
00:33:06,442 --> 00:33:07,402
Sama…

628
00:33:07,485 --> 00:33:10,613
Sama saja. Saya tak nak tahu.
Saya tak perlu tahu.

629
00:33:10,697 --> 00:33:13,616
Tapi ia masuk tanpa diundang
dalam otak saya.

630
00:33:15,034 --> 00:33:19,330
Begitulah lagu kebangsaan Amerika
kerana kita kerap mendengarnya.

631
00:33:20,206 --> 00:33:23,084
Ini satu-satunya negara
yang saya pernah tinggal,

632
00:33:23,167 --> 00:33:25,336
lagu kebangsaan dimainkan

633
00:33:25,420 --> 00:33:28,131
walaupun tiada negara lain.

634
00:33:31,050 --> 00:33:33,886
Pada perlawanan bola keranjang,
bola sepak atau

635
00:33:33,970 --> 00:33:36,431
pingpong bir,
lagu kebangsaan akan dimainkan.

636
00:33:38,057 --> 00:33:41,519
Itu sememangnya normal
kalau anda di Amerika dari lahir.

637
00:33:41,602 --> 00:33:43,146
"Apa salahnya mainkannya?"

638
00:33:43,229 --> 00:33:44,397
Biar saya beritahu…

639
00:33:44,480 --> 00:33:47,984
Sebagai seseorang yang berasal
dari negara lain,

640
00:33:49,819 --> 00:33:51,279
itu bukan kebiasaan.

641
00:33:52,697 --> 00:33:54,449
Bukan. Di kebanyakan negara,

642
00:33:54,532 --> 00:33:57,577
lagu kebangsaan dimainkan setahun sekali

643
00:33:57,660 --> 00:34:00,163
atau sewaktu pertandingan
melawan negara lain,

644
00:34:00,246 --> 00:34:01,205
baru ia dimainkan.

645
00:34:01,289 --> 00:34:03,082
Disebabkan ada negara lain,

646
00:34:03,166 --> 00:34:05,585
anda perlu buktikan kesetiaan

647
00:34:06,210 --> 00:34:08,629
kepada negara anda, maka anda nyanyi.

648
00:34:09,422 --> 00:34:11,382
Semua negara mudah rasa terancam.

649
00:34:13,176 --> 00:34:14,510
Anda perlu yakinkan mereka

650
00:34:15,219 --> 00:34:16,345
terus-menerus.

651
00:34:16,429 --> 00:34:18,056
Mereka patut jalani terapi

652
00:34:18,139 --> 00:34:20,600
dan selesaikan masalah hubungan.

653
00:34:21,267 --> 00:34:24,020
Kita akan sedar
negara kita mudah rasa terancam

654
00:34:24,103 --> 00:34:25,938
jika kita ke luar negara.

655
00:34:26,022 --> 00:34:27,398
Apabila anda pulang,

656
00:34:27,482 --> 00:34:29,275
negara anda akan tanya.

657
00:34:29,358 --> 00:34:31,569
Sungguh cemburu dan rasa terancam.

658
00:34:31,652 --> 00:34:33,321
"Awak dari mana?

659
00:34:35,198 --> 00:34:37,325
Awak dari mana? Negara mana?

660
00:34:37,408 --> 00:34:39,535
Awak ada negara lain sekarang?

661
00:34:39,619 --> 00:34:41,162
Itu yang awak buat?

662
00:34:41,996 --> 00:34:45,625
Ini cap apa? Siapa yang cap pasport awak?"

663
00:34:45,708 --> 00:34:48,711
Anda pun kata, "Aduhai.
Jangan ganggu privasi saya."

664
00:34:52,423 --> 00:34:54,592
Jadi, lagu kebangsaan cuma dinyanyikan

665
00:34:54,675 --> 00:34:56,636
apabila ada negara lain.

666
00:34:56,719 --> 00:34:58,346
Ketika itu saja.

667
00:34:58,429 --> 00:35:01,724
Fungsinya untuk melegakan hati negara.

668
00:35:01,808 --> 00:35:02,725
Okey?

669
00:35:02,809 --> 00:35:04,560
Anda tahu apa itu lagu kebangsaan?

670
00:35:04,644 --> 00:35:09,315
Lagu kebangsaan sama

671
00:35:09,398 --> 00:35:11,234
macam sesuatu yang wanita buat

672
00:35:11,317 --> 00:35:12,360
kepada lelaki.

673
00:35:13,402 --> 00:35:17,198
Yang wanita, anda tahu helah anda
untuk teman lelaki anda?

674
00:35:17,281 --> 00:35:20,118
Setiap kali egonya tercalar,

675
00:35:20,660 --> 00:35:23,538
anda perlu cuba pujuk dia.

676
00:35:24,580 --> 00:35:27,291
Setiap wanita di sini ada helah

677
00:35:27,375 --> 00:35:29,085
yang berkesan kepada semua lelaki.

678
00:35:29,168 --> 00:35:33,005
Pasti ramai wanita menyumpah
dalam hati, "Diam, Trevor!

679
00:35:33,089 --> 00:35:35,758
Diam!"

680
00:35:36,759 --> 00:35:38,886
Tekniknya sangat indah dan halus.

681
00:35:38,970 --> 00:35:41,806
Apabila anda keluar makan tengah hari,

682
00:35:41,889 --> 00:35:44,183
tiba-tiba ada lelaki datang.

683
00:35:44,267 --> 00:35:46,894
Lelaki sasa, rajin bersenam
dan nampak segak.

684
00:35:46,978 --> 00:35:49,689
Dia kata, "Ya Tuhan! Michelle?"

685
00:35:49,772 --> 00:35:52,859
"Justin? Ya Tuhan.

686
00:35:52,942 --> 00:35:54,360
Apa khabar?"

687
00:35:54,443 --> 00:35:57,363
Anda pun hairan,
"Siapa Justin? Apa yang berlaku?"

688
00:35:57,446 --> 00:36:00,449
Dia kata, "Tak sangka.
Dua kali dalam dua minggu?"

689
00:36:01,492 --> 00:36:03,828
Anda hairan,
"Dua kali? Bila kali pertama?

690
00:36:03,911 --> 00:36:04,996
Siapa dia?"

691
00:36:05,079 --> 00:36:07,415
"Betul. Ya Tuhan. Apa khabar?"

692
00:36:07,498 --> 00:36:10,835
"Saya sihat. Kita perlu berbual.
Sembang tentang zaman kolej."

693
00:36:10,918 --> 00:36:13,713
"Saya pun terfikir.
Gila betul kita di kolej.

694
00:36:13,796 --> 00:36:15,673
Awak ingat malam itu?"

695
00:36:15,756 --> 00:36:18,092
"Awak pergi ke kolej? Apa ini?"

696
00:36:19,302 --> 00:36:21,053
Dia boleh rasa ego anda

697
00:36:21,137 --> 00:36:23,598
mula tercabar.

698
00:36:25,516 --> 00:36:27,185
Dia takkan pandang anda.

699
00:36:27,268 --> 00:36:28,853
Dia takkan peduli.

700
00:36:28,936 --> 00:36:30,605
Dia akan terus berbual.

701
00:36:30,688 --> 00:36:33,316
Tapi dia akan letak tangan
di atas paha anda,

702
00:36:34,567 --> 00:36:36,527
kemudian usap perlahan-lahan.

703
00:36:37,612 --> 00:36:39,697
Dia akan terus berbual macam biasa.

704
00:36:39,780 --> 00:36:42,283
"Ya, memang gila. Saya tukang sorak.

705
00:36:42,366 --> 00:36:44,744
Apa boleh dibuat? Biasalah itu."

706
00:36:44,827 --> 00:36:46,829
Tangannya pula…

707
00:36:49,916 --> 00:36:51,584
"Tak apa.

708
00:36:52,210 --> 00:36:55,046
Tak apa. Awak berjiwa besar.

709
00:36:56,047 --> 00:36:58,466
Awak lelaki yang kuat. Betul.

710
00:36:58,549 --> 00:37:02,803
Tiada lelaki lain di dunia ini.
Awak saja. Tengoklah diri awak. Wah.

711
00:37:02,887 --> 00:37:04,597
Awak berjiwa besar. Ya.

712
00:37:04,680 --> 00:37:07,016
Siapa dia? Saya pun tak kenal.

713
00:37:07,767 --> 00:37:09,393
Dengan otot-otot sasanya.

714
00:37:09,477 --> 00:37:11,103
Saya tak suka otot.

715
00:37:11,771 --> 00:37:13,648
Saya benci otot. Menjijikkan.

716
00:37:13,731 --> 00:37:17,985
Tengoklah dia. Rajin bersenam.
Badannya cantik dan sasa.

717
00:37:18,069 --> 00:37:19,195
Menjijikkan betul.

718
00:37:19,278 --> 00:37:22,031
Enam otot kekar?
Saya tak nak lelaki begitu.

719
00:37:22,114 --> 00:37:24,492
Saya tak suka. Sebab itu saya suka awak."

720
00:37:30,915 --> 00:37:32,583
Begitulah lagu kebangsaan.

721
00:37:40,383 --> 00:37:42,301
Soal meyakinkan negara.

722
00:37:45,346 --> 00:37:48,224
Lagu kebangsaan Amerika agak menarik.

723
00:37:48,307 --> 00:37:51,102
Semua yang melambangkan Amerika
ialah lagu itu.

724
00:37:51,185 --> 00:37:54,230
Peraturan lagu kebangsaan Amerika
yang paling menyeronokkan.

725
00:37:54,313 --> 00:37:58,150
Negara ini saja di dunia
yang membenarkan lagunya dinyanyikan

726
00:37:58,234 --> 00:37:59,652
dengan apa-apa cara.

727
00:38:00,778 --> 00:38:03,281
Apa-apa cara.

728
00:38:03,364 --> 00:38:05,074
Negara lain tak benarkan.

729
00:38:05,157 --> 00:38:07,827
Di negara lain,
lagu kebangsaan tak boleh diubah.

730
00:38:07,910 --> 00:38:09,453
Semuanya membosankan.

731
00:38:09,537 --> 00:38:10,788
Kita tak boleh ubah.

732
00:38:10,871 --> 00:38:12,832
Di Amerika, kita boleh buat apa-apa.

733
00:38:13,874 --> 00:38:15,334
Saya perasan.

734
00:38:15,418 --> 00:38:18,087
Saya mula perasan
pada perlawanan bola keranjang.

735
00:38:18,170 --> 00:38:22,300
New York Knicks melawan Toronto Raptors.

736
00:38:22,383 --> 00:38:24,969
Disebabkan Raptors dari Kanada,

737
00:38:25,720 --> 00:38:30,683
mereka perlu mainkan dua lagu kebangsaan
sebelum perlawanan itu. Jarang berlaku.

738
00:38:31,684 --> 00:38:35,187
Kami berada di arena,
kemudian suara juruhebah kedengaran.

739
00:38:35,271 --> 00:38:36,897
"Tuan-tuan dan puan-puan,

740
00:38:36,981 --> 00:38:39,817
sila berdiri
untuk lagu kebangsaan Kanada."

741
00:38:39,900 --> 00:38:41,319
Semua orang berdiri,

742
00:38:42,236 --> 00:38:44,363
kemudian mereka mainkan pita.

743
00:38:47,366 --> 00:38:49,035
Boleh agak mereka tak peduli.

744
00:38:50,328 --> 00:38:53,164
Kemudian, lagu Kanada dimainkan.
Sama dari dulu.

745
00:38:53,247 --> 00:38:55,833
Wahai Kanada…

746
00:39:01,255 --> 00:39:03,883
Tak tahu, tak tahu
Membawa kita kembali ke…

747
00:39:07,720 --> 00:39:11,599
Anda tahulah lagunya.
Saya tak ada masa untuknya. Apa-apalah.

748
00:39:12,141 --> 00:39:13,809
Mereka nyanyi lagu Kanada.

749
00:39:14,393 --> 00:39:15,311
Selepas habis,

750
00:39:16,437 --> 00:39:17,646
juruhebah tadi kata,

751
00:39:17,730 --> 00:39:19,357
"Tuan-tuan dan puan-puan,

752
00:39:19,440 --> 00:39:22,276
teruskan berdiri
untuk lagu kebangsaan Amerika."

753
00:39:23,027 --> 00:39:24,445
Bahagian kegemaran saya.

754
00:39:25,696 --> 00:39:27,365
Lampu akan dimalapkan.

755
00:39:29,158 --> 00:39:31,369
Ada orang berjalan ke tengah arena.

756
00:39:32,078 --> 00:39:34,580
Keadaan sentiasa tegang.
Senyap sepenuhnya.

757
00:39:47,635 --> 00:39:52,515
Katakan

758
00:39:54,642 --> 00:40:01,607
Mampukah kamu

759
00:40:11,325 --> 00:40:14,453
Lihat

760
00:40:20,000 --> 00:40:25,798
Menjelang cahaya subuh

761
00:40:48,821 --> 00:40:55,703
Yang kita sanjung dengan bangga…

762
00:40:55,786 --> 00:40:58,914
Kenapa nak jadikan lagu itu seksi?
Apa yang anda buat?

763
00:40:59,582 --> 00:41:00,833
Saya tak faham.

764
00:41:00,916 --> 00:41:03,836
Kenapa nak jadikannya lagu yang seksi?

765
00:41:08,466 --> 00:41:12,219
Kalau kita berada di England,
mustahil ada orang kata, "Mula!"

766
00:41:12,303 --> 00:41:13,554
Tuhan pelihara Ratu

767
00:41:13,637 --> 00:41:16,223
Tuhan pelihara Ratu
Pelihara Ratu dengan seksi

768
00:41:16,307 --> 00:41:17,975
Pelihara Ratu
Ayuh pelihara Ratu

769
00:41:18,058 --> 00:41:20,019
Dengan seksi
Ayuh, pelihara Ratu

770
00:41:27,151 --> 00:41:28,110
Aduhai.

771
00:41:37,453 --> 00:41:38,454
Jerman menyeronokkan.

772
00:41:42,041 --> 00:41:47,046
Kemudian, kami pergi ke Paris, Perancis,
untuk buat pertunjukan.

773
00:41:47,671 --> 00:41:49,215
Kali pertama di Paris.

774
00:41:49,298 --> 00:41:50,424
Saya sangat teruja.

775
00:41:50,508 --> 00:41:52,343
Saya dah lama nak buat di Paris.

776
00:41:52,426 --> 00:41:54,845
Saya tak tahu ketika itu. Anda tahu tak?

777
00:41:54,929 --> 00:41:57,848
Paris memang sama macam yang orang cakap.

778
00:41:57,932 --> 00:42:04,188
Antara bandar paling romantis
yang saya pernah jejak sejak lahir.

779
00:42:04,271 --> 00:42:07,525
Saya jatuh cinta kepadanya 1,000 kali.

780
00:42:08,275 --> 00:42:10,110
Saya sendirian. Saya tak kisah.

781
00:42:10,986 --> 00:42:11,904
Ya.

782
00:42:11,987 --> 00:42:14,573
Setiap malam, saya ditemani pepijat.

783
00:42:21,080 --> 00:42:23,249
Saya sangat seronok di Paris

784
00:42:23,332 --> 00:42:26,752
kerana saya dapat jumpa orang Paris.

785
00:42:27,378 --> 00:42:28,379
Depan-depan.

786
00:42:28,462 --> 00:42:30,839
Bukan stereotaip.
Tak macam yang didengari.

787
00:42:30,923 --> 00:42:34,885
Jumpalah orang Perancis
dan belajar tentang mereka.

788
00:42:34,969 --> 00:42:37,388
Saya belajar beberapa perkara hebat.

789
00:42:37,471 --> 00:42:42,476
Contohnya, hubungan orang Perancis
dengan kerja sangat berbeza

790
00:42:43,185 --> 00:42:44,311
daripada kita.

791
00:42:45,104 --> 00:42:46,063
Faham tak?

792
00:42:46,146 --> 00:42:47,898
Mereka tak peduli tentangnya.

793
00:42:52,152 --> 00:42:54,446
Hal itu agak memberikan inspirasi.

794
00:42:54,530 --> 00:42:55,990
Ramai daripada kita

795
00:42:56,073 --> 00:42:58,867
terlalu taasub kepada kerja.

796
00:42:58,951 --> 00:43:00,411
Kerja melambangkan diri kita.

797
00:43:00,494 --> 00:43:03,163
Pernah minta seseorang cerita
tentang dirinya?

798
00:43:03,247 --> 00:43:04,790
"Saya arkitek…"

799
00:43:04,873 --> 00:43:07,418
"Saya seorang pemilik salun dan…"

800
00:43:07,501 --> 00:43:09,628
"Saya seorang guru…"

801
00:43:09,712 --> 00:43:11,005
Kalau suruh cerita,

802
00:43:11,088 --> 00:43:13,299
mereka akan cakap tentang kerja.

803
00:43:13,382 --> 00:43:17,052
Orang menumpukan kepada kerja saja.

804
00:43:17,136 --> 00:43:19,305
Orang Perancis tak begitu.

805
00:43:19,388 --> 00:43:21,849
Anda takkan jumpa orang Perancis begitu.

806
00:43:21,932 --> 00:43:25,060
Tanya kepada orang Perancis,
"Maaf. Apa kerja awak?"

807
00:43:25,144 --> 00:43:26,312
"Saya?

808
00:43:26,395 --> 00:43:29,231
Saya suka bersiar-siar
dengan kawan-kawan.

809
00:43:29,315 --> 00:43:32,484
Saya suka makan makanan sedap dan…"

810
00:43:32,568 --> 00:43:35,404
"Tak, apa kerja awak untuk hidup?"

811
00:43:35,487 --> 00:43:37,197
Dia balas, "Hidup? Maaf.

812
00:43:37,281 --> 00:43:38,407
Untuk hidup?

813
00:43:38,490 --> 00:43:41,160
Saya bernafas.

814
00:43:42,077 --> 00:43:44,413
Saya minum air.

815
00:43:44,496 --> 00:43:47,041
Saya juga perlu berasmara."

816
00:43:51,086 --> 00:43:53,088
Keadaannya berbeza.

817
00:43:53,672 --> 00:43:56,675
Tak taasub kepada kerja. Bagus betul.

818
00:43:56,759 --> 00:44:00,512
Saya tahu tentang ini
kerana bagasi saya

819
00:44:00,596 --> 00:44:02,598
hilang di Paris.

820
00:44:02,681 --> 00:44:03,974
Ya.

821
00:44:04,058 --> 00:44:08,479
Selepas mendarat di lapangan terbang,
beg-beg saya hilang.

822
00:44:08,562 --> 00:44:10,773
Saya dapat tahu di karusel bagasi.

823
00:44:10,856 --> 00:44:13,400
Itu perangai buruk syarikat penerbangan.

824
00:44:14,318 --> 00:44:16,070
Mereka tahu beg kita tiada.

825
00:44:18,322 --> 00:44:20,991
Mereka tahu lokasi setiap beg,

826
00:44:21,784 --> 00:44:22,993
tapi mereka tak beritahu.

827
00:44:23,077 --> 00:44:25,162
Kita berdiri macam orang bodoh

828
00:44:25,871 --> 00:44:27,081
dengan penuh harapan.

829
00:44:28,999 --> 00:44:32,127
Mereka boleh jumpa kita
sebelum berlepas dan kata,

830
00:44:32,211 --> 00:44:33,295
"Ia takkan tiba.

831
00:44:35,547 --> 00:44:37,091
Harap maklum."

832
00:44:38,634 --> 00:44:39,551
Mereka tak cakap.

833
00:44:40,386 --> 00:44:43,430
Kita berlepas dengan hati riang
macam orang bodoh.

834
00:44:45,557 --> 00:44:46,975
Saya mendarat di Paris.

835
00:44:47,059 --> 00:44:49,269
Saya sangka perjalanan itu pasti hebat.

836
00:44:49,353 --> 00:44:52,064
Saya melenggang-lenggang.
Jalan dengan bergaya.

837
00:44:52,147 --> 00:44:53,774
"Aku nak ambil beg,

838
00:44:53,857 --> 00:44:55,901
pergi ke Paris dan mula meneroka."

839
00:44:55,984 --> 00:44:57,236
Sampai di karusel bagasi.

840
00:44:57,319 --> 00:44:59,196
Saya kata, "Penuh gaya.

841
00:44:59,279 --> 00:45:01,782
Ya. Saya nak ambil bagasi, semua."

842
00:45:01,865 --> 00:45:03,659
Saya kata, "Maaf.

843
00:45:03,742 --> 00:45:04,827
Tolong ke tepi sikit.

844
00:45:04,910 --> 00:45:06,829
Saya nak bersandar

845
00:45:06,912 --> 00:45:08,330
agar beg saya tiba cepat.

846
00:45:08,414 --> 00:45:09,873
Ayuh, beg bertuah."

847
00:45:14,795 --> 00:45:16,839
Saya tunggu dengan penuh gaya.

848
00:45:16,922 --> 00:45:20,008
Beg mula keluar.
Saya berdiri sambil menghakiminya.

849
00:45:20,801 --> 00:45:22,219
"Masih guna Samsonite?

850
00:45:24,680 --> 00:45:25,806
Mana beg aku?"

851
00:45:25,889 --> 00:45:27,975
Beg berpusing-pusing,

852
00:45:28,058 --> 00:45:30,060
kemudian tiada lagi beg baharu.

853
00:45:30,144 --> 00:45:31,395
Saya mula risau.

854
00:45:32,521 --> 00:45:34,606
Makin kurang beg yang ada.

855
00:45:35,149 --> 00:45:36,400
Saya tahu, "Beg saya…

856
00:45:37,359 --> 00:45:38,485
Beg saya takkan tiba."

857
00:45:39,862 --> 00:45:41,280
Saya sedar

858
00:45:41,905 --> 00:45:43,490
yang beg saya tak keluar.

859
00:45:44,616 --> 00:45:46,994
Teruk betul. Saya pernah rasa begitu

860
00:45:47,077 --> 00:45:48,829
sewaktu saya masih kecil

861
00:45:49,496 --> 00:45:51,498
apabila mak lupa saya di sekolah.

862
00:45:52,875 --> 00:45:53,917
Sama perasaannya.

863
00:45:54,001 --> 00:45:57,379
Saya berdiri di tepi karusel
macam budak sepuluh tahun.

864
00:46:01,967 --> 00:46:05,721
"Tak apa, Cikgu Wilkinson.
Cikgu boleh pergi.

865
00:46:05,804 --> 00:46:08,515
Mak saya akan datang. Cikgu balik sajalah.

866
00:46:08,599 --> 00:46:11,518
Mak akan datang. Dia takkan lupa saya.

867
00:46:11,602 --> 00:46:13,145
Tak. Dia…

868
00:46:13,228 --> 00:46:15,772
Dia mungkin dah mati di suatu tempat.

869
00:46:15,856 --> 00:46:19,151
Mungkin mayatnya terbujur
di dalam longkang."

870
00:46:22,237 --> 00:46:23,447
Dia lupa ambil saya.

871
00:46:25,032 --> 00:46:26,825
Sesekali dia akan lupa.

872
00:46:26,909 --> 00:46:28,619
Saya terpaksa menapak pulang.

873
00:46:28,702 --> 00:46:29,995
Sejam berjalan kaki.

874
00:46:31,413 --> 00:46:32,456
Ketika saya tiba,

875
00:46:32,539 --> 00:46:34,958
reaksi mak saya sama saja setiap kali,

876
00:46:35,042 --> 00:46:36,460
kerana dia kerja dari rumah.

877
00:46:36,543 --> 00:46:39,171
Dia sedang menaip komputer,

878
00:46:39,254 --> 00:46:41,840
saya masuk ke rumah dan tutup pintu…

879
00:46:41,924 --> 00:46:43,842
Reaksi dia sama saja. Dia kata…

880
00:46:45,511 --> 00:46:47,846
"Tidak, sayang!

881
00:46:49,056 --> 00:46:50,098
Dah pukul berapa?"

882
00:46:50,182 --> 00:46:52,476
Saya akan kata, "Dah lewat."

883
00:46:58,273 --> 00:47:01,527
Saya tak suka jika dia terlupa ambil saya,

884
00:47:01,610 --> 00:47:03,320
tapi saya rindu saat itu.

885
00:47:04,071 --> 00:47:07,866
Saya tak kisah pun. Saya suka berjalan.

886
00:47:07,950 --> 00:47:10,369
Saya tak marah pun sepanjang berjalan.

887
00:47:11,036 --> 00:47:13,413
Saya sepak batu dan nyanyi sambil jalan.

888
00:47:13,497 --> 00:47:16,583
Apabila tiba di rumah,
saya fikir, "Tunggu sekejap."

889
00:47:18,544 --> 00:47:20,254
Saya suka kerana ketika itu,

890
00:47:20,337 --> 00:47:23,757
saya boleh jadi biadab,
tapi saya takkan dimarahi.

891
00:47:23,840 --> 00:47:24,967
Takkan.

892
00:47:25,050 --> 00:47:26,301
Zaman saya kecil,

893
00:47:26,385 --> 00:47:28,679
kami tak boleh biadab kepada mak ayah.

894
00:47:28,762 --> 00:47:31,807
Saya bukan budak kulit putih.
Faham? Saya tak boleh…

895
00:47:31,890 --> 00:47:33,100
Saya kena jaga perangai.

896
00:47:34,351 --> 00:47:36,311
Saya suka kalau dia buat silap.

897
00:47:36,395 --> 00:47:38,105
Dia akan kata, "Maafkan mak."

898
00:47:38,188 --> 00:47:40,023
Saya kata, "Biar saya fikir dulu."

899
00:47:44,778 --> 00:47:47,155
Saya perlu cari seseorang untuk tolong.

900
00:47:47,739 --> 00:47:48,949
Saya lihat sekeliling,

901
00:47:49,032 --> 00:47:51,827
ada lelaki Perancis berusia di tepi,

902
00:47:51,910 --> 00:47:53,745
rambutnya beruban, pipi merah

903
00:47:53,829 --> 00:47:55,455
dan bercermin mata.

904
00:47:55,539 --> 00:47:57,040
Saya pergi kepadanya.

905
00:47:57,124 --> 00:47:58,667
Dia pakai ves merah.

906
00:47:59,209 --> 00:48:02,504
Dalam bahasa Perancis,
tertulis "Information",

907
00:48:02,588 --> 00:48:04,047
di bawah, bahasa Inggeris,

908
00:48:04,131 --> 00:48:05,090
"Information".

909
00:48:06,758 --> 00:48:08,051
Saya kata…

910
00:48:11,305 --> 00:48:13,140
"Bonjour. Helo. Hai."

911
00:48:13,223 --> 00:48:15,434
Dia balas, "Helo. Bonjour."

912
00:48:15,517 --> 00:48:17,477
Saya tanya, "Inggeris? Perancis?"

913
00:48:17,561 --> 00:48:19,062
Dia kata, "Inggeris, oui."

914
00:48:19,146 --> 00:48:21,231
"Boleh tolong saya?

915
00:48:21,315 --> 00:48:23,942
Bagasi saya tak keluar.

916
00:48:24,026 --> 00:48:26,778
Apa yang saya perlu buat?"

917
00:48:26,862 --> 00:48:29,698
Dia kata, "Bagasi awak tak keluar…

918
00:48:53,680 --> 00:48:55,432
Saya kata, "Okey.

919
00:48:56,224 --> 00:48:57,142
Baiklah.

920
00:48:58,101 --> 00:48:59,353
Mari cuba bahasa Perancis.

921
00:49:01,688 --> 00:49:03,982
Mungkin dia lebih faham."

922
00:49:06,151 --> 00:49:08,111
Akhirnya, semuanya selesai.

923
00:49:08,904 --> 00:49:12,491
Dia hantar saya
ke kawasan khas untuk buat laporan.

924
00:49:13,075 --> 00:49:16,370
Ada lelaki Perancis lebih muda
yang jaga kaunter.

925
00:49:16,453 --> 00:49:18,872
Mungkin keturunan Algeria atau Maghribi.

926
00:49:18,955 --> 00:49:20,791
Orang Perancis sejati. Nampak hebat.

927
00:49:20,874 --> 00:49:22,000
Dia tolong seseorang.

928
00:49:22,084 --> 00:49:24,044
"Okey, terima kasih. Seterusnya."

929
00:49:24,127 --> 00:49:25,253
Saya datang, "Hei."

930
00:49:25,337 --> 00:49:27,339
Dia tanya, "Apa cerita, kawan?

931
00:49:27,422 --> 00:49:29,257
Apa khabar? Apa cerita?"

932
00:49:29,341 --> 00:49:31,301
Saya kata, "Saya perlu bantuan.

933
00:49:31,385 --> 00:49:35,263
Bagasi saya tak keluar. Ia hilang."

934
00:49:35,347 --> 00:49:38,350
Dia kata, "Alamak! Bagasi awak tak keluar.

935
00:49:38,433 --> 00:49:39,768
Aduhai.

936
00:49:39,851 --> 00:49:40,977
Awak dah cari?"

937
00:49:44,523 --> 00:49:47,067
Saya kata, "Apa? Mestilah saya dah cari.

938
00:49:47,150 --> 00:49:48,860
Ingat saya datang nak cari teman?

939
00:49:48,944 --> 00:49:50,112
Mestilah saya dah…"

940
00:49:50,195 --> 00:49:51,780
Dia kata, "Saya nak pastikan.

941
00:49:51,863 --> 00:49:53,824
Beg itu dah hilang?"

942
00:49:53,907 --> 00:49:54,783
Saya kata, "Ya."

943
00:49:54,866 --> 00:49:58,328
Dia kata, "Teruknya. Saya bersimpati.

944
00:49:58,412 --> 00:49:59,538
Teruk betul.

945
00:50:00,122 --> 00:50:02,082
Jadi, apa awak nak buat?"

946
00:50:04,751 --> 00:50:06,002
"Apa saya nak buat?

947
00:50:06,628 --> 00:50:10,799
Saya nak awak buat sesuatu.

948
00:50:10,882 --> 00:50:12,968
Boleh kita buat laporan?"

949
00:50:13,051 --> 00:50:15,637
"Awak nak bukti bertulis

950
00:50:15,721 --> 00:50:18,932
agar syarikat insurans awak
boleh bayar pampasan?"

951
00:50:19,015 --> 00:50:22,310
Saya kata, "Tak.
Saya nak awak cari dan beri kepada saya."

952
00:50:22,394 --> 00:50:24,521
Dia kata, "Jangan risau.

953
00:50:24,604 --> 00:50:25,856
Kami takkan jumpa semula.

954
00:50:25,939 --> 00:50:26,940
Tak mungkin.

955
00:50:27,733 --> 00:50:29,067
Jangan risau.

956
00:50:29,151 --> 00:50:30,861
Ini Paris, kawan.

957
00:50:30,944 --> 00:50:33,530
Kalau ada beg hilang,
mungkin memang hilang.

958
00:50:33,613 --> 00:50:36,366
Ia takkan muncul semula
melainkan awak bertuah.

959
00:50:36,450 --> 00:50:38,952
Tapi kalau tiada sekarang,
mungkin dah hilang.

960
00:50:39,035 --> 00:50:41,288
Hari ini Jumaat. Ada rusuhan.

961
00:50:41,371 --> 00:50:44,291
Pergilah. Jangan pening. Pergi saja."

962
00:50:45,250 --> 00:50:46,877
"Jangan peningkan kepala"?

963
00:50:46,960 --> 00:50:48,253
"Itu bagasi saya.

964
00:50:48,879 --> 00:50:50,130
Pakaian saya."

965
00:50:50,213 --> 00:50:52,090
Dia kata, "Tapi ini Paris.

966
00:50:52,174 --> 00:50:54,468
Awak perlu pakaian? Ini Paris.

967
00:50:54,551 --> 00:50:56,678
Beli sajalah pakaian baharu.

968
00:50:56,762 --> 00:50:58,764
Apa masalah awak? Bertenang."

969
00:50:59,347 --> 00:51:00,682
Dia sangat yakin.

970
00:51:01,558 --> 00:51:03,477
Saya rasa macam saya yang salah.

971
00:51:04,811 --> 00:51:05,979
Saya meragui diri.

972
00:51:06,062 --> 00:51:08,732
Saya pergi dan tertanya-tanya,
"Salahkah aku?

973
00:51:09,649 --> 00:51:11,443
Aku terlalu taasub bagasi aku?"

974
00:51:14,988 --> 00:51:17,824
Betul cakap dia.
Ada banyak jenis pakaian di Paris.

975
00:51:17,908 --> 00:51:19,451
Saya terpaksa beli pakaian

976
00:51:19,534 --> 00:51:21,703
kerana saya langsung tiada pakaian.

977
00:51:21,787 --> 00:51:24,623
Kalau anda nak pergi ke Paris,
bawa duit lebih

978
00:51:24,706 --> 00:51:26,917
untuk beli pakaian. Memang hebat.

979
00:51:27,000 --> 00:51:29,044
Jangan lupa juga

980
00:51:29,127 --> 00:51:30,921
untuk bawa keyakinan diri.

981
00:51:32,714 --> 00:51:35,258
Anda perlukannya
ketika membeli di Perancis.

982
00:51:35,967 --> 00:51:38,094
Mereka bukan kawan anda.

983
00:51:38,178 --> 00:51:39,721
Saya tak pernah ke negara

984
00:51:39,805 --> 00:51:42,432
yang tak pedulikan kita
ketika membeli-belah.

985
00:51:42,516 --> 00:51:45,727
Tiada sesiapa akan tolong kita di kedai.

986
00:51:45,811 --> 00:51:48,438
Macam tiada pekerja.
Tiada orang buat kerja.

987
00:51:48,522 --> 00:51:50,690
Kakitangan mereka macam menyamar.

988
00:51:51,483 --> 00:51:52,901
Mereka berjalan saja.

989
00:51:53,443 --> 00:51:55,320
Selepas 20 minit, tiada orang tolong.

990
00:51:55,403 --> 00:51:59,199
Apabila saya mula pilih baju,
saya dengar suara sinis,

991
00:51:59,282 --> 00:52:00,450
"Boleh saya tolong?"

992
00:52:01,034 --> 00:52:03,745
"Hai. Ya. Saya nak beli pakaian.

993
00:52:03,829 --> 00:52:05,163
Bagasi saya hilang."

994
00:52:05,247 --> 00:52:07,123
Kemudian, Detroit, saya dipersendakan

995
00:52:08,542 --> 00:52:11,419
dengan seteruk-teruknya.

996
00:52:12,003 --> 00:52:14,756
Setiap kali saya pilih sesuatu,

997
00:52:15,465 --> 00:52:16,925
pasti ada kata-kata pedas.

998
00:52:18,593 --> 00:52:21,721
Saya tanya,
"Boleh ambilkan saiz sederhana?"

999
00:52:21,805 --> 00:52:22,764
"Sederhana?

1000
00:52:22,848 --> 00:52:25,100
Maksud awak, besar atau lebih besar?

1001
00:52:26,685 --> 00:52:28,937
Saiz sederhana muat dengan badan awak?

1002
00:52:29,020 --> 00:52:30,313
Saya rasa tak muat."

1003
00:52:31,398 --> 00:52:32,774
Saya kata, "Maaf, apa?"

1004
00:52:32,858 --> 00:52:35,986
"Saya rasa awak pakai saiz besar.
Saya boleh ambilkan.

1005
00:52:36,069 --> 00:52:38,196
Ketat sangat nanti kalau sederhana."

1006
00:52:39,531 --> 00:52:40,574
Saya pun terkedu.

1007
00:52:41,116 --> 00:52:42,659
Semuanya.

1008
00:52:43,243 --> 00:52:45,036
Saya nak beli jaket.

1009
00:52:45,120 --> 00:52:46,288
"Beri jaket ini."

1010
00:52:46,371 --> 00:52:49,207
Dia kata,
"Tak cocok dengan tona kulit awak.

1011
00:52:49,291 --> 00:52:52,878
Awak perlu fikir tentang kesepadanan warna

1012
00:52:52,961 --> 00:52:54,170
antara fabriknya

1013
00:52:54,254 --> 00:52:56,089
dengan muka awak, okey?

1014
00:52:56,673 --> 00:52:58,550
Ini tak sesuai."

1015
00:52:58,633 --> 00:53:01,636
Saya kata,
"Hei. Saya dah ada jaket macam ini."

1016
00:53:01,720 --> 00:53:03,471
Dia terkejut, "Awak pakai?"

1017
00:53:06,766 --> 00:53:07,851
"Tak lagi."

1018
00:53:09,311 --> 00:53:11,104
"Pakailah kalau awak nak.

1019
00:53:11,187 --> 00:53:12,689
Tak apa. Pakai saja."

1020
00:53:12,772 --> 00:53:14,566
"Awak ugut saya pula, ya?"

1021
00:53:17,611 --> 00:53:20,030
Semuanya berbeza.

1022
00:53:20,739 --> 00:53:22,324
Kawan saya kata,

1023
00:53:22,407 --> 00:53:23,992
"Orang Perancis celopar."

1024
00:53:24,075 --> 00:53:26,244
"Saya tak rasa mereka celopar.

1025
00:53:26,328 --> 00:53:28,163
Mereka cuma terlebih jujur."

1026
00:53:28,997 --> 00:53:29,831
Betul?

1027
00:53:29,915 --> 00:53:32,334
Susah nak bezakan kedua-duanya.

1028
00:53:34,002 --> 00:53:38,632
Saya pernah bercakap
dengan seorang wanita Perancis.

1029
00:53:38,715 --> 00:53:41,718
Saya beranikan diri dan tanya,

1030
00:53:42,510 --> 00:53:43,720
"Hei.

1031
00:53:45,055 --> 00:53:47,015
Kenapa orang Perancis

1032
00:53:47,974 --> 00:53:49,100
macam ini?"

1033
00:53:51,811 --> 00:53:53,146
"Apa maksud awak?"

1034
00:53:53,229 --> 00:53:54,564
"Apabila di kedai,

1035
00:53:54,648 --> 00:53:55,774
mereka agak sombong."

1036
00:53:55,857 --> 00:53:59,277
"Tak, mereka tak sombong.
Mereka memang macam itu.

1037
00:53:59,361 --> 00:54:03,239
Mungkin awak biasa pergi
ke negara yang orangnya

1038
00:54:03,323 --> 00:54:05,992
sangat takut kalau tak dapat tip,

1039
00:54:06,076 --> 00:54:07,827
jadi mereka ekori awak.

1040
00:54:07,911 --> 00:54:09,412
'Boleh saya tolong?'

1041
00:54:09,496 --> 00:54:12,749
Di Perancis, kami pastikan
gaji semua orang memuaskan.

1042
00:54:12,832 --> 00:54:13,708
Gaji lumayan.

1043
00:54:13,792 --> 00:54:16,294
Jadi, kami tak risau tentangnya.

1044
00:54:16,378 --> 00:54:18,797
Di Amerika, pelanggan macam raja.

1045
00:54:18,880 --> 00:54:21,132
Di Perancis, tengok nasib raja-raja.

1046
00:54:21,216 --> 00:54:22,050
Awak tahulah.

1047
00:54:23,301 --> 00:54:24,552
Tak sama di sini."

1048
00:54:30,892 --> 00:54:32,560
Orang Perancis tak begitu.

1049
00:54:34,187 --> 00:54:36,147
Anda sangat rancak, Detroit.

1050
00:54:36,231 --> 00:54:37,482
Terima kasih.

1051
00:54:41,444 --> 00:54:42,487
Terima kasih.

1052
00:54:44,155 --> 00:54:45,490
Saya terbukti betul.

1053
00:54:45,573 --> 00:54:47,784
Sebab itu saya datang ke Detroit.

1054
00:54:47,867 --> 00:54:49,911
Betul. Penonton yang hebat.

1055
00:54:52,080 --> 00:54:53,665
Cantik. Semua jenis orang ada.

1056
00:54:56,584 --> 00:54:58,086
Bandar ini hebat juga.

1057
00:54:58,169 --> 00:55:00,422
Kami dah lihat beberapa perkara.

1058
00:55:00,505 --> 00:55:02,799
Saya bergaduh dengan kawan saya, Dave.

1059
00:55:02,882 --> 00:55:04,884
Dia pengarah acara istimewa ini.

1060
00:55:05,552 --> 00:55:07,345
Dia pernah cakap,

1061
00:55:07,429 --> 00:55:09,597
"Apa awak buat pada waktu siang?"

1062
00:55:09,681 --> 00:55:11,725
"Saya keluar makan, buat sesuatu."

1063
00:55:11,808 --> 00:55:15,228
Dia kata, "Jom kita lawat
semua muzium di Detroit."

1064
00:55:15,311 --> 00:55:16,980
Saya kata, "Satu bolehlah."

1065
00:55:18,565 --> 00:55:19,941
Dia tanya, "Satu?"

1066
00:55:20,025 --> 00:55:22,193
Saya kata, "Takkanlah semua?"

1067
00:55:22,277 --> 00:55:24,738
Dia kata, "Awak pernah datang ke sini?

1068
00:55:24,821 --> 00:55:26,990
Awak tahu ada berapa muzium?"

1069
00:55:27,073 --> 00:55:29,117
"Ya, tapi muzium tetap muzium.

1070
00:55:29,200 --> 00:55:30,994
Saya akan lawat satu saja.

1071
00:55:32,704 --> 00:55:35,749
Saya kurang stamina.
Tak boleh lawat banyak macam awak."

1072
00:55:35,832 --> 00:55:38,668
"Awak tak boleh lawat banyak macam saya?"

1073
00:55:38,752 --> 00:55:41,629
"Awak orang kulit putih.
Awak suka lakukannya."

1074
00:55:43,006 --> 00:55:45,258
Saya bergurau saja. Saya usik dia.

1075
00:55:45,341 --> 00:55:46,342
Saya cuma usik.

1076
00:55:46,426 --> 00:55:48,887
Dia terus tersinggung.

1077
00:55:49,429 --> 00:55:51,306
"Apa awak cakap?"

1078
00:55:52,891 --> 00:55:53,892
"Sebab awak…"

1079
00:55:53,975 --> 00:55:56,561
"Orang kulit putih tak suka muzium.

1080
00:55:56,644 --> 00:55:58,730
Apa maksud awak?

1081
00:55:58,813 --> 00:56:03,610
Muzium bukan lima perkara
yang orang kulit putih paling suka, okey?"

1082
00:56:04,944 --> 00:56:07,489
Dia cakap dengan yakin

1083
00:56:08,406 --> 00:56:10,283
dan sangat bersemangat.

1084
00:56:10,366 --> 00:56:12,202
Saya tanya, "Apa lima perkara itu?"

1085
00:56:13,369 --> 00:56:16,206
"Bukan lima perkara paling disukai."

1086
00:56:16,289 --> 00:56:19,125
Di dinding bilik tidurnya, ada senarai

1087
00:56:19,209 --> 00:56:20,710
sepuluh perkara paling disukai.

1088
00:56:20,794 --> 00:56:22,045
Kelakar betul.

1089
00:56:23,421 --> 00:56:25,590
Saya fikir, "Pasti antara lima.

1090
00:56:25,673 --> 00:56:27,092
Saya yakin."

1091
00:56:27,175 --> 00:56:28,051
Tentunya.

1092
00:56:28,134 --> 00:56:29,803
Muzium bukannya teruk pun.

1093
00:56:29,886 --> 00:56:31,221
Orang kulit putih suka.

1094
00:56:32,013 --> 00:56:33,681
Ramai orang gemar ke muzium,

1095
00:56:33,765 --> 00:56:37,560
tapi orang kulit putih paling suka.

1096
00:56:37,644 --> 00:56:38,853
Paling suka.

1097
00:56:38,937 --> 00:56:40,688
Tiada satu tempat pun

1098
00:56:40,772 --> 00:56:43,108
yang orang kulit putih diami tiada muzium.

1099
00:56:43,191 --> 00:56:45,735
Orang kulit putih suka muzium.

1100
00:56:45,819 --> 00:56:47,737
Pernah lihat mereka di muzium?

1101
00:56:47,821 --> 00:56:50,698
Mereka jalan sambil senyum
dengan tangan di belakang.

1102
00:56:57,372 --> 00:56:58,915
"Ya, itu kita.

1103
00:57:00,375 --> 00:57:01,709
Itu pun kita.

1104
00:57:02,961 --> 00:57:04,462
Seronok betul."

1105
00:57:06,047 --> 00:57:08,091
Orang kulit putih suka muzium.

1106
00:57:08,675 --> 00:57:11,594
Bukanlah nombor satu,
tapi pasti lima terbaik.

1107
00:57:12,137 --> 00:57:13,096
Saya dah fikir.

1108
00:57:13,179 --> 00:57:15,265
Kalau ada senarai lima terbaik,

1109
00:57:15,348 --> 00:57:17,183
muzium mungkin nombor lima.

1110
00:57:17,267 --> 00:57:19,519
Nombor empat, mungkin berenang.

1111
00:57:19,602 --> 00:57:22,147
Okey? Orang kulit putih suka berenang.

1112
00:57:22,230 --> 00:57:24,691
Tiada salahnya.
Pernah nampak mereka berenang?

1113
00:57:24,774 --> 00:57:26,192
Anda nampak menawan.

1114
00:57:26,276 --> 00:57:27,569
Menawan.

1115
00:57:27,652 --> 00:57:30,071
Mereka suka buat rambut begini
ketika berenang.

1116
00:57:30,155 --> 00:57:31,489
Keluar daripada air…

1117
00:57:33,408 --> 00:57:35,326
Sentak ke belakang macam itik.

1118
00:57:37,871 --> 00:57:39,247
Saya pun suka berenang.

1119
00:57:39,956 --> 00:57:41,541
Orang kulit putih suka.

1120
00:57:41,624 --> 00:57:44,002
Mereka sangat suka berenang.

1121
00:57:44,085 --> 00:57:46,337
Kita boleh menang lebih banyak pingat

1122
00:57:46,421 --> 00:57:48,298
di Olimpik dalam sukan renang

1123
00:57:48,381 --> 00:57:49,716
berbanding sukan lain.

1124
00:57:51,217 --> 00:57:53,761
Bukti orang kulit putih suka berenang.

1125
00:57:54,304 --> 00:57:55,472
Satu hari, saya sedar.

1126
00:57:55,555 --> 00:57:59,184
Ada perbalahan tentang
peserta Olimpik terbaik sepanjang zaman.

1127
00:57:59,267 --> 00:58:02,103
Dua pilihan akhir ialah Michael Phelps

1128
00:58:02,770 --> 00:58:03,938
dan Usain Bolt.

1129
00:58:04,522 --> 00:58:06,149
Salah satu hujah mereka,

1130
00:58:06,232 --> 00:58:09,194
"Michael Phelps lebih baik
kerana pingatnya lebih banyak."

1131
00:58:09,277 --> 00:58:11,488
Saya kata, "Ya, kerana dia main tipu.

1132
00:58:12,155 --> 00:58:13,865
Dia menang acara renang."

1133
00:58:14,908 --> 00:58:16,701
Bukan Michael Phelps tak hebat.

1134
00:58:16,784 --> 00:58:19,204
Cuma pingat tak patut jadi hujah.

1135
00:58:19,287 --> 00:58:21,414
Sebab renang satu-satunya sukan

1136
00:58:21,498 --> 00:58:23,708
yang ada banyak pingat untuk acara sama,

1137
00:58:23,791 --> 00:58:26,127
tapi dibuat dengan cara yang berbeza.

1138
00:58:27,378 --> 00:58:28,463
Tak masuk akal.

1139
00:58:29,797 --> 00:58:32,717
Fikirlah. "100 meter gaya bebas."

1140
00:58:37,347 --> 00:58:38,389
Pingat emas.

1141
00:58:38,473 --> 00:58:39,974
Kemudian, begini.

1142
00:58:46,064 --> 00:58:47,190
Satu pingat lagi.

1143
00:58:47,273 --> 00:58:48,191
Begini pula.

1144
00:58:54,322 --> 00:58:56,491
Satu lagi pingat. Begini pula?

1145
00:59:01,412 --> 00:59:02,247
Satu lagi pingat.

1146
00:59:02,330 --> 00:59:04,916
Mengarut. Lantaklah apa-apa orang cakap.

1147
00:59:05,875 --> 00:59:07,919
Tak bolehlah menang pingat begitu.

1148
00:59:10,838 --> 00:59:13,007
Usain Bolt tiada peluang begitu.

1149
00:59:13,841 --> 00:59:16,678
Usain Bolt lari 100 meter saja,
kemudian selesai.

1150
00:59:16,761 --> 00:59:18,263
"Ke garisan, sedia…"

1151
00:59:18,346 --> 00:59:19,806
Lari.

1152
00:59:19,889 --> 00:59:22,016
Ke garisan penamat, menang, pingat emas.

1153
00:59:22,100 --> 00:59:23,059
Itu saja.

1154
00:59:23,142 --> 00:59:24,435
Dia tak boleh buat,

1155
00:59:24,519 --> 00:59:27,188
"Perlumbaan yang hebat.
Gaya kupu-kupu pula."

1156
00:59:35,446 --> 00:59:36,573
Itu tak wujud.

1157
00:59:38,408 --> 00:59:40,618
Sepatutnya ada, tapi tiada.

1158
00:59:44,914 --> 00:59:48,042
Orang kulit putih suka berenang,
maka mereka cipta peraturan.

1159
00:59:49,168 --> 00:59:51,004
Tentulah.

1160
00:59:51,087 --> 00:59:54,007
Dalam senarai lima terbaik,
muzium nombor lima,

1161
00:59:54,090 --> 00:59:55,800
berenang nombor empat.

1162
00:59:55,883 --> 00:59:57,093
Nombor tiga,

1163
00:59:57,176 --> 00:59:58,386
terkejut.

1164
01:00:00,388 --> 01:00:03,016
Orang kulit putih suka tercengang.

1165
01:00:03,099 --> 01:00:05,184
Anda faham maksud saya.

1166
01:00:05,768 --> 01:00:08,646
Apabila orang kulit putih tiada angin,

1167
01:00:08,730 --> 01:00:09,939
ada masalah,

1168
01:00:10,023 --> 01:00:12,984
mereka akan buat muka tercengang…

1169
01:00:23,578 --> 01:00:25,496
Mereka suka tercengang.

1170
01:00:26,414 --> 01:00:28,541
Anda boleh lihat di pasar raya.

1171
01:00:28,625 --> 01:00:30,752
Ada ramai orang beratur.

1172
01:00:31,294 --> 01:00:33,421
Satu kaunter saja dibuka.

1173
01:00:34,297 --> 01:00:35,506
Semua sabar berdiri.

1174
01:00:35,590 --> 01:00:38,343
Pasti ada orang kulit putih keluar…

1175
01:00:42,764 --> 01:00:45,099
"Kenapa mereka tak buka satu lagi…

1176
01:00:45,183 --> 01:00:46,434
Biar betul?

1177
01:00:46,517 --> 01:00:48,603
Apa mereka buat? Kamu…"

1178
01:00:49,896 --> 01:00:51,773
Mereka akan lebih suka

1179
01:00:51,856 --> 01:00:54,150
kalau orang kulit putih lain tercengang.

1180
01:00:54,233 --> 01:00:55,193
Pernah nampak?

1181
01:00:57,278 --> 01:00:59,405
Setiap kali itu berlaku, ajaib.

1182
01:00:59,489 --> 01:01:01,157
Memang ajaib.

1183
01:01:01,240 --> 01:01:03,534
Satu orang kulit putih tercengang.

1184
01:01:03,618 --> 01:01:05,703
Mereka pandang orang kulit putih lain,

1185
01:01:05,787 --> 01:01:07,747
kemudian sama-sama tercengang.

1186
01:01:07,830 --> 01:01:11,209
Mereka bergabung tenaga
dan tercengang bersama-sama.

1187
01:01:11,292 --> 01:01:13,753
Mereka berpandangan. "Tengoklah ini."

1188
01:01:13,836 --> 01:01:14,671
"Ya."

1189
01:01:22,637 --> 01:01:24,555
Amat penting, ketika tercengang,

1190
01:01:24,639 --> 01:01:26,683
anda perlu hembus nafas.

1191
01:01:26,766 --> 01:01:28,935
Kehidupan ini sukar. Udara perlu keluar.

1192
01:01:29,018 --> 01:01:30,728
Anda tak boleh bernafas lagi.

1193
01:01:34,315 --> 01:01:36,442
Sebab itu Midwest kerap ada taufan.

1194
01:01:36,526 --> 01:01:38,444
Kesan orang kulit putih tercengang…

1195
01:01:47,161 --> 01:01:49,539
Orang kulit putih suka tercengang.

1196
01:01:50,665 --> 01:01:52,667
Tentunya antara lima terbaik.

1197
01:01:52,750 --> 01:01:55,211
Lima perkara
orang kulit putih paling suka.

1198
01:01:55,294 --> 01:01:56,796
Muzium nombor lima.

1199
01:01:56,879 --> 01:01:59,173
Berenang nombor empat.

1200
01:01:59,257 --> 01:02:01,342
Tercengang nombor tiga.

1201
01:02:01,426 --> 01:02:02,927
Nombor dua, kulit putih.

1202
01:02:04,554 --> 01:02:06,514
Memang bagus. Anda tak salah.

1203
01:02:07,765 --> 01:02:09,267
Nombor satu pula.

1204
01:02:09,350 --> 01:02:11,436
Ini senarai peribadi saya.

1205
01:02:11,519 --> 01:02:12,812
Tak paksa anda setuju.

1206
01:02:12,895 --> 01:02:15,273
Kalau tak setuju, buat senarai sendiri.

1207
01:02:15,356 --> 01:02:17,066
Ini pandangan peribadi.

1208
01:02:17,150 --> 01:02:18,609
Ada satu perkara.

1209
01:02:19,277 --> 01:02:20,445
Satu perkara saja

1210
01:02:21,320 --> 01:02:25,950
yang orang kulit putih suka
melebihi segala-galanya.

1211
01:02:28,161 --> 01:02:29,579
"Sweet Caroline."

1212
01:02:37,670 --> 01:02:39,422
Dengar sini, Detroit.

1213
01:02:39,505 --> 01:02:42,967
Tiada yang lebih menceriakan

1214
01:02:44,135 --> 01:02:45,845
jiwa orang kulit putih

1215
01:02:46,846 --> 01:02:48,973
daripada irama lagu Neil Diamond itu.

1216
01:02:51,684 --> 01:02:53,519
Di mana-mana saja.

1217
01:02:53,603 --> 01:02:55,772
Saya dah pergi ke setiap benua,

1218
01:02:55,855 --> 01:02:57,023
banyak negara.

1219
01:02:57,106 --> 01:02:59,150
Apabila lagu itu dimainkan,

1220
01:02:59,233 --> 01:03:02,195
mata orang kulit putih pasti bersinar…

1221
01:03:04,947 --> 01:03:07,450
seperti perisik lahu yang baru diaktifkan.

1222
01:03:11,329 --> 01:03:13,206
Itu yang berlaku setiap kali.

1223
01:03:13,289 --> 01:03:15,333
Setiap kali.

1224
01:03:16,209 --> 01:03:18,878
Bukan soal muzik.
Lagu lain akan dimainkan.

1225
01:03:18,961 --> 01:03:21,756
Ketika mereka berkelah,
di perlawanan besbol

1226
01:03:21,839 --> 01:03:23,466
atau acara syarikat.

1227
01:03:23,549 --> 01:03:26,552
Apabila lagu lain dimainkan,
mereka tak peduli.

1228
01:03:26,636 --> 01:03:28,888
Tapi apabila dengar lagu itu,

1229
01:03:28,971 --> 01:03:31,432
jiwa kulit putih mereka bangkit.

1230
01:03:31,516 --> 01:03:32,975
Saya pun tak faham,

1231
01:03:34,018 --> 01:03:35,937
tapi ia menghentikan segalanya.

1232
01:03:36,020 --> 01:03:38,064
Mereka sibuk berbual.

1233
01:03:38,147 --> 01:03:39,398
"Ya, betul.

1234
01:03:39,482 --> 01:03:41,317
Perniagaan, gabungan dan pemerolehan.

1235
01:03:41,400 --> 01:03:42,735
Begitulah."

1236
01:03:42,819 --> 01:03:44,445
"Ya, kita patut bincang lagi.

1237
01:03:44,529 --> 01:03:45,696
Sambung nanti."

1238
01:03:48,825 --> 01:03:50,660
Apabila lagu itu dimainkan,

1239
01:03:50,743 --> 01:03:52,286
setiap kali…

1240
01:03:52,370 --> 01:03:54,872
Anda rasa ia takkan berlaku.
Pasti berlaku.

1241
01:03:54,956 --> 01:03:57,375
Kita akan anggap ia takkan berlaku.

1242
01:03:57,458 --> 01:03:59,335
Tapi setiap kali sama saja.

1243
01:04:18,563 --> 01:04:20,439
Saya tak suruh anda nyanyi pun.

1244
01:04:25,736 --> 01:04:27,613
Saya tak kata, "Ayuh, semua."

1245
01:04:28,489 --> 01:04:29,991
Atau, "Dalam kiraan tiga."

1246
01:04:30,074 --> 01:04:32,076
Jiwa kulit putih anda terserlah.

1247
01:04:32,159 --> 01:04:33,244
Anda dapat rasa?

1248
01:04:35,121 --> 01:04:37,707
Anda fikir, "Inilah dia!

1249
01:04:37,790 --> 01:04:39,625
Inilah detik kita!"

1250
01:04:41,043 --> 01:04:44,046
Aku putih

1251
01:04:44,130 --> 01:04:45,464
Putih

1252
01:04:48,509 --> 01:04:51,637
Tengoklah diri anda.
Wajah anda bercahaya-cahaya!

1253
01:04:51,721 --> 01:04:53,598
Tengoklah betapa anda gembira.

1254
01:04:53,681 --> 01:04:56,017
Sepuluh minit lalu, "Aku tak kenal dia."

1255
01:04:56,100 --> 01:04:58,269
Sekarang, "Dialah pelawak terbaik!"

1256
01:05:00,438 --> 01:05:01,939
Pelihara kegembiraan itu.

1257
01:05:02,690 --> 01:05:03,983
Ingat, semua.

1258
01:05:04,066 --> 01:05:06,319
Peliharalah khazanah itu.

1259
01:05:06,402 --> 01:05:08,821
Inilah perkara paling menyentuh hati.

1260
01:05:09,864 --> 01:05:12,867
Lagu itu mampu buat
orang kulit putih amat bahagia.

1261
01:05:12,950 --> 01:05:15,703
Lagu itu suci.
Kegembiraan Kaukasia sejati.

1262
01:05:15,786 --> 01:05:17,413
Begitulah aura lagu itu.

1263
01:05:19,165 --> 01:05:20,875
Orang kulit putih tak boleh tahan.

1264
01:05:21,959 --> 01:05:23,711
Tak payah guna 23andMe.

1265
01:05:23,794 --> 01:05:26,380
Kalau nak tahu
tahap jiwa kulit putih anda,

1266
01:05:26,464 --> 01:05:27,632
mainkan lagu itu.

1267
01:05:27,715 --> 01:05:29,884
Makin kuat anda nyanyi,
makin kuat jiwa anda.

1268
01:05:30,426 --> 01:05:31,844
Bolehlah anda berjimat.

1269
01:05:33,346 --> 01:05:35,473
Tiada orang kulit putih pernah…

1270
01:05:35,556 --> 01:05:38,267
Lagu itu gandingan sanubari anda.

1271
01:05:39,143 --> 01:05:40,061
Percayalah.

1272
01:05:40,144 --> 01:05:43,147
Kalau ada gempa bumi dahsyat,
moga dijauhkan,

1273
01:05:43,230 --> 01:05:45,399
dan orang terperangkap di bawah runtuhan,

1274
01:05:47,151 --> 01:05:49,320
saya akan bantu cari orang kulit putih.

1275
01:05:50,905 --> 01:05:52,740
"Kamu cari orang lain.

1276
01:05:52,823 --> 01:05:54,283
Biar saya cari mereka!"

1277
01:05:59,080 --> 01:06:00,498
"Saya jumpa seorang lagi!

1278
01:06:02,333 --> 01:06:03,334
Awak okey?"

1279
01:06:08,047 --> 01:06:09,799
Tentu ada yang fikir,

1280
01:06:09,882 --> 01:06:13,219
"Trevor, kami suka lagu itu,
tapi taklah penting begitu sekali."

1281
01:06:13,302 --> 01:06:16,013
Yakah? Jadi, kenapa tak ikut
nyanyi lagu kebangsaan?

1282
01:06:17,848 --> 01:06:19,433
Detroit, anda amat hebat.

1283
01:06:19,517 --> 01:06:20,685
Terima kasih.

1284
01:06:23,604 --> 01:06:25,856
Saya rasa sangat seronok dengan anda.

1285
01:06:26,440 --> 01:06:27,733
Saya hargai anda.

1286
01:06:28,567 --> 01:06:29,860
Selamat malam.

1287
01:07:09,483 --> 01:07:10,901
Macam mana tadi?

1288
01:07:10,985 --> 01:07:12,445
Berkesan, Neil Diamond.

1289
01:07:12,528 --> 01:07:13,821
Baiklah.

1290
01:07:13,904 --> 01:07:15,072
Sentiasa berkesan.

1291
01:08:04,038 --> 01:08:05,247
Terima kasih.

1292
01:08:05,331 --> 01:08:07,291
Hebat betul. Terima kasih.

1293
01:08:13,380 --> 01:08:15,382
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi



