1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:06,000 --> 00:00:09,083
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:56,416 --> 00:00:59,458
BERDASARKAN MANGA
KARYA JIRO TANIGUCHI DAN BAKU YUMEMAKURA

5
00:01:08,916 --> 00:01:09,791
<i>Berjalan.</i>

6
00:01:11,125 --> 00:01:12,000
<i>Mendaki.</i>

7
00:01:12,708 --> 00:01:13,833
<i>Mendaki lagi.</i>

8
00:01:14,833 --> 00:01:15,958
<i>Tinggi lagi.</i>

9
00:01:17,666 --> 00:01:18,708
<i>Untuk apa?</i>

10
00:02:42,583 --> 00:02:44,375
<i>Nama saya Fukamachi Makoto.</i>

11
00:02:46,041 --> 00:02:48,000
<i>Saya ambil gambar untuk majalah.</i>

12
00:02:49,208 --> 00:02:53,041
<i>Tahun itu, saya ikut pasukan Jepun</i>
<i>daki muka barat daya Everest.</i>

13
00:03:00,958 --> 00:03:03,541
<i>Kem pangkalan. Awak dengar saya?</i>

14
00:03:04,125 --> 00:03:06,000
<i>Ini Tanaka. Saya dengar.</i>

15
00:03:06,083 --> 00:03:08,583
<i>Ada ribut menghampiri. Patah balik.</i>

16
00:03:08,666 --> 00:03:11,583
<i>Kami sudah hampir, tak boleh patah balik.</i>

17
00:03:11,666 --> 00:03:14,291
<i>Awak dah lambat. Ribut itu akan tiba dulu.</i>

18
00:03:14,375 --> 00:03:15,750
<i>Tengoklah nanti.</i>

19
00:03:16,250 --> 00:03:18,791
<i>Terlalu bahaya. Awak dah terlalu lambat.</i>

20
00:03:18,875 --> 00:03:20,875
<i>Dengar tak? Tanaka?</i>

21
00:03:30,708 --> 00:03:32,916
Tak naik puncak pun. Buang masa saja.

22
00:03:33,000 --> 00:03:35,166
- <i>Apa?</i>
- Tak lepas 8,000 meter pun.

23
00:03:35,250 --> 00:03:36,333
<i>Walaupun ada oksigen?</i>

24
00:03:36,416 --> 00:03:39,458
Mereka tak sedia.
Bukan begitu nak daki muka barat daya.

25
00:03:39,541 --> 00:03:42,041
- <i>Mereka sampai mana?</i>
- Selepas kem 5 saja.

26
00:03:42,541 --> 00:03:45,208
Tanaka dan Goto cekap tapi lambat pula.

27
00:03:45,291 --> 00:03:48,083
Cuaca di rabung tak elok.
Terpaksa patah balik.

28
00:03:48,166 --> 00:03:50,166
<i>Cukup untuk dua halaman tak?</i>

29
00:03:50,250 --> 00:03:53,083
- Saya tak nak buat dah.
- <i>Jangan merungut.</i>

30
00:03:53,166 --> 00:03:55,291
<i>Sekurang-kurangnya awak lihat dunia.</i>

31
00:03:55,375 --> 00:03:57,875
Bazir masa saja. Gambar pun tak dapat.

32
00:03:57,958 --> 00:04:01,041
- <i>Jumpa di pejabat Isnin nanti.</i>
- Ya. Jumpa nanti.

33
00:04:01,750 --> 00:04:03,875
Fukamachi, bir awak dah tak sejuk.

34
00:04:03,958 --> 00:04:05,833
- Ya.
- Orang lain minum banyak.

35
00:04:05,916 --> 00:04:07,166
Okey, sekejap.

36
00:04:12,375 --> 00:04:13,208
Hei.

37
00:04:13,708 --> 00:04:14,833
Helo.

38
00:04:15,625 --> 00:04:16,541
Wartawan?

39
00:04:17,125 --> 00:04:18,041
Ya.

40
00:04:22,666 --> 00:04:24,333
Nak berita tergempar?

41
00:04:25,000 --> 00:04:27,000
Awak nak tengok kamera Mallory?

42
00:04:27,083 --> 00:04:28,125
Ini dia.

43
00:04:28,791 --> 00:04:30,708
Kamera Mallory. Tengoklah.

44
00:04:31,791 --> 00:04:33,708
Ini betul. Ditemui atas sana.

45
00:04:33,791 --> 00:04:35,125
Awak tahu kisahnya?

46
00:04:35,625 --> 00:04:37,208
Berita tergempar, bukan?

47
00:04:37,875 --> 00:04:39,208
Saya bagi harga bagus.

48
00:04:39,291 --> 00:04:40,625
Apa awak cakap ini?

49
00:04:40,708 --> 00:04:43,250
10,000 rupee, 200 dolar. Itu kira murah!

50
00:04:43,750 --> 00:04:44,750
Saya tak nak!

51
00:04:46,083 --> 00:04:47,083
Tak nak, sudah.

52
00:04:47,833 --> 00:04:49,208
Awak yang rugi.

53
00:04:50,833 --> 00:04:53,375
- Helo.
- <i>Anda menghubungi Nepal Airlines.</i>

54
00:04:53,458 --> 00:04:56,583
<i>Semua talian kami sibuk. Sila cuba lagi.</i>

55
00:05:00,333 --> 00:05:02,708
<i>Durian runtuh tak terjadi setiap hari.</i>

56
00:05:02,791 --> 00:05:04,041
<i>Itu resam hidup.</i>

57
00:05:04,583 --> 00:05:07,291
<i>Tapi kali ini,</i>
<i>saya sendiri sudah tak yakin.</i>

58
00:05:14,000 --> 00:05:16,583
- Bukan saya!
- Jadi mana benda itu?

59
00:05:17,083 --> 00:05:18,958
Jangan marah.

60
00:05:19,041 --> 00:05:20,333
Biar saya jelaskan!

61
00:05:20,416 --> 00:05:21,791
Berhenti!

62
00:05:24,041 --> 00:05:25,541
- Hei.
- Pulangkan.

63
00:05:26,125 --> 00:05:27,666
Okey, tunggu.

64
00:05:28,250 --> 00:05:29,208
Nah.

65
00:06:00,083 --> 00:06:01,041
Hei, tunggu!

66
00:06:05,166 --> 00:06:06,041
Habu.

67
00:07:48,250 --> 00:07:49,166
Cepatlah.

68
00:07:56,291 --> 00:08:00,416
MAJALAH GEOGRAPHIC MONTHLY

69
00:08:01,208 --> 00:08:04,083
<i>Kemuncak Everest dicapai pada tahun 1953.</i>

70
00:08:05,000 --> 00:08:06,791
<i>Tapi itu bukan cubaan pertama.</i>

71
00:08:08,291 --> 00:08:09,791
<i>Pada tahun 1924,</i>

72
00:08:09,875 --> 00:08:11,791
<i>8 Jun, pukul 12.50 tengah hari,</i>

73
00:08:11,875 --> 00:08:14,791
<i>warga Inggeris George Mallory</i>
<i>dan rakan pendakinya dilihat</i>

74
00:08:14,875 --> 00:08:17,291
<i>buat kali terakhir</i>
<i>di rabung utara, dekat puncak.</i>

75
00:08:18,541 --> 00:08:21,541
<i>Mereka tidak kembali.</i>
<i>Tiada siapa tahu jika mereka berjaya.</i>

76
00:08:22,958 --> 00:08:26,833
<i>Tapi mereka ada kamera</i>
<i>untuk membuktikan jika mereka berjaya.</i>

77
00:08:27,750 --> 00:08:29,625
<i>Sebuah Vest Pocket Autographic.</i>

78
00:08:31,708 --> 00:08:34,500
<i>Jika kamera itu ditemui</i>
<i>dan filemnya dicuci,</i>

79
00:08:35,083 --> 00:08:38,500
<i>persoalan selama bertahun-tahun itu</i>
<i>akan terjawab.</i>

80
00:08:39,750 --> 00:08:42,708
<i>Adakah Mallory orang pertama</i>
<i>menakluki Everest?</i>

81
00:08:43,750 --> 00:08:44,833
<i>Tapi</i>

82
00:08:45,916 --> 00:08:47,250
<i>ada satu masalah.</i>

83
00:08:47,750 --> 00:08:48,750
SYARIKAT PENERBITAN YU

84
00:08:48,791 --> 00:08:51,625
{\an8}Saya cari merata,
tanya orang kedai. Tak ada.

85
00:08:51,708 --> 00:08:52,541
{\an8}Dia ghaib.

86
00:08:53,125 --> 00:08:54,375
Tapi itu memang dia.

87
00:08:54,458 --> 00:08:55,416
Habu Joji?

88
00:08:55,500 --> 00:08:57,750
- Habu Joji itu?
- Ada Habu Joji lain?

89
00:08:57,833 --> 00:09:01,916
Dia dah lama hilang.
Alih-alih muncul dengan kamera Mallory?

90
00:09:02,000 --> 00:09:03,083
Depan mata awak?

91
00:09:03,166 --> 00:09:04,625
Dia pendaki yang mahir.

92
00:09:04,708 --> 00:09:08,041
Mungkin dia jumpa mayatnya
dekat puncak dan ambil kamera itu.

93
00:09:08,125 --> 00:09:10,125
Sudah 70 tahun orang cari Mallory.

94
00:09:10,208 --> 00:09:12,833
Kalau betul, mesti heboh.
Mungkin bukan Habu.

95
00:09:12,916 --> 00:09:15,916
- Habis ini?
- Bukan dia saja yang hilang jari.

96
00:09:16,000 --> 00:09:18,166
Kalau ya pun,
mana tahu tentang kamera itu?

97
00:09:18,250 --> 00:09:19,791
Kamera Vest Pocket biasa.

98
00:09:19,875 --> 00:09:20,916
Awak pun tahu.

99
00:09:21,000 --> 00:09:24,208
Tidak. Jadi kenapa Habu
bergaduh dengan lelaki itu?

100
00:09:24,875 --> 00:09:26,291
Kenapa tak tanya dia?

101
00:09:28,291 --> 00:09:30,625
Saya dah cari. Awak tahulah Kathmandu.

102
00:09:31,958 --> 00:09:33,458
Sementara itu,

103
00:09:33,541 --> 00:09:35,958
ini akan jadi muka depan.

104
00:09:36,041 --> 00:09:38,416
Ini boleh juga, tapi kena frem semula.

105
00:09:38,500 --> 00:09:41,625
Kalau betul Mallory,
sejarah pendakian akan berubah.

106
00:09:41,708 --> 00:09:43,458
Lelaki pertama naik Everest.

107
00:09:43,541 --> 00:09:44,791
Tak boleh lepaskan ini.

108
00:09:45,375 --> 00:09:46,666
Saya perlu cari Habu.

109
00:09:46,750 --> 00:09:49,041
Orang di sini kenal dia,
mereka boleh bantu.

110
00:09:53,625 --> 00:09:56,291
Kamera itu mesti terbenam dengan Mallory.

111
00:09:56,375 --> 00:09:58,166
Tiada siapa pedulikan Habu.

112
00:09:58,250 --> 00:09:59,291
Lupakan sajalah.

113
00:10:02,333 --> 00:10:05,333
Kalau saya cuci filem Mallory,
boleh beri saya hak eksklusif?

114
00:10:07,041 --> 00:10:09,541
Dengan royalti hak cipta sekali.

115
00:10:11,541 --> 00:10:12,583
Okey, baiklah.

116
00:10:18,000 --> 00:10:20,250
<i>Pasti sukar untuk mencari Habu.</i>

117
00:10:20,833 --> 00:10:24,041
<i>Dia tiada lagi alamat,</i>
<i>keluarga atau kawan di Jepun.</i>

118
00:10:24,125 --> 00:10:25,166
- Helo?
- <i>Ya?</i>

119
00:10:25,250 --> 00:10:27,958
<i>Nama saya Fukamachi Makoto. Saya wartawan.</i>

120
00:10:28,041 --> 00:10:31,208
<i>- Saya nak tanya tentang Habu Joji.</i>
<i>- Siapa?</i>

121
00:10:31,291 --> 00:10:32,291
<i>Habu Joji.</i>

122
00:10:34,333 --> 00:10:37,041
<i>Pada tahun 1960-an dulu,</i>
<i>dia pernah menempah nama.</i>

123
00:10:37,125 --> 00:10:40,750
<i>Dia lincah dan ada gaya unik</i>
<i>jadi orang anggap dia berbakat.</i>

124
00:10:42,125 --> 00:10:45,500
<i>Dia banyak kali catat rekod</i>
<i>dan mendaki pada musim sejuk.</i>

125
00:10:45,583 --> 00:10:48,541
<i>Dalam bidang pendakian gunung,</i>
<i>masa depannya cerah.</i>

126
00:10:49,583 --> 00:10:52,250
<i>Malah orang kata</i>
<i>dia yang terbaik dalam generasinya.</i>

127
00:10:56,208 --> 00:10:58,875
<i>Pada satu hari, dia lesap.</i>
<i>Tak semena-mena.</i>

128
00:10:58,958 --> 00:11:01,666
<i>Ghaib. Apa berlaku kepada dia?</i>

129
00:11:18,541 --> 00:11:21,458
- Ambil beg ini.
- Saya boleh. Terima kasih.

130
00:11:21,541 --> 00:11:24,208
- Mana beg dengan karabiner?
- Bawah tempat duduk.

131
00:11:24,291 --> 00:11:26,000
Siapa gulung tali ini?

132
00:11:27,416 --> 00:11:30,000
- Nak saya bawa beg awak?
- Ada apa lagi?

133
00:11:30,083 --> 00:11:31,125
Tak apa.

134
00:11:31,208 --> 00:11:35,250
Ikutlah saya. Seminggu saja.
Banyak laluan seronok.

135
00:11:35,333 --> 00:11:37,416
Tak boleh, Habu. Saya baru balik.

136
00:11:37,500 --> 00:11:40,000
Ini kerja baru.
Tak boleh cuti begitu saja.

137
00:11:40,083 --> 00:11:43,875
Nanti saya beritahu bos awak,
awak lebih produktif lepas mendaki.

138
00:11:44,416 --> 00:11:46,125
- Yalah.
- Boling Sabtu nanti?

139
00:11:46,208 --> 00:11:47,583
- Ya.
- Boleh juga.

140
00:11:47,666 --> 00:11:49,208
Saya kalahkan awak nanti.

141
00:11:49,291 --> 00:11:51,791
Kita pergi boling hari Sabtu. Nak tak?

142
00:11:51,875 --> 00:11:54,083
Ya. Saya raja <i>strike</i>.

143
00:11:54,166 --> 00:11:57,416
Kita patut lari hari Sabtu. Awak dah lupa?

144
00:11:57,500 --> 00:11:58,916
Tidak, tak lupa.

145
00:11:59,416 --> 00:12:01,250
Maaflah, Sabtu tak boleh.

146
00:12:01,333 --> 00:12:03,000
Kami dah lama rancang.

147
00:12:04,916 --> 00:12:06,208
Ada berita baik.

148
00:12:06,291 --> 00:12:07,791
Toshiro telah dipecat?

149
00:12:08,458 --> 00:12:11,500
- Dapat trak baru?
- Bukan. Kita akan ke Nepal.

150
00:12:12,791 --> 00:12:15,916
Saya jumpa penaja
untuk ekspedisi Annapurna.

151
00:12:16,000 --> 00:12:19,625
Tapi mereka tanggung separuh saja.
Selebihnya kita tanggung.

152
00:12:19,708 --> 00:12:21,000
- Ya.
- Okey.

153
00:12:21,083 --> 00:12:23,541
Saya tahu tak semua orang mampu pergi.

154
00:12:23,625 --> 00:12:24,583
Jika berjaya,

155
00:12:24,666 --> 00:12:26,791
ekspedisi seterusnya tentu ditaja penuh.

156
00:12:26,875 --> 00:12:29,958
Jangan lupa mohon visa
sebelum bulan depan.

157
00:12:30,041 --> 00:12:33,250
Kena beli banyak peralatan.
Kita mesti bincang bersama.

158
00:12:33,333 --> 00:12:36,541
- Toshiro, uruskan akaun.
- Ya, tiada masalah.

159
00:12:36,625 --> 00:12:38,916
Saya agih borang untuk permit mendaki.

160
00:12:39,000 --> 00:12:40,833
Ini akan ambil masa. Jangan lengah…

161
00:12:46,583 --> 00:12:48,458
Mereka tak cukup mahir pun.

162
00:12:48,541 --> 00:12:51,375
Mereka tak kerap berlatih.
Asyik berseronok saja.

163
00:12:52,958 --> 00:12:54,875
Tak mendaki 50 hari setahun pun.

164
00:12:54,958 --> 00:12:57,166
Kita patut pergi. Kita lebih mahir!

165
00:12:58,541 --> 00:13:00,500
Hanya sebab mereka mampu bayar.

166
00:13:00,583 --> 00:13:02,250
Patutkah?

167
00:13:02,875 --> 00:13:04,208
Buang benda itu!

168
00:13:04,291 --> 00:13:07,000
Sebab itu awak susah bernafas
di tempat tinggi.

169
00:13:08,041 --> 00:13:09,500
Duit, penaja…

170
00:13:10,791 --> 00:13:13,125
Kalau kita terkenal, mesti ada penaja.

171
00:13:17,041 --> 00:13:20,833
Kita boleh menempah nama.
Buat sesuatu yang orang tak buat.

172
00:13:20,916 --> 00:13:23,625
- Nak tak?
- Boleh. Awak nak buat apa?

173
00:13:23,708 --> 00:13:24,708
Tembok Iblis.

174
00:13:24,791 --> 00:13:28,375
Semasa musim sejuk? Gila.
Mustahil. Tak ada orang buat itu.

175
00:13:28,458 --> 00:13:29,291
Sebab itulah.

176
00:14:27,666 --> 00:14:30,208
Tak balik lagi? Awak seorang saja tinggal.

177
00:14:30,291 --> 00:14:33,791
Pendakian Tembok Iblis
musim sejuk pertama. Hebat juga masa itu.

178
00:14:33,875 --> 00:14:37,125
Ya. Jadi macam mana? Ada dapat petunjuk?

179
00:14:37,208 --> 00:14:38,750
Saya telefon kedutaan.

180
00:14:38,833 --> 00:14:41,958
Habu tiba di Nepal
lapan tahun lalu, tapi visa dia luput.

181
00:14:42,041 --> 00:14:45,166
Dia menyorok.
Sebab itu dia lari bila saya cam dia.

182
00:14:45,750 --> 00:14:49,083
- Apa kaitan dengan kamera itu?
- Saya akan cari itu.

183
00:14:49,166 --> 00:14:50,083
Okey.

184
00:14:50,166 --> 00:14:51,333
Semoga berjaya.

185
00:14:53,458 --> 00:14:56,833
<i>Ahli lain kelab itu</i>
<i>yang ke Annapurna telah gagal.</i>

186
00:14:56,916 --> 00:15:00,125
<i>Mereka balik dengan selamat</i>
<i>tapi tiada siapa sampai puncak.</i>

187
00:15:00,208 --> 00:15:02,750
Kita minum untuk Inoue dan Habu.

188
00:15:02,833 --> 00:15:05,916
- Ya, terima kasih. Minum.
- Syabas.

189
00:15:06,000 --> 00:15:07,416
<i>Habu dapat balas dendam.</i>

190
00:15:07,500 --> 00:15:08,375
Syabas, semua.

191
00:15:08,458 --> 00:15:10,583
Mujur awak dapat tebus maruah kelab.

192
00:15:10,666 --> 00:15:12,166
Yang lain ikut dia ini.

193
00:15:12,250 --> 00:15:15,583
- Kami utamakan keselamatan saja.
- Ya, kami profesional.

194
00:15:15,666 --> 00:15:19,333
Tapi hebat betul panjat Tembok Iblis
dalam cuaca sebegitu!

195
00:15:19,416 --> 00:15:21,500
Mereka bernasib baik saja.

196
00:15:21,583 --> 00:15:22,750
Bukan sebab nasib.

197
00:15:24,208 --> 00:15:27,375
Kami pasang khemah dan tunggu masa sesuai.

198
00:15:27,875 --> 00:15:31,291
Apabila hari cerah,
matahari cairkan salji dan jalan jelas.

199
00:15:31,375 --> 00:15:33,541
Malam pula akan bekukan salji itu

200
00:15:33,625 --> 00:15:35,958
dan takkan menimpa kita. Baru pergi.

201
00:15:36,041 --> 00:15:38,833
Tapi siang itu salji pula.
Teruk kami hari itu.

202
00:15:38,916 --> 00:15:41,291
Ya, salji serbuk itu memang menyusahkan.

203
00:15:41,375 --> 00:15:44,833
- Kami kena cepat.
- Kami tak berlengah-lengah!

204
00:15:45,500 --> 00:15:48,416
Paling susah,
jerangkau dan bila ais jatuh.

205
00:15:48,500 --> 00:15:50,416
Awak patut tengok. Halang habis!

206
00:15:50,500 --> 00:15:52,208
Tapi saya jumpa jalan tembus.

207
00:15:52,291 --> 00:15:55,958
Tersorok sikit tapi kami mesti cuba.
Kalau tak, buat apa pergi?

208
00:15:56,458 --> 00:15:58,500
Awak di mana masa itu, Inoue?

209
00:15:59,500 --> 00:16:00,791
Ayuh, minum.

210
00:16:01,333 --> 00:16:02,291
Sekejap.

211
00:16:02,375 --> 00:16:06,083
Inoue memang cekap juga
tapi saya asyik mendahului dia jadi…

212
00:16:06,583 --> 00:16:08,916
Serupa macam awak panjat seorang.

213
00:16:09,000 --> 00:16:11,541
Bukanlah. Tapi sebenarnya betul juga.

214
00:16:11,625 --> 00:16:12,625
Habu.

215
00:16:12,708 --> 00:16:14,958
Apa? Betul apa? Saya selalu di depan.

216
00:16:25,750 --> 00:16:27,666
- Apa ada dalam otak awak?
- Apa?

217
00:16:27,750 --> 00:16:31,000
Cuba jangan kecam rakan sendiri.
Mana semangat berpasukan awak?

218
00:16:31,083 --> 00:16:33,791
Saya bukan kecam Inoue. Cuma…

219
00:16:34,791 --> 00:16:36,500
Awak tahu kenapa dia tersinggung?

220
00:16:36,583 --> 00:16:39,875
Saya cerita saja.
Nak buat macam mana kalau tersinggung?

221
00:16:40,500 --> 00:16:42,583
Dia memang terkulat-kulat masa itu.

222
00:16:43,208 --> 00:16:44,666
Kunci pun tak jumpa.

223
00:16:44,750 --> 00:16:48,041
Kami cari merata.
Sejam kemudian, rupanya dalam poket.

224
00:16:48,125 --> 00:16:49,041
Mana tak marah?

225
00:16:50,333 --> 00:16:54,416
Oh, ya. Buntaro asyik minta
mahu mendaki dengan awak.

226
00:16:54,500 --> 00:16:57,583
Tak boleh. Dia terlalu muda.
Dia akan lambatkan saya.

227
00:16:58,208 --> 00:17:01,000
Saya kenal ramai pendaki muda yang bagus.

228
00:17:01,083 --> 00:17:02,916
Dulu ada seorang yang cari saya

229
00:17:03,000 --> 00:17:05,125
dan mahu masuk kelab tapi dia bawah umur.

230
00:17:05,625 --> 00:17:07,250
Apa dia kata, ya?

231
00:17:07,333 --> 00:17:10,916
"Encik Ito, bolehlah.
Beri saya masuk kelab ini."

232
00:17:12,583 --> 00:17:15,208
Cuba fikir. Dia mesti suka.

233
00:17:15,791 --> 00:17:17,208
Risiko sentiasa ada.

234
00:17:17,291 --> 00:17:18,708
Bayangkan awak terikat.

235
00:17:18,791 --> 00:17:21,541
Rakan awak cedera atau pengsan.
Tak boleh daki.

236
00:17:21,625 --> 00:17:23,750
Dia terjuntai di hujung tali.

237
00:17:23,833 --> 00:17:26,125
Awak terseret. Sekarang awak terancam.

238
00:17:26,208 --> 00:17:28,708
Nak buat apa? Potong tali atau tak?

239
00:17:28,791 --> 00:17:30,375
Macam itu saja? Entahlah.

240
00:17:31,166 --> 00:17:34,625
Kalau tak cepat,
awak berdua akan jatuh. Kena pilih.

241
00:17:34,708 --> 00:17:37,416
Saya takkan potong tali itu.
Memang tak boleh.

242
00:17:37,500 --> 00:17:40,708
Kalau awak yang terjuntai,
saya akan potong saja.

243
00:17:43,333 --> 00:17:44,458
Saya akan potong.

244
00:17:48,833 --> 00:17:50,791
Apa gunanya kalau dua-dua mati?

245
00:17:54,625 --> 00:17:58,875
Kalau awak pula yang terjuntai?
Mesti awak nak rakan awak fikir dua kali.

246
00:17:58,958 --> 00:18:01,375
Tak, sebab tiada penyelesaian lain.

247
00:18:04,125 --> 00:18:08,250
Kalau saya jatuh, jangan fikir dua kali.
Saya takkan salahkan sesiapa.

248
00:18:11,333 --> 00:18:12,375
Nak pesan lagi?

249
00:18:13,000 --> 00:18:14,125
Boleh juga.

250
00:18:21,791 --> 00:18:22,750
Habu?

251
00:18:23,916 --> 00:18:26,458
Tahniah sebab panjat Tembok Iblis.

252
00:18:26,958 --> 00:18:28,791
Hase. Hase Tsuneo.

253
00:18:30,208 --> 00:18:31,041
Ya…

254
00:18:31,541 --> 00:18:33,666
Laluan Takizawa musim panas lepas?

255
00:18:34,208 --> 00:18:36,833
Rekod kepantasan baru? Syabas.

256
00:18:39,000 --> 00:18:41,791
Baguslah saya terserempak
dengan awak. Saya nak tanya…

257
00:18:41,875 --> 00:18:44,416
Tak banyak muka batu seperti itu,
walaupun di Eropah.

258
00:18:44,916 --> 00:18:46,916
Macam mana awak daki? Ceritalah.

259
00:18:48,833 --> 00:18:50,375
Pernah mendaki semasa musim sejuk?

260
00:18:53,708 --> 00:18:55,416
Saya tak nak terburu-buru.

261
00:18:55,500 --> 00:18:57,541
Saya pasang khemah dan tunggu.

262
00:18:58,041 --> 00:19:01,500
Apabila hari cerah,
matahari cairkan salji dan jalan jelas.

263
00:19:25,125 --> 00:19:26,916
Laluan terakhir rumit sikit.

264
00:19:27,000 --> 00:19:30,666
Jangan perlahan,
tapi rasanya itu takkan jadi masalah.

265
00:19:31,208 --> 00:19:32,666
Terima kasih beri petua.

266
00:19:33,708 --> 00:19:35,333
Nak daki Tembok Syaitan?

267
00:19:36,791 --> 00:19:38,375
Ya, saya bertolak esok.

268
00:19:41,000 --> 00:19:42,750
Baguslah. Dengan siapa?

269
00:19:46,500 --> 00:19:48,083
Tiada siapa. Saya seorang.

270
00:20:02,291 --> 00:20:04,791
<i>Kini beralih ke berita sukan</i>
<i>terpanas minggu ini.</i>

271
00:20:04,875 --> 00:20:06,875
<i>Ya, ia benar-benar menggemparkan.</i>

272
00:20:06,958 --> 00:20:09,666
<i>Pendaki muda</i>
<i>yang sedang meningkat naik, Hase Tsuneo</i>

273
00:20:09,750 --> 00:20:13,708
<i>berjaya mendaki Tembok Iblis</i>
<i>seorang diri pada musim sejuk.</i>

274
00:20:13,791 --> 00:20:14,625
<i>Buat kali pertama.</i>

275
00:20:14,708 --> 00:20:17,333
<i>Tembok Syaitan seorang diri? Hebat!</i>

276
00:20:17,416 --> 00:20:20,708
<i>Dia takkan berhenti setakat itu saja.</i>
<i>Dia pasti akan terkenal!</i>

277
00:20:20,791 --> 00:20:23,291
<i>Hase Tsuneo, pendaki bintang harapan.</i>

278
00:20:23,375 --> 00:20:24,625
<i>Kini keputusan bola lisut.</i>

279
00:20:24,708 --> 00:20:27,666
<i>Osaka Buffaloes</i>
<i>melayakkan diri ke Liga Pasifik</i>

280
00:20:27,750 --> 00:20:31,500
<i>dengan dua pukulan</i> strikeout
<i>oleh pemain terbaru, Sakamura…</i>

281
00:20:44,541 --> 00:20:46,583
HABU JOJI

282
00:21:04,041 --> 00:21:04,958
Seminggu?

283
00:21:05,541 --> 00:21:07,250
Tiba-tiba minta cuti?

284
00:21:07,333 --> 00:21:09,583
Awak dah gila? Awak nak buat apa?

285
00:21:10,125 --> 00:21:12,375
Pergi ke pergunungan. Tolonglah.

286
00:21:12,458 --> 00:21:14,708
Ke gunung? Saya salah dengar atau apa?

287
00:21:15,208 --> 00:21:17,583
Tidak, saya perlu orang sini. Tak boleh.

288
00:21:17,666 --> 00:21:20,500
Sambung kerja.
Ada tiga trak untuk dipunggah.

289
00:21:24,083 --> 00:21:25,083
Saya berhenti.

290
00:21:49,250 --> 00:21:52,041
- Beritahu dia saya ada mesyuarat.
- Baik, tuan.

291
00:21:58,875 --> 00:22:00,333
Saya memang suka dia.

292
00:22:00,416 --> 00:22:02,875
Tapi dia terlalu… Macam mana nak cakap?

293
00:22:03,375 --> 00:22:06,791
Dia tak tahu menahan diri.
Dia mesti mendaki juga.

294
00:22:07,541 --> 00:22:10,041
Dulu saya hampir dipecat sebab dia.

295
00:22:10,125 --> 00:22:12,291
Sebab itu awak tak ikut dia mendaki?

296
00:22:13,833 --> 00:22:16,375
Tidak. Lambat-laun, saya sedar sesuatu.

297
00:22:17,166 --> 00:22:19,166
Dia tak peduli rakan pendakiannya.

298
00:22:19,250 --> 00:22:20,625
Baik saya, mahupun yang lain.

299
00:22:21,083 --> 00:22:24,083
Kami sekadar membantu dia
mendaki lebih tinggi. Itu saja.

300
00:22:24,583 --> 00:22:27,083
Saya tak nak
habiskan hidup membuntuti dia.

301
00:22:27,166 --> 00:22:28,291
Jadi saya berhenti.

302
00:22:29,250 --> 00:22:30,166
Selepas itu,

303
00:22:31,333 --> 00:22:33,750
tak ramai orang nak mendaki dengan dia.

304
00:22:40,916 --> 00:22:42,500
Encik Habu!

305
00:22:43,916 --> 00:22:44,916
Encik Habu.

306
00:22:45,000 --> 00:22:46,416
Buntaro, apa khabar?

307
00:22:47,333 --> 00:22:48,291
Helo, Ryoko.

308
00:22:48,375 --> 00:22:51,416
Maaf, Encik Habu.
Saya dah larang dia kacau awak.

309
00:22:51,500 --> 00:22:53,083
Nak daki Dinding Angin?

310
00:22:53,750 --> 00:22:56,166
Biar saya ikut awak.
Saya akan ikut cakap awak.

311
00:22:57,083 --> 00:22:59,666
Inoue marah kalau awak gantikan dia nanti.

312
00:23:00,333 --> 00:23:01,833
Dia dah dalam perjalanan.

313
00:23:02,708 --> 00:23:04,750
Saya tahu awak tiada rakan lagi.

314
00:23:05,291 --> 00:23:06,791
Tolong biarkan saya ikut.

315
00:23:08,833 --> 00:23:13,041
Awak belum bersedia untuk laluan
serumit ini. Awak tak boleh ikut.

316
00:23:17,958 --> 00:23:20,291
Saya dah lama berlatih.
Saya semakin cekap.

317
00:23:22,958 --> 00:23:26,166
Tak ada tempat pegang.
Batunya rapuh. Terlalu bahaya.

318
00:23:26,750 --> 00:23:29,291
Sudah, balik sajalah.
Kakak awak dah tunggu.

319
00:23:31,166 --> 00:23:32,791
Kalau begitu, saya pergi seorang.

320
00:23:41,875 --> 00:23:42,916
Hei, Buntaro!

321
00:23:49,791 --> 00:23:51,125
Pernah daki dinding panjat?

322
00:23:57,208 --> 00:23:59,750
Ada tempat pegang
belah kanan. Tinggi lagi!

323
00:24:01,583 --> 00:24:02,583
Macam itulah!

324
00:24:04,791 --> 00:24:06,166
Teruskan. Macam itu.

325
00:24:13,416 --> 00:24:14,541
Awak semakin cekap.

326
00:24:14,625 --> 00:24:16,750
- Terima kasih, Encik Habu.
- Betul.

327
00:24:16,833 --> 00:24:19,166
Awak berjaya juga. Itu tak mudah.

328
00:24:19,250 --> 00:24:20,875
Sebab saya ada guru bagus.

329
00:24:21,375 --> 00:24:24,000
Saya boleh panjat
mana-mana saja dengan awak.

330
00:24:24,083 --> 00:24:25,875
Banjaran Alps, malah Himalaya!

331
00:24:25,958 --> 00:24:28,208
Kita boleh panjat Everest bersama!

332
00:24:28,291 --> 00:24:31,041
Ya, cuba lepasi jerangkau ini dulu.

333
00:24:31,750 --> 00:24:33,666
Kena cepat kalau nak balik awal.

334
00:24:33,750 --> 00:24:36,000
Awak terlalu muda untuk bermalam sini.

335
00:25:12,916 --> 00:25:14,875
Bagus. Itu yang paling teruk.

336
00:25:15,500 --> 00:25:18,291
Saya dapat dua saja. Minta maaf.

337
00:25:18,375 --> 00:25:20,041
Kita masih ada cukup.

338
00:25:20,541 --> 00:25:23,208
Satu lagi cerun kecil,
dan selepas itu mudah.

339
00:25:23,708 --> 00:25:24,791
Nak rehat dulu?

340
00:25:25,291 --> 00:25:28,166
Saya boleh lagi. Kita berehat nanti.

341
00:25:29,333 --> 00:25:30,458
Okey. Kita sambung.

342
00:25:31,291 --> 00:25:32,166
Nah.

343
00:25:53,583 --> 00:25:55,041
Lepaskan tali lagi!

344
00:26:10,583 --> 00:26:11,500
Buntaro!

345
00:26:15,791 --> 00:26:17,375
Buntaro, dengar tak?

346
00:26:22,750 --> 00:26:24,208
Buntaro, jawab!

347
00:26:29,541 --> 00:26:30,541
Saya di sini!

348
00:26:31,125 --> 00:26:32,166
Awak cedera?

349
00:26:33,208 --> 00:26:34,291
Kaki saya!

350
00:26:36,041 --> 00:26:37,750
Boleh capai muka batu itu?

351
00:26:37,833 --> 00:26:40,250
Maaf, Habu. Maafkan saya.

352
00:26:41,083 --> 00:26:42,958
Boleh awak capai muka batu itu?

353
00:26:44,666 --> 00:26:45,500
Tak.

354
00:26:46,125 --> 00:26:47,250
Terlalu jauh!

355
00:26:52,000 --> 00:26:55,125
Okey. Boleh awak naik semula
dengan simpulan Prusik?

356
00:27:37,333 --> 00:27:38,208
Baik.

357
00:27:38,958 --> 00:27:40,791
Tak apa. Kita berdua selamat.

358
00:27:42,208 --> 00:27:44,208
Buntaro! Awak dengar saya?

359
00:27:44,958 --> 00:27:45,791
Ya!

360
00:27:48,875 --> 00:27:50,000
Maafkan saya.

361
00:27:52,250 --> 00:27:53,250
Saya salah.

362
00:27:53,750 --> 00:27:55,333
Saya akan cuba tarik awak.

363
00:28:21,333 --> 00:28:23,416
Buntaro, tali bergeser dengan batu.

364
00:28:24,333 --> 00:28:26,125
Kalau tarik lagi, nanti putus.

365
00:29:16,208 --> 00:29:18,791
Maaf! Saya tak cukup bagus lagi!

366
00:29:22,125 --> 00:29:24,916
Jangan mengarut! Awak cekap setakat ini!

367
00:29:25,625 --> 00:29:27,708
Kita akan cari jalan. Tunggu.

368
00:29:32,250 --> 00:29:34,625
Selepas ini, kita akan pergi Alps.

369
00:29:36,083 --> 00:29:37,000
Kita berdua.

370
00:29:38,083 --> 00:29:39,000
Ya, kita pergi.

371
00:29:39,583 --> 00:29:40,625
Kita akan pergi.

372
00:29:42,291 --> 00:29:43,166
Saya janji.

373
00:30:12,500 --> 00:30:13,833
Maafkan saya, Buntaro.

374
00:30:14,583 --> 00:30:15,583
Maafkan saya.

375
00:30:18,875 --> 00:30:20,041
Buntaro!

376
00:30:22,333 --> 00:30:24,625
Tidak!

377
00:30:29,708 --> 00:30:30,625
Tidak!

378
00:30:31,583 --> 00:30:33,000
Buntaro!

379
00:30:40,083 --> 00:30:42,458
Sila ikut kami, puan.

380
00:32:14,458 --> 00:32:18,666
KAFE BROTHER'S

381
00:32:18,750 --> 00:32:20,708
Tak ada nama, hanya duit.

382
00:32:21,291 --> 00:32:24,291
- Tapi saya tahu dia hantar.
- Dia rasa bersalah.

383
00:32:24,375 --> 00:32:26,375
Untuk apa? Kematian adik saya?

384
00:32:28,125 --> 00:32:29,833
Dulu saya nak salahkan dia.

385
00:32:30,333 --> 00:32:34,541
Itu lebih mudah.
Tapi saya sedar tiada siapa yang salah.

386
00:32:35,208 --> 00:32:37,333
Buntaro berkeras nak ikut dia.

387
00:32:37,833 --> 00:32:40,125
Bukan mudah menghalang keinginan hati.

388
00:32:40,208 --> 00:32:42,958
Walaupun tak masuk akal. Walaupun bahaya.

389
00:32:46,250 --> 00:32:48,083
Dia terpesona dengan Habu.

390
00:32:48,750 --> 00:32:52,500
Dia nak ikut macam Habu.
Dia macam Habu juga sedikit.

391
00:32:53,625 --> 00:32:56,583
Dia sentiasa mendaki,
sentiasa mahu naik tinggi

392
00:32:57,083 --> 00:32:58,000
tapi untuk apa?

393
00:32:59,166 --> 00:33:02,250
Saya terima suratnya
selama beberapa tahun.

394
00:33:02,333 --> 00:33:05,541
Dari Jepun, kemudian dari Nepal.
Kemudian diam selama tiga tahun.

395
00:33:05,625 --> 00:33:09,500
Nepal? Awak ada alamat,
apa- apa yang boleh bantu saya cari dia?

396
00:33:09,583 --> 00:33:12,500
Tak ada alamat, nota, mahupun tandatangan.

397
00:33:13,000 --> 00:33:14,666
Maaf, saya tak boleh bantu.

398
00:33:16,041 --> 00:33:16,875
Baiklah…

399
00:33:19,666 --> 00:33:21,083
Oh, ya. Awak tak cakap pun.

400
00:33:21,583 --> 00:33:24,083
Kenapa awak cari Habu? Untuk artikel?

401
00:33:24,166 --> 00:33:26,958
Dia mungkin ada maklumat penting tentang…

402
00:33:27,041 --> 00:33:28,125
Tentang apa?

403
00:33:28,208 --> 00:33:30,583
Awak tahu
Everest mula didaki pada tahun 1953?

404
00:33:30,666 --> 00:33:31,750
Tak tahu.

405
00:33:32,708 --> 00:33:33,916
Jadi begini.

406
00:33:34,000 --> 00:33:36,625
Mungkin ada pendaki lain yang telah…

407
00:33:38,000 --> 00:33:40,166
- Tak apalah.
- Okey.

408
00:33:40,250 --> 00:33:43,375
Harap awak jumpa
apa yang awak cari. Selamat tinggal.

409
00:33:46,000 --> 00:33:47,041
Harap begitulah.

410
00:33:48,083 --> 00:33:48,958
Oh, ya.

411
00:33:49,458 --> 00:33:52,125
Ada nota
dengan surat terakhir. Satu itu saja.

412
00:33:52,208 --> 00:33:56,500
Dia kata dia tak dapat
hantar duit dari tempat dia nanti

413
00:33:56,583 --> 00:33:58,333
dan dia minta maaf. Itu saja.

414
00:34:27,416 --> 00:34:28,500
<i>Pada masa itu,</i>

415
00:34:28,583 --> 00:34:31,041
<i>antara cabaran terbesar pendakian gunung</i>

416
00:34:31,541 --> 00:34:35,458
<i>adalah mendaki tiga muka utara Alps</i>
<i>terbesar, seorang diri pada musim sejuk.</i>

417
00:34:35,958 --> 00:34:37,083
<i>Gunung Eiger,</i>

418
00:34:37,166 --> 00:34:38,166
<i>Gunung Matterhorn</i>

419
00:34:38,875 --> 00:34:40,166
<i>dan Grande Jorasses.</i>

420
00:34:40,666 --> 00:34:42,291
<i>Trilogi musim sejuk terkenal.</i>

421
00:34:55,458 --> 00:34:57,916
<i>Habu ke Eropah untuk sahut cabaran itu.</i>

422
00:34:58,541 --> 00:35:00,208
<i>Tapi bukan dia seorang saja.</i>

423
00:35:00,708 --> 00:35:02,750
<i>Hase Tsuneo pun ada di sana.</i>

424
00:35:35,083 --> 00:35:38,000
<i>Kali ini, Habu mendahului pesaingnya.</i>

425
00:35:38,791 --> 00:35:40,166
<i>Selepas menawan dua puncak,</i>

426
00:35:40,250 --> 00:35:43,041
<i>dia di Susuh Walker,</i>
<i>hampir menggapai kejayaan.</i>

427
00:40:02,375 --> 00:40:04,583
Hei! Ada orang tak?

428
00:40:05,541 --> 00:40:06,541
Hei!

429
00:40:07,125 --> 00:40:10,625
Tolong datang selamatkan saya!

430
00:40:12,833 --> 00:40:13,958
Habu?

431
00:40:24,208 --> 00:40:25,250
Encik Habu?

432
00:40:27,833 --> 00:40:29,333
Biar saya ikut awak.

433
00:40:32,250 --> 00:40:33,958
Tidak. Awak tak wujud.

434
00:40:34,583 --> 00:40:35,958
Biarlah saya ikut awak.

435
00:40:37,041 --> 00:40:38,541
- Minta maaf.
- Tolonglah.

436
00:40:38,625 --> 00:40:39,625
Maafkan saya.

437
00:40:41,250 --> 00:40:43,500
- Kita akan pergi Alps?
- Tidak!

438
00:40:43,583 --> 00:40:45,500
Tidak! Pergi!

439
00:40:47,125 --> 00:40:48,416
Bolehlah, Habu!

440
00:40:49,500 --> 00:40:50,625
Hei! Habu!

441
00:42:21,625 --> 00:42:23,333
<i>Apabila penyelamat gunung tiba,</i>

442
00:42:23,416 --> 00:42:26,291
<i>Habu terkandas</i>
<i>selama tiga hari lima jam di sana.</i>

443
00:42:26,875 --> 00:42:30,416
<i>Orang lain tentu dah lama</i>
<i>mati kesejukan tapi bukan dia.</i>

444
00:42:30,500 --> 00:42:32,416
<i>Pasukan Hase yang ternampak dia.</i>

445
00:42:32,500 --> 00:42:35,291
MISI MENYELAMAT PENDAKI JEPUN
DI SUSUH WALKER

446
00:42:35,375 --> 00:42:37,625
<i>Dia terhutang nyawa</i>
<i>dengan pesaingnya. Ironik, ya?</i>

447
00:42:46,000 --> 00:42:49,208
<i>Habu kalah lagi kali ini.</i>
<i>Entah bagaimana dia masih hidup.</i>

448
00:43:04,625 --> 00:43:07,333
LANGSUNG
HASE TSUNEO MENGGENGGAM KEJAYAAN

449
00:43:12,333 --> 00:43:15,208
KEDAI KELENGKAPAN PENDAKIAN GUNUNG
GAKUSUIKAN

450
00:44:43,000 --> 00:44:44,916
{\an8}<i>Kini ke berita pendakian gunung.</i>

451
00:44:45,000 --> 00:44:45,875
{\an8}LANGSUNG

452
00:44:45,958 --> 00:44:47,750
{\an8}<i>Tragedi di Everest semalam.</i>

453
00:44:47,833 --> 00:44:51,166
{\an8}<i>Pendaki gunung Jepun terkenal, Hase Tsuneo</i>

454
00:44:51,250 --> 00:44:53,500
{\an8}<i>terkorban dalam runtuhan salji dahsyat</i>

455
00:44:53,583 --> 00:44:57,083
{\an8}<i>dalam cubaan mendaki muka barat daya</i>
<i>yang terkenal itu seorang diri.</i>

456
00:44:57,166 --> 00:44:58,833
<i>Selepas berjam-jam mencari,</i>

457
00:44:58,916 --> 00:45:02,416
<i>pasukan penyelamat</i>
<i>akhirnya menemui mayat pendaki itu</i>

458
00:45:02,500 --> 00:45:05,875
<i>pada ketinggian</i>
<i>lebih 6,000 meter di lembah barat</i>

459
00:45:05,958 --> 00:45:10,041
<i>bernama Lembah Sunyi, nama yang membawa</i>
<i>erti menyayat hati hari ini.</i>

460
00:45:22,916 --> 00:45:26,625
Tapi dia tak rasa apa-apa.
Seolah-olah mereka masih bersaing.

461
00:45:26,708 --> 00:45:29,875
Sebab itu dia nak pergi daki
muka barat daya itu juga.

462
00:45:30,458 --> 00:45:33,583
- Serius? Mana boleh dalam musim sejuk.
- Dia boleh.

463
00:45:33,666 --> 00:45:35,375
Ya, tapi dia tak buat juga.

464
00:45:35,458 --> 00:45:37,708
Awak juga belum jumpa kamera itu.

465
00:45:38,666 --> 00:45:40,375
Dia bukan jenis berputus asa.

466
00:45:40,458 --> 00:45:43,625
Dia dah tua. Dia dibenci orang.
Siapa nak taja dia?

467
00:45:43,708 --> 00:45:47,250
Saya telefon pejabat pelancongan Kathmandu
yang beri permit mendaki.

468
00:45:47,333 --> 00:45:50,041
- Habu mohon tiga tahun lalu.
- Untuk muka barat daya?

469
00:45:50,125 --> 00:45:52,750
Saya tak tahu,
tapi permohonan itu ditolak.

470
00:45:53,291 --> 00:45:56,000
Sebab pendakian itu memang berbahaya.

471
00:45:56,833 --> 00:45:58,750
- Awak nak apa sebenarnya?
- Apa?

472
00:45:58,833 --> 00:46:00,250
Dah sebulan awak ghaib.

473
00:46:00,333 --> 00:46:03,916
Asyik terperuk
dengan kertas, rekod, asyik menelefon.

474
00:46:04,000 --> 00:46:07,041
Awak tahu segalanya tentang dia
tapi awak takkan jumpa dia.

475
00:46:07,125 --> 00:46:10,208
- Dia mesti ada, bukan?
- Awak tak ada petunjuk.

476
00:46:10,708 --> 00:46:13,916
Saya minta
tolonglah lupakan Habu dan kamera dia itu.

477
00:46:14,000 --> 00:46:16,625
Terus buat kerja awak,
ambil gambar cantik.

478
00:46:16,708 --> 00:46:18,333
Itu yang orang mahu.

479
00:47:13,875 --> 00:47:14,750
Helo?

480
00:47:15,375 --> 00:47:16,375
Ya, saya.

481
00:47:17,416 --> 00:47:19,250
Ya. Saya boleh ke sana esok.

482
00:47:21,125 --> 00:47:23,833
Awak suka cerita Everest saya?
Nak dengar lagi?

483
00:47:23,916 --> 00:47:26,166
Awak pandai bercerita.

484
00:47:27,625 --> 00:47:31,625
Tak, saya dah jumpa surat terakhir Habu.
Yang ada nota itu.

485
00:47:32,125 --> 00:47:34,250
Rupa-rupanya saya ada simpan. Dan…

486
00:47:34,333 --> 00:47:37,541
- Awak ada alamat?
- Tak, tapi saya terperasan sesuatu.

487
00:47:38,041 --> 00:47:38,875
Tengok.

488
00:47:39,375 --> 00:47:42,875
Surat-surat lain dari Kathmandu
tapi ini dari tempat lain.

489
00:47:42,958 --> 00:47:45,000
Mungkin ia ada guna untuk awak.

490
00:47:45,541 --> 00:47:46,500
Namche Bazaar.

491
00:47:47,083 --> 00:47:48,208
Awak cam nama itu?

492
00:47:48,291 --> 00:47:50,541
Itu kampung terakhir sebelum Everest.

493
00:47:50,625 --> 00:47:52,958
Mungkin lepas tiga tahun,
dia masih di sana.

494
00:49:05,666 --> 00:49:07,916
<i>Untuk ke Everest, hanya ada satu jalan</i>

495
00:49:08,000 --> 00:49:10,541
<i>dan seminggu berjalan kaki</i>
<i>merentasi Lembah Khumbu.</i>

496
00:49:10,625 --> 00:49:11,708
<i>Wilayah Sherpa.</i>

497
00:49:14,583 --> 00:49:17,500
<i>Habu ghaib.</i>
<i>Tiada siapa tahu apa jadi kepada dia.</i>

498
00:49:18,083 --> 00:49:21,041
<i>Tapi jika dia masih di sana,</i>
<i>saya akan jumpa dia.</i>

499
00:51:12,625 --> 00:51:13,625
Ada orang tak?

500
00:51:18,083 --> 00:51:19,666
Hei, ada orang tak?

501
00:51:29,000 --> 00:51:30,250
Awak buat apa?

502
00:51:38,791 --> 00:51:42,125
Helo, saya wartawan.
Saya bekerja untuk majalah Jepun.

503
00:51:42,208 --> 00:51:43,416
Nama saya Fukamachi.

504
00:51:46,333 --> 00:51:49,250
- Pergi, Fukamachi.
- Saya takkan lama di sini.

505
00:51:49,333 --> 00:51:52,333
- Saya hanya nak soal…
- Saya tak nak jawab.

506
00:51:52,416 --> 00:51:54,583
Awak di Kathmandu dengan lelaki itu.

507
00:51:54,666 --> 00:51:57,875
Kamera Vest Pocket itu.
Awak jumpa di Everest?

508
00:51:58,375 --> 00:52:01,333
- Maknanya itu…
- Apa? Jangan kacau saya.

509
00:52:02,583 --> 00:52:04,083
Saya tahu musim sejuk ini

510
00:52:04,166 --> 00:52:06,333
awak nak daki muka barat daya Everest.

511
00:52:06,416 --> 00:52:08,791
Saya hanya nak rekodkan pendakian awak.

512
00:52:08,875 --> 00:52:10,625
Biar saya ikut. Saya takkan dekat.

513
00:52:10,708 --> 00:52:13,875
Awak takkan sedar saya ada.
Saya ambil gambar saja.

514
00:52:15,333 --> 00:52:18,000
Kalau awak berjaya seorang diri,
tiada siapa akan tahu.

515
00:52:18,083 --> 00:52:21,333
Itu yang awak mahu?
Awak perlukan bukti pendakian.

516
00:52:21,416 --> 00:52:22,625
Awak perlukan saya.

517
00:52:23,666 --> 00:52:25,875
Saya tak perlukan sesiapa. Berambus.

518
00:52:25,958 --> 00:52:28,791
Biar saya ikut awak.
Saya akan ikut cakap awak.

519
00:52:33,916 --> 00:52:37,625
Awak dah terlambat.
Saya dah lama berhenti. Itu dah berakhir.

520
00:52:37,708 --> 00:52:39,208
Tunggu. Jangan begitu.

521
00:52:39,291 --> 00:52:40,500
Dah berakhir. Faham?

522
00:52:40,583 --> 00:52:41,416
- Tapi…
- Pergi!

523
00:52:45,916 --> 00:52:47,083
Okey.

524
00:53:06,750 --> 00:53:08,333
Saya tahu awak masih mendaki.

525
00:53:08,416 --> 00:53:11,041
Awak tak boleh halang saya.
Saya akan datang. Faham?

526
00:53:11,125 --> 00:53:14,125
Saya tunggu awak
di kem pangkalan musim sejuk ini.

527
00:53:30,333 --> 00:53:33,500
<i>Dulu pendakian gunung adalah persaingan</i>
<i>siapa panjat paling tinggi.</i>

528
00:53:34,083 --> 00:53:37,291
<i>Setelah tiba di puncak,</i>
<i>persaingan itu patut tamat.</i>

529
00:53:37,791 --> 00:53:39,041
<i>Sebenarnya tidak.</i>

530
00:53:41,000 --> 00:53:43,291
<i>Seorang pendaki gunung</i>
<i>sentiasa cari cabaran baru.</i>

531
00:53:43,375 --> 00:53:46,125
<i>Kalau bukan tinggi,</i>
<i>cari laluan paling bahaya.</i>

532
00:53:46,208 --> 00:53:49,416
<i>Daki lebih cepat,</i>
<i>seorang diri, tanpa oksigen.</i>

533
00:53:50,333 --> 00:53:51,916
<i>Tak habis-habis.</i>

534
00:53:53,916 --> 00:53:56,250
<i>Everest ditawan</i>
<i>pada tahun 1953 dari belah Nepal,</i>

535
00:53:57,083 --> 00:53:58,458
<i>tanpa oksigen pada tahun 1978,</i>

536
00:53:59,583 --> 00:54:02,250
<i>dua tahun kemudian,</i>
<i>solo melalui Lurah Norton.</i>

537
00:54:10,250 --> 00:54:13,791
<i>Pada musim sejuk 1985,</i>
<i>Hase cuba tawan muka barat daya berbahaya.</i>

538
00:54:14,916 --> 00:54:16,291
<i>Dia tidak kembali lagi.</i>

539
00:54:21,583 --> 00:54:24,125
<i>Jadi tiada siapa</i>
<i>menawan muka barat daya lagi.</i>

540
00:54:24,208 --> 00:54:27,333
<i>Habu mahu menawannya</i>
<i>seorang diri tanpa oksigen.</i>

541
00:54:29,333 --> 00:54:31,625
<i>Saya takkan sesekali lepaskan ini.</i>

542
00:55:34,666 --> 00:55:37,291
- Apa ramalan cuaca?
- Kita mesti tunggu.

543
00:55:37,375 --> 00:55:40,333
Angin dari lembah
membuat awan berkepul di puncak.

544
00:55:40,416 --> 00:55:41,791
Nanti salji akan turun.

545
00:55:41,875 --> 00:55:44,458
Tiga hari baru kita boleh gerak.
Atau empat.

546
00:55:44,541 --> 00:55:47,666
Tambah sehari agar salji itu mendap.
Kita akan tunggu.

547
00:55:52,625 --> 00:55:55,583
Berapa lama mahu mendaki? Seminggu?

548
00:55:55,666 --> 00:55:58,083
- Tiga malam empat hari.
- Bolehkah?

549
00:55:58,166 --> 00:55:59,833
Itu saja caranya.

550
00:56:07,625 --> 00:56:12,208
Awak tahu peraturan pendakian solo?
Tiada komunikasi, tiada campur tangan.

551
00:56:12,875 --> 00:56:16,250
Ambil gambar, itu saja.
Kalau saya ada masalah, diam saja.

552
00:56:16,750 --> 00:56:19,416
Kalau awak ada masalah,
jangan harapkan saya. Faham?

553
00:56:19,500 --> 00:56:20,333
Ya.

554
00:56:24,500 --> 00:56:25,708
Okey, selamat malam.

555
00:56:36,750 --> 00:56:38,666
Jangan terasa sangat dengan dia.

556
00:56:39,166 --> 00:56:41,666
Dah hampir lapan tahun dia duduk sini.

557
00:56:41,750 --> 00:56:44,458
Dia bersedia selama lapan tahun.
Ini saja matlamatnya.

558
00:56:44,958 --> 00:56:46,916
Pendakian ini penting bagi dia.

559
00:56:47,000 --> 00:56:49,666
Dia takkan biar sesiapa menghalangnya.

560
00:56:49,750 --> 00:56:51,083
Saya bukan mahu…

561
00:56:51,166 --> 00:56:52,500
Saya tahu.

562
00:56:53,291 --> 00:56:54,750
Baguslah awak ada.

563
00:56:55,708 --> 00:56:57,041
Dia takkan mengaku,

564
00:56:57,125 --> 00:56:59,333
tapi dia perlu foto awak
kalau dia berjaya.

565
00:57:00,041 --> 00:57:01,583
Tapi awak bukan macam dia.

566
00:57:01,666 --> 00:57:03,541
Kemampuan awak berdua tak sama.

567
00:57:03,625 --> 00:57:05,833
Jangan sesekali cuba ikut dia.

568
00:57:05,916 --> 00:57:09,458
Kalau rasa tak larat,
jangan paksa diri. Turun balik.

569
00:57:09,541 --> 00:57:14,208
Pada ketinggian 7,500 meter,
kekurangan oksigen buat awak sakit kepala

570
00:57:14,291 --> 00:57:16,208
dan awak takkan larat teruskan.

571
00:57:16,916 --> 00:57:17,916
Itu normal.

572
00:57:19,250 --> 00:57:21,333
Lebih 8,000 meter, itu zon mati.

573
00:57:21,416 --> 00:57:24,250
Tubuh kita tak tahan pada ketinggian itu.

574
00:57:24,833 --> 00:57:27,375
Mesti bergerak cepat kalau awak nak balik.

575
00:57:27,458 --> 00:57:28,416
Faham?

576
00:57:29,083 --> 00:57:30,083
Saya faham.

577
00:58:42,916 --> 00:58:43,875
Awak dah sedia?

578
00:58:45,958 --> 00:58:46,958
Awak pula?

579
00:58:47,875 --> 00:58:48,875
Rasanya ya.

580
00:58:50,625 --> 00:58:52,416
Misi awak ini berbahaya.

581
00:58:52,958 --> 00:58:54,916
Kalau tak bahaya, tak seronoklah.

582
00:58:55,500 --> 00:58:59,250
Kenapa buat juga? Hase dah meninggal,
tak perlu bersaing lagi.

583
00:58:59,333 --> 00:59:01,666
Kenapa awak nak ikut saya?

584
00:59:01,750 --> 00:59:05,541
Hanya untuk gambar majalah?
Untuk bayaran satu artikel? Kenapa?

585
00:59:07,166 --> 00:59:08,416
Mesti ada sebab lain.

586
00:59:10,125 --> 00:59:13,333
Apabila awak dah bertekad,
benda lain jadi tak penting.

587
00:59:15,000 --> 00:59:16,083
Begitulah caranya.

588
00:59:24,375 --> 00:59:25,833
Awak jumpa ia di sini?

589
00:59:26,333 --> 00:59:29,333
Adakah kamera itu di Everest?
Betulkah itu kamera…

590
00:59:29,416 --> 00:59:32,416
Saya dah mula rasa meluat.
Itu bukan kamera sesiapa.

591
00:59:34,250 --> 00:59:36,208
Sediakan beg. Kita gerak esok.

592
01:07:29,916 --> 01:07:30,875
Ayuh.

593
01:07:47,500 --> 01:07:48,416
Habu.

594
01:08:36,458 --> 01:08:37,416
Alamak.

595
01:08:44,208 --> 01:08:45,125
Aduh.

596
01:09:20,916 --> 01:09:22,750
<i>Habu, awak okey? Tidur nyenyak?</i>

597
01:09:22,833 --> 01:09:24,958
Ya. Malam semalam amat tenang.

598
01:09:25,041 --> 01:09:26,833
<i>Untunglah. Sini angin kuat.</i>

599
01:09:26,916 --> 01:09:28,208
<i>Awak menepati masa?</i>

600
01:09:28,708 --> 01:09:30,500
Saya gerak pukul 6 macam jadual.

601
01:09:30,583 --> 01:09:31,750
Jika cuaca begini,

602
01:09:31,833 --> 01:09:35,083
saya akan cepat sampai Batu Kapal Perang
dan Menara Kelabu senja nanti.

603
01:09:35,166 --> 01:09:38,500
<i>Okey. Beritahu jika ada perubahan.</i>
<i>Semoga berjaya!</i>

604
01:10:46,250 --> 01:10:48,375
<i>Habu, awak dengar saya?</i>

605
01:10:48,458 --> 01:10:50,083
Saya dengar. Ada apa?

606
01:10:50,625 --> 01:10:52,375
<i>Cuaca sedang berubah.</i>

607
01:10:52,458 --> 01:10:55,625
<i>Ada ribut di genting selatan,</i>
<i>angin selaju 200 kilometer.</i>

608
01:10:55,708 --> 01:10:58,958
- <i>Ia menuju ke arah</i> <i>awak. Cepat sikit.</i>
- Baik.

609
01:11:03,041 --> 01:11:04,083
Tak guna!

610
01:13:11,666 --> 01:13:12,708
Tolonglah!

611
01:13:14,875 --> 01:13:16,333
Cepat gerak!

612
01:14:39,291 --> 01:14:41,041
Fukamachi!

613
01:14:42,000 --> 01:14:44,000
Hei! Fukamachi! Bangun!

614
01:14:44,083 --> 01:14:46,500
Macam mana? Boleh panjat lagi tak?

615
01:14:46,583 --> 01:14:49,541
- Pergi saja.
- Jangan melawan. Tanggalkan beg.

616
01:14:49,625 --> 01:14:52,875
- Tidak!
- Beri kapak awak. Ia menghalang.

617
01:14:52,958 --> 01:14:55,750
Buka kasut ais awak. Serahkan kepada saya!

618
01:14:55,833 --> 01:14:58,833
Jangan! Tak boleh!
Nanti kita berdua terkandas sini!

619
01:14:58,916 --> 01:15:00,791
Pegang kuat-kuat. Tak apa.

620
01:16:00,375 --> 01:16:01,208
Minum.

621
01:16:05,625 --> 01:16:07,166
Maaf, saya salah.

622
01:16:09,708 --> 01:16:11,500
Minum, tambah air dalam badan.

623
01:16:29,250 --> 01:16:31,041
Kenapa awak selamatkan saya?

624
01:16:31,541 --> 01:16:33,083
Awak kata jangan campur tangan.

625
01:16:34,083 --> 01:16:37,000
Awak belum selamat.
Awak masih perlu turun.

626
01:16:37,083 --> 01:16:39,250
Kalau cuaca masih begini, susah.

627
01:16:40,958 --> 01:16:42,041
Jadi sampai di sini?

628
01:16:43,416 --> 01:16:45,750
Kita dah lama ketinggalan. Peluang tipis.

629
01:16:46,541 --> 01:16:48,875
Hanya boleh lalu Gelang Kuning saja.

630
01:16:48,958 --> 01:16:51,458
Tak boleh. Musim sekarang,
ia terlalu terdedah.

631
01:16:51,958 --> 01:16:53,458
Batunya juga rapuh.

632
01:16:53,541 --> 01:16:55,666
Awak tak cukup tali. Ia…

633
01:16:56,166 --> 01:16:57,250
Mustahil.

634
01:16:58,666 --> 01:16:59,666
Kita berhenti sini.

635
01:17:07,166 --> 01:17:08,291
Tarik kaki awak.

636
01:17:23,208 --> 01:17:24,458
Saya jumpa atas sana.

637
01:17:24,541 --> 01:17:25,583
Dekat rabung.

638
01:17:28,208 --> 01:17:29,208
Kamera itu.

639
01:17:34,500 --> 01:17:37,583
<i>Sudah beberapa kali saya daki</i>
<i>muka barat daya tapi gagal.</i>

640
01:17:38,916 --> 01:17:43,250
<i>Musim sejuk lepas, cuaca buruk.</i>
<i>Selepas Menara Kelabu, saya hilang arah.</i>

641
01:17:43,916 --> 01:17:47,000
<i>Puncaknya sudah dekat</i>
<i>tapi saya tak dapat cari jalan.</i>

642
01:17:48,083 --> 01:17:51,500
<i>Saya penat. Saya mencari</i>
<i>tempat untuk berlindung.</i>

643
01:17:52,916 --> 01:17:53,916
<i>Saya jumpa dia.</i>

644
01:18:23,416 --> 01:18:24,583
<i>Jadi awak rasa…</i>

645
01:18:25,083 --> 01:18:28,208
<i>Dia sampai ke puncak? Awak tentu kecewa.</i>

646
01:18:28,958 --> 01:18:31,791
<i>Dia kali terakhir dilihat</i>
<i>di sekitar 8,700 meter.</i>

647
01:18:32,666 --> 01:18:37,583
<i>Saya temui dia di tempat tinggi lagi.</i>
<i>Tak tahu sama ada dia turun atau naik.</i>

648
01:18:37,666 --> 01:18:39,458
<i>Kita boleh tahu daripada filemnya.</i>

649
01:18:44,916 --> 01:18:46,291
<i>Apa gunanya?</i>

650
01:19:36,083 --> 01:19:36,916
Terima kasih.

651
01:19:38,791 --> 01:19:39,875
Mari kita gerak?

652
01:19:43,750 --> 01:19:44,750
Hati-hati.

653
01:19:46,875 --> 01:19:50,541
Ribut mungkin kembali,
angin mungkin lebih kuat selepas lurah.

654
01:19:51,041 --> 01:19:52,416
Saya tak ada nanti.

655
01:19:52,500 --> 01:19:54,041
Jangan kata awak nak…

656
01:19:54,125 --> 01:19:57,500
Awak kena sampai lembah
pada tengah hari. Jangan perlahan.

657
01:24:02,791 --> 01:24:03,750
Awak okey?

658
01:24:04,250 --> 01:24:06,291
Saya okey. Habu dah balik?

659
01:24:06,791 --> 01:24:07,791
Belum lagi.

660
01:24:07,875 --> 01:24:08,875
Dia sampai tak?

661
01:24:08,958 --> 01:24:12,625
Saya tak tahu.
Hubungan radio terakhir kami pagi semalam.

662
01:24:13,125 --> 01:24:15,416
Dia nak cuba ke puncak. Suaranya okey.

663
01:24:15,500 --> 01:24:16,708
Selepas itu, senyap.

664
01:25:08,333 --> 01:25:09,583
Ada yang tak kena.

665
01:25:10,208 --> 01:25:14,041
Dia mungkin terkandas
sebab cuaca buruk. Kita perlu tunggu.

666
01:26:10,583 --> 01:26:11,583
Sehari saja lagi.

667
01:26:12,083 --> 01:26:12,916
Sehari saja.

668
01:26:13,416 --> 01:26:15,416
Tak ada gunanya. Dah selesai.

669
01:26:16,291 --> 01:26:17,166
Mari.

670
01:26:38,083 --> 01:26:39,875
Dia minta saya beri awak ini.

671
01:27:05,000 --> 01:27:07,958
<i>Jika awak baca ini,</i>
<i>maknanya saya tak selamat.</i>

672
01:27:08,750 --> 01:27:10,041
<i>Simpan kamera itu.</i>

673
01:27:10,958 --> 01:27:13,541
<i>Ia mungkin ada maklumat tentang Mallory</i>

674
01:27:13,625 --> 01:27:15,708
<i>agar tugasan awak boleh selesai.</i>

675
01:27:15,791 --> 01:27:18,416
<i>Kalau awak nak tahu sebab dia lakukannya,</i>

676
01:27:19,500 --> 01:27:21,000
<i>sebab saya lakukannya,</i>

677
01:27:22,583 --> 01:27:24,291
<i>awak takkan jumpa jawapannya.</i>

678
01:27:25,291 --> 01:27:27,291
<i>Awak datang sini, awak tentu tahu.</i>

679
01:27:28,291 --> 01:27:31,750
<i>Pendorong awak ke sini</i>
<i>mendorong saya mendaki juga.</i>

680
01:27:33,166 --> 01:27:34,583
<i>Entahlah apa bendanya.</i>

681
01:27:35,125 --> 01:27:39,041
<i>Saya tak tahu apa bendanya</i>
<i>tapi saya tak boleh hidup tanpanya.</i>

682
01:27:41,875 --> 01:27:45,000
<i>Orang lain mencari erti hidup mereka.</i>
<i>Bukan saya.</i>

683
01:27:45,833 --> 01:27:48,916
<i>Hanya mendaki gunung</i>
<i>beri saya semangat untuk hidup.</i>

684
01:27:49,416 --> 01:27:51,666
<i>Jadi saya buat itu hingga ke akhirnya.</i>

685
01:27:52,791 --> 01:27:53,916
<i>Tak ada penyesalan.</i>

686
01:29:26,333 --> 01:29:27,416
<i>Betul kata Habu.</i>

687
01:29:28,166 --> 01:29:32,041
<i>Saya dapat jawapan</i>
<i>kepada misteri Mallory, tapi ia tak cukup.</i>

688
01:29:33,416 --> 01:29:35,375
<i>Kenapa panjat lebih tinggi?</i>

689
01:29:35,875 --> 01:29:36,916
<i>Menjadi yang pertama?</i>

690
01:29:37,791 --> 01:29:40,375
<i>Kenapa menempah maut?</i>
<i>Kenapa buat benda sia-sia?</i>

691
01:29:58,083 --> 01:29:59,375
<i>Kini saya tahu sebabnya.</i>

692
01:30:00,750 --> 01:30:02,458
<i>Tak perlu ada sebab pun.</i>

693
01:30:03,625 --> 01:30:06,250
<i>Ada orang anggap gunung</i>
<i>bukan matlamat, tapi jalan.</i>

694
01:30:06,333 --> 01:30:07,750
<i>Puncak pula sekadar langkah.</i>

695
01:30:09,250 --> 01:30:11,875
<i>Setelah itu,</i>
<i>kita perlu terus berjalan saja.</i>

696
01:34:15,625 --> 01:34:20,625
Terjemahan sari kata oleh<i> </i>Nursyazela



