1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:06,089 --> 00:00:09,926
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:11,177 --> 00:00:14,639
Jika bukan kerana Bill Russell
memenangi semua kejohanan itu

5
00:00:14,723 --> 00:00:18,184
tiada sesiapa
akan memperkatakan Boston Celtics.

6
00:00:18,268 --> 00:00:20,812
Betul, ini bukan main-main.

7
00:00:20,895 --> 00:00:23,481
Dia juara terhebat dan paling dominan

8
00:00:23,565 --> 00:00:26,401
tercatat dalam sejarah bola keranjang.

9
00:00:26,985 --> 00:00:30,739
Nak tahu apa ada pada tangannya?
Terlalu banyak cincin.

10
00:00:31,406 --> 00:00:35,410
Sebelas bentuk kesemuanya.
Siapa boleh lawan?

11
00:00:35,493 --> 00:00:37,370
Tiada juara lain sepertinya.

12
00:00:37,454 --> 00:00:40,165
Dia mampu kalahkan Tuhan.
Dialah <i>Big Bang.</i>

13
00:00:40,790 --> 00:00:44,919
<i>11 kejuaraan dalam tangannya,</i>
<i>dua sebagai pemain dan jurulatih.</i>

14
00:00:45,003 --> 00:00:49,299
<i>Lima kali dicalonkan sebagai</i>
<i>Pemain Paling Berharga dalam NBA.</i>

15
00:00:50,300 --> 00:00:53,470
Legasi Bill Russell,
perintis sukan bola keranjang.

16
00:00:54,262 --> 00:01:00,018
Bill pencetus dinasti sukan
paling cemerlang di Amerika.

17
00:01:00,810 --> 00:01:03,730
Apabila nama Bill Russell
disebut oleh pemain liga,

18
00:01:03,813 --> 00:01:04,898
pasti, menang.

19
00:01:04,981 --> 00:01:08,193
Walau tiada jaringan, Bill menang.
Tiada pemain lain boleh.

20
00:01:08,276 --> 00:01:11,362
Seorang pemain paling pintar
di gelanggang.

21
00:01:11,446 --> 00:01:15,283
Bill menggerunkan sesiapa
di gelanggang.

22
00:01:15,366 --> 00:01:19,329
Russell buat saya benci hijau,
sup kepah Boston,

23
00:01:19,412 --> 00:01:21,623
apa-apa yang ada kaitan dengan Boston.

24
00:01:21,706 --> 00:01:27,128
<i>Setiap pasukan dan setiap pemain</i>
<i>dalam liga cuba menumpaskan dinasti.</i>

25
00:01:27,212 --> 00:01:29,422
<i>Hanya seorang hampir berjaya.</i>

26
00:01:30,048 --> 00:01:32,801
Persaingan sengit
dan perlawanan yang hebat.

27
00:01:32,884 --> 00:01:37,305
Ini bak dua raksasa mitos,
lelaki perkasa berebut kejuaraan.

28
00:01:37,388 --> 00:01:40,517
Pertarungan epik yang kita mahu saksikan.

29
00:01:40,600 --> 00:01:44,479
Chamberlain jauh lebih tinggi,
mendominasi semua pemain

30
00:01:44,562 --> 00:01:46,147
dan dia menguasai gelanggang.

31
00:01:46,231 --> 00:01:50,985
Bezanya, dia belum mencipta nama
dan memenangi kejuaraan.

32
00:01:53,196 --> 00:01:56,950
Penerima pingat kebebasan tahun ini
menyerlahkan kehebatan individu

33
00:01:57,033 --> 00:01:58,827
dan aspirasi kepada cita-cita kita.

34
00:01:59,577 --> 00:02:01,788
Berbanding mana-mana atlet seangkatannya,

35
00:02:01,871 --> 00:02:04,415
Bill Russell ialah takrif
istilah "pemenang".

36
00:02:04,499 --> 00:02:07,168
Beliau seorang insan
yang mempertahankan

37
00:02:07,252 --> 00:02:09,420
hak dan maruah semua lelaki.

38
00:02:09,921 --> 00:02:11,256
Pernah berarak degan King.

39
00:02:11,756 --> 00:02:13,091
Seorang penyokong Ali.

40
00:02:13,174 --> 00:02:16,219
Yang mustahil jadi kejayaan baginya
dan dituruti lain kemudian.

41
00:02:16,302 --> 00:02:19,139
Pemimpin sebenar
menjadi contoh kepada yang lain.

42
00:02:19,222 --> 00:02:22,517
Bill ubah banyak peraturan
dan runtuhkan banyak halangan.

43
00:02:22,600 --> 00:02:25,895
Bill memperjuangkan
sesuatu yang lebih besar

44
00:02:25,979 --> 00:02:30,150
iaitu perjuangan
untuk kesetaraan bersukan seperti

45
00:02:30,233 --> 00:02:31,609
orang kulit putih.

46
00:03:16,029 --> 00:03:22,994
BILL RUSSELL
LEGEND

47
00:03:27,749 --> 00:03:28,875
31 JULAI 2022

48
00:03:28,958 --> 00:03:30,543
<i>Awal hari ini, telah diumumkan</i>

49
00:03:30,627 --> 00:03:35,381
<i>Bill Ru</i>s<i>sell, legenda Boston Celtics</i>
<i>meninggal dunia pada usia 88 tahun.</i>

50
00:03:37,050 --> 00:03:40,929
<i>Malam ini, beliau diingati</i>
<i>sebagai seorang atlet dan aktivis.</i>

51
00:03:41,554 --> 00:03:45,266
<i>Perjuangan hayat Bill</i>
<i>di dalam dan di luar gelanggang</i>

52
00:03:45,350 --> 00:03:48,102
<i>membentuk generasi pemain yang lebih baik,</i>

53
00:03:48,186 --> 00:03:49,938
<i>dan kita terhutang budi kepadanya.</i>

54
00:03:50,021 --> 00:03:52,774
<i>Ini patungnya yang dirasmikan</i>
<i>pada tahun 2013.</i>

55
00:03:52,857 --> 00:03:56,361
<i>Ramai telah singgah, berkongsi kenangan,</i>

56
00:03:56,444 --> 00:03:59,072
<i>yang menggambarkan dampak Russell.</i>

57
00:03:59,155 --> 00:04:01,950
BILL RUSSELL
10,000 MATA 12 DIS 1964

58
00:04:02,033 --> 00:04:04,452
Saya tak percaya Bill sudah tiada.

59
00:04:04,535 --> 00:04:08,456
Namun, saya mengenang
segala kehebatan yang dilakukannya,

60
00:04:08,539 --> 00:04:10,917
dan sumbangannya kepada manusia.

61
00:04:11,000 --> 00:04:12,752
Itulah yang berlaku.

62
00:04:13,753 --> 00:04:15,713
<i>Tujuh bulan sebelum pemergiannya,</i>

63
00:04:15,797 --> 00:04:18,967
<i>Russell melelongkan</i>
<i>koleksi barang-barang kenangannya.</i>

64
00:04:21,594 --> 00:04:24,097
<i>Semuanya daripada koleksi peribadi Bill,</i>

65
00:04:24,180 --> 00:04:28,476
<i>termasuk cincin kejuaraan,</i>
<i>trofi MPV dan jersi perlawanannya</i>.

66
00:04:28,559 --> 00:04:32,188
<i>Sebahagian kutipan disalurkan</i>
<i>kepada badan amal Russell, MENTOR</i>

67
00:04:32,272 --> 00:04:35,608
<i>sebuah organisasi khusus</i>
<i>demi komitmen hayat Russell</i>

68
00:04:35,692 --> 00:04:38,569
<i>untuk membuka peluang</i>
<i>kepada semua golongan muda.</i>

69
00:04:40,113 --> 00:04:44,701
Saya sendiri nak sikit koleksi itu.
Bill sangat baik kepada saya.

70
00:04:44,784 --> 00:04:45,618
Dia…

71
00:04:45,702 --> 00:04:49,622
Jasanya terhadap hak asasi
di negara ini tiada taranya.

72
00:04:49,706 --> 00:04:51,791
LARANGAN PEMISAHAN
5 PEMAIN CELTICS ENGGAN MAIN

73
00:04:51,874 --> 00:04:56,546
Saya berjaya dapat kesebelasan cincinnya,
dan tiada yang atasi bida saya.

74
00:04:56,629 --> 00:05:00,842
Saya teringin dapatkan
manuskrip salah sebuah bukunya,

75
00:05:00,925 --> 00:05:03,845
misalnya draf asal <i>Second Wind,</i>

76
00:05:03,928 --> 00:05:06,014
kerana itu juga istimewa.

77
00:05:06,097 --> 00:05:08,182
Pembeli dalam talian, 950,000.

78
00:05:08,266 --> 00:05:09,559
Bida ketiga dan terakhir.

79
00:05:11,561 --> 00:05:14,814
Dijual $ 950,000
kepada pembeli dalam talian.

80
00:05:16,774 --> 00:05:20,945
CELTICS - SELAMAT DATANG KE BOSTON

81
00:05:21,362 --> 00:05:24,157
<i>Perlawanan bola keranjang</i>
<i>mula dan tamat dengan jam.</i>

82
00:05:24,240 --> 00:05:25,950
<i>Begitu juga kerjaya bola keranjang.</i>

83
00:05:30,913 --> 00:05:34,542
<i>Di luar perlawanan,</i>
<i>jarang ditemukan panduan berguna</i>

84
00:05:34,625 --> 00:05:37,211
<i>untuk mengetahui mula dan akhir peristiwa.</i>

85
00:05:40,048 --> 00:05:42,425
<i>Lazimnya, ini bergantung</i>
<i>pada permulaan</i>,

86
00:05:42,508 --> 00:05:43,968
<i>dan sudut pandangan anda.</i>

87
00:05:45,595 --> 00:05:49,682
SELAMAT DATANG KE BOSTON

88
00:05:53,436 --> 00:05:58,733
<i>Pada Disember 1956, Bill dan Rose Russell</i>
<i>mendarat di Lapangan Terbang Logan Boston.</i>

89
00:05:58,816 --> 00:06:01,611
<i>Mereka baru dua minggu berkahwin.</i>

90
00:06:02,195 --> 00:06:05,198
Semasa saya sertai Celtics,
saya tak pernah ke Boston,

91
00:06:05,782 --> 00:06:09,786
langsung, sehingga saya
tiba di sana untuk ikat kontrak.

92
00:06:09,869 --> 00:06:14,582
<i>Bill ialah juara kebangsaan di kolej</i>
<i>dan pemenang pingat emas Olimpik.</i>

93
00:06:15,541 --> 00:06:19,629
<i>Peminat Celtics berharap Bill</i>
<i>dapat bawa kejuaraan itu ke Boston.</i>

94
00:06:33,726 --> 00:06:37,855
Usia saya baru 22 tahun,
masih belum bercukur.

95
00:06:37,939 --> 00:06:40,733
Jadi, saya ada sikit janggut.

96
00:06:41,984 --> 00:06:45,405
Di sidang media pertama,
soalan pertama yang ditanya,

97
00:06:45,488 --> 00:06:47,740
"Bila awak akan cukur janggut?"

98
00:06:47,824 --> 00:06:51,077
Tak terfikir langsung saya.
Lalu saya menyarankan,

99
00:06:51,619 --> 00:06:55,164
"Selepas Celtics menang
kejohanan pertama, saya akan cukur."

100
00:06:56,457 --> 00:06:59,544
"TUGAS PERTAMA RUSSEL:
TANAM KEYAKINAN CELTICS!" - AUERBACH

101
00:07:02,213 --> 00:07:06,175
Ramai beranggapan, ahli sukan Olimpik
pasti kental, tapi tidak Russell.

102
00:07:06,259 --> 00:07:10,388
Dia tak menyangka
kejohanan profesional amat sengit.

103
00:07:11,514 --> 00:07:15,309
Saya terlepas tiga suku pertama
musim itu, dan tak bertenaga.

104
00:07:15,393 --> 00:07:18,563
Sudah sebulan saya tak sentuh bola.

105
00:07:19,981 --> 00:07:23,901
<i>Saya memasuki liga</i>
<i>tanpa ada langsung keyakinan menjaring.</i>

106
00:07:23,985 --> 00:07:27,029
<i>Saya dikritik tidak akan berjaya</i>
<i>dalam liga profesional</i>

107
00:07:27,113 --> 00:07:30,074
<i>kerana tidak mampu</i>
<i>menjaring bola melewati satu meter.</i>

108
00:07:31,033 --> 00:07:35,538
<i>Logiknya, saya nak berdiri</i>
<i>di luar gelanggang dan buat jaringan.</i>

109
00:07:36,330 --> 00:07:40,793
<i>Tiada satu pun jaringan berjaya</i>
<i>dan penonton akan menggelengkan kepala,</i>

110
00:07:40,877 --> 00:07:43,504
<i>sambil mengutuk bahawa</i>
<i>saya tidak boleh bermain.</i>

111
00:07:46,632 --> 00:07:50,094
<i>Akhbar Boston mempersoalkan</i>
<i>nilai Russell kepada pasukan,</i>

112
00:07:50,178 --> 00:07:52,972
<i>membandingkan prestasinya</i>
<i>dengan pemain muda lain,</i>

113
00:07:53,055 --> 00:07:56,767
<i>penjaring utama di Holy Cross,</i>
<i>Tommy Heinsohn.</i>

114
00:07:57,810 --> 00:08:00,354
Media tidak mengenali Russell.

115
00:08:00,938 --> 00:08:04,317
Umum beranggapan Russell
takkan jadi suatu faktor dalam NBA.

116
00:08:04,400 --> 00:08:08,029
Jaringan yang mudah akan melepasi
papan gol dan tidak mahir bertahan

117
00:08:08,112 --> 00:08:12,158
sehingga kita mempersoalkan
fungsi Russell dalam kelab.

118
00:08:12,241 --> 00:08:14,035
RUSSELL GAGAL BANTU CELCTICS

119
00:08:14,118 --> 00:08:17,163
<i>Russell perlu dikekalkan</i>
<i>dalam jelajah kejohanan.</i>

120
00:08:18,122 --> 00:08:22,960
<i>Auditorium Kiel sesak</i>
<i>pada satu malam Disember 1956.</i>

121
00:08:23,794 --> 00:08:26,964
Bola dilambung. Pemain Hawks,
Bob Pettit dan saya cuba rebut.

122
00:08:27,507 --> 00:08:30,801
<i>"Coon" "Baliklah ke Afrika, babun!"</i>

123
00:08:30,885 --> 00:08:33,679
<i>"Awas, Pettit.</i>
<i>Nanti awak bertukar coklat."</i>

124
00:08:34,180 --> 00:08:36,349
<i>Tak syak siapa yang disorak peminat.</i>

125
00:08:36,849 --> 00:08:39,101
<i>Saya saja atlet Negro kedua-dua pasukan.</i>

126
00:08:41,604 --> 00:08:46,025
Selepas lima perlawanan,
saya meragui kebolehan saya.

127
00:08:46,901 --> 00:08:51,781
Saya pulang, beritahu Rose
untuk sedia berkemas.

128
00:08:51,864 --> 00:08:53,824
Kita takkan lama di sini.

129
00:09:03,459 --> 00:09:06,212
<i>Russell berasal dari San Francisco Bay</i>
<i>sebelum ke Boston.</i>

130
00:09:07,213 --> 00:09:09,465
<i>Dia bersekolah di West Oakland</i>

131
00:09:09,549 --> 00:09:11,634
<i>dan siswa di Universiti San Francisco...</i>

132
00:09:12,385 --> 00:09:16,013
<i>...satu-satunya kolej yang tawarkannya</i>
<i>biasiswa bola keranjang.</i>

133
00:09:17,348 --> 00:09:21,727
<i>Penduduk West Oakland anggap</i>
<i>San Francisco negeri eksotik.</i>

134
00:09:22,728 --> 00:09:25,481
<i>Jambatan Bay jadi jurang pemisah</i>
<i>budaya yang amat besar</i>

135
00:09:25,565 --> 00:09:28,067
<i>sehingga wujud kekangan bahasa.</i>

136
00:09:28,150 --> 00:09:31,529
<i>Saya bergurau tentang</i>
<i>satu kata carut yang tersendiri</i>

137
00:09:31,612 --> 00:09:33,739
<i>sehingga saya ke San Francisco.</i>

138
00:09:34,657 --> 00:09:37,994
<i>Di sana, saya seperti</i>
<i>dalam lautan orang kulit putih.</i>

139
00:09:39,745 --> 00:09:42,832
Saya masuk ke dewan rekreasi
dan seorang pelajar menegur,

140
00:09:42,915 --> 00:09:44,959
"Hei, budak, apa gelaran awak?"

141
00:09:45,876 --> 00:09:50,047
Saya jawab, "William Russell."
Dia nak beri nama panggilan.

142
00:09:50,131 --> 00:09:52,508
Saya balas kembali
dengan ugutan akan belasah dia.

143
00:09:53,593 --> 00:09:57,096
Di USF, mungkin ada
lima pelajar kulit Hitam,

144
00:09:58,097 --> 00:09:58,931
noktah.

145
00:10:00,057 --> 00:10:03,686
Rakan sebilik saya bernama K.C. Jones.

146
00:10:05,313 --> 00:10:07,898
<i>Bill dan K.C. akrab kerana bola keranjang</i>

147
00:10:07,982 --> 00:10:10,318
<i>saling bantu</i>
<i>dan bekerja sambilan untuk sara diri.</i>

148
00:10:10,401 --> 00:10:14,780
Kami berdua tak banyak pakaian.

149
00:10:14,864 --> 00:10:18,200
Saya dapat upah dalam $30 sebulan.

150
00:10:18,284 --> 00:10:22,455
Bekerja potong rumput atau apa-apa saja.
Russell langsung tiada duit.

151
00:10:22,538 --> 00:10:26,334
Kami akan berkongsi seluar dalam.

152
00:10:27,376 --> 00:10:30,838
Sebab itu saja pakaian
yang kami sama-sama muat.

153
00:10:31,339 --> 00:10:35,968
<i>Russell cuba uji bakat sukannya</i>
<i>dalam sukan lain.</i>

154
00:10:37,219 --> 00:10:40,264
<i>Pada musim panas, saya mencuba olahraga.</i>

155
00:10:40,348 --> 00:10:42,683
<i>Saya buat begitu kerana dua sebab.</i>

156
00:10:43,267 --> 00:10:46,604
<i>Hanya wakil universiti</i>
<i>dapat baju panas berbutang.</i>

157
00:10:46,687 --> 00:10:48,648
<i>Saya perlukan baju panas itu.</i>

158
00:10:49,315 --> 00:10:52,151
<i>Sebab kedua, saya suka berlari</i>
<i>dan melompat.</i>

159
00:10:53,361 --> 00:10:55,571
Russell pilih olahraga untuk suka-suka,

160
00:10:55,655 --> 00:10:58,699
dan sertai sukan lompat tinggi.
Gaya lompatannya janggal,

161
00:10:58,783 --> 00:11:01,327
dengan mukanya dahulu melewati palang.

162
00:11:02,161 --> 00:11:04,080
Gayanya lain daripada orang lain.

163
00:11:04,163 --> 00:11:08,250
Dia undur 45 m, mula berlari perlahan,
kemudian semakin laju,

164
00:11:08,334 --> 00:11:11,629
dalam anggaran 160 km sejam,
lalu membuat lompatan.

165
00:11:11,712 --> 00:11:13,881
Lompatannya melewati 2 meter.

166
00:11:13,964 --> 00:11:17,468
Lompatannya hampir setara
ahli sukan lompat tinggi dunia.

167
00:11:18,844 --> 00:11:21,722
<i>Apabila dia cuba amalkan</i>
<i>keupayaan lompatannya</i>

168
00:11:21,806 --> 00:11:25,226
<i>di gelanggang bola keranjang,</i>
<i>jurulatihnya enggan terima.</i>

169
00:11:27,311 --> 00:11:32,358
Ketika di Cal-Berkeley, pemain tengahnya
ialah ahli pasukan kebangsaan.

170
00:11:33,192 --> 00:11:35,611
Saya halang lima cubaan jaringannya.

171
00:11:37,279 --> 00:11:40,241
Perkara seperti itu tak pernah terjadi.

172
00:11:40,324 --> 00:11:43,327
Semasa rehat dan perbincangan pasukan,

173
00:11:43,411 --> 00:11:46,163
saya ditegur jurulatih
tentang cara pertahanan saya itu.

174
00:11:47,665 --> 00:11:50,042
Katanya, pemain pertahanan tak melompat.

175
00:11:50,126 --> 00:11:53,337
Dia tak suka
cara saya halang jaringan dengan melompat.

176
00:11:53,963 --> 00:11:55,965
Perlawanan bersambung. Saya ikut kata,

177
00:11:56,048 --> 00:11:58,884
dan lawan berjaya jaring bola
tiga kali berturut-turut.

178
00:11:58,968 --> 00:12:01,011
Lalu, saya bermain cara saya semula.

179
00:12:04,348 --> 00:12:07,226
Russell 208 cm, menangkisnya begitu saja.

180
00:12:08,728 --> 00:12:12,440
Bill Russell telah mencipta
pertahanan moden dalam bola keranjang.

181
00:12:12,940 --> 00:12:16,110
Dia ubah permainan cara lama...

182
00:12:16,193 --> 00:12:20,614
...gaya orang kulit putih kepada
cara permainan yang kita lihat hari ini.

183
00:12:20,698 --> 00:12:23,117
Melihat rakaman, kita dapat lihat Bill...

184
00:12:23,200 --> 00:12:26,537
...tidak memukul bola keluar
untuk memalukan lawan.

185
00:12:26,620 --> 00:12:29,832
Bola tetap dapat dimain
kerana seperti lantunan masuk.

186
00:12:29,915 --> 00:12:32,251
Lawan di luar, pertahanan di dalam.

187
00:12:32,334 --> 00:12:35,171
Jika Bill berjaya rebut bola,
rakan sepasukannya

188
00:12:35,254 --> 00:12:38,591
dapat rebut bola lebih pantas
dan menjimatkan masa.

189
00:12:38,674 --> 00:12:41,135
Jangkaannya amat luar biasa.

190
00:12:41,635 --> 00:12:43,721
Dia akan naik untuk menghalangnya,

191
00:12:43,804 --> 00:12:46,557
dan sama ada dia akan halang,

192
00:12:46,640 --> 00:12:49,059
atau dia akan buat anda hilang kawalan

193
00:12:49,143 --> 00:12:52,229
atau buat jaringan sipi
atau langsung tak menjaring.

194
00:12:53,481 --> 00:12:57,401
<i>Cara pertahanan Russell</i>
<i>buat USF Dons tak dapat ditandingi.</i>

195
00:12:59,361 --> 00:13:01,822
<i>Dia sedia nak menjaring. Bagus, kawan.</i>

196
00:13:01,906 --> 00:13:03,324
<i>Dons merampasnya.</i>

197
00:13:04,074 --> 00:13:07,536
<i>Dons Bill Russell menang</i>
<i>55 perlawanan berturut-turut</i>

198
00:13:08,037 --> 00:13:10,790
<i>dan satu demi satu kejuaraan NCAA.</i>

199
00:13:10,873 --> 00:13:13,793
<i>Russell diangkat</i>
<i>sebagai Pemain Paling Berharga.</i>

200
00:13:17,087 --> 00:13:18,798
Melihatkan dia bermain saja...

201
00:13:18,881 --> 00:13:22,426
...dan cara dia buat
pasukan lain takut di kolej,

202
00:13:22,510 --> 00:13:23,761
itu sangat istimewa.

203
00:13:23,844 --> 00:13:29,391
Dia punca utama pasukan menang.

204
00:13:29,475 --> 00:13:34,146
Malangnya, anugerah dan keistimewaan
yang patut diterimanya,

205
00:13:34,230 --> 00:13:35,189
dia tak dapat.

206
00:13:35,898 --> 00:13:41,195
Tahun pertama di kolej, purata mata
dan lantunan saya 20 satu perlawanan.

207
00:13:41,278 --> 00:13:43,739
Saya dapat halang minimum
15 jaringan satu perlawanan.

208
00:13:44,240 --> 00:13:46,534
Saya jadi pemain utama dalam kejohanan.

209
00:13:46,617 --> 00:13:50,454
Saya pulang
dan hadiri bankuet California Utara,

210
00:13:50,538 --> 00:13:53,249
tapi tetap orang lain
terpilih sebagai pemain tahunan.

211
00:13:53,332 --> 00:13:56,293
Bagi saya, pemilihannya itu
kerana dia berkulit putih.

212
00:13:56,377 --> 00:13:58,087
Mereka sedar ketakdilan itu.

213
00:13:58,170 --> 00:14:02,299
Mereka minta jurulatih saya sampaikan
supaya saya berucap,

214
00:14:02,383 --> 00:14:06,512
ucap tahniah kepada pemenang
dan harap saya pula dapat tahun depan.

215
00:14:06,595 --> 00:14:08,472
Saya enggan melakukannya.

216
00:14:11,851 --> 00:14:15,938
Memenangi satu demi satu
Kejuaraan Kebangsaan amat menakjubkan.

217
00:14:16,981 --> 00:14:19,859
Tapi saya rasa umum
tidak suka dengan kehadiran...

218
00:14:19,942 --> 00:14:24,154
...tiga orang kulit Hitam
di San Francisco.

219
00:14:24,238 --> 00:14:26,782
Mereka ikuti jelajah tapi tidak dibenarkan

220
00:14:26,866 --> 00:14:29,785
mendaftar di hotel atau makan di restoran.

221
00:14:32,329 --> 00:14:35,374
Situasi yang terjadi
ialah saya tinggalkan hotel,

222
00:14:35,457 --> 00:14:38,043
dan saya ke restoran di tepi jalan.

223
00:14:38,127 --> 00:14:40,379
Saya minta untuk mendapatkan makanan.

224
00:14:42,131 --> 00:14:45,342
Pekedai kata boleh,
cuma saya kena makan di dapur.

225
00:14:45,426 --> 00:14:49,179
Saya menolak
dan kembali ke hotel lalu tidur.

226
00:14:50,598 --> 00:14:55,185
Tahun 1955, dua peristiwa
beri kesan besar kepada saya.

227
00:14:55,269 --> 00:14:59,982
<i>Emmet Till, budak lelaki 14 tahun</i>
<i>dibunuh dua lelaki kulit putih</i>

228
00:15:00,065 --> 00:15:02,443
<i>kononnya mencabul</i>
<i>seorang wanita kulit putih.</i>

229
00:15:02,985 --> 00:15:06,280
<i>Ibunya desak penutup keranda dibuka</i>
<i>di upacara pengebumian,</i>

230
00:15:06,363 --> 00:15:10,075
<i>supaya dunia melihat keganasan</i>
<i>yang dilakukan terhadap anaknya.</i>

231
00:15:11,577 --> 00:15:15,039
<i>Tahun yang sama, Rosa Parks,</i>
<i>seorang tukang jahit kulit Hitam</i>

232
00:15:15,122 --> 00:15:18,292
<i>ditahan kerana enggan</i>
<i>beri penumpang kulit putih duduk</i>

233
00:15:18,375 --> 00:15:20,711
<i>dalam bas awam di Montgomery, Alabama.</i>

234
00:15:21,879 --> 00:15:24,465
Masanya sudah tiba untuk bangkit.

235
00:15:24,548 --> 00:15:27,718
Cukuplah bagi saya
dan inilah penamatnya.

236
00:15:30,137 --> 00:15:33,474
Sebagai remaja kulit Hitam
pada tahun 50-an,

237
00:15:34,350 --> 00:15:38,896
keadaan masa itu sangat sukar.

238
00:15:38,979 --> 00:15:39,980
Namun begitu,

239
00:15:41,315 --> 00:15:43,359
kita mengenepikannya,

240
00:15:43,442 --> 00:15:49,198
masih terus bermain
dan menunjukkan prestasi yang terbaik.

241
00:15:50,532 --> 00:15:54,453
<i>Saya berazam mahu jadi</i>
<i>pemain bola keranjang terunggul.</i>

242
00:15:54,536 --> 00:15:58,040
<i>Saya serahkan jiwa raga saya</i>
<i>selepas berazam.</i>

243
00:15:58,123 --> 00:16:01,961
<i>Segala kebencian dan keajaiban</i>
<i>bersatu demi satu tujuan.</i>

244
00:16:12,638 --> 00:16:14,598
MONROE, LOUISIANA

245
00:16:14,807 --> 00:16:17,142
Bill Russell membesar di Jim Crow Selatan.

246
00:16:17,226 --> 00:16:20,562
Tahun 1930-an,
Bill masih budak di Monroe, Louisiana.

247
00:16:20,646 --> 00:16:24,942
Budaya di Jim Crow Selatan
termasuk pengasingan orang kulit Hitam...

248
00:16:25,025 --> 00:16:29,488
...tiada hak untuk mengundi,
pengasingan ruang,

249
00:16:29,571 --> 00:16:32,157
yang termasuk keganasan
dan hukuman tidak adil.

250
00:16:34,743 --> 00:16:36,537
Jim Crow sentiasa menguatkuasakan

251
00:16:36,620 --> 00:16:39,248
bahawa orang Afrika-Amerika
ialah warga kelas kedua.

252
00:16:39,832 --> 00:16:44,211
Saya sedar saya tinggal
di tempat dengan pengasingan total.

253
00:16:45,087 --> 00:16:48,841
Saya rasa, hidup saya semasa muda,

254
00:16:48,924 --> 00:16:50,467
amat dilindungi.

255
00:16:51,802 --> 00:16:55,222
Ibu bapa saya akan pastikan
saya terpelihara daripada bahaya.

256
00:16:56,974 --> 00:17:00,144
Ayah saya amat arif tentang perhambaan.

257
00:17:01,020 --> 00:17:02,855
Ayah selang satu generasi.

258
00:17:02,938 --> 00:17:04,898
Nenek moyangnya ialah hamba.

259
00:17:04,982 --> 00:17:07,651
Perhambaan ialah penghinaan paling besar,

260
00:17:07,735 --> 00:17:11,030
dan ayah pastikan dia tak pernah dilayan

261
00:17:11,113 --> 00:17:12,990
macam hamba.

262
00:17:13,574 --> 00:17:17,828
Seperkara yang amat penting baginya

263
00:17:17,911 --> 00:17:20,122
ialah menjalani hidup bermaruah,

264
00:17:20,205 --> 00:17:22,624
agar anak-anaknya berbangga dengannya

265
00:17:28,088 --> 00:17:32,259
Ayah bekerja di sebuah kilang
dan telah meminta kenaikan gaji.

266
00:17:33,635 --> 00:17:36,346
Tetapi bosnya menolak.

267
00:17:37,765 --> 00:17:40,726
Katanya, jika dapat, gaji ayah
akan setara orang kulit putih

268
00:17:40,809 --> 00:17:44,229
dan bos ayah tak boleh bayar
ayah sama macam mereka.

269
00:17:45,731 --> 00:17:48,275
Lalu dimakinya ayah
guna kata "n" itu.

270
00:17:49,443 --> 00:17:52,196
Seolah-olah tiada apa-apa.

271
00:17:53,489 --> 00:17:55,949
Malam itu di rumah,

272
00:17:56,033 --> 00:17:58,702
ayah bercakap kuat-kuat, katanya,

273
00:18:00,079 --> 00:18:03,457
dia mahu meninggalkan tempat itu
kerana jika tidak,

274
00:18:05,959 --> 00:18:09,379
sama ada dia bunuh mereka
atau mereka akan membunuhnya.

275
00:18:20,432 --> 00:18:23,727
Kami berhijrah ketika saya sembilan tahun.

276
00:18:24,311 --> 00:18:25,854
Kami pindah ke California.

277
00:18:31,193 --> 00:18:33,612
Jangan lupa, saya baru sembilan tahun.

278
00:18:34,571 --> 00:18:37,449
Ini umpama pengembaraan hebat baginya.

279
00:18:39,034 --> 00:18:40,244
Naik kereta api.

280
00:18:41,662 --> 00:18:45,290
Pergi ke tempat yang tak dapat
digambarkan keadaannya.

281
00:18:51,171 --> 00:18:54,299
<i>Penghijrahan itu</i>
<i>satu kejutan buat saya dan abang.</i>

282
00:18:54,383 --> 00:18:56,051
<i>Perjalanan kami sukar.</i>

283
00:18:56,135 --> 00:18:58,637
<i>Saya dan ibu duduk</i>
<i>di Seksyen Bukan Orang Putih</i>

284
00:18:58,720 --> 00:19:00,180
<i>sampai ke St. Louis.</i>

285
00:19:02,141 --> 00:19:04,726
<i>Selepas itu,</i>
<i>buat pertama kalinya dalam hidup,</i>

286
00:19:05,394 --> 00:19:07,187
<i>kami boleh duduk di mana-mana.</i>

287
00:19:14,862 --> 00:19:17,739
<i>Hijrah keluarga Russell</i>
<i>ialah sebahagian Hijrah Besar</i>

288
00:19:17,823 --> 00:19:20,784
<i>warga Amerika kulit Hitam</i>
<i>yang tinggalkan Jim Crow Selatan</i>

289
00:19:20,868 --> 00:19:23,829
<i>mencari peluang lebih baik</i>
<i>semasa Perang Dunia Kedua.</i>

290
00:19:30,419 --> 00:19:35,841
Bill bercakap tentang
tiba di California sebagai <i>pendatang</i>

291
00:19:35,924 --> 00:19:38,886
kerana mereka datang dari negeri lain...

292
00:19:38,969 --> 00:19:44,016
...dan perlu belajar
adat negeri baharu ini,

293
00:19:44,099 --> 00:19:47,519
yang boleh minum
dari pancuran air yang sama,

294
00:19:48,020 --> 00:19:51,106
duduk di mana-mana suka dalam bas.

295
00:19:52,691 --> 00:19:55,611
Ibu bapa saya bekerja di dermaga.

296
00:19:57,321 --> 00:20:01,825
Sekolahnya bersepadu
dan itu perubahan yang besar.

297
00:20:03,118 --> 00:20:07,164
Saya tak pernah lihat malah tahu
tentang wujudnya bola keranjang.

298
00:20:07,664 --> 00:20:11,251
Ada budak-budak cari papan dan jaring,

299
00:20:11,335 --> 00:20:14,379
yang entah dari mana sebab
sudah tentu mereka tak beli.

300
00:20:16,924 --> 00:20:19,426
Saya nampak mereka bermain.

301
00:20:19,509 --> 00:20:24,014
Lalu saya sertai. Saya tak pandai main.

302
00:20:24,556 --> 00:20:30,520
Apabila Bill ke Oakland,
ibunya bawa dia ke sebuah bangunan.

303
00:20:30,604 --> 00:20:32,898
Bill komen bangunannya aneh.

304
00:20:32,981 --> 00:20:35,150
Ibunya suruh Bill luangkan masa di situ.

305
00:20:35,234 --> 00:20:39,821
Bill tidak faham apabila ibunya
menuding ke arah perpustakaan.

306
00:20:39,905 --> 00:20:44,409
Mereka tak pernah dapat masuk
perpustakaan di Louisiana.

307
00:20:44,493 --> 00:20:46,870
Orang kulit Hitam tak sepatutnya membaca.

308
00:20:46,954 --> 00:20:50,832
Saya ke perpustakaan dan membaca.
Saya baca sebuah buku sejarah.

309
00:20:51,458 --> 00:20:53,627
Saya menemukan satu perenggan,

310
00:20:55,170 --> 00:20:59,967
"Hamba di Amerika lebih baik
berbanding jadi orang bebas

311
00:21:00,050 --> 00:21:01,468
di tempat asal mereka."

312
00:21:03,428 --> 00:21:05,138
Saya dapati hal itu mengejutkan.

313
00:21:05,222 --> 00:21:09,017
Saya baru 10 tahun
dan anggap hal itu mustahil.

314
00:21:09,101 --> 00:21:14,106
Setiap orang di dunia ini mahu bebas.

315
00:21:17,359 --> 00:21:21,071
<i>Inilah dunia peribadi saya</i>
<i>dan harta paling berharga saya</i>

316
00:21:21,154 --> 00:21:24,157
ialah kad peminjam
Perpustakaan Awam Oakland.

317
00:21:24,741 --> 00:21:26,410
<i>Hampir setiap hari saya ke sana.</i>

318
00:21:26,493 --> 00:21:30,706
<i>Saya tengok hasil lukisan semula</i>
<i>dan bawa pulang.</i>

319
00:21:30,789 --> 00:21:33,292
<i>Cetakan Da Vinci dan Michelangelo.</i>

320
00:21:34,668 --> 00:21:36,586
<i>Lukisan mereka mempesonakan.</i>

321
00:21:36,670 --> 00:21:41,300
<i>Berjam-jam saya kaji Michelangelo</i>
<i>cuba menghafal setiap inci.</i>

322
00:21:41,883 --> 00:21:45,429
<i>Hanya selepas berminggu,</i>
<i>baru saya puas hati memejamkan mata</i>

323
00:21:45,512 --> 00:21:49,433
<i>dan menghasilkan semula</i>
<i>apa yang saya lihat itu.</i>

324
00:21:49,516 --> 00:21:52,436
<i>Kemudian saya menguji diri,</i>

325
00:21:52,519 --> 00:21:54,521
<i>melukis berdasarkan ingatan.</i>

326
00:21:55,022 --> 00:21:57,149
<i>Hasilnya sering mengecewakan saya.</i>

327
00:22:00,819 --> 00:22:03,780
<i>Sekolah baru bermula</i>
<i>pada musim luruh tahun 1946,</i>

328
00:22:03,864 --> 00:22:08,076
<i>apabila saya pulang ke rumah</i>
<i>dan mendapati ibu sudah ke hospital.</i>

329
00:22:08,160 --> 00:22:10,704
<i>Katanya selesema, tak serius.</i>

330
00:22:11,496 --> 00:22:14,624
<i>Selama dua minggu, setiap kali</i>
<i>melawat ibu, dia akan ketawa,</i>

331
00:22:14,708 --> 00:22:17,544
<i>dan bercerita</i>
<i>betapa ibu buat doktor keliru.</i>

332
00:22:18,211 --> 00:22:21,757
<i>Selepas satu lawatan, En. Charlie kejutkan</i>
<i>kami daripada tidur</i>

333
00:22:21,840 --> 00:22:24,468
<i>dan beritahu ibu sudah tiada malam itu.</i>

334
00:22:26,094 --> 00:22:29,431
<i>Saya baru 12 tahun, dan ibu sudah tiada.</i>

335
00:22:32,642 --> 00:22:35,645
Selepas ibu Bill meninggal,
pada zaman itu

336
00:22:35,729 --> 00:22:39,691
menjadi resam ibu saudara

337
00:22:39,775 --> 00:22:42,819
yang akan terus membesarkan anak-anak.

338
00:22:42,903 --> 00:22:46,990
Tetapi, ayahnya menolak
dan mahu menjaga mereka.

339
00:22:47,074 --> 00:22:49,951
Pertama, dia sudah berjanji
dengan isterinya dan kedua,

340
00:22:50,035 --> 00:22:53,330
dia tak mahu orang lain
membesarkan anaknya.

341
00:22:53,413 --> 00:22:56,249
Bill dapati keadaan itu sukar.

342
00:22:57,876 --> 00:23:02,422
<i>Saya berubah jadi pendiam dan introvert.</i>

343
00:23:03,256 --> 00:23:05,217
<i>Saya memendam keraguan</i>

344
00:23:05,300 --> 00:23:08,178
<i>bahawa saya mampu berjaya tanpa ibu.</i>

345
00:23:10,430 --> 00:23:14,226
<i>Semua orang yang saya temui</i>
<i>kata saya bermasalah.</i>

346
00:23:14,309 --> 00:23:16,269
<i>Lebih teruk, saya menerimanya.</i>

347
00:23:17,979 --> 00:23:19,856
<i>Saya jadi cemerkap.</i>

348
00:23:24,653 --> 00:23:29,574
Masuk sekolah menengah rendah,
lazimnya ada "liga kelas",

349
00:23:29,658 --> 00:23:33,203
dengan setiap kelas akan bermain
15 minit pada waktu rehat

350
00:23:33,286 --> 00:23:35,831
dan saya pemain simpanan pasukan kelas.

351
00:23:38,959 --> 00:23:42,212
Saya rasa tiada siapa tahu
nasibnya sebagai pemain.

352
00:23:42,295 --> 00:23:44,798
Saya rasa Bill juga tidak tahu
nasibnya sebagai pemain.

353
00:23:44,881 --> 00:23:50,011
Dia dikurniakan sifat fizikal
yang tidak difahaminya

354
00:23:50,095 --> 00:23:51,513
dan cara memanfaatkannya.

355
00:23:53,598 --> 00:23:58,437
Saya dipilih untuk pasukan kolej
di gred 11.

356
00:23:58,520 --> 00:24:01,606
Jurulatih kolej, yang juga guru kelas saya

357
00:24:01,690 --> 00:24:04,651
di sekolah menengah gembira saya terpilih.

358
00:24:05,819 --> 00:24:08,321
Kerana katanya, saya boleh wakili kolej.

359
00:24:08,905 --> 00:24:13,660
<i>Jurulatih George Powles nampak bakat Bill</i>
<i>sebelum disedari Bill sendiri.</i>

360
00:24:15,620 --> 00:24:17,622
Saya masih ingat minta Bill

361
00:24:17,706 --> 00:24:20,834
main apa saja sukan bola
yang boleh pada musim panas,

362
00:24:20,917 --> 00:24:24,880
sebab dia akan jadi pemain utama
pasukan musim berikutnya,

363
00:24:24,963 --> 00:24:26,381
mulai bulan Oktober.

364
00:24:27,299 --> 00:24:30,385
Dia jawab mungkin dia boleh bermain
di kelab lelaki.

365
00:24:30,469 --> 00:24:31,803
KELAB LELAKI OAKLAND

366
00:24:31,887 --> 00:24:33,513
Saya beri dia satu dolar,

367
00:24:33,597 --> 00:24:36,475
dan itu tentunya pelaburan terbaiknya

368
00:24:36,558 --> 00:24:40,103
kerana dia diterima kelab lelaki
pada musim panas untuk satu dolar

369
00:24:40,187 --> 00:24:42,397
dan bermain bola keranjang.

370
00:24:44,524 --> 00:24:48,987
Saya serius main bola keranjang
ketika tahun akhir di sekolah.

371
00:24:50,155 --> 00:24:54,284
Hampir pertengahan musim,
saya mula sedar banyak perkara.

372
00:24:57,329 --> 00:25:00,290
<i>Saya sedar saya boleh beraksi</i>
<i>di gelanggang bola keranjang</i>

373
00:25:00,373 --> 00:25:03,043
<i>apa yang saya tak mampu buat</i>
<i>dengan lukisan.</i>

374
00:25:04,044 --> 00:25:07,797
<i>Saya duduk sambil pejam mata</i>
<i>dan bayangkan permainan.</i>

375
00:25:10,258 --> 00:25:12,928
<i>Umpama berada di dalam</i>
<i>makmal bola keranjang peribadi,</i>

376
00:25:13,011 --> 00:25:14,804
<i>membuat pelan asli saya sendiri.</i>

377
00:25:17,599 --> 00:25:19,017
<i>Banyak jaringan disekat.</i>

378
00:25:19,100 --> 00:25:22,562
<i>Seronok juga dapat merealisasikan</i>
<i>pelan yang pernah saya buat.</i>

379
00:25:23,063 --> 00:25:25,774
<i>Sekali-sekala, gerakan saya</i>
<i>tepat dari awal.</i>

380
00:25:25,857 --> 00:25:30,487
<i>Bagi saya, bak bertepuk dengan</i>
<i>Michelangelo pada kanvas.</i>

381
00:25:31,154 --> 00:25:33,573
<i>Saya akan berbisik, "Saya berjaya!"</i>

382
00:25:34,324 --> 00:25:39,120
Konsep itu sangat hebat jika difikirkan
kerana dia mampu <i>melihat</i> permainan sekali

383
00:25:39,746 --> 00:25:42,624
dan membayangkannya berulang-ulang kali

384
00:25:42,707 --> 00:25:44,834
sebelum dia ke gelanggang
dan mencubanya,

385
00:25:44,918 --> 00:25:48,213
lantas, jadi biasa
sebelum dia memantapkannya.

386
00:25:51,758 --> 00:25:56,763
<i>Pelan pertahanan itu dijadikan panduan</i>
<i>oleh Russell untuk kejohanan kolej,</i>

387
00:25:56,846 --> 00:25:59,307
<i>kemudian dibawa ke persada dunia</i>

388
00:25:59,391 --> 00:26:03,019
<i>menerusi pasukan Olimpik lelaki AS 1956.</i>

389
00:26:03,728 --> 00:26:05,605
Ini ahli pasukan kebangsaan Amerika.

390
00:26:05,689 --> 00:26:09,734
Musim tanpa kalah
dan kini terpilih untuk skuad Olimpik.

391
00:26:09,818 --> 00:26:12,237
Awak tak sabar untuk ke Olimpik?

392
00:26:12,320 --> 00:26:15,490
Saya sudah lama menantikannya.

393
00:26:15,574 --> 00:26:17,534
SUKAN OLIMPIK 1956
MELBOURNE, AUSTRALIA

394
00:26:18,910 --> 00:26:22,247
Ketika itu, sukan Olimpik
hanya menumpukan persaingan.

395
00:26:23,415 --> 00:26:27,043
Asal usul atlet tidak menjadi soal.

396
00:26:29,296 --> 00:26:34,050
<i>Pertahanan dinamik Russell</i>
<i>membolehkan pasukan Amerika menang emas</i>

397
00:26:34,134 --> 00:26:35,969
<i>melawan pasukan Rusia.</i>

398
00:26:36,052 --> 00:26:40,098
Keterujaan paling bermakna
memenangi pingat emas,

399
00:26:41,433 --> 00:26:42,976
untuk seketika itu,

400
00:26:43,893 --> 00:26:46,605
kita sedar kita yang terbaik di dunia ini.

401
00:26:46,688 --> 00:26:50,525
Kita boleh berbangga dengannya.

402
00:26:53,528 --> 00:26:56,656
<i>Dengan dua kejohanan kolej</i>
<i>dan satu pingat emas,</i>

403
00:26:56,740 --> 00:26:58,450
<i>Bill bersedia untuk profesional.</i>

404
00:27:00,744 --> 00:27:06,207
Seperkara yang masih tak disedari,
NBA ialah pasukan kulit putih.

405
00:27:06,291 --> 00:27:10,420
Lihat gambar-gambar awal,
semuanya liga orang kulit putih.

406
00:27:11,838 --> 00:27:14,924
Sistem kuota tak rasminya
ialah seorang pemain kulit Hitam.

407
00:27:15,008 --> 00:27:18,428
Kemudian, ditambah
jadi dua pemain kulit Hitam.

408
00:27:18,511 --> 00:27:22,015
Pertama, sebab mereka
mesti duduk sebilik, jangan lebih.

409
00:27:22,599 --> 00:27:26,645
Pemain kulit Hitam pertama
dipilih untuk NBA

410
00:27:26,728 --> 00:27:29,147
ialah Chuck Cooper dari Duquesne,

411
00:27:29,648 --> 00:27:35,111
dan dia dipilih oleh jurulatih
Boston Celtics, Red Auerbach.

412
00:27:36,571 --> 00:27:40,367
Auerbach tak peduli tentang isu perkauman.

413
00:27:40,450 --> 00:27:44,537
Yang dia tahu, main untuk menang

414
00:27:44,621 --> 00:27:48,166
dan dia perlu bertindak
yang sewajarnya untuk menang.

415
00:27:48,249 --> 00:27:52,879
Itu bermakna membina pasukan
yang terdiri daripada pemain terbaik.

416
00:27:55,799 --> 00:27:59,260
Boston Celtics tahun 50-an
ialah pasukan nombor dua.

417
00:27:59,344 --> 00:28:01,221
Satu pasukan penyerang yang hebat

418
00:28:01,304 --> 00:28:04,766
dengan pemain seperti
Bill Sharman dan Bob Cousy,

419
00:28:04,849 --> 00:28:07,185
keunggulan gelanggang belakang era 50-an,

420
00:28:07,268 --> 00:28:09,479
tapi gagal jadi juara.

421
00:28:09,562 --> 00:28:13,024
<i>Bob Cousy ialah salah seorang</i>
<i>bintang utama NBA pertama.</i>

422
00:28:13,108 --> 00:28:16,778
Jika tanya sesiapa saja
pada tahun 1950-an,

423
00:28:16,861 --> 00:28:20,323
untuk namakan pemain bola keranjang,

424
00:28:20,407 --> 00:28:23,952
jawapannya pasti Bob Cousy
berbanding nama lain.

425
00:28:24,035 --> 00:28:27,247
<i>Cousy menghala ke jaring</i>
<i>dan jaringannya menakjubkan.</i>

426
00:28:28,581 --> 00:28:31,835
Saya dapat buat tindakan luar biasa,

427
00:28:31,918 --> 00:28:36,131
dan mungkin dibantu faktor imaginasi,

428
00:28:36,214 --> 00:28:39,592
untuk melakukan apa
yang tidak dilakukan orang lain.

429
00:28:40,260 --> 00:28:44,013
Saya digelar En. Bola Keranjang,
Houdini di gelanggang.

430
00:28:44,973 --> 00:28:47,517
<i>Serangan Celtics begitu menyengat,</i>

431
00:28:48,017 --> 00:28:51,521
<i>tapi pertahanan pasukan lemah</i>
<i>dan bergelut untuk lantunan bola.</i>

432
00:28:52,063 --> 00:28:54,023
Penguasaan ialah kunci.

433
00:28:54,107 --> 00:28:56,025
Jika lantunan berjaya direbut,

434
00:28:56,109 --> 00:28:58,778
buatlah apa saja di gelanggang.

435
00:28:58,862 --> 00:29:03,241
Setahun sebelumnya, Arnold berjumpa saya,
dan itulah satu kalinya,

436
00:29:03,324 --> 00:29:06,828
memberitahu ada pemain di California,
yang jika boleh dapat,

437
00:29:07,370 --> 00:29:09,998
akan terlerai semua masalah kita.

438
00:29:11,541 --> 00:29:15,587
Saya memang tak nafikan
kami memerlukan Bill Russell.

439
00:29:15,670 --> 00:29:18,840
Reaksinya pantas,
tindakan refleksnya bagus,

440
00:29:18,923 --> 00:29:21,217
tangannya juga panjang. Memang hebat.

441
00:29:21,843 --> 00:29:23,887
<i>Bukan mudah nak dapatkan Russell.</i>

442
00:29:23,970 --> 00:29:27,098
<i>Pemilihan draf pertama</i>
<i>milik Rochester Royals.</i>

443
00:29:28,600 --> 00:29:31,102
<i>Giliran Celtics ialah ketujuh,</i>

444
00:29:31,186 --> 00:29:34,564
<i>jadi Red buat pertukaran</i>
<i>untuk naik ke giliran kedua.</i>

445
00:29:36,441 --> 00:29:37,609
<i>Tak cukup lagi.</i>

446
00:29:39,194 --> 00:29:43,281
Red Auerbach, sentiasa cari peluang
untuk dapatkan kehendaknya,

447
00:29:43,364 --> 00:29:45,992
dia bertemu pemilik Celtics, Walter Brown,

448
00:29:46,075 --> 00:29:48,828
pemegang saham utama Ice Capades,

449
00:29:48,912 --> 00:29:52,332
iaitu satu bentuk hiburan paling berjaya

450
00:29:52,415 --> 00:29:55,001
yang mampu melariskan arena
di mana-mana saja.

451
00:29:55,084 --> 00:29:59,756
Selepas Walter Brown dicuit Red Auerbach,
dia berjumpa pemilik Rochester Royals,

452
00:29:59,839 --> 00:30:02,133
dan mencadangkan sesuatu.

453
00:30:02,217 --> 00:30:05,970
Dia akan hantar Ice Capades
untuk sebanyak mana pertunjukan,

454
00:30:06,054 --> 00:30:10,058
asalkan dia setuju
tidak memilih Bill Russell.

455
00:30:10,141 --> 00:30:12,977
Jadi Bill Russell
ditukar dengan Ice Capades.

456
00:30:13,061 --> 00:30:14,938
Itu semua kerja Red Auerbach.

457
00:30:17,774 --> 00:30:19,818
<i>Red berjaya mendapatkan Russell,</i>

458
00:30:20,318 --> 00:30:22,821
<i>tetapi ketika Russell bergelut</i>
<i>memenuhi jangkaan,</i>

459
00:30:22,904 --> 00:30:26,324
<i>dia sendiri mula mempersoalkan</i>
<i>kesesuaiannya dengan pasukan,</i>

460
00:30:26,950 --> 00:30:29,202
<i>sehingga perjumpaan</i>
<i>praperlawanan dengan Red.</i>

461
00:30:30,495 --> 00:30:34,040
Red minta saya datang awal
kerana dia mahu berbincang.

462
00:30:34,123 --> 00:30:36,042
Kami duduk di Boston Garden,

463
00:30:36,125 --> 00:30:40,255
sementara gelanggang sedang disediakan,

464
00:30:40,338 --> 00:30:42,799
dan Red mula berbicara.

465
00:30:42,882 --> 00:30:45,927
Dia tak peduli berapa mata jaringan saya.

466
00:30:46,010 --> 00:30:48,096
Dia cuma nak saya bantu pasukan menang.

467
00:30:49,472 --> 00:30:54,018
Saya juga tambah yang gajinya
akan ditentukan oleh mata ini.

468
00:30:54,102 --> 00:30:56,563
Bukanlah dia tak perlu buat jaringan,

469
00:30:56,646 --> 00:30:58,731
tapi saya tak mahu Russell risau.

470
00:30:58,815 --> 00:31:01,609
Yang penting, menang atau kalah.

471
00:31:01,693 --> 00:31:03,152
Itulah tujuannya.

472
00:31:04,654 --> 00:31:07,323
Pertemuan itu melegakan tekanan berat

473
00:31:07,407 --> 00:31:09,450
yang dialami mereka dan selepas itu

474
00:31:09,534 --> 00:31:12,453
Red mula melihat dampak yang saya bawa

475
00:31:12,537 --> 00:31:14,539
menerusi lantunan dan pertahanan.

476
00:31:18,251 --> 00:31:23,006
Semasa peralihan permainan, perlu ada
pemain kawal gelanggang pertahanan,

477
00:31:23,089 --> 00:31:26,009
untuk lantunan yang berkesan
dan itu kepakaran Russ.

478
00:31:27,218 --> 00:31:31,431
Kunci untuk segera beralih ialah
lantunan defensif dan hantaran keluar.

479
00:31:33,600 --> 00:31:37,103
Apabila bola mula naik,
saya ke kedudukan satu sisi,

480
00:31:37,186 --> 00:31:40,064
sisi paling hampir
untuk terima bola daripadanya

481
00:31:40,148 --> 00:31:43,568
supaya saya boleh segera
ke gelanggang lawan dan mula serang

482
00:31:43,651 --> 00:31:46,154
kerana Russell
pasti dapat setiap lantunan.

483
00:31:47,363 --> 00:31:48,948
Pasukan lawan akan buat jaringan.

484
00:31:49,032 --> 00:31:53,077
Sebaik penjaring selesai,
kami mula menjaring di gelanggang lawan.

485
00:31:59,334 --> 00:32:03,880
Tugas Russell mengambil lantunan,
sekat jaringan, lencong hantaran,

486
00:32:03,963 --> 00:32:07,675
kemudian berpatah arah lawan

487
00:32:07,759 --> 00:32:11,679
dan membiarkan pemain lain
berkejar di gelanggang...

488
00:32:11,763 --> 00:32:13,348
...macam air pasang.

489
00:32:19,312 --> 00:32:20,855
Bob tentu berbangga

490
00:32:20,939 --> 00:32:23,858
jadi pemain bola keranjang
terhebat hari ini,

491
00:32:23,942 --> 00:32:27,403
dengan pemain yang pasti merebut bola.
Bagaimana perasaannya?

492
00:32:27,487 --> 00:32:30,782
Sudah tentu,
kebanyakan peminat bola keranjang

493
00:32:30,865 --> 00:32:33,576
yang tonton permainan Celtics
tahu cara serangan pasukan

494
00:32:33,660 --> 00:32:35,578
diramalkan pada ruang kosong,

495
00:32:35,662 --> 00:32:38,081
dan sebelum ini,
tiada pemain mampu buat.

496
00:32:38,164 --> 00:32:43,419
Pada ketika ini juga,
setakat lantunan, hantaran, pertahanan,

497
00:32:43,503 --> 00:32:46,673
tak dapat dinafikan kehebatan Russell.

498
00:32:46,756 --> 00:32:48,257
SENSASI! GERGASI!

499
00:32:51,511 --> 00:32:53,054
<i>Semuanya kerana isteri saya.</i>

500
00:32:54,138 --> 00:32:58,309
<i>Saya pernah meraguinya, tapi tidak Rose.</i>
<i>Dia sentiasa meniup semangat.</i>

501
00:32:58,393 --> 00:33:01,187
<i>Selepas latihan,</i>
<i>malah semasa rehat waktu latihan,</i>

502
00:33:01,270 --> 00:33:02,480
<i>dia akan beri galakan.</i>

503
00:33:02,563 --> 00:33:04,691
<i>Begitu juga untuk perlawanan dalam negeri.</i>

504
00:33:04,774 --> 00:33:07,652
<i>Yang dia tak boleh,</i>
<i>apabila kami sedang jelajah.</i>

505
00:33:08,152 --> 00:33:10,238
<i>Ketika itu, saya rindu</i>
<i>kata-kata semangatnya.</i>

506
00:33:12,907 --> 00:33:17,996
<i>Saya mengahwini Rose tahun 1956.</i>
<i>Umur saya 22 tahun, baru selesai Olimpik,</i>

507
00:33:18,079 --> 00:33:21,165
<i>dan tiada langsung hala tuju.</i>

508
00:33:21,249 --> 00:33:24,419
<i>Saya cuma tahu</i>
<i>Rose terima dan mengasihi saya,</i>

509
00:33:25,169 --> 00:33:29,007
<i>dan selain bola keranjang,</i>
<i>itulah pencapaian besar saya.</i>

510
00:33:31,843 --> 00:33:34,595
<i>Celtics menduduki tangga teratas</i>
<i>dalam Divisyen Timur</i>

511
00:33:34,679 --> 00:33:36,597
<i>buat kali pertama dalam sejarah pasukan.</i>

512
00:33:40,518 --> 00:33:43,896
<i>Mereka akan berdepan</i>
<i>dengan St. Louis Hawks untuk kejuaraan.</i>

513
00:33:43,980 --> 00:33:47,734
CELTS BERTEMU HAWKS
DALAM PEMBUKAAN PERLAWANAN

514
00:33:48,818 --> 00:33:52,280
<i>Di Boston, dewan sesak</i>
<i>melihat pergelutan kejuaraan NBA</i>

515
00:33:52,363 --> 00:33:55,366
<i>antara St. Louis Hawks</i>
<i>dengan Boston Celtics.</i>

516
00:33:57,201 --> 00:33:58,453
<i>Russell di tengah.</i>

517
00:33:59,620 --> 00:34:01,039
Satu siri yang hebat.

518
00:34:01,122 --> 00:34:04,083
Bill Russell, lebih sengit perlawanan,
lebih bagus permainannya.

519
00:34:04,167 --> 00:34:07,253
Saya cuba dua jaringan asas.
Dua yang pertama disekat Russell,

520
00:34:07,336 --> 00:34:09,338
dan dua lagi terlepas kerana mencarinya.

521
00:34:11,883 --> 00:34:14,385
<i>Siri itu, dan tahun pertama Russell,</i>

522
00:34:14,469 --> 00:34:17,472
<i>ditentukan dalam</i>
<i>minit akhir Pusingan Ketujuh.</i>

523
00:34:18,097 --> 00:34:20,349
<i>Pada hujung suku keempat,</i>
<i>jaringannya seri.</i>

524
00:34:20,433 --> 00:34:24,145
<i>Russell asak ke kiri, dan cuba menjaring</i>
<i>lantas memecah mata seri!</i>

525
00:34:24,228 --> 00:34:26,731
<i>Bola di tangan Macauley,</i>
<i>dari hujung jaring.</i>

526
00:34:26,814 --> 00:34:29,901
<i>Dihantar kepada Pettit di jaring,</i>
<i>cuba bawa, dihalang oleh Russell.</i>

527
00:34:29,984 --> 00:34:33,488
<i>Ini peluang untuk dia menyamakan mata.</i>

528
00:34:34,906 --> 00:34:38,618
<i>Dia sedia, menyasar dan menjaring.</i>
<i>Bola berpusing di rim dan masuk!</i>

529
00:34:38,701 --> 00:34:42,038
Dalam perlawanan itu, ada dua
cara main terhebat pernah saya saksikan.

530
00:34:42,121 --> 00:34:43,456
Pertama, permainan Russell.

531
00:34:43,539 --> 00:34:45,833
<i>Mata seri, masa dah suntuk,</i>

532
00:34:45,917 --> 00:34:48,461
<i>dan Celtics ke gelanggang lawan.</i>
<i>Cousy di kiri.</i>

533
00:34:48,544 --> 00:34:52,215
Cousy buat hantaran rentas kepada Russell
yang perlu diambil dan dijaringnya

534
00:34:52,298 --> 00:34:55,968
secara serentak.
Russell tak berjaya sampai ke jaring.

535
00:34:56,052 --> 00:34:59,680
<i>Alamak! Lantunan balik ke Martin.</i>
<i>Martin di tengah gelanggang.</i>

536
00:34:59,764 --> 00:35:01,516
Sekarang, bola pada St. Louis,

537
00:35:01,599 --> 00:35:04,519
dan satu hantaran diambil pemain
yang dalam satu gelecek,

538
00:35:04,602 --> 00:35:06,813
cuba untuk menjaring untuk menang.

539
00:35:07,396 --> 00:35:10,399
Coleman berada jauh di depan.

540
00:35:10,483 --> 00:35:14,320
<i>Jack Coleman melepaskan diri</i>
<i>daripada perebutan.</i>

541
00:35:14,403 --> 00:35:17,198
Saya tunduk dan cuba merebut bola.

542
00:35:17,281 --> 00:35:19,534
<i>Bill Russell merentas gelanggang.</i>

543
00:35:20,034 --> 00:35:22,203
Kelibat Russell kabur melewati saya.

544
00:35:22,286 --> 00:35:26,666
<i>Coleman cuba menjaring</i>
<i>tetapi dihalang Russell! Hebat sekali!</i>

545
00:35:28,459 --> 00:35:32,463
Itu beri mereka kelebihan
tiga atau empat saat.

546
00:35:32,547 --> 00:35:36,259
<i>Sekarang seri 113</i>
<i>selepas satu pusingan lebih masa...</i>

547
00:35:36,843 --> 00:35:39,762
Aksi hebat seterusnya ialah Alex Hannum,

548
00:35:39,846 --> 00:35:42,223
ketika tinggal satu saat,
pasukan minta rehat.

549
00:35:42,306 --> 00:35:43,933
<i>Jim Loscutoff berjaya jaring.</i>

550
00:35:44,016 --> 00:35:47,770
<i>Celtics dahului dua mata tapi Hawks</i>
<i>masih ada masa untuk satu jaringan.</i>

551
00:35:47,854 --> 00:35:50,815
<i>Hawks mengerumuni</i>
<i>pemain dan jurulatih, Alex Hannum.</i>

552
00:35:50,898 --> 00:35:54,318
Strateginya, bola dilontar
merentas gelanggang.

553
00:35:54,402 --> 00:35:58,406
"Biar kena papan jaring.
Pettit tangkap dan jaringkan. Buat."

554
00:36:01,534 --> 00:36:03,161
Hantaran Alex sempurna.

555
00:36:04,745 --> 00:36:08,499
Saya lompat, tak mendarat.
Tangkap bola dan terus buat jaringan.

556
00:36:09,709 --> 00:36:12,378
Strateginya mengena
cuma jaringannya tidak.

557
00:36:13,296 --> 00:36:15,464
<i>Dan wisel penamat ditiup!</i>

558
00:36:16,299 --> 00:36:19,552
<i>Lalu, Celtics menang</i>
<i>Kejohanan Dunia pertama mereka.</i>

559
00:36:19,635 --> 00:36:23,264
<i>Bagi pihak saya,</i>
<i>yang pertama pernah diumumkan.</i>

560
00:36:28,895 --> 00:36:30,855
Kami gembira, kejohanan pertama kami.

561
00:36:31,522 --> 00:36:35,067
Sudah lama Red Sox tidak menang,
apatah lagi Bruins,

562
00:36:35,693 --> 00:36:37,820
dan Patriot belum wujud lagi.

563
00:36:43,618 --> 00:36:45,161
Selepas perlawanan,

564
00:36:46,746 --> 00:36:49,707
Red kata, "Mari kita cukur janggut."

565
00:36:50,541 --> 00:36:52,877
Saya dah terlupa langsung
hingga di bilik lokar,

566
00:36:52,960 --> 00:36:56,714
dan pelatih keluarkan
pisau cukur dan krim pencukur.

567
00:36:57,548 --> 00:37:00,551
Malam itu, saya betul-betul
seorang ahli pasukan.

568
00:37:01,552 --> 00:37:04,263
CELTICS JUARA, 125 LWN 123

569
00:37:04,347 --> 00:37:08,517
CELTICS JUARA NBA KALI PERTAMA

570
00:37:13,064 --> 00:37:15,399
<i>Selepas tahun pertama yang hebat.</i>

571
00:37:15,483 --> 00:37:19,987
<i>Bill dan Rose memutuskan</i>
<i>untuk menetap terus di kawasan Boston.</i>

572
00:37:20,738 --> 00:37:22,573
<i>Mereka beli rumah di Reading.</i>

573
00:37:24,408 --> 00:37:28,162
Reading sebuah pekan pinggir bandar,
konservatif dan kolar biru.

574
00:37:28,246 --> 00:37:31,540
Russell menetap di Reading
sepanjang kerjayanya dengan Celtics,

575
00:37:31,624 --> 00:37:34,877
tapi dia tak pernah rasa
benar-benar selesa dan diterima di situ.

576
00:37:37,046 --> 00:37:40,633
Dia pernah mengadu
diganggu penduduk setempat.

577
00:37:40,716 --> 00:37:42,843
Mereka pernah diekori,

578
00:37:42,927 --> 00:37:44,971
perosak harta
sepahkan sampah di rumahnya.

579
00:37:45,680 --> 00:37:48,391
Mula-mula saya pindah
ke Reading, Massachusetts,

580
00:37:48,474 --> 00:37:50,726
kami keluarga
kulit Hitam pertama di pekan itu.

581
00:37:50,810 --> 00:37:53,145
Setiap kali ayah ke luar daerah,

582
00:37:53,229 --> 00:37:57,275
"rakun" akan mula terbalikkan tong sampah.

583
00:37:57,358 --> 00:38:00,444
Esok pagi, penuh sampah di laman.

584
00:38:00,528 --> 00:38:03,656
Ayah buat aduan di balai polis
kerana setiap kali dia tiada,

585
00:38:03,739 --> 00:38:07,618
ada orang ganggu isterinya,
dan terbalikkan tong sampah.

586
00:38:07,702 --> 00:38:11,122
Polis jawab
mereka tak boleh urus hal rakun.

587
00:38:11,956 --> 00:38:15,835
Lalu saya ke pejabat kerajaan negeri

588
00:38:15,918 --> 00:38:17,753
dan dapatkan permit senjata.

589
00:38:21,799 --> 00:38:24,593
Selepas itu, tiada lagi rakun.

590
00:38:27,388 --> 00:38:29,974
Boston dikatakan bandar liberal.

591
00:38:30,057 --> 00:38:34,145
Reputasinya setanding
"Athens Amerika" abad ke-19.

592
00:38:34,228 --> 00:38:36,731
Tapi bagi Russell mendapati budayanya,

593
00:38:36,814 --> 00:38:40,443
ramai golongan pekerja kulit putih
benci kehadiran kulit Hitam.

594
00:38:41,277 --> 00:38:42,570
Sebenarnya Boston

595
00:38:43,863 --> 00:38:45,072
bandar paling tidak

596
00:38:46,240 --> 00:38:49,660
liberal dalam NBA bagi saya.

597
00:38:49,744 --> 00:38:51,871
Bill tak perlu ke Boston
untuk alami perkauman.

598
00:38:51,954 --> 00:38:54,373
Ini tahun 50-an di Amerika.

599
00:38:54,457 --> 00:38:57,835
...empat, enam, lapan,
kami tak mahu disatukan!

600
00:38:57,918 --> 00:39:01,172
Dua, empat, enam, lapan,
kami tak mahu disatukan!

601
00:39:01,255 --> 00:39:03,466
SEKOLAH ORANG PUTIH
UNTUK ORANG PUTIH KKK

602
00:39:05,426 --> 00:39:09,597
<i>Russell cuba cari penawar</i>
<i>daripada jurang perkauman yang zalim itu</i>

603
00:39:09,680 --> 00:39:13,809
<i>bukan sekadar dengan bermain,</i>
<i>tapi memastikan kemenangan.</i>

604
00:39:14,727 --> 00:39:18,189
CELTICS TERUS BOLOT KETIGA
KALAHKAN PHILADELPHIA 106-92

605
00:39:18,272 --> 00:39:19,815
CELTICS BENAM N.Y.

606
00:39:19,899 --> 00:39:23,903
<i>Celtics terus mara pada musim 1957-58,</i>

607
00:39:23,986 --> 00:39:27,990
<i>menjadikan 22 lantunan setiap</i>
<i>perlawanan Russell sebagai mata mudah.</i>

608
00:39:29,492 --> 00:39:32,119
<i>Mereka sudah menempah</i>
<i>lagi satu kejuaraan NBA.</i>

609
00:39:32,203 --> 00:39:35,498
CELCTICS PASUKAN PILIHAN
UNTUK JUARA NBA

610
00:39:37,083 --> 00:39:39,960
<i>Hai, peminat bola keranjang.</i>
<i>Ini Johnny Most, dari gelanggang</i>

611
00:39:40,044 --> 00:39:43,005
<i>dan selamat datang</i>
<i>ke siri Kejuaraan Dunia 1958</i>

612
00:39:43,089 --> 00:39:45,132
<i>antara Hawks dengan Celtics.</i>

613
00:39:46,384 --> 00:39:49,595
<i>Dalam separuh kedua Pusingan Ketiga,</i>
<i>dengan permainan seri,</i>

614
00:39:49,678 --> 00:39:52,473
<i>Russell melompat untuk</i>
<i>tahan jaringan tapi silap langkah,</i>

615
00:39:52,556 --> 00:39:55,601
<i>lalu tendonnya koyak</i>
<i>dan tulang buku lalinya retak.</i>

616
00:39:59,897 --> 00:40:02,108
Bukan mahu niat malang untuk Bill,

617
00:40:02,191 --> 00:40:05,986
tapi tidak juga tak gembira
dia terkehel buku lali.

618
00:40:06,070 --> 00:40:10,032
Saya terkehel teruk
dan tak dapat bermain beberapa perlawanan.

619
00:40:10,574 --> 00:40:13,369
<i>Russell main Pusingan Keenam di St. Louis,</i>

620
00:40:13,452 --> 00:40:16,288
<i>dengan Celtics ketinggalan</i>
<i>tiga berbalas dua,</i>

621
00:40:16,831 --> 00:40:19,250
<i>tetapi kecederaannya menyukarkannya.</i>

622
00:40:19,750 --> 00:40:20,918
<i>Pettit di luar petak.</i>

623
00:40:21,001 --> 00:40:22,962
<i>Di atas Tom Heinsohn, dua mata.</i>

624
00:40:23,045 --> 00:40:26,006
<i>Pettit terus beraksi</i>
<i>dan Russell tak mampu halang.</i>

625
00:40:27,800 --> 00:40:30,636
<i>Macauley menggelecek bola.</i>
<i>Dan masa tamat!</i>

626
00:40:31,512 --> 00:40:33,889
<i>Kejohanan itu milik St. Louis Hawks</i>

627
00:40:33,973 --> 00:40:36,016
<i>dengan 50 mata Bob Pettit.</i>

628
00:40:37,309 --> 00:40:38,936
Kami kalah enam perlawanan.

629
00:40:39,019 --> 00:40:43,274
Tapi kami sedar perbezaan miskin
dengan pokai.

630
00:40:43,357 --> 00:40:47,736
Miskin merujuk pemikiran,
pokai ialah situasi sementara.

631
00:40:48,696 --> 00:40:51,490
Kami tahu situasi itu sementara sahaja.

632
00:40:52,241 --> 00:40:57,329
Pada tahun berikutnya, kami cuma perlu
usaha dan menang sebanyak-banyaknya.

633
00:40:57,413 --> 00:41:00,082
Kami semua pesaing,
bermula dengan Arnold.

634
00:41:00,166 --> 00:41:02,501
...bawa bola, Mendy! Sekali, ya?

635
00:41:02,585 --> 00:41:04,879
ARNOLD "RED" AUERBACH
JURULATIH CELTICS, 1950-1966

636
00:41:06,088 --> 00:41:07,506
Red amat sengit.

637
00:41:08,382 --> 00:41:12,595
Dia larang kami berjabat
dengan lawan sebelum perlawanan.

638
00:41:12,678 --> 00:41:14,096
Kami tak suka!

639
00:41:14,930 --> 00:41:17,766
Arnold mungkin agak melampau,

640
00:41:17,850 --> 00:41:20,269
tapi dia tak mahu kami berkawan,

641
00:41:20,352 --> 00:41:22,146
sebaliknya kalahkan mereka saja.

642
00:41:22,897 --> 00:41:26,442
<i>Tahun berikutnya, musim 1958-59,</i>

643
00:41:26,525 --> 00:41:29,528
<i>Celtics menamatkan liga</i>
<i>dengan rekod terbaik.</i>

644
00:41:29,612 --> 00:41:32,656
Kami boleh main
sebarang gaya bola keranjang.

645
00:41:32,740 --> 00:41:34,283
Kami boleh kejar pasukan,

646
00:41:35,117 --> 00:41:38,037
atau buat strategi
serang separuh gelanggang,

647
00:41:38,787 --> 00:41:40,247
dengan kemampuan setara.

648
00:41:43,876 --> 00:41:48,464
<i>Red mantapkan skuad dengan pasukan muda</i>
<i>yang akan berjuang bersama.</i>

649
00:41:52,801 --> 00:41:55,846
<i>Selepas draf 1957,</i>
<i>Red hubungi saya dan beritahu...</i>

650
00:41:56,347 --> 00:42:00,059
<i>...dia memilih Sam Jones dari</i>
<i>Universiti North Carolina Central.</i>

651
00:42:00,142 --> 00:42:03,145
<i>Dia nak tahu jika Sam boleh diharap.</i>

652
00:42:04,146 --> 00:42:08,442
<i>Saya tak kenal Sam Jones.</i>
<i>Lagipun dia Schvarte.</i>

653
00:42:08,526 --> 00:42:10,736
<i>Itu istilah Yiddish</i>
<i>untuk orang kulit Hitam.</i>

654
00:42:10,819 --> 00:42:15,282
<i>Red ingat saya kenal Sam</i>
<i>tapi saya jawab saya tak kenal semua.</i>

655
00:42:16,492 --> 00:42:17,576
<i>Kenal atau tidak,</i>

656
00:42:17,660 --> 00:42:21,997
<i>yang pastinya, Sam Jones akan jadi</i>
<i>pemain bola keranjang liga ternama.</i>

657
00:42:23,290 --> 00:42:26,502
Anehnya, perangai Sam macam orang tua.

658
00:42:27,086 --> 00:42:31,048
Sam Jones tidak mendapat
pengiktirafan selayaknya sebagai pemain.

659
00:42:31,131 --> 00:42:34,218
Mereka yang memahami permainan
tahu Sam amat kental.

660
00:42:34,301 --> 00:42:38,639
Kita tak tahu haluannya,
tapi dia pasti dapat buat jaringan.

661
00:42:40,015 --> 00:42:42,851
Awak takkan mahu melawannya.

662
00:42:42,935 --> 00:42:46,814
Dia tak pernah teragak-agak
buat jaringan dan tak pernah terlepas.

663
00:42:51,694 --> 00:42:56,282
<i>Red juga cuba menyatukan Bill</i>
<i>dengan teman sekolejnya, K.C. Jones.</i>

664
00:42:57,741 --> 00:43:01,161
Red sering diasak wartawan
tentang memilih K.C.

665
00:43:01,245 --> 00:43:05,124
Mereka mengkritik tindakan Red
kerana K.C. dikatakan tidak berfungsi.

666
00:43:05,207 --> 00:43:08,627
Red akan menyalakan cerutnya,
menghembuskan asap hijau,

667
00:43:08,711 --> 00:43:11,880
dan membalas bahawa dia hanya tahu

668
00:43:11,964 --> 00:43:15,092
setiap kali K.C. bermain,
pasukannya menang.

669
00:43:16,260 --> 00:43:19,388
<i>Halangan daripada K.C. Jones,</i>
<i>dan Celtics mara.</i>

670
00:43:20,139 --> 00:43:23,601
Bagi saya, K.C. ialah
pertahanan terbaik pernah saya saksikan.

671
00:43:27,438 --> 00:43:30,941
<i>Red pupuk budaya pasukan</i>
<i>ikut keunikan pemain</i>

672
00:43:31,025 --> 00:43:33,152
<i>yang membolehkan mereka jujur.</i>

673
00:43:33,235 --> 00:43:36,322
<i>Dia membina francais</i>
<i>yang mengatasi kemenangan.</i>

674
00:43:36,405 --> 00:43:38,407
<i>Sebuah pasukan bersaudara.</i>

675
00:43:38,490 --> 00:43:41,035
Kami satu keluarga dan bertuah

676
00:43:41,118 --> 00:43:43,287
dapat mengekalkan teras itu.

677
00:43:43,370 --> 00:43:46,123
Kami saling menyokong
dan memberikan galakan,

678
00:43:46,206 --> 00:43:49,752
serta melakukan segala
yang termampu untuk sama-sama berjaya.

679
00:43:51,045 --> 00:43:52,379
Ayah sayang rakan sukannya,

680
00:43:52,463 --> 00:43:55,257
dan dalam kata lain,
mereka keluarga keduanya.

681
00:43:56,008 --> 00:43:58,427
Kami saling mengasihi.

682
00:43:58,510 --> 00:44:01,430
Cara menunjukkan kasih sayang
ialah melalui jenaka.

683
00:44:02,640 --> 00:44:04,975
Jika ditanya mereka
yang kenal Bill Russell

684
00:44:05,059 --> 00:44:09,521
kita akan teringat kekekannya.

685
00:44:13,901 --> 00:44:16,153
Bill memang angkuh.

686
00:44:16,236 --> 00:44:17,988
Yalah, dia Bill Russell!

687
00:44:18,572 --> 00:44:22,159
Tapi dia juga gila-gila,
mahu ketawa dan berjenaka

688
00:44:22,242 --> 00:44:23,285
serta mahu berseronok.

689
00:44:23,911 --> 00:44:27,956
Masih terngiang-ngiang
tawanya yang terkekek-kekek.

690
00:44:28,040 --> 00:44:31,710
Tawanya akan berjangkit, unik.

691
00:44:31,794 --> 00:44:32,753
Bukan dibuat-buat.

692
00:44:36,840 --> 00:44:37,841
Bunyinya seperti…

693
00:44:42,388 --> 00:44:44,765
Kali pertama saya mendengarnya,

694
00:44:44,848 --> 00:44:47,226
saya nak tahu dia gelakkan saya atau...?

695
00:44:47,309 --> 00:44:48,394
Kenapa dengannya?

696
00:44:52,064 --> 00:44:54,775
Kalau kita berjaya buat dia gelak,
maknanya dia suka.

697
00:44:58,946 --> 00:45:01,323
Red pernah cakap,
antara tawa saya dan muntah,

698
00:45:01,407 --> 00:45:03,325
itu akan buat dia bersara.

699
00:45:05,119 --> 00:45:08,664
Ada kalanya, semasa bermain
saya akan muntah.

700
00:45:08,747 --> 00:45:11,291
Bagi saya, penting untuk saya gementar.

701
00:45:11,375 --> 00:45:14,962
Ada orang sangat kuat perasaannya...

702
00:45:16,338 --> 00:45:19,091
...maka mereka perlu
cari jalan untuk melepaskan perasaan

703
00:45:19,174 --> 00:45:22,386
supaya dapat relaks dan beraksi.

704
00:45:23,053 --> 00:45:26,765
Selepas muntah, saya akan lega.
Cuma nampak saja teruk.

705
00:45:30,018 --> 00:45:32,771
Saya masih ingat sesi panas badan
sebelum perlawanan.

706
00:45:32,855 --> 00:45:34,314
Saya tegur yang

707
00:45:34,398 --> 00:45:38,402
Russell terlupa muntah.
Saya suruh pasukan keluar gelanggang.

708
00:45:38,485 --> 00:45:41,196
Dan minta mereka balik ke bilik lokar.

709
00:45:41,280 --> 00:45:44,074
Kemudian saya suruh Russell muntah.

710
00:45:44,783 --> 00:45:47,411
Dia pun muntah.
Kemudian kami main dan menang.

711
00:45:47,494 --> 00:45:52,040
Kami dengar dia masuk
dan nasib baiklah Russell muntah.

712
00:45:52,124 --> 00:45:55,878
Itu petanda dia bersedia.
Permainannya pasti menyengat.

713
00:45:58,922 --> 00:46:01,175
<i>Pada penghujung musim '58-'59,</i>

714
00:46:01,258 --> 00:46:04,094
<i>Celtics dapat satu lagi peluang kejuaraan.</i>

715
00:46:05,471 --> 00:46:06,597
Pertembungan pertama

716
00:46:06,680 --> 00:46:09,558
antara Celtics dengan
Lakers berlaku pada 1959.

717
00:46:09,641 --> 00:46:12,644
Lakers dari Minneapolis,
jadi, mereka dilupakan,

718
00:46:12,728 --> 00:46:16,356
tapi itulah permulaan
penaklukan Celtics terhadap Lakers.

719
00:46:16,440 --> 00:46:20,360
<i>Boston menang tiga perlawanan,</i>
<i>jadi Lakers perlu berjuang mati-matian.</i>

720
00:46:21,361 --> 00:46:25,073
<i>Dalam Pusingan Keempat,</i>
<i>Russell halang semua ambil lantunan,</i>

721
00:46:25,157 --> 00:46:27,117
<i>mendapatkan 30 lantunan.</i>

722
00:46:27,826 --> 00:46:31,872
<i>Bob Cousy terus mengasak jaring</i>
<i>dan Boston terus beri tekanan.</i>

723
00:46:31,955 --> 00:46:34,500
<i>Celtics menang 118-113.</i>

724
00:46:34,583 --> 00:46:38,253
<i>Pasukan Auerbach pertama</i>
<i>menyapu bersih pingat kejuaraan.</i>

725
00:46:38,337 --> 00:46:41,423
<i>Penguasaan Celtics</i>
<i>pada pusingan akhir 1959</i>

726
00:46:41,507 --> 00:46:43,759
<i>membuktikan pasukan itu sudah berjaya,</i>

727
00:46:43,842 --> 00:46:46,428
<i>dan Bill kembali di atas sebagai juara.</i>

728
00:46:46,512 --> 00:46:51,308
CELTICS MENANG 4 PUSINGAN
UNTUK KEJUARAAN KEDUA DALAM 3 TAHUN

729
00:46:51,892 --> 00:46:54,728
Ketika itu, saya amat
cintakan kerjaya saya.

730
00:46:54,812 --> 00:46:58,774
Saya suka segala-galanya.

731
00:47:07,032 --> 00:47:10,452
Saat yang indah dan membahagiakan saya.

732
00:48:03,088 --> 00:48:07,217
<i>Tahun itu, anugerah MVP NBA</i>
<i>tidak jatuh kepada Russell,</i>

733
00:48:07,301 --> 00:48:09,303
<i>tapi kepada Bob Pettit daripada Hawks.</i>

734
00:48:10,178 --> 00:48:11,054
<i>Tapi di Boston,</i>

735
00:48:11,138 --> 00:48:15,142
<i>semakin jelas Bill Russell</i>
<i>ialah ahli Celtics yang paling berharga.</i>

736
00:48:15,976 --> 00:48:19,271
Saya tahu Bill
pelantun dan penghantar bola yang baik.

737
00:48:19,354 --> 00:48:21,398
Yang saya tak tahu, dia juga pemimpin.

738
00:48:22,274 --> 00:48:25,652
Ramai tidak tahu.
Dia amat komited untuk menang

739
00:48:26,236 --> 00:48:29,156
dan terhadap struktur pasukan.

740
00:48:29,823 --> 00:48:32,200
Yang paling penting, dia seorang pemenang.

741
00:48:32,284 --> 00:48:36,622
Maka, dia rasa dia wajar dihormati

742
00:48:36,705 --> 00:48:40,250
berdasarkan pencapaian mereka
sebagai satu pasukan.

743
00:48:40,334 --> 00:48:43,712
Bob Cousy pernah jadi ketua,
tapi tak dinafikan siapa patut jadi ketua.

744
00:48:44,212 --> 00:48:47,049
Bob masuk, dan dia bintang pasukan.

745
00:48:47,132 --> 00:48:52,304
Dia boleh jawab bahawa dia bintang,
sebaliknya, dia mahu kita buat.

746
00:48:52,387 --> 00:48:53,430
- Bersama?
- Ya.

747
00:48:54,097 --> 00:48:56,808
Sayalah orangnya
semasa dia datang ke Boston,

748
00:48:56,892 --> 00:48:58,894
kemudian dia jadi bintang,

749
00:48:58,977 --> 00:49:03,148
tapi pihak media tak mengiktirafnya
sebagai pemain itu.

750
00:49:04,524 --> 00:49:08,028
<i>Sebelum jelajah negara,</i>
<i>buku lali Bob Cousy terkehel.</i>

751
00:49:09,404 --> 00:49:12,574
Kami dalam jelajah negara
dan main lima perlawanan berturut-turut.

752
00:49:13,867 --> 00:49:16,203
Russell mahu buktikan
dia mampu bermain tanpa Cousy.

753
00:49:16,286 --> 00:49:19,581
Russell mungkin halang 9,000 jaringan.
Amat menakjubkan.

754
00:49:19,665 --> 00:49:21,875
<i>LaRusso menjaring, Russell halang!</i>

755
00:49:22,501 --> 00:49:23,794
Kami menang kelima-limanya.

756
00:49:25,212 --> 00:49:29,591
Kami kembali ke Boston.
Tajuk berita, "Cousy akan turun bermain?"

757
00:49:30,717 --> 00:49:33,220
COUSY CEDERA, TAPI CELTICS TETAP MENANG

758
00:49:33,303 --> 00:49:35,889
CELTICS MASIH BERTARING
WALAU TANPA COUSY

759
00:49:35,973 --> 00:49:38,809
PEMINAT AKAN BUKTIKAN
COUSY MASIH BINTANG

760
00:49:38,892 --> 00:49:40,560
Membesar di Boston,

761
00:49:40,644 --> 00:49:43,105
gandingan Russell-Cousy ini

762
00:49:43,188 --> 00:49:46,233
satu-satunya sukan profesional
yang berjaya

763
00:49:46,316 --> 00:49:48,151
di kejiranan saya.

764
00:49:51,196 --> 00:49:53,448
RUSSELL - HEBAT
HEINSOHN - LEBIH HEBAT

765
00:49:53,532 --> 00:49:55,158
COUSY - JAUH LEBIH HEBAT
18 MATA

766
00:49:57,828 --> 00:50:01,832
<i>Peminat Celtics makin ramai,</i>
<i>tapi Bill tetap tak dihargai.</i>

767
00:50:04,459 --> 00:50:07,754
Bill Russell tidak diberikan
penghargaan penuh

768
00:50:07,838 --> 00:50:11,133
yang selayaknya,
hanya kerana dia kulit Hitam.

769
00:50:11,216 --> 00:50:12,926
Semudah itu saja.

770
00:50:13,010 --> 00:50:16,346
Para penulis amat-amat biadab.

771
00:50:16,430 --> 00:50:18,849
Akhbar orang kulit putih

772
00:50:18,932 --> 00:50:20,767
yang terkenal berat sebelah,

773
00:50:20,851 --> 00:50:25,063
mengendalikan gelombang
pertama dan kedua lelaki kulit Hitam,

774
00:50:25,564 --> 00:50:27,441
sangat-sangat teruk.

775
00:50:28,358 --> 00:50:35,073
Ramai lelaki kulit putih gemar
guna kata nista dalam kalangan mereka.

776
00:50:35,157 --> 00:50:39,536
Saya pasti penulisan mereka
di mata umum terjejas. Sangat teruk.

777
00:50:40,078 --> 00:50:43,331
"Atlet kulit Hitam jahil.
Mereka hanya tahu bermain."

778
00:50:43,415 --> 00:50:46,918
"Mereka bukan intelektual.
Mereka boleh lari dan lompat. "

779
00:50:48,336 --> 00:50:50,756
Mereka merujuk anjung,

780
00:50:50,839 --> 00:50:54,051
misalnya, di Boston Garden
sebagai "syurga istilah-n".

781
00:50:54,134 --> 00:50:56,303
Cakap-cakap begini
biasa di ruang media.

782
00:50:56,386 --> 00:50:59,014
Tak ramai pemain kulit Hitam dalam liga.

783
00:50:59,097 --> 00:51:02,893
Ini permainan lelaki,
dengan penulis dan penonton kulit putih.

784
00:51:02,976 --> 00:51:05,312
Bandar ini tak "bersedia" untuk Bill.

785
00:51:06,021 --> 00:51:09,608
Kereta Bill pernah rosak dalam hujan,
dan tiada siapa bantu.

786
00:51:09,691 --> 00:51:13,612
Bukan mereka tak kenal.
Dia Bill Russell.

787
00:51:13,695 --> 00:51:17,908
Orang berlalu pergi, menyelarnya
dan bukan berhenti untuk bantu.

788
00:51:17,991 --> 00:51:20,077
Bayangkan kalau
kereta Larry Bird yang rosak.

789
00:51:20,160 --> 00:51:23,914
Pasti berduyun-duyun
merayu nak bantu Larry.

790
00:51:25,832 --> 00:51:29,211
<i>Jika Russell berdepan kekangan</i>
<i>di jalan-jalan Boston,</i>

791
00:51:29,294 --> 00:51:31,880
<i>dia akan berdepan serangan di gelanggang.</i>

792
00:51:33,381 --> 00:51:36,843
<i>Pada musim lalu,</i>
<i>Celtics menang kejuaraan NBA yang kedua,</i>

793
00:51:36,927 --> 00:51:38,720
<i>dan masalah mula timbul.</i>

794
00:51:40,388 --> 00:51:42,808
<i>Masalah itu ialah Wilt Chamberlain,</i>

795
00:51:42,891 --> 00:51:46,812
<i>yang buat Russell nampak rendah.</i>
<i>Tinggi Wilt the Stilt, 218 cm.</i>

796
00:51:50,273 --> 00:51:51,650
Saya bernasib baik.

797
00:51:51,733 --> 00:51:54,277
Saya mula menentang pemain pro

798
00:51:54,361 --> 00:51:58,281
semasa saya di sekolah menengah rendah
dan awal sekolah tinggi.

799
00:51:58,782 --> 00:52:01,159
Saya biasa mengalahkan mereka.

800
00:52:02,160 --> 00:52:05,664
Jadi saya tahu, saya mampu bermain
dalam liga profesional,

801
00:52:05,747 --> 00:52:07,082
walaupun semuda itu.

802
00:52:07,582 --> 00:52:10,836
Wilt Chamberlain mungkin atlet terhebat

803
00:52:10,919 --> 00:52:12,754
dalam mana-mana sukan semasa.

804
00:52:13,839 --> 00:52:16,800
Wilt seorang atlet super

805
00:52:16,883 --> 00:52:20,428
dengan ketinggian 218 cm dan 122 kg.

806
00:52:21,346 --> 00:52:25,225
Wilt ialah Shaq sebelum adanya Shaq,

807
00:52:25,308 --> 00:52:28,436
jika Shaq juga atlet peringkat Olimpik.

808
00:52:28,520 --> 00:52:31,314
Jika anda melebihi 213 cm dan 113 kg,

809
00:52:31,398 --> 00:52:34,067
saya akan menjangkakan
awak mendominasi jaring.

810
00:52:34,151 --> 00:52:35,694
Jika tiada Wilt,

811
00:52:35,777 --> 00:52:39,156
Magic, Bird, malah MJ juga takkan wujud.

812
00:52:40,991 --> 00:52:44,911
<i>Tawaran main bola keranjang pertama Wilt</i>
<i>bukannya dengan NBA.</i>

813
00:52:46,329 --> 00:52:47,622
<i>Tarikan baharu ketika itu,</i>

814
00:52:47,706 --> 00:52:51,501
<i>Harlem Globetrotters,</i>
<i>menarik 20% lebih peminat pada tahun 1958.</i>

815
00:52:51,585 --> 00:52:54,880
<i>Pasukan terkenal campuran</i>
<i>yang diasaskan oleh Abe Saperstein,</i>

816
00:52:54,963 --> 00:52:57,424
<i>meraih jutaan peminat serata dunia.</i>

817
00:52:58,717 --> 00:53:01,845
Sebagai budak kulit Hitam ketika itu,

818
00:53:01,928 --> 00:53:04,431
Harlem Globetrotters umpama syurga.

819
00:53:05,223 --> 00:53:09,144
<i>Wilt terima peranannya sebagai lelaki</i>
<i>waras di sebalik kegilaan Globetrotters.</i>

820
00:53:09,936 --> 00:53:13,148
Saya terima cek bernilai $100,000.

821
00:53:13,231 --> 00:53:17,402
Mereka tawar $100,000 untuk
ikuti jelajah mereka selama enam bulan.

822
00:53:17,485 --> 00:53:20,572
Orang macam awak
biasa dapat duit banyak begitu, tapi saya?

823
00:53:20,655 --> 00:53:24,159
Saya sanggup terjun
Bangunan Empire State untuk $100,000.

824
00:53:26,912 --> 00:53:29,372
Bagi datuk saya dan generasinya,

825
00:53:29,456 --> 00:53:32,542
Harlem Globetrotters jadi satu kebanggaan.

826
00:53:32,626 --> 00:53:36,838
Mereka jelajah negara,
sering kalahkan Washington Generals.

827
00:53:37,589 --> 00:53:41,176
Tapi, dalam kalangan
intelek kulit Hitam, ada yang mengkritik

828
00:53:41,259 --> 00:53:43,178
mereka ini hanyalah badut.

829
00:53:43,261 --> 00:53:46,681
Mereka dikatakan lanjutan Mantan Moreland

830
00:53:46,765 --> 00:53:49,809
dan watak Black Sambo yang lain.

831
00:53:50,560 --> 00:53:53,563
Bagi sebahagian penonton kulit Hitam,
mereka tak dianggap wira

832
00:53:53,647 --> 00:53:55,690
dan menyekat pencapaian
golongan kulit Hitam.

833
00:53:56,483 --> 00:54:00,111
<i>Pada tahun 1956,</i>
<i>Bill Russell dapat tawaran lumayan</i>

834
00:54:00,195 --> 00:54:02,906
<i>daripada Globetrotters</i>
<i>semasa masih di kolej.</i>

835
00:54:02,989 --> 00:54:06,618
Mereka berjumpa Bill
dan menawarkan peluang untuk buat duit.

836
00:54:06,701 --> 00:54:09,537
Namun, Russell tidak berminat.

837
00:54:10,121 --> 00:54:14,334
Ayah saya kata, "Anak saya
takkan bermain untuk Globetrotters."

838
00:54:14,417 --> 00:54:17,379
"Dia pemain bola keranjang
terbaik di dunia."

839
00:54:17,462 --> 00:54:18,922
"Dia bukan badut."

840
00:54:19,005 --> 00:54:22,884
"Kenapa saya nak terima
sedangkan saya atlet Olimpik?"

841
00:54:22,968 --> 00:54:23,885
"Saya juara."

842
00:54:23,969 --> 00:54:26,972
"Saya tak perlukannya
untuk pengiktirafan."

843
00:54:28,723 --> 00:54:31,476
<i>Begitu juga Wilt.</i>

844
00:54:31,559 --> 00:54:34,062
<i>Selepas kontrak Wilt</i>
<i>dengan Globetrotters tamat,</i>

845
00:54:34,145 --> 00:54:38,566
<i>dia menyertai NBA pada 1959</i>
<i>dengan pasukan Philadelphia Warriors.</i>

846
00:54:39,276 --> 00:54:42,988
Peminat bola keranjang
menantikan awak beraksi,

847
00:54:43,071 --> 00:54:46,241
terutamanya apabila bersaing
dengan pemain seperti Bill Russell.

848
00:54:46,324 --> 00:54:48,285
Awak sudah bersedia?

849
00:54:48,368 --> 00:54:50,704
Saya rasa saya mampu bermain

850
00:54:50,787 --> 00:54:53,039
dengan hampir sesiapa saja
dalam liga ini.

851
00:54:56,626 --> 00:54:59,504
<i>Warriors bangkit daripada</i>
<i>musim kekalahan,</i>

852
00:54:59,587 --> 00:55:01,798
<i>tapi kehadiran Wilt</i>
<i>beri mereka satu kelebihan.</i>

853
00:55:04,384 --> 00:55:09,723
Penyertaan pertama Wilt dalam liga,
dia mencipta hasil yang hebat.

854
00:55:11,016 --> 00:55:14,978
<i>Purata matanya 37</i>
<i>dan lantunannya 27 setiap permainan,</i>

855
00:55:15,478 --> 00:55:18,356
<i>dan Philadelphia tiba-tiba jadi pesaing.</i>

856
00:55:18,440 --> 00:55:20,483
<i>Wilt the Stilt makin menyengat.</i>

857
00:55:24,571 --> 00:55:26,323
Dia buat jaringan bila-bila saja.

858
00:55:26,406 --> 00:55:29,576
Dia lebih kuat dan lompatannya
lebih tinggi daripada orang lain.

859
00:55:29,659 --> 00:55:32,954
Kalau dia dapat buat jaringan,
tiada siapa dapat tahan.

860
00:55:33,038 --> 00:55:34,205
Memang mustahil.

861
00:55:36,791 --> 00:55:40,128
Pertembungan pertama kami
semasa musim biasa di Boston.

862
00:55:40,211 --> 00:55:41,796
RUSSELL BERDEPAN WILT

863
00:55:41,880 --> 00:55:44,841
<i>Tiket Garden laris</i>
<i>lama sebelum perlawanan,</i>

864
00:55:44,924 --> 00:55:47,510
<i>dan pentas penuh sebelum sesi panas badan.</i>

865
00:55:52,974 --> 00:55:55,226
PERLAWANAN PERTAMA BILL DAN WILT
7 NOV 1959

866
00:55:55,727 --> 00:55:59,522
Apabila pasukan Philadelphia
masuk gelanggang, penonton teruja.

867
00:56:00,648 --> 00:56:04,486
Amat bingit. Saya melihat tangannya
dan saya sedar.

868
00:56:04,569 --> 00:56:07,489
Dia boleh pegang bola
macam pegang besbol.

869
00:56:08,615 --> 00:56:12,535
Kami tahu pasti ada masalah
dan Russell akan berdepan masalah.

870
00:56:15,413 --> 00:56:17,874
Saya ingat tingginya lebih 13 cm.

871
00:56:19,125 --> 00:56:23,213
Saya pula tak pasti nak pandang mukanya
atau saya jangan angkat muka.

872
00:56:25,590 --> 00:56:28,385
Lalu, saya putuskan pandang ke depan.

873
00:56:29,803 --> 00:56:31,471
Jadi saya pandang dadanya.

874
00:56:32,514 --> 00:56:34,015
Itu tak boleh jadi.

875
00:56:39,396 --> 00:56:42,232
Dua pemain terhebat dalam era yang sama

876
00:56:42,315 --> 00:56:45,902
akan saling bersaing untuk kali pertama.

877
00:57:08,133 --> 00:57:09,759
<i>Wilt berjaya raih mata,</i>

878
00:57:09,843 --> 00:57:14,931
<i>mengendalikan Russell macam pemain lain,</i>
<i>tapi Russell bertahan.</i>

879
00:57:16,641 --> 00:57:19,811
Semasa era kami, dua pertahanan
kawal orang sebesar itu.

880
00:57:19,894 --> 00:57:24,399
Semua gambar yang dirakam menunjukkan
Russell kawal dia sendirian,

881
00:57:24,482 --> 00:57:26,943
jadi dia terpaksa guna sudut, ilmu fizik.

882
00:57:28,695 --> 00:57:32,031
Russell sedar yang dia takkan mampu

883
00:57:32,115 --> 00:57:35,785
halang Chamberlain
kecuali secara luar biasa.

884
00:57:36,995 --> 00:57:39,038
Bill akan menempatkan dirinya,

885
00:57:39,122 --> 00:57:41,541
cuba menghalang bola.

886
00:57:41,624 --> 00:57:46,921
Pada masa yang sama,
Wilt juga membuat pengiraannya,

887
00:57:47,005 --> 00:57:49,299
cuba menangkis tindakan Bill.

888
00:57:50,216 --> 00:57:52,469
Saya tahu saya tak dapat halang Wilt.

889
00:57:54,012 --> 00:57:58,349
Tapi saya boleh perlahankan aksinya.
Itu yang termampu dibuat.

890
00:58:00,018 --> 00:58:04,105
Saya meraih lebih 20 mata
dan 20 lantunan.

891
00:58:05,190 --> 00:58:09,694
Wilt bermain lebih baik,
20 lantunan dan 30 mata.

892
00:58:11,070 --> 00:58:13,573
Kami banyak disekat dan dihalang.

893
00:58:15,909 --> 00:58:18,745
Chamberlain menguasai perlawanan itu...

894
00:58:18,828 --> 00:58:20,038
SUARA RED AUERBACH

895
00:58:20,121 --> 00:58:22,248
...kecuali satu, memenanginya.

896
00:58:28,338 --> 00:58:29,547
WILT ENGGAN MENGALAH

897
00:58:31,716 --> 00:58:36,221
WILT DIHALANG RUSSELL
DALAM PERTEMBUNGAN DUA GERGASI NBA

898
00:58:50,443 --> 00:58:53,696
Pada awal tahun 60-an, NBA berharap
dapat tarik lebih ramai peminat

899
00:58:53,780 --> 00:58:56,241
menerusi jelajah awal musim
perlawanan pertunjukan.

900
00:58:56,741 --> 00:58:59,452
Pada 1961, Celtics dan Hawks

901
00:58:59,536 --> 00:59:01,871
bersetuju untuk berlawan
di Lexington, Kentucky.

902
00:59:03,164 --> 00:59:05,041
Tiketnya habis dijual!

903
00:59:05,124 --> 00:59:08,419
Kali pertama 10,000 orang
memenuhi stadium.

904
00:59:09,045 --> 00:59:12,840
<i>Pada pagi perlawanan,</i>
<i>Celtics mendaftar di Hotel Phoenix.</i>

905
00:59:13,341 --> 00:59:17,679
<i>Tapi Lexington, seperti kebanyakan</i>
<i>bandar di Selatan, masih amal pengasingan.</i>

906
00:59:18,263 --> 00:59:20,473
Kami turun ke lobi hotel

907
00:59:20,557 --> 00:59:23,476
dan pekerja kaunter memberitahu,

908
00:59:23,560 --> 00:59:25,812
yang orang Negro tidak dilayan di situ.

909
00:59:25,895 --> 00:59:28,648
Hotel yang sama, tapi
tak boleh makan makanan yang sama.

910
00:59:28,731 --> 00:59:30,149
Lalu, saya buat keputusan,

911
00:59:30,233 --> 00:59:33,736
dan mereka juga ikut serta,
tak mahu bermain.

912
00:59:33,820 --> 00:59:36,072
Saya beritahu Red yang kami nak balik.

913
00:59:36,155 --> 00:59:39,242
Tapi Red minta kami tunggu
kerana dia nak siasat.

914
00:59:40,410 --> 00:59:41,828
Arnold guna telefon,

915
00:59:41,911 --> 00:59:45,623
telefon pengurus kedai kopi
dan beritahu mereka ini tetamu.

916
00:59:45,707 --> 00:59:48,126
Tetamu mesti dilayan.

917
00:59:48,209 --> 00:59:53,381
Kami pun kembali ke lobi dan diberitahu
mereka diminta melayan kami.

918
00:59:54,507 --> 00:59:59,095
Russ kata, "Kami bergurau saja.
Kami tak menginap di hotel. "

919
00:59:59,178 --> 01:00:01,764
Mereka jawab,
"Kami tak dapat layan awak!"

920
01:00:01,848 --> 01:00:04,475
"Kami tak layan orang Negro di hotel."

921
01:00:04,559 --> 01:00:09,397
Akhirnya, kami berkemas dan beredar.

922
01:00:10,857 --> 01:00:11,941
Saya beritahu Red,

923
01:00:12,025 --> 01:00:15,820
saya mahu Celtics bermain,
tapi perlu faham dengan jelas,

924
01:00:15,903 --> 01:00:19,407
orang kulit Hitam kata,
"Kami takkan main dalam keadaan ini."

925
01:00:19,490 --> 01:00:21,701
Saya hubungi ahli pasukan lawan,

926
01:00:21,784 --> 01:00:25,038
dan beritahu pemain kulit Hitam
pasukan Celtics takkan bermain.

927
01:00:25,538 --> 01:00:30,001
Pemain kulit Hitam pasukan lawan juga
akhirnya tak mahu bermain.

928
01:00:31,586 --> 01:00:36,090
<i>Celtics melawan Hawks versi kulit putih</i>
<i>main di Lexington malam itu.</i>

929
01:00:36,758 --> 01:00:41,387
Media mendesak mereka digantung, didenda,

930
01:00:41,471 --> 01:00:44,599
kerana mengecewakan pasukan,
mencuri wang...

931
01:00:44,682 --> 01:00:47,226
kerana terima bayaran
tetapi tidak bermain.

932
01:00:47,310 --> 01:00:49,020
Bill telah menjelaskannya.

933
01:00:49,103 --> 01:00:52,273
"Jika hal itu berlaku lagi,
tindakan kami tetap sama."

934
01:00:52,357 --> 01:00:56,694
Dia masih sebahagian kumpulan pertama
pemain kulit Hitam.

935
01:00:56,778 --> 01:01:01,574
Dia sedar beban perkauman
yang ditanggungnya,

936
01:01:01,658 --> 01:01:05,328
untuk mewakili bukan setakat
dirinya, tapi satu komuniti.

937
01:01:06,579 --> 01:01:09,874
Atlet sedang menyalakan cahaya
dan membendungnya.

938
01:01:09,957 --> 01:01:11,793
Kami sudah ada platform kami sendiri.

939
01:01:11,876 --> 01:01:13,878
Insiden di restoran itu
tentu masuk Twitter.

940
01:01:13,961 --> 01:01:16,881
Kami akan tempelak jika tidak dilayan.

941
01:01:16,964 --> 01:01:19,884
Pasti akan disiarkan pada Twitter.

942
01:01:19,967 --> 01:01:20,968
Saya budak manja.

943
01:01:21,052 --> 01:01:24,430
Saya tak mengerti maksud
kalau ke hotel tetapi diberitahu,

944
01:01:24,514 --> 01:01:27,433
"Awak tak boleh tidur di sini
tapi di belakang."

945
01:01:27,517 --> 01:01:31,020
Saya tak mengerti kewujudan
air pancuran untuk "Kulit Putih Sahaja".

946
01:01:31,104 --> 01:01:33,648
Kebanyakan pemain dalam liga sekarang,

947
01:01:33,731 --> 01:01:37,402
takkan mampu lalui walau
sepersepuluh yang dilalui Bill.

948
01:01:40,363 --> 01:01:46,786
Ironinya, pada masa mereka
berdepan perkauman di luar gelanggang,

949
01:01:46,869 --> 01:01:50,498
pemain kulit Hitam
semakin menguasai bola keranjang.

950
01:01:51,666 --> 01:01:52,917
Menjelang awal 1960-an,

951
01:01:53,000 --> 01:01:56,129
NBA semakin mendapat tempat
dalam sukan perdana Amerika.

952
01:01:56,212 --> 01:01:59,090
Ini era perkembangan komersil yang hebat.

953
01:01:59,632 --> 01:02:01,926
Salah satu faktor penting ialah kehadiran

954
01:02:02,009 --> 01:02:04,637
bintang Afrika Amerika yang hebat ini.

955
01:02:04,721 --> 01:02:07,932
Oscar Robertson, Elgin Baylor.

956
01:02:08,015 --> 01:02:11,102
Mereka ini pemain
bola keranjang yang hebat.

957
01:02:11,894 --> 01:02:15,398
Pertambahan ramai atlet
kulit Hitam yang hebat dalam liga

958
01:02:15,481 --> 01:02:17,358
terus mengembangkan sukan ini.

959
01:02:18,651 --> 01:02:21,821
Mereka ini membawa
peningkatan dalam bola keranjang.

960
01:02:22,363 --> 01:02:26,826
Saya menggelarnya, estetika olahraga
kulit Hitam, cara mengekspresi diri.

961
01:02:32,290 --> 01:02:35,460
Wujud satu keghairahan umum
dengan persaingan baharu

962
01:02:35,543 --> 01:02:37,503
antara dua pemain utama kulit Hitam ini.

963
01:02:37,587 --> 01:02:40,715
Pihak media, peminat malah
semua pihak main peranan masing-masing.

964
01:02:40,798 --> 01:02:42,258
Perlawanan yang hebat.

965
01:02:42,341 --> 01:02:44,385
BILL: MENGAWAL WILT
UMPAMA PERGI BERPERANG

966
01:02:44,469 --> 01:02:45,970
GEMBIRA!

967
01:02:46,053 --> 01:02:49,849
NBA menggunakan Russell dan Wilt
untuk berjaya memasarkan sukan ini.

968
01:02:51,934 --> 01:02:54,312
Orang mula meminati sukan ini.

969
01:02:54,395 --> 01:02:58,608
Anda gelar gimik, kami gelar publisiti
untuk dapatkan penonton.

970
01:02:59,150 --> 01:03:01,736
Tiket di Boston dan Philadelphia laris.

971
01:03:02,612 --> 01:03:06,240
Media suka, dan dapat tarik orang ramai,

972
01:03:06,324 --> 01:03:09,869
tapi kami tak peduli rencana yang ditulis
kerana kami hanya nak menang.

973
01:03:10,703 --> 01:03:12,872
Sukar melawan Chamberlain.

974
01:03:15,374 --> 01:03:20,671
Wilt baru bermain beberapa tahun, tapi
dia pemain paling dominan dalam sejarah.

975
01:03:22,465 --> 01:03:24,675
Dia akan ambil alih permainan.

976
01:03:25,802 --> 01:03:31,098
Musim itu, mata puratanya ialah 50,
bagi setiap permainan.

977
01:03:31,766 --> 01:03:34,018
Boleh anda bayangkan 50?

978
01:03:34,101 --> 01:03:39,232
Saya berjaya melakukannya sekali sepanjang
13 tahun. Itu selepas empat lebih masa!

979
01:03:40,316 --> 01:03:45,696
<i>Mac 1962, ketika melawan New York Knicks,</i>
<i>Wilt atasi kemampuan dirinya,</i>

980
01:03:46,405 --> 01:03:49,575
<i>mencipta rekod yang ramai setuju</i>
<i>tidak akan diatasi.</i>

981
01:03:50,159 --> 01:03:52,119
<i>Dia mendapat 100 mata.</i>

982
01:03:53,412 --> 01:03:56,916
Selepas perlawanan itu, peminat
menantikan 100 mata setiap malam.

983
01:03:58,042 --> 01:04:03,339
Kepada umum, satu-satunya pencabar Wilt
ialah Bill Russell.

984
01:04:05,299 --> 01:04:07,635
<i>Naratif itu dimainkan pihak media,</i>

985
01:04:07,718 --> 01:04:10,972
<i>dan tekanannya</i>
<i>kepada dua pemain perkasa ini.</i>

986
01:04:12,431 --> 01:04:15,017
Bagi saya, pada setiap Ahad,

987
01:04:16,394 --> 01:04:19,522
kami akan dicabar dalam siaran TV negara.

988
01:04:19,605 --> 01:04:23,943
Jika saya bermain biasa-biasa,
saya akan kecundang.

989
01:04:24,026 --> 01:04:26,404
Wilt akan buat 60 atau 65 mata.

990
01:04:27,238 --> 01:04:30,241
Itulah persaingan Wilt dan Bill.

991
01:04:30,324 --> 01:04:34,579
Jangan bandingkannya dengan pemain
zaman sekarang. Era yang berbeza.

992
01:04:34,662 --> 01:04:38,624
Penonton tak dapat tentukan
siapa baik dan siapa tidak,

993
01:04:38,708 --> 01:04:41,627
kerana Chamberlain jauh lebih mesra.

994
01:04:41,711 --> 01:04:43,629
Dia lebih mudah didekati.

995
01:04:43,713 --> 01:04:46,757
Umpama, "Apa yang kami suka
tentang Negro kami."

996
01:04:46,841 --> 01:04:48,217
Tapi di penjuru ini pula,

997
01:04:48,301 --> 01:04:51,637
ada Bill Russell,
Negro yang kurang menyenangkan.

998
01:04:51,721 --> 01:04:54,807
"Kami tak tahu
jika dia sukakan kami." Faham?

999
01:04:56,392 --> 01:05:01,355
<i>Pada penghujung musim 1961-62,</i>
<i>Wilt cuba sekali lagi untuk</i>

1000
01:05:01,439 --> 01:05:04,358
<i>buktikan yang dia boleh mencari</i>
<i>kemenangan untuk Warriors</i>

1001
01:05:04,442 --> 01:05:06,152
<i>dan mengalahkan Celtics.</i>

1002
01:05:09,697 --> 01:05:12,533
Bill mungkin merupakan
bintang dalam eranya,

1003
01:05:12,617 --> 01:05:16,287
tapi cara pendekatannya
sebagai ahli pasukan.

1004
01:05:16,370 --> 01:05:20,249
Wilt pula megah sebagai
perseorangan yang menjaringkan 100 mata.

1005
01:05:20,333 --> 01:05:22,627
Baginya, buat apa saja,
tapi dia nak menang.

1006
01:05:22,710 --> 01:05:24,128
Pendekatan yang berbeza.

1007
01:05:24,962 --> 01:05:27,340
<i>Kedua-dua strategi itu berkesan.</i>

1008
01:05:27,423 --> 01:05:30,927
<i>Pasukan Bill mengalahkan Warriors</i>
<i>semasa pembukaan, tapi</i>

1009
01:05:31,010 --> 01:05:32,178
<i>dalam Pusingan Kedua,</i>

1010
01:05:32,261 --> 01:05:35,389
<i>jaringan Wilt yang berterusan</i>
<i>mengimbangkan siri.</i>

1011
01:05:35,473 --> 01:05:40,561
Saya hanya perlu mendisiplin diri
tidak terpengaruh dengan cara main Wilt.

1012
01:05:41,562 --> 01:05:44,649
Dalam siri itu,
Russell masuk ke bilik persalinan.

1013
01:05:44,732 --> 01:05:48,152
Dia mahu mengendalikan Wilt.

1014
01:05:48,235 --> 01:05:51,364
Dia perlu berusaha keras
untuk melakukannya

1015
01:05:51,447 --> 01:05:54,951
dan meminta pasukannya
cuba mendahului lawan.

1016
01:05:56,285 --> 01:06:00,373
Tujuannya, selepas bola
berjaya direbut, lompat di depan Wilt,

1017
01:06:00,456 --> 01:06:03,042
main di belakangnya, asak dia,

1018
01:06:03,125 --> 01:06:05,586
dan cuba sukarkan jaringannya,

1019
01:06:05,670 --> 01:06:09,632
untuk menyukarkan lagi
pergerakannya di gelanggang.

1020
01:06:09,715 --> 01:06:13,135
Untuk pengetahuan anda,
selepas strategi Russell berjaya,

1021
01:06:13,928 --> 01:06:16,597
Wilt seperti naik angin.

1022
01:06:17,181 --> 01:06:20,017
<i>Ada perbalahan di gelanggang,</i>
<i>Chamberlain jadi tumpuan.</i>

1023
01:06:20,101 --> 01:06:26,357
Wilt akhirnya memperoleh 35 mata,
tapi kami menang sebahagian perlawanan.

1024
01:06:26,440 --> 01:06:28,818
CELTICS MARA
SAM JONES, WILT BERBALAH

1025
01:06:28,901 --> 01:06:33,489
Statistik individunya
tak menyerlah berbanding Wilt.

1026
01:06:33,572 --> 01:06:35,783
Tapi kesimpulannya,

1027
01:06:35,866 --> 01:06:40,496
bagi Bill, cara permainan tidak penting,

1028
01:06:40,579 --> 01:06:41,872
atau berapa mata diperoleh,

1029
01:06:41,956 --> 01:06:45,084
asalkan akhirnya dapat berkata,
"Kita menang."

1030
01:06:47,086 --> 01:06:49,130
Apabila kedudukannya seri pada 3-3,

1031
01:06:49,755 --> 01:06:51,298
persaingan makin sengit.

1032
01:06:52,508 --> 01:06:55,636
<i>Apabila siri Divisyen Timur 1962 seri,</i>

1033
01:06:55,720 --> 01:06:59,724
<i>persaingan Chamberlain dan Russell</i>
<i>makin sengit dalam Pusingan Ketujuh.</i>

1034
01:07:00,725 --> 01:07:02,268
Chamberlain memang hebat.

1035
01:07:03,936 --> 01:07:07,773
Tapi daya saing Russell bak seekor singa.

1036
01:07:07,857 --> 01:07:11,610
Dia akan berusaha sedaya upaya
untuk memastikan kemenangan.

1037
01:07:11,694 --> 01:07:16,198
Di hujung pusingan,
paling sikit satu atau dua permainan.

1038
01:07:17,575 --> 01:07:19,660
Seperkara yang agak mengarut.

1039
01:07:20,244 --> 01:07:21,412
Di Boston,

1040
01:07:21,495 --> 01:07:24,290
kami amat yakin dengan Bill Russell.

1041
01:07:24,373 --> 01:07:26,959
<i>Wah, hebat betul permainan setakat ini!</i>

1042
01:07:27,043 --> 01:07:29,879
<i>Tinggal 13 saat dan kedudukan mata seri,</i>

1043
01:07:29,962 --> 01:07:32,256
<i>Celtics berpeluang untuk menamatkannya.</i>

1044
01:07:32,339 --> 01:07:35,926
<i>Cousy menggelecek ke kanan,</i>
<i>kemudian kembali ke tengah.</i>

1045
01:07:36,594 --> 01:07:39,680
<i>Heinsohn ke garisan belakang.</i>
<i>Jaringan kurang baik.</i>

1046
01:07:39,764 --> 01:07:42,892
Jaringan tak masuk.
Philadelphia merebut bola.

1047
01:07:43,476 --> 01:07:45,478
<i>Sekarang peluang Warriors</i>

1048
01:07:45,978 --> 01:07:49,982
<i>Rancangan mereka cuma satu.</i>
<i>Pastikan Wilt dapat bola.</i>

1049
01:07:51,025 --> 01:07:52,735
<i>Hebat cara permainan Russell!</i>

1050
01:07:52,818 --> 01:07:55,821
<i>Itulah petanda betapa Russell</i>
<i>mahu memenangi perlawanan.</i>

1051
01:07:55,905 --> 01:07:57,239
<i>Bola di tangan Boston.</i>

1052
01:07:59,533 --> 01:08:01,577
<i>Siri kini jadi taruhan,</i>

1053
01:08:01,660 --> 01:08:04,205
<i>Bill tahu pemainnya</i>
<i>untuk buat jaringan akhir.</i>

1054
01:08:05,915 --> 01:08:07,875
<i>Sam Jones ambil peluang.</i>

1055
01:08:09,710 --> 01:08:10,544
<i>Wah!</i>

1056
01:08:10,628 --> 01:08:14,131
<i>Masa tamat</i>
<i>dan Boston Celctics berjaya lagi!</i>

1057
01:08:17,009 --> 01:08:19,011
Bill Russell pernah berkata,

1058
01:08:19,095 --> 01:08:21,972
"Jika anda ingin jadi juara sendirian,

1059
01:08:22,056 --> 01:08:23,849
pergilah bermain tenis."

1060
01:08:23,933 --> 01:08:28,104
"Tapi jika anda ingin menang
sebagai keluarga, bergaullah

1061
01:08:28,187 --> 01:08:29,480
dengan rakan sepasukan."

1062
01:08:29,563 --> 01:08:34,819
CELTICS MENUMPASKAN WARRIORS
SEDIA LAWAN LOS ANGELES LAKERS

1063
01:08:34,902 --> 01:08:36,529
<i>Untuk memastikan kemenangan mereka,</i>

1064
01:08:36,612 --> 01:08:39,907
<i>Celtics terpaksa mengalahkan</i>
<i>musuh lama yang makin mantap.</i>

1065
01:08:40,407 --> 01:08:42,368
BOLA KERANJANG LAKERS
HARGA PERLAWANAN

1066
01:08:42,451 --> 01:08:45,663
<i>Lakers berpindah dari Minneapolis</i>
<i>ke Los Angeles</i>

1067
01:08:45,746 --> 01:08:48,791
<i>dengan dua bintang ternama.</i>

1068
01:08:52,461 --> 01:08:54,088
Saya Jerry West,

1069
01:08:54,171 --> 01:08:56,841
dan tugas saya dulu ialah...

1070
01:08:57,800 --> 01:09:00,386
Apa nama sukan
yang kita perlu gelecek bola itu?

1071
01:09:00,469 --> 01:09:01,595
Bola keranjang, ya.

1072
01:09:02,721 --> 01:09:06,267
<i>Hot Rod Hundley dikejar oleh Jerry West.</i>

1073
01:09:06,350 --> 01:09:08,894
<i>West cuba buat jaringan</i>
<i>dan berjaya lagi.</i>

1074
01:09:10,479 --> 01:09:14,817
Jerry seorang pemain penyerang yang hebat

1075
01:09:14,900 --> 01:09:17,695
yang sama hebatnya
sebagai pemain pertahanan.

1076
01:09:17,778 --> 01:09:19,613
Jerry West ialah pilihan terbaik,

1077
01:09:19,697 --> 01:09:23,701
salah seorang penjaring terbaik
dan pemain sengit dalam sejarah.

1078
01:09:24,785 --> 01:09:27,454
Dia dikenali di Los Angeles
sebagai En. Clutch.

1079
01:09:27,538 --> 01:09:31,625
Dia akhir permainan, jika Jerry
dapat bola, itu petanda yang baik.

1080
01:09:37,339 --> 01:09:40,509
Saya tak risau menentang Celtics.

1081
01:09:41,635 --> 01:09:44,096
Sebaliknya, mereka yang terpaksa
bersaing dengan saya.

1082
01:09:44,180 --> 01:09:47,433
Kami juga ada Elgin Baylor,
pemain yang hebat.

1083
01:09:47,933 --> 01:09:50,895
Tiada pemain hadapan
lebih baik daripada Elgin Baylor.

1084
01:09:50,978 --> 01:09:54,231
Orang tidak ingat betapa hebatnya Elgin.
Kemaraannya tak boleh disekat.

1085
01:09:54,315 --> 01:09:58,736
Elgin ialah Dr. J sebelum adanya Dr. J
dan Michael sebelum adanya Michael.

1086
01:10:01,280 --> 01:10:06,327
Dalam Pusingan Kelima Perlawanan Akhir
NBA '62, Baylor memacu pasukannya,

1087
01:10:06,410 --> 01:10:09,747
<i>dengan 61 mata, suatu rekod akhir.</i>

1088
01:10:10,456 --> 01:10:13,542
Dengan keyakinan untuk menang,
kita boleh melakukannya.

1089
01:10:13,626 --> 01:10:16,545
Semua pemain hebat ada keyakinan itu.

1090
01:10:17,880 --> 01:10:21,258
<i>Tiket ke Garden habis dijual</i>
<i>untuk perlawanan penamat ketujuh.</i>

1091
01:10:24,261 --> 01:10:29,433
Perlawanan ketujuh 1962 menentang Lakers
sering dirujuk sebagai perlawanan Selvy.

1092
01:10:29,516 --> 01:10:32,937
<i>Tinggal lima saat dan mata seri pada 100,</i>

1093
01:10:33,020 --> 01:10:34,647
<i>Lakers sedang menguasai.</i>

1094
01:10:35,648 --> 01:10:38,067
Selvy ialah pengawal kedua
dengan Jerry West.

1095
01:10:38,150 --> 01:10:40,110
Saya mengawal Selvy di separuh gelanggang,

1096
01:10:40,194 --> 01:10:43,739
dan Selvy lari daripada saya ke sudut.

1097
01:10:45,324 --> 01:10:47,826
Daripada sepuluh jaringan,
dia berjaya sembilan kali.

1098
01:10:47,910 --> 01:10:50,204
<i>Tiga saat, dua, dan Selvy menjaring!</i>

1099
01:10:50,913 --> 01:10:53,374
<i>Tak masuk, melantun... Masa tambahan!</i>

1100
01:10:55,167 --> 01:10:59,588
<i>Bill Russell terus melutut di gelanggang.</i>

1101
01:10:59,672 --> 01:11:03,467
<i>Dalam masa tambahan, Russell</i>
<i>berjaya memperoleh enam mata</i>

1102
01:11:03,550 --> 01:11:05,469
<i>untuk Celtics mendahului dengan tipis.</i>

1103
01:11:08,347 --> 01:11:11,850
<i>Sekarang, Baylor.</i>
<i>Penalti rasanya pada Frank Ramsey.</i>

1104
01:11:12,643 --> 01:11:16,397
<i>Frank keluar pada 23 mata.</i>
<i>Digantikan dengan Gene Guarilia.</i>

1105
01:11:17,606 --> 01:11:20,859
Gene Guarilia tak pernah dapat bermain.

1106
01:11:20,943 --> 01:11:22,236
Memang tak pernah.

1107
01:11:22,861 --> 01:11:26,156
Red tiada pilihan.
Dia tempatkan Guarilia dengan Elgin.

1108
01:11:26,240 --> 01:11:28,033
<i>Guarilia dikawal Baylor.</i>

1109
01:11:28,117 --> 01:11:30,953
<i>Baylor pusing, jaring, keluar.</i>
<i>Lantunan, Russell!</i>

1110
01:11:31,912 --> 01:11:35,040
<i>Guarilia mengawal Baylor.</i>
<i>Cubaan selinap oleh Selvy.</i>

1111
01:11:35,124 --> 01:11:36,583
<i>Lantunan, direbut Sam Jones!</i>

1112
01:11:39,378 --> 01:11:42,840
Guarilia terlalu gementar
sehingga tak bergerak.

1113
01:11:42,923 --> 01:11:46,385
Apabila Elgin mengacah,
dia tak bertindak tapi diam saja.

1114
01:11:46,885 --> 01:11:48,804
Buat Elgin buntu.

1115
01:11:48,887 --> 01:11:51,473
<i>Tak masuk. Lantunan. Penalti.</i>

1116
01:11:52,933 --> 01:11:55,686
<i>Baylor dikenakan penalti dan terkeluar.</i>

1117
01:11:56,186 --> 01:11:59,523
<i>Tepukan berdiri di Boston Garden</i>
<i>untuk Elgin Baylor.</i>

1118
01:12:01,025 --> 01:12:05,154
<i>Russell akan berjabat tangan</i>
<i>dengan pemain bola keranjang yang hebat,</i>

1119
01:12:05,237 --> 01:12:06,238
<i>Elgin Baylor.</i>

1120
01:12:06,947 --> 01:12:10,242
<i>Permainan kini dalam kawalan Celtics</i>
<i>dan Cousy atasi masa</i>

1121
01:12:10,326 --> 01:12:12,536
<i>dengan gelecek ikoniknya.</i>

1122
01:12:13,996 --> 01:12:16,540
<i>Dia sengaja biar masa berjalan,</i>

1123
01:12:16,623 --> 01:12:19,001
<i>dan masa tamat!</i>

1124
01:12:24,757 --> 01:12:27,343
Untuk Bill Russell, 30 mata,

1125
01:12:27,426 --> 01:12:30,971
dan 40, saya ulang, 40 lantunan.

1126
01:12:31,597 --> 01:12:33,932
Permainan bola keranjang yang hebat.

1127
01:12:35,309 --> 01:12:39,521
<i>Di bilik lokar, berlangsung</i>
<i>sambutan tradisi rendam dalam bir.</i>

1128
01:12:39,605 --> 01:12:41,857
<i>Kejuaraan kelima untuk Russell,</i>

1129
01:12:41,940 --> 01:12:44,943
<i>dan Celtics muncul sebagai dinasti.</i>

1130
01:12:45,569 --> 01:12:49,281
KEJUARAAN KELIMA DALAM ENAM TAHUN

1131
01:12:54,828 --> 01:12:59,875
Bagi Russell, ketika ini di tahun 1960-an,
inilah kehidupan Idaman Amerikanya.

1132
01:12:59,958 --> 01:13:01,335
Rumah di pinggir bandar,

1133
01:13:01,418 --> 01:13:04,254
tiga orang anak, isteri yang setia,

1134
01:13:04,338 --> 01:13:06,840
kerjaya yang baik, kereta yang hebat.

1135
01:13:06,924 --> 01:13:11,053
Bentuk kemewahan
bagi kehidupan yang makmur amnya.

1136
01:13:13,972 --> 01:13:18,268
<i>Bill dan Rose rasa lebih selesa</i>
<i>di kejiranan kulit putih di Reading,</i>

1137
01:13:18,352 --> 01:13:21,688
<i>dan penduduk Reading berbangga</i>
<i>dengan warganya yang ternama.</i>

1138
01:13:22,189 --> 01:13:25,734
<i>Pada musim bunga 1963,</i>
<i>Reading menganjurkan</i>

1139
01:13:25,818 --> 01:13:28,695
<i>satu bankuet khas</i>
<i>untuk menghargai Russell.</i>

1140
01:13:29,446 --> 01:13:33,450
<i>Ketahuilah semua bahawa pada mesyuarat</i>
<i>tahunan Reading pada Mac 1963</i>

1141
01:13:33,534 --> 01:13:37,454
<i>mendekrikan satu hari</i>
<i>ditetapkan sebagai Hari Bill Russell.</i>

1142
01:13:37,538 --> 01:13:40,916
<i>Malam ini kami memberikan penghormatan</i>
<i>kepada Bill, Rose dan keluarganya</i>

1143
01:13:40,999 --> 01:13:45,295
<i>di Reading untuk anda, bukan kerana</i>
<i>sebagai pemain bola keranjang sahaja,</i>

1144
01:13:45,796 --> 01:13:51,301
<i>tapi sebagai ahli sukan, atlet, bapa,</i>
<i>lelaki yang mementingkan keluarga...</i>

1145
01:13:51,844 --> 01:13:54,805
<i>Sebagai penduduk lama di Reading,</i>

1146
01:13:54,888 --> 01:13:58,642
<i>suka saya menganggap</i>
<i>bahawa ciri yang menyerlah</i>

1147
01:13:58,725 --> 01:13:59,852
<i>ialah kejiranan...</i>

1148
01:13:59,935 --> 01:14:03,689
<i>Pn. Russell, saya sangat berbesar hati</i>

1149
01:14:03,772 --> 01:14:05,149
<i>dan ini penghormatan...</i>

1150
01:14:05,232 --> 01:14:07,568
<i>Penghormatan kepada bangsanya, manusia.</i>

1151
01:14:08,152 --> 01:14:11,238
<i>...dan dapat makan</i>
<i>bersama saudara dan Pn. Russell.</i>

1152
01:14:11,321 --> 01:14:13,699
<i>Kita jemput En. Russell untuk berucap.</i>

1153
01:14:14,950 --> 01:14:16,160
<i>Terima kasih.</i>

1154
01:14:17,494 --> 01:14:20,747
<i>Ya, saya gementar lagi malam ini,</i>
<i>amat gementar.</i>

1155
01:14:20,831 --> 01:14:24,501
<i>Saya lebih rela berdepan Chamberlain</i>
<i>sepuluh kali berbanding beri ucapan.</i>

1156
01:14:25,002 --> 01:14:27,045
<i>Saya tak tahu nak mula dari mana.</i>

1157
01:14:27,129 --> 01:14:29,840
<i>Tapi seikhlasnya saya ingin katakan</i>

1158
01:14:29,923 --> 01:14:31,925
<i>semua ini agak keterlaluan bagi saya</i>

1159
01:14:32,509 --> 01:14:35,846
<i>melihat begitu ramai</i>
<i>yang dikasihi hadir pada malam ini.</i>

1160
01:14:35,929 --> 01:14:39,808
<i>Saya terasa bahawa hidup saya</i>
<i>tidaklah sia-sia sebenarnya.</i>

1161
01:14:39,892 --> 01:14:44,688
<i>Sejujurnya, saya tak rasa</i>
<i>warga di sini tahu kewujudan saya.</i>

1162
01:14:45,772 --> 01:14:49,651
<i>Peristiwa ini akan jadi kenangan saya,</i>

1163
01:14:50,444 --> 01:14:53,113
<i>dan saya berharap dapat menjalani hidup</i>

1164
01:14:53,655 --> 01:14:56,742
<i>yang akan membuat anda</i>
<i>sentiasa senang dengan saya.</i>

1165
01:14:56,825 --> 01:14:59,495
<i>Saya amat menghargainya. Terima kasih.</i>

1166
01:15:01,955 --> 01:15:03,165
Russell terharu.

1167
01:15:03,248 --> 01:15:06,752
Dia merasakan bahawa akhirnya
dia diterima di tempat tinggalnya.

1168
01:15:06,835 --> 01:15:09,630
Lalu dia memutuskan
untuk terus menetap di Reading.

1169
01:15:09,713 --> 01:15:13,509
Rumah mereka juga sudah makin kecil
dan tiba masanya mencari yang lain.

1170
01:15:13,592 --> 01:15:16,386
Russell mahu mencari rumah lebih agam
di sebelah barat.

1171
01:15:16,887 --> 01:15:18,305
<i>Kurang sebulan kemudian,</i>

1172
01:15:18,388 --> 01:15:22,518
<i>khabar angin tersebar</i>
<i>saya hendak beli rumah lain di Reading.</i>

1173
01:15:22,601 --> 01:15:24,853
<i>Jiran-jiran di sana galak membantah.</i>

1174
01:15:24,937 --> 01:15:27,064
<i>Sebagai seorang atlet, selebriti,</i>

1175
01:15:27,147 --> 01:15:31,818
<i>memang bangga adanya saya di sana,</i>
<i>tapi jangan tinggal dekat saya.</i>

1176
01:15:32,486 --> 01:15:34,571
<i>Rose pulang menangis kesedihan</i>

1177
01:15:34,655 --> 01:15:37,783
<i>melihatkan penduduk tandatangan</i>
<i>petisyen membantah jualan. </i>

1178
01:15:37,866 --> 01:15:40,953
<i>Rose minta saya lupakan niat</i>
<i>membeli rumah.</i>

1179
01:15:41,036 --> 01:15:42,621
<i>Jiran tak terima kami.</i>

1180
01:15:42,704 --> 01:15:45,832
<i>Saya balas yang saya beli rumah</i>
<i>dan bayar ansurannya.</i>

1181
01:15:45,916 --> 01:15:48,835
<i>Saya tidak peduli pendapat orang lain.</i>

1182
01:15:48,919 --> 01:15:53,090
<i>Rose risau tiada orang nak berkawan</i>
<i>dengan anak-anak serta mungkin dicemuh.</i>

1183
01:15:53,173 --> 01:15:54,007
<i>Kata Rose.</i>

1184
01:15:56,552 --> 01:15:58,595
<i>Saya memikirkan anak-anak.</i>

1185
01:15:58,679 --> 01:16:02,182
<i>Jika saya terima cara penduduk Reading,</i>
<i>jatuh maruah saya.</i>

1186
01:16:02,266 --> 01:16:05,102
<i>Saya enggan akur</i>
<i>tentang pilihan tempat tinggal saya.</i>

1187
01:16:06,061 --> 01:16:10,065
Meskipun Russell menang banyak kejuaraan
dan jadi lebih terkenal,

1188
01:16:10,148 --> 01:16:14,403
dia tahu kemenangannya bukan
untuk melindunginya daripada perkauman.

1189
01:16:20,117 --> 01:16:24,037
<i>Sepanjang hayat, saya berdepan</i>
<i>kecenderungan budaya kulit putih ini.</i>

1190
01:16:24,121 --> 01:16:25,664
<i>Wujud di merata-rata.</i>

1191
01:16:25,747 --> 01:16:27,874
Suatu cara kehidupan serba baharu.

1192
01:16:27,958 --> 01:16:31,253
<i>Di perpustakaan,</i>
<i>rancangan televisyen, pada wajah orang.</i>

1193
01:16:32,504 --> 01:16:34,881
<i>Kita ada peluang yang baik untuk berjaya.</i>

1194
01:16:36,133 --> 01:16:38,302
<i>Kehebatan anda secantik anda.</i>

1195
01:16:39,928 --> 01:16:42,472
Sukar jadi popular
kalau tak tahu berpakaian.

1196
01:16:44,766 --> 01:16:47,102
<i>Itulah kecantikan sebenar.</i>

1197
01:16:50,689 --> 01:16:52,733
<i>Ada beberapa tindakan orang kulit putih</i>

1198
01:16:52,816 --> 01:16:55,485
<i>tanpa mendedahkan sikap prejudis</i>
<i>yang boleh menyerang saya.</i>

1199
01:16:57,279 --> 01:17:01,116
<i>Puas saya berusaha menangkis</i>
<i>kecenderungan dalam pelbagai bentuk.</i>

1200
01:17:02,200 --> 01:17:05,287
<i>Sikap saya selalu bertahan,</i>
<i>macam dalam bola keranjang.</i>

1201
01:17:06,580 --> 01:17:08,206
<i>Saya teringin nak menyerang pula.</i>

1202
01:17:10,584 --> 01:17:15,339
Evolusi yang dilalui Russell tak jauh
bezanya dengan golongan kulit Hitam lain

1203
01:17:15,422 --> 01:17:18,091
yang gigih berusaha, kemudian terfikir,

1204
01:17:18,175 --> 01:17:22,721
wajar memanfaatkan kedudukan untuk bantah
perbuatan terhadap komuniti sendiri.

1205
01:17:24,139 --> 01:17:27,851
Kami sepatutnya boleh bersuara
dan bukan sekadar buat pencapaian.

1206
01:17:31,021 --> 01:17:37,110
Inilah permulaan serangan besar-besaran

1207
01:17:37,778 --> 01:17:41,657
terhadap sistem pengasingan
dan diskriminasi.

1208
01:17:42,366 --> 01:17:46,453
<i>Pada tahun 1963, dengan bangkitnya</i>
<i>pergerakan hak asasi,</i>

1209
01:17:46,536 --> 01:17:49,331
<i>Russell memperkuat komitmennya</i>
<i>terhadap pergelutan itu.</i>

1210
01:17:51,375 --> 01:17:54,461
Satu rapat umum berlangsung,
dan Russell ketuai perarakan

1211
01:17:54,544 --> 01:17:57,798
dari Roxbury, sebuah kejiranan kulit Hitam
ke bandar Boston.

1212
01:18:19,111 --> 01:18:21,613
<i>Tak lama kemudian,</i>
<i>Pusat Beli-belah di DC,</i>

1213
01:18:21,697 --> 01:18:24,783
<i>jadi tapak perarakan terbesar</i>
<i>dalam sejarah negara.</i>

1214
01:18:24,866 --> 01:18:27,119
IBU PEJABAT DC
PERARAKAN WASHINGTON

1215
01:18:27,202 --> 01:18:30,789
<i>Mereka diiringi golongan kulit putih</i>
<i>yang simpati dari serata negara.</i>

1216
01:18:30,872 --> 01:18:34,543
<i>Matlamat utama mereka,</i>
<i>program hak asasi yang lengkap.</i>

1217
01:18:35,877 --> 01:18:39,923
Tiada henti atau aman di Amerika

1218
01:18:40,882 --> 01:18:43,885
selagi golongan Negro
diberikan hak kewarganegaraannya.

1219
01:18:45,178 --> 01:18:48,849
Pada bulan Mac di Washington,
saya menginap di hotel yang sama

1220
01:18:48,932 --> 01:18:51,059
dengan Paderi Martin Luther King.

1221
01:18:51,143 --> 01:18:53,895
Kami bertemu di lobi dan berbual ringkas.

1222
01:18:53,979 --> 01:18:57,357
Dia mengajak saya naik ke pentas
semasa dia berucap.

1223
01:18:57,441 --> 01:18:59,484
Namun saya menolak dengan baik.

1224
01:19:01,319 --> 01:19:05,949
Saya menolak kerana
mereka sudah berusaha sekian lama

1225
01:19:06,032 --> 01:19:09,870
untuk menganjurkan rapat umum itu,
sedangkan saya tak buat apa.

1226
01:19:09,953 --> 01:19:12,956
Jadi, saya rasa tak wajar
untuk saya naik ke pentas

1227
01:19:13,039 --> 01:19:15,834
dan menyampaikan apa yang telah dilakukan.

1228
01:19:16,334 --> 01:19:17,878
Saya duduk di depan.

1229
01:19:19,004 --> 01:19:22,174
Kami anggap perhimpunan itu
satu perkelahan, tapi orang jadi takut.

1230
01:19:22,924 --> 01:19:25,552
Petugas keselamatan mengepung bandar.

1231
01:19:25,635 --> 01:19:29,222
Bekalan darah ditambah kerana
bimbang berlaku pertumpahan darah.

1232
01:19:29,306 --> 01:19:32,017
Untuk sertai Perarakan Washington,
menuntut keberanian.

1233
01:19:33,894 --> 01:19:37,439
Saya rasa era
Russell bermain bola keranjang...

1234
01:19:38,148 --> 01:19:40,275
...dunia dalam situasi yang berbeza.

1235
01:19:40,358 --> 01:19:44,821
Ketika itu bukan tentang
"hilang pekerjaan atau kerjaya",

1236
01:19:44,905 --> 01:19:46,406
tapi "hilang nyawa".

1237
01:19:46,907 --> 01:19:49,284
Saya menerima panggilan ancaman,

1238
01:19:49,367 --> 01:19:53,288
saya diancam bunuh,
rumah saya akan diletupkan.

1239
01:19:54,498 --> 01:19:57,375
Bagi saya, kalau dah masanya,
saya bersedia.

1240
01:19:57,459 --> 01:20:00,086
BERITA CBS
KENYATAAN MANGSA BUNUH

1241
01:20:01,004 --> 01:20:05,675
Medgar Evers mengabdikan sembilan tahun
hidupnya memerangi perkauman.

1242
01:20:05,759 --> 01:20:07,761
Kini, dia tumpas dalam pertarungan itu.

1243
01:20:07,844 --> 01:20:11,181
Berusia 37 tahun,
seorang veteran Perang Dunia II

1244
01:20:11,264 --> 01:20:14,601
dia muncul sebagai korban pergelutan Negro
untuk menamatkan pengasingan.

1245
01:20:18,522 --> 01:20:20,941
Apabila Medgar Evers ditembak,

1246
01:20:21,525 --> 01:20:26,571
upacara peringatan untuknya
diadakan di Boston Common.

1247
01:20:27,364 --> 01:20:30,033
Saya duduk di sebelah adiknya,
Charlie Evers,

1248
01:20:30,116 --> 01:20:33,537
dan mengusulkan nombor saya
untuk dihubungi jika dia perlu bantuan.

1249
01:20:34,246 --> 01:20:39,793
Pada musim panas berikutnya,
dia hubungi saya meminta bantuan.

1250
01:20:39,876 --> 01:20:43,630
Dia minta saya anjurkan klinik
bola keranjang di Jackson, Mississippi,

1251
01:20:43,713 --> 01:20:46,675
sebagai cara menunjukkan keprihatinan.

1252
01:20:50,053 --> 01:20:53,849
JACKSON, MISSISSIPPI

1253
01:20:53,932 --> 01:20:57,894
Tahun 1964 di Mississippi,
masih berlaku pertumpahan darah,

1254
01:20:57,978 --> 01:21:01,731
maksud saya, keadaannya menyedihkan.

1255
01:21:01,815 --> 01:21:05,527
Jika Majlis Warga Putih, Ku Klux Klan,

1256
01:21:05,610 --> 01:21:10,115
dan beberapa kumpulan
memelihara golongan putih,

1257
01:21:10,198 --> 01:21:14,327
saya tak ingat nama sebenarnya,
mereka tak mahu semua ini.

1258
01:21:14,411 --> 01:21:16,079
Jika dibenarkan,

1259
01:21:16,580 --> 01:21:19,374
mereka sanggup membunuh.

1260
01:21:19,457 --> 01:21:25,088
Charlie berjanji
yang saya akan dilindungi.

1261
01:21:26,965 --> 01:21:28,091
Saya terima.

1262
01:21:29,342 --> 01:21:33,471
Bill terpaksa beritahu pasukannya

1263
01:21:33,555 --> 01:21:36,308
yang dia akan ke Mississippi.

1264
01:21:36,391 --> 01:21:39,561
Ada yang komen tempat itu sangat bahaya.

1265
01:21:40,145 --> 01:21:43,148
Tapi Cousy atau Sharman membalas,

1266
01:21:43,231 --> 01:21:46,109
bahawa dia akan selamat
dan jangan menonjol sangat.

1267
01:21:46,192 --> 01:21:52,532
Ini individu yang
baru menang kejuaraan NBA,

1268
01:21:53,033 --> 01:21:56,369
MVP dan macam-macam lagi.
Tinggi, berkulit Hitam, ada janggut

1269
01:21:56,453 --> 01:22:00,165
ke Mississippi semasa <i>Freedom Summer,</i>
nak suruh jangan menonjol?

1270
01:22:00,248 --> 01:22:03,043
Russell sedar ketika itu dia dalam bahaya.

1271
01:22:06,755 --> 01:22:09,507
Apa tujuan En. Russell
datang ke Mississippi?

1272
01:22:09,591 --> 01:22:13,136
En. Evers mengundang saya datang
beberapa hari lalu,

1273
01:22:13,219 --> 01:22:17,807
dan saya dah lama kenal dia.
Jadi, saya suka dapat datang.

1274
01:22:17,891 --> 01:22:21,227
Saya mengikuti situasi di sini,

1275
01:22:21,311 --> 01:22:24,314
dan ini sebahagian daripada hidup saya.

1276
01:22:26,441 --> 01:22:30,362
Tujuan utama saya di sini
untuk mengadakan klinik bola keranjang.

1277
01:22:30,862 --> 01:22:34,407
Adakah En. Russell rasa kehadiran ini
akan mengurangkan masalah?

1278
01:22:34,491 --> 01:22:37,285
Saya berharap dan tentunya
tidak mahu mengeruhkan keadaan.

1279
01:22:37,911 --> 01:22:41,998
Adakah boleh digalakkan anak kulit putih
bermain bola keranjang dengan anak Negro?

1280
01:22:42,540 --> 01:22:44,459
Saya rasa boleh. Apa salahnya?

1281
01:22:45,126 --> 01:22:46,962
Orang putih kawan anak saya.

1282
01:22:47,045 --> 01:22:48,838
- Tiada cedera.
- Belum lagi.

1283
01:22:50,048 --> 01:22:51,758
- Hingga jumpa lagi.
- Terima kasih.

1284
01:22:52,550 --> 01:22:55,053
<i>Russell menjalankan kliniknya di Jackson</i>

1285
01:22:55,136 --> 01:22:56,930
<i>walaupun nyawanya diancam.</i>

1286
01:22:57,013 --> 01:23:00,058
<i>Keadaan terlalu bahaya untuk bergerak,</i>

1287
01:23:00,141 --> 01:23:03,228
<i>lalu Russell terpaksa</i>
<i>memendekkan kunjungannya.</i>

1288
01:23:03,311 --> 01:23:06,147
<i>Namun, dia telah masuk kandang harimau</i>

1289
01:23:06,231 --> 01:23:09,526
<i>dan lantang bersuara</i>
<i>tentang keganasan perkauman.</i>

1290
01:23:14,656 --> 01:23:18,201
<i>Gerakan hak sivil hari ini sudah lemah.</i>

1291
01:23:18,284 --> 01:23:21,538
<i>Kita mengabaikan faktor</i>
<i>bahawa itu tanggungjawab kita</i>

1292
01:23:21,621 --> 01:23:26,710
<i>untuk membetulkan kesilapan tiga abad</i>
<i>dalam dua atau tiga tahun.</i>

1293
01:23:26,793 --> 01:23:29,754
<i>Keseluruhan proses pemikiran</i>
<i>perlu dibetulkan</i>

1294
01:23:29,838 --> 01:23:33,383
<i>dan kita ada dua atau tiga tahun</i>
<i>untuk mencapai matlamat itu.</i>

1295
01:23:33,466 --> 01:23:37,345
<i>Pemahaman mereka yang berjuang</i>
<i>mesti ditingkatkan.</i>

1296
01:23:37,429 --> 01:23:38,430
<i>Inilah orang-orangnya,</i>

1297
01:23:38,513 --> 01:23:41,808
<i>kulit putih, golongan Negro</i>
<i>yang menguasai medan tempur</i>

1298
01:23:41,891 --> 01:23:45,979
<i>hari demi hari dan malam berganti malam</i>
<i>itulah wira sebenar.</i>

1299
01:23:46,062 --> 01:23:49,566
<i>Hak asasi manusia sama rumitnya</i>
<i>dengan masalah politik lain.</i>

1300
01:23:49,649 --> 01:23:51,985
<i>Kita sama-sama akan sokong</i>
<i>hanya satu elemen</i>

1301
01:23:52,068 --> 01:23:54,279
<i>iaitu masalah ini perlu diselesaikan.</i>

1302
01:24:02,996 --> 01:24:07,959
<i>Dalam kemelut budaya Amerika,</i>
<i>Celtics berdepan peralihan besar.</i>

1303
01:24:09,210 --> 01:24:12,130
<i>Bob Cousy, Houdini di gelanggang,</i>

1304
01:24:12,213 --> 01:24:14,966
<i>kapten pasukan dan pemain paling popular,</i>

1305
01:24:15,050 --> 01:24:17,260
<i>bersiap untuk musim terakhirnya.</i>

1306
01:24:19,054 --> 01:24:21,181
SELAMAT JALAN BOB COUSY

1307
01:24:21,264 --> 01:24:25,643
Pada tahun Cousy nak bersara,
dia umumkan kepada pasukan.

1308
01:24:25,727 --> 01:24:28,730
Kami mahu pastikan itu
tahun kejuaraan kami.

1309
01:24:29,606 --> 01:24:34,861
<i>Musim 1962-1963</i>
<i>adalah untuk meraikan Bob Cousy,</i>

1310
01:24:34,944 --> 01:24:37,697
<i>dengan sambutan penghargaan</i>
<i>di setiap bandar Celtics bermain.</i>

1311
01:24:38,364 --> 01:24:40,241
Sepanduk dipasang di serata Garden,

1312
01:24:40,325 --> 01:24:43,453
"Kami sayang Cousy."
"Kami akan rindu Cous."

1313
01:24:44,245 --> 01:24:47,165
Kami berharap Cousy
akan bersara sebagai juara.

1314
01:24:47,248 --> 01:24:51,252
Mungkin saya mahukan kejuaraan
sama seperti kali pertama dulu.

1315
01:24:52,504 --> 01:24:56,841
<i>Pasukan berhempas-pulas</i>
<i>supaya kejuaraan ini milik Cousy.</i>

1316
01:24:57,342 --> 01:24:58,968
<i>Mereka berjaya ke pusingan akhir,</i>

1317
01:24:59,052 --> 01:25:01,721
<i>dan bertemu seteru lama yang berdendam.</i>

1318
01:25:03,014 --> 01:25:04,516
<i>Celtics sedang menyasarkan</i>

1319
01:25:04,599 --> 01:25:08,269
<i>Kejohanan Dunia kelima berturut-turut</i>
<i>yang belum pernah terjadi.</i>

1320
01:25:08,353 --> 01:25:11,648
<i>Celtics gagal memantapkan</i>
<i>kedudukan siri di Boston.</i>

1321
01:25:11,731 --> 01:25:16,027
<i>Kini mereka di depan dengan 3-2</i>
<i>di Los Angeles untuk Pusingan Keenam.</i>

1322
01:25:17,153 --> 01:25:19,823
Lebih dramatik kerana keadaan,

1323
01:25:19,906 --> 01:25:24,327
tahun terakhir, penamat kerjaya
dan Kejuaraan Dunia jadi taruhan.

1324
01:25:25,620 --> 01:25:28,873
<i>Jika Cousy gementar</i>
<i>tentang perlawanan terakhir kerjayanya,</i>

1325
01:25:28,957 --> 01:25:30,333
<i>gaya permainannya masih hebat.</i>

1326
01:25:31,501 --> 01:25:33,253
<i>Cousy menghantar kepada Russell.</i>

1327
01:25:34,712 --> 01:25:37,715
<i>Hantaran jauh kepada Sanders. Lihat!</i>

1328
01:25:38,716 --> 01:25:40,468
<i>Cousy mantap separuh pertama,</i>

1329
01:25:40,552 --> 01:25:43,304
<i>meletakkan Celtics jauh di depan.</i>

1330
01:25:44,514 --> 01:25:47,851
<i>Itu penamat separuh pertama</i>
<i>dengan mata...</i>

1331
01:25:47,934 --> 01:25:50,937
<i>Strategi Celtics yang disempurnakan</i>
<i>oleh Cousy dan Russell</i>

1332
01:25:51,020 --> 01:25:54,274
<i>selama tujuh tahun berjalan tanpa cela.</i>

1333
01:25:55,191 --> 01:25:57,318
<i>Krebs mengawal Russell, dan Baylor…</i>

1334
01:25:57,819 --> 01:26:01,990
<i>Tetapi, pada awal suku keempat</i>
<i>ketika Boston di depan 92-83,</i>

1335
01:26:02,073 --> 01:26:03,158
<i>Cousy jatuh.</i>

1336
01:26:04,784 --> 01:26:06,035
<i>Cousy tercedera!</i>

1337
01:26:06,119 --> 01:26:09,622
<i>Nampaknya buku lali kiri Cousy tercedera.</i>

1338
01:26:09,706 --> 01:26:12,709
<i>Ini mungkin satu tamparan</i>
<i>kepada Boston Celtics.</i>

1339
01:26:13,251 --> 01:26:15,920
Dalam 13 tahun,
itu kali pertama saya cedera teruk.

1340
01:26:16,004 --> 01:26:19,090
Seboleh-bolehnya, saya mahu
menamatkan kerjaya di gelanggang.

1341
01:26:19,174 --> 01:26:22,010
<i>Nampaknya kecederaan Cousy agak serius,</i>

1342
01:26:22,093 --> 01:26:23,469
<i>cara dia dibawa keluar...</i>

1343
01:26:23,553 --> 01:26:27,557
Kami sedar, tanpa Cousy,
akan jadi masalah.

1344
01:26:29,184 --> 01:26:31,686
<i>West ke tengah dan berjaya rebut bola!</i>

1345
01:26:33,688 --> 01:26:36,232
<i>Russell mengawal Baylor,</i>
<i>tapi dia berjaya lepas!</i>

1346
01:26:38,109 --> 01:26:41,779
Tanpa Bob Cousy,
rentak permainan mula berterabur,

1347
01:26:41,863 --> 01:26:43,531
dan kami mula dibelasah.

1348
01:26:44,949 --> 01:26:47,493
Kami tahu pasukan lawan kami lebih bagus,

1349
01:26:47,577 --> 01:26:50,663
tapi kami sangka kami akan menang.
Kami ada peluang.

1350
01:26:53,833 --> 01:26:56,419
<i>Auerbach mundar-mandir</i>
<i>di tepi gelanggang.</i>

1351
01:26:57,962 --> 01:27:02,258
<i>Tinggal empat minit, dan Celtics</i>
<i>di depan hanya satu mata</i>

1352
01:27:02,342 --> 01:27:04,219
<i>apabila yang tak disangka berlaku.</i>

1353
01:27:06,429 --> 01:27:08,306
<i>Bob Cousy kembali!</i>

1354
01:27:08,932 --> 01:27:10,934
Buddy LeRoux, pelatih terkenal kami,

1355
01:27:11,017 --> 01:27:14,479
letak ais sehingga saya rasa dapat

1356
01:27:14,562 --> 01:27:16,522
kembali ke perlawanan dan tamatkannya.

1357
01:27:19,108 --> 01:27:21,736
<i>Celtics dengan tenaga baharu</i>
<i>mengukuhkan kedudukan.</i>

1358
01:27:24,572 --> 01:27:27,867
<i>Dalam saat-saat akhir,</i>
<i>Cousy menguasai bola.</i>

1359
01:27:28,368 --> 01:27:29,577
<i>Satu saat tinggal.</i>

1360
01:27:29,661 --> 01:27:31,579
<i>Cousy melontar bola tinggi di udara</i>

1361
01:27:31,663 --> 01:27:34,415
<i>dan Boston Celtics sahih Juara Dunia!</i>

1362
01:27:34,499 --> 01:27:36,125
<i>Itulah penamat perlawanan.</i>

1363
01:27:37,085 --> 01:27:39,212
LAKERS 109 - CELTICS 112

1364
01:27:41,798 --> 01:27:44,509
<i>Kejuaraan keenam mereka dalam tujuh musim.</i>

1365
01:27:45,009 --> 01:27:47,845
Saya sangat bertuah dalam 13 tahun saya,

1366
01:27:47,929 --> 01:27:50,265
dan Tuhan memakbulkan hajat terakhir saya.

1367
01:27:50,765 --> 01:27:53,810
- Benar.
- Persaraan yang manis. Ya Tuhan!

1368
01:27:53,893 --> 01:27:55,228
Saya suka, hebat.

1369
01:27:55,895 --> 01:28:00,483
Saya selalu anggap Cousy
rakan sepasukan hampir tepat.

1370
01:28:01,442 --> 01:28:02,986
Ketika memeluk Russ,

1371
01:28:03,069 --> 01:28:05,780
kita mahu berkongsi kegembiraan
dengan sahabat kita.

1372
01:28:09,742 --> 01:28:13,246
Bolehlah dikatakan,
jika saya perlu mengulang semula,

1373
01:28:13,997 --> 01:28:16,916
saya hanya boleh bayangkan
main dengan Boston sahaja.

1374
01:28:25,383 --> 01:28:27,343
Tahun ini, saya banyak kali ditanya

1375
01:28:27,427 --> 01:28:30,138
apa yang saya akan rindu
tentang tidak lagi bermain.

1376
01:28:30,847 --> 01:28:34,475
Pada hari persaraan Cousy,
semasa berucap dalam tangisan,

1377
01:28:34,559 --> 01:28:36,519
orang lain turut mula menangis...

1378
01:28:37,520 --> 01:28:38,771
Kami sayang Cous!

1379
01:28:44,152 --> 01:28:46,988
Ada orang menjerit, "Kami sayang Cous."

1380
01:28:47,071 --> 01:28:48,573
Saat itu amat indah.

1381
01:28:48,656 --> 01:28:51,409
Saya beritahu Red yang di sebelah saya,

1382
01:28:51,492 --> 01:28:53,536
"Saya takkan lalui semua itu."

1383
01:28:58,624 --> 01:29:03,629
<i>Kami bersahabat baik, tapi terbatas,</i>
<i>dan saya amat menghormatinya...</i>

1384
01:29:03,713 --> 01:29:07,759
<i>...untuk terpengaruh dengan kedengkian</i>
<i>yang cuba diwujudkan antara kami.</i>

1385
01:29:08,259 --> 01:29:11,429
<i>Cuma, saya tak boleh akui</i>
<i>saya rapat dengan Cousy.</i>

1386
01:29:11,512 --> 01:29:13,681
<i>Tekanan persaingannya terlalu besar</i>

1387
01:29:13,765 --> 01:29:16,934
<i>dalam sukan profesional untuk</i>
<i>berkongsi harapan dan kebimbangan</i>

1388
01:29:17,018 --> 01:29:19,187
<i>dengan seseorang dalam bidang yang sama.</i>

1389
01:29:20,980 --> 01:29:24,901
<i>Bagi Russell,</i>
<i>kebimbangan mula mengatasi harapan.</i>

1390
01:29:24,984 --> 01:29:28,071
<i>Dia kecewa kerana</i>
<i>kurangnya kemajuan dalam hak asasi,</i>

1391
01:29:28,154 --> 01:29:30,782
<i>dan sangsi jika sukan itu ada nilainya.</i>

1392
01:29:31,824 --> 01:29:34,952
<i>Selama ini, saya disuakan</i>
<i>dengan pencarian tak berpenghujung...</i>

1393
01:29:35,036 --> 01:29:38,915
<i>...yang perlu dilalui semua lelaki Negro</i>
<i>untuk buktikan kejantanan mereka.</i>

1394
01:29:42,210 --> 01:29:43,961
<i>Tapi saya seorang juara dunia.</i>

1395
01:29:46,130 --> 01:29:47,632
<i>Tekanan itu berterusan.</i>

1396
01:29:47,715 --> 01:29:49,467
<i>Perlawanan perlu diteruskan.</i>

1397
01:29:49,550 --> 01:29:51,427
<i>Pihak lawan perlu didepani.</i>

1398
01:29:53,012 --> 01:29:55,348
Seorang lelaki menegur saya di Boston,

1399
01:29:55,431 --> 01:29:58,643
"Apa kalian akan buat sekarang
tanpa bimbingan Cousy?"

1400
01:30:00,478 --> 01:30:01,687
Saya balas, "Ya...

1401
01:30:03,231 --> 01:30:06,025
keadaan akan jadi sukar,
kami perlu buat pengubahsuaian."

1402
01:30:06,109 --> 01:30:07,944
"Apa kata

1403
01:30:08,027 --> 01:30:11,155
awak hubungi <i>Boston Globe</i> atau WBZ,

1404
01:30:11,656 --> 01:30:15,576
dan selidik siapa MVP liga ini
sejak tiga tahun lepas? "

1405
01:32:01,057 --> 01:32:06,062
Sari kata oleh:
Aniza Borhan



