1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:31,625 --> 00:00:34,833
<i>Aku ke Comala kerana diberitahu</i>
<i>ayah aku ada di sini.</i>

4
00:00:35,916 --> 00:00:38,000
<i>Lelaki bernama Pedro Páramo.</i>

5
00:00:39,458 --> 00:00:40,875
<i>Mak aku beritahu aku.</i>

6
00:00:43,041 --> 00:00:45,125
<i>Aku berjanji aku akan ke sini.</i>

7
00:00:46,333 --> 00:00:49,916
<i>Mak sudah nazak,</i>
<i>maka aku akan menjanjikan dia apa saja.</i>

8
00:00:51,875 --> 00:00:53,708
<i>Sebelum itu, mak beritahu aku,</i>

9
00:00:54,208 --> 00:00:56,416
<i>"Jangan minta apa-apa daripada dia."</i>

10
00:00:57,125 --> 00:00:59,125
<i>"Tuntut hak kita."</i>

11
00:01:00,125 --> 00:01:02,375
<i>"Disebabkan cara dia mengabaikan kita,</i>

12
00:01:03,208 --> 00:01:04,833
<i>ajar dia cukup-cukup."</i>

13
00:01:26,625 --> 00:01:28,833
<i>Aku tak nak tunaikan janji aku.</i>

14
00:01:29,583 --> 00:01:32,000
<i>Sehinggalah aku mula bermimpi.</i>

15
00:01:33,250 --> 00:01:35,583
<i>Biarkan fantasi aku berlalu pergi.</i>

16
00:01:36,291 --> 00:01:40,875
<i>Aku mula membayangkan dunia bersandarkan</i>
<i>harapanku terhadap lelaki itu,</i>

17
00:01:41,916 --> 00:01:43,500
<i>suami mak aku.</i>

18
00:02:10,125 --> 00:02:12,791
Boleh saya tahu
kenapa tuan pergi ke Comala?

19
00:02:14,458 --> 00:02:15,875
Untuk jumpa ayah saya.

20
00:02:20,416 --> 00:02:22,541
Dia akan adakan kenduri untuk tuan.

21
00:02:24,041 --> 00:02:26,666
Dia pasti gembira dapat jumpa seseorang.

22
00:02:27,916 --> 00:02:29,000
Jadi…

23
00:02:29,625 --> 00:02:31,666
ayah tuan bagaimana orangnya?

24
00:02:32,375 --> 00:02:33,666
Saya tak kenal dia.

25
00:02:34,708 --> 00:02:36,833
Saya cuma tahu namanya Pedro Páramo.

26
00:02:41,791 --> 00:02:43,083
Biar betul.

27
00:02:46,791 --> 00:02:48,583
Encik kenal Pedro Páramo?

28
00:02:53,166 --> 00:02:54,166
Siapa dia?

29
00:02:56,500 --> 00:02:58,166
Kehidupan amarah dan dendam.

30
00:03:08,458 --> 00:03:10,708
- Panasnya di sini.
- Ya.

31
00:03:12,750 --> 00:03:14,333
Panas begini biasa saja.

32
00:03:15,583 --> 00:03:19,208
Tuan akan rasa lebih panas
usai kita tiba di Comala.

33
00:03:19,791 --> 00:03:21,583
Saya cuma mahu katakan,

34
00:03:22,166 --> 00:03:24,291
ramai orang yang mati di sana

35
00:03:25,291 --> 00:03:28,416
kembali dari neraka
untuk mengambil selimut.

36
00:03:32,625 --> 00:03:35,458
Saya juga anak Pedro Páramo.

37
00:04:00,375 --> 00:04:02,208
Encik pasti itu Comala?

38
00:04:02,291 --> 00:04:04,083
Saya pasti, tuan.

39
00:04:06,500 --> 00:04:08,208
Kenapa ia kelihatan daif?

40
00:04:09,375 --> 00:04:11,166
Kerana era sekarang, tuan.

41
00:04:18,208 --> 00:04:19,625
Ia nampak terbiar.

42
00:04:20,250 --> 00:04:22,125
Ia bukan nampak terbiar.

43
00:04:22,208 --> 00:04:23,583
Ia sememangnya terbiar.

44
00:04:24,166 --> 00:04:25,833
Tanah jin bertandang.

45
00:04:28,000 --> 00:04:29,500
Pedro Páramo?

46
00:04:31,458 --> 00:04:33,875
Pedro Páramo dah lama mati.

47
00:04:50,375 --> 00:04:52,458
Di mana saya boleh cari penginapan?

48
00:04:52,958 --> 00:04:56,375
Cari Doña Eduviges,
itu pun jika dia masih hidup.

49
00:04:56,875 --> 00:04:58,916
Beritahu dia saya hantar tuan.

50
00:04:59,416 --> 00:05:00,791
Apa nama encik?

51
00:05:01,291 --> 00:05:02,666
Abundio…

52
00:05:14,541 --> 00:05:18,166
<i>Aku memandang dengan cara yang sama</i>
<i>sebagaimana mak aku.</i>

53
00:05:19,000 --> 00:05:20,250
<i>Dia beritahu aku,</i>

54
00:05:20,833 --> 00:05:23,208
<i>"Di sana, kamu akan jumpa pekan mak,</i>

55
00:05:23,291 --> 00:05:25,375
<i>pekan yang dibina di dataran."</i>

56
00:05:26,166 --> 00:05:28,333
<i>"Penuh dengan pepohon dan dedaunan."</i>

57
00:05:29,750 --> 00:05:31,625
<i>"Di sana, suara makmu ini</i>

58
00:05:32,458 --> 00:05:34,291
<i>akan lebih jelas kamu amati."</i>

59
00:05:37,958 --> 00:05:40,041
<i>Andai boleh, aku mahu beritahu dia,</i>

60
00:05:41,708 --> 00:05:43,708
<i>"Mak dah tersilap tempat."</i>

61
00:05:44,875 --> 00:05:47,166
<i>"Mak suruh saya ke pekan yang tandus</i>

62
00:05:48,458 --> 00:05:50,416
<i>untuk cari orang yang tak wujud."</i>

63
00:06:17,750 --> 00:06:18,750
Tumpang tanya.

64
00:06:20,125 --> 00:06:22,458
Cik tahu di mana Doña Eduviges tinggal?

65
00:06:23,041 --> 00:06:24,083
Di sana.

66
00:06:24,875 --> 00:06:27,458
Di rumah merah jambu berlengkung itu.

67
00:06:56,875 --> 00:06:58,500
Nama saya Eduviges Dyada.

68
00:07:00,333 --> 00:07:01,500
Masuklah.

69
00:07:12,291 --> 00:07:13,375
Ikut sini.

70
00:07:20,166 --> 00:07:21,500
Apa ini?

71
00:07:23,041 --> 00:07:24,416
Barang perhiasan.

72
00:07:25,083 --> 00:07:28,041
Rumah ini penuh dengan perhiasan.

73
00:07:29,541 --> 00:07:32,500
Penghuni lama simpan
barang mereka di rumah ini,

74
00:07:32,583 --> 00:07:35,250
tapi tiada sesiapa kembali
untuk mengambilnya.

75
00:07:39,083 --> 00:07:41,291
Jadi, kamu anak dia?

76
00:07:42,416 --> 00:07:43,416
Anak siapa?

77
00:07:45,250 --> 00:07:47,083
Anak Doloritas.

78
00:07:49,250 --> 00:07:50,916
Ya, tapi bagaimana cik tahu?

79
00:07:51,583 --> 00:07:53,416
Dia kata kamu akan datang.

80
00:07:55,916 --> 00:07:57,583
Katanya, kamu tiba hari ini.

81
00:07:58,541 --> 00:07:59,750
Siapa? Mak saya?

82
00:07:59,833 --> 00:08:00,958
Ya.

83
00:08:01,750 --> 00:08:02,625
Dia.

84
00:08:08,875 --> 00:08:10,458
Ini bilik kamu.

85
00:08:13,208 --> 00:08:16,125
Saya sentiasa kemas jika ada orang datang.

86
00:08:21,125 --> 00:08:22,791
Tiada tempat untuk baring.

87
00:08:24,958 --> 00:08:26,958
Jangan risau tentang itu.

88
00:08:27,041 --> 00:08:30,166
Keletihan itu sendiri
akan melapik kamu dengan selesa.

89
00:08:31,250 --> 00:08:34,625
Bukan mudah untuk siapkan segalanya
pada saat akhir.

90
00:08:35,291 --> 00:08:38,166
Mak kamu baru saja maklumkan saya.

91
00:08:40,000 --> 00:08:41,333
Mak saya dah meninggal.

92
00:08:44,333 --> 00:08:46,166
Sebab itu suaranya lemah.

93
00:08:47,583 --> 00:08:49,083
Sekarang, saya faham.

94
00:08:50,333 --> 00:08:52,250
Sudah berapa lama dia meninggal?

95
00:08:53,625 --> 00:08:55,416
Sudah tujuh hari.

96
00:08:57,000 --> 00:08:59,041
Tentu dia rasa diabaikan.

97
00:09:00,041 --> 00:09:02,375
Kami dah berjanji untuk mati bersama.

98
00:09:02,875 --> 00:09:05,375
Untuk setia bersama ke hujung nyawa.

99
00:09:06,708 --> 00:09:09,333
Nampaknya, dia pergi dulu, ya?

100
00:09:10,958 --> 00:09:13,541
Tak lama lagi, saya pula menyusul.

101
00:09:14,791 --> 00:09:17,333
Saya tahu cara memendekkan umur.

102
00:09:17,833 --> 00:09:21,125
Kita cuma perlu mati
bila-bila saja kita mahu,

103
00:09:21,208 --> 00:09:22,833
bukan semasa Dia tentukan.

104
00:09:25,833 --> 00:09:28,041
Nanti jemputlah datang makan.

105
00:09:28,750 --> 00:09:31,125
- Isi perut sikit.
- Ya.

106
00:09:34,166 --> 00:09:35,416
Sekejap lagi, ya.

107
00:10:24,541 --> 00:10:26,833
Lama betul dalam tandas, anak muda.

108
00:10:27,833 --> 00:10:29,125
Tiada apa-apa, mak.

109
00:10:29,666 --> 00:10:33,166
Jika lama sangat di dalam,
ular akan muncul dan gigit kamu.

110
00:10:35,083 --> 00:10:36,250
<i>Panjangkan tali, Susana.</i>

111
00:10:48,500 --> 00:10:49,833
- Tidak!
- Alamak.

112
00:11:02,250 --> 00:11:04,208
Saya suka tempat ini kerana awak,

113
00:11:08,041 --> 00:11:10,250
tapi saya membencinya sebab hal lain.

114
00:11:12,208 --> 00:11:14,208
Walaupun saya dilahirkan di sini.

115
00:11:22,166 --> 00:11:23,875
Saya akan kembali lagi.

116
00:11:26,750 --> 00:11:28,166
Awak takkan kembali.

117
00:11:34,083 --> 00:11:35,458
Awak takkan kembali.

118
00:12:46,333 --> 00:12:48,166
Mak suruh kamu keluar.

119
00:12:49,208 --> 00:12:50,541
Saya akan keluar, mak.

120
00:12:51,666 --> 00:12:52,833
Sekejap lagi.

121
00:12:52,916 --> 00:12:55,125
Ayah kata kamu tak boleh diharap.

122
00:12:56,833 --> 00:12:58,750
Kamu cuma menghabiskan beras.

123
00:13:13,375 --> 00:13:15,500
Bukankah kamu sepatutnya bekerja?

124
00:13:16,333 --> 00:13:18,375
Tidak. Rogelio tak bayar saya.

125
00:13:18,458 --> 00:13:23,333
Kamu bukan datang untuk cari duit,
tapi untuk belajar.

126
00:13:24,166 --> 00:13:26,750
Buat masa sekarang, kamu kena tahan saja.

127
00:13:27,541 --> 00:13:29,541
Orang lain bolehlah tahan, nenek.

128
00:13:30,583 --> 00:13:32,500
Saya tak nak.

129
00:13:33,333 --> 00:13:35,333
Pelik sungguh anak muda ini.

130
00:13:36,625 --> 00:13:40,041
Nenek rasa kamu akan hidup susah nanti,
Pedro Páramo.

131
00:13:44,166 --> 00:13:46,541
<i>Aku sangka wanita itu gila.</i>

132
00:13:48,000 --> 00:13:49,791
<i>Aku tak lagi percaya apa-apa.</i>

133
00:13:51,083 --> 00:13:52,833
<i>Dunia ini terasa jauh.</i>

134
00:13:53,458 --> 00:13:55,458
<i>Dan aku biarkan diri aku hanyut.</i>

135
00:13:57,375 --> 00:13:58,375
Ya.

136
00:13:59,625 --> 00:14:02,375
Saya hampir jadi mak kamu.

137
00:14:05,791 --> 00:14:07,833
Dia tak pernah beritahu kamu?

138
00:14:07,916 --> 00:14:11,208
Tidak. Dia cuma beritahu saya
hal-hal yang baik.

139
00:14:19,458 --> 00:14:22,333
Pemandu baghal ceritakan
tentang cik kepada saya.

140
00:14:23,666 --> 00:14:24,875
<i>Namanya Abundio.</i>

141
00:14:25,875 --> 00:14:27,250
Abundio yang baik.

142
00:14:27,750 --> 00:14:31,750
Saya pernah tip dia untuk setiap orang
yang dia hantar ke rumah saya.

143
00:14:32,666 --> 00:14:34,125
Sehingga dia jadi pekak.

144
00:14:36,833 --> 00:14:38,875
Pendengaran dia baik-baik saja.

145
00:14:38,958 --> 00:14:42,041
Kembali kepada cerita mak kamu.

146
00:14:42,875 --> 00:14:45,291
Semasa dia berkahwin dengan Pedro Páramo,

147
00:14:45,958 --> 00:14:50,166
mereka kata dia tak boleh tidur
dengan lelaki pada malam itu.

148
00:14:50,708 --> 00:14:51,958
Dia baru datang haid.

149
00:14:54,916 --> 00:14:58,041
Jadi, mak kamu minta saya gantikan dia.

150
00:15:03,041 --> 00:15:04,500
Cik tidur dengan Pedro Páramo?

151
00:15:06,458 --> 00:15:08,708
Kami memadu asmara.

152
00:15:11,291 --> 00:15:13,625
Tapi keriuhan majlis nikah sebelum itu

153
00:15:13,708 --> 00:15:16,666
menyebabkan dia letih
sehingga tidur berdengkur.

154
00:15:17,166 --> 00:15:19,083
Kamu lahir tahun berikutnya.

155
00:15:20,541 --> 00:15:22,041
Tapi bukan saya lahirkan.

156
00:15:22,125 --> 00:15:24,333
Walaupun kamu hampir jadi milik saya.

157
00:15:27,166 --> 00:15:31,708
Mungkin mak kamu tak beritahu kamu…
kerana dia malu agaknya.

158
00:15:37,250 --> 00:15:38,916
Saya bawa potret dia.

159
00:15:43,250 --> 00:15:45,875
Mak kamu benci Pedro Páramo.

160
00:15:46,875 --> 00:15:50,250
Dia cuma tahu merungut
dan mengarah sana sini.

161
00:15:50,750 --> 00:15:52,875
Walaupun mak kamu dah biasa…

162
00:15:54,416 --> 00:15:57,083
lama-lama, dia mula rasa tak puas hati.

163
00:15:58,416 --> 00:16:00,458
Ketika itulah dia mula mengeluh.

164
00:16:01,041 --> 00:16:04,625
Akhirnya, Pedro Páramo
hantar mak kamu kepada kakaknya.

165
00:16:07,625 --> 00:16:09,583
Kami tinggal dengannya di Colima.

166
00:16:09,666 --> 00:16:13,291
Beberapa bulan kemudian,
saya tanya Pedro Páramo tentang dia.

167
00:16:14,833 --> 00:16:17,333
"Bagaimana mereka nak hidup?"

168
00:16:17,833 --> 00:16:20,791
Dia akan jawab,
"Biar Tuhan yang jaga mereka."

169
00:16:23,541 --> 00:16:25,583
"Biar Tuhan yang jaga mereka."

170
00:16:32,125 --> 00:16:34,291
Bila awak nak bersemadi dengan aman?

171
00:16:45,125 --> 00:16:46,291
Bangun.

172
00:17:06,166 --> 00:17:07,541
Kenapa mak menangis?

173
00:17:11,416 --> 00:17:13,000
Ayah kamu dah meninggal.

174
00:17:16,166 --> 00:17:18,041
Dia dibunuh.

175
00:17:27,083 --> 00:17:28,916
Siapa pula yang bunuh mak?

176
00:17:41,125 --> 00:17:43,416
<i>Bila awak nak bersemadi dengan aman?</i>

177
00:17:44,500 --> 00:17:46,166
Kenapa, Doña Eduviges?

178
00:17:49,916 --> 00:17:52,166
Itu kuda Miguel Páramo.

179
00:17:54,208 --> 00:17:57,250
Ia menderap
di sepanjang jalan ke Media Luna.

180
00:17:58,125 --> 00:17:59,791
Ada orang di Media Luna?

181
00:18:00,416 --> 00:18:03,375
Tiada sesiapa tinggal di sana.

182
00:18:05,500 --> 00:18:06,583
Saya tak faham.

183
00:18:08,041 --> 00:18:10,375
- Saya tak dengar bunyi kuda.
- Tidak?

184
00:18:10,458 --> 00:18:11,458
Tidak.

185
00:18:14,625 --> 00:18:17,500
Barangkali deria keenam saya.

186
00:18:19,125 --> 00:18:21,000
Anugerah Tuhan untuk saya.

187
00:18:23,041 --> 00:18:25,250
Barangkali satu sumpahan.

188
00:18:27,416 --> 00:18:28,750
Siapa Miguel Páramo?

189
00:18:28,833 --> 00:18:30,583
Anak Pedro Páramo.

190
00:18:31,625 --> 00:18:32,708
Seorang lagi anak?

191
00:18:33,791 --> 00:18:35,875
Pedro cuma akui dia sebagai anaknya.

192
00:18:39,000 --> 00:18:42,041
Dia akan tidur beberapa malam
di rumah saya.

193
00:18:42,125 --> 00:18:44,500
Sehinggalah dia jumpa seorang gadis
dari Contla.

194
00:18:45,250 --> 00:18:48,041
Pada waktu malam,
mereka bertemu untuk berborak

195
00:18:49,333 --> 00:18:51,916
dan dia akan pulang pada awal pagi.

196
00:18:53,000 --> 00:18:54,916
Tapi malam itu, dia tak kembali.

197
00:18:57,666 --> 00:19:02,250
Kudanya masih lalu di sini apabila saya
dengar seseorang ketuk tingkap saya.

198
00:19:03,750 --> 00:19:06,166
Mungkin itu cuma bayangan saya.

199
00:19:14,875 --> 00:19:16,291
Apa yang berlaku?

200
00:19:17,125 --> 00:19:18,625
Dia putuskan hubungan?

201
00:19:19,791 --> 00:19:22,250
Tidak. Bukan begitu.

202
00:19:23,416 --> 00:19:25,291
Saya tersesat di pekan ini.

203
00:19:28,041 --> 00:19:29,583
Apa maksud kamu, Miguel?

204
00:19:30,833 --> 00:19:32,541
Kabus terlalu tebal.

205
00:19:34,000 --> 00:19:35,041
Asap barangkali.

206
00:19:35,791 --> 00:19:39,708
Entah apa bendanya.
Kini, saya cuma tahu Contla tak wujud.

207
00:19:41,708 --> 00:19:45,791
Saya datang untuk beritahu mak cik
sebab saya tahu mak cik faham saya.

208
00:19:46,791 --> 00:19:51,125
Jika saya beritahu orang lain di Comala,
mereka akan kata saya gila.

209
00:19:52,625 --> 00:19:54,333
Macam biasa.

210
00:19:57,333 --> 00:19:58,375
Tidak.

211
00:19:59,625 --> 00:20:01,416
Kamu tak gila, Miguel.

212
00:20:04,541 --> 00:20:06,375
Kamu tentu dah mati.

213
00:20:07,750 --> 00:20:11,291
Orang pernah kata
kuda itu akan bunuh kamu suatu hari nanti.

214
00:20:11,833 --> 00:20:14,708
Saya cuma lompat
melepasi pagar yang ayah pasang

215
00:20:14,791 --> 00:20:17,416
untuk mengelak daripada kena pusing jauh.

216
00:20:19,000 --> 00:20:20,916
Kemudian, saya cuma nampak asap.

217
00:20:24,666 --> 00:20:25,875
Pergilah.

218
00:20:32,166 --> 00:20:34,625
Pergilah bersemadi dengan aman, nak.

219
00:20:38,791 --> 00:20:41,500
Terima kasih kerana ucap selamat tinggal.

220
00:21:01,583 --> 00:21:04,916
Amin.

221
00:21:07,166 --> 00:21:09,083
Mari kita panjatkan kesyukuran!

222
00:21:11,916 --> 00:21:14,166
Paderi, kami mohon berkatilah dia!

223
00:21:15,291 --> 00:21:17,583
Tidak. Saya takkan lakukannya.

224
00:21:19,000 --> 00:21:23,083
Dia lelaki yang jahat
dan dia takkan masuk ke syurga.

225
00:21:23,666 --> 00:21:26,625
Tuhan akan murka jika saya memberkatinya.

226
00:22:15,083 --> 00:22:17,583
Kamu tahu siapa yang dikebumikan hari ini?

227
00:22:21,000 --> 00:22:22,000
Ya, pak cik.

228
00:22:23,458 --> 00:22:26,166
Kamu pasti itu dia, bukan?

229
00:22:31,875 --> 00:22:33,208
Agak was-was, pak cik.

230
00:22:34,666 --> 00:22:38,375
Saya tak nampak muka dia.
Dia tarik saya pada waktu malam.

231
00:22:38,458 --> 00:22:42,333
Habis, bagaimana kamu tahu
yang dia Miguel Páramo?

232
00:22:43,958 --> 00:22:45,250
Dia beritahu saya.

233
00:22:47,083 --> 00:22:50,083
Dia beritahu saya namanya.
Dia kata jangan takut.

234
00:22:54,875 --> 00:22:59,958
Tapi kamu tahu dia bertanggungjawab
atas kematian ayah kamu, bukan?

235
00:23:01,166 --> 00:23:02,291
Ya, pak cik.

236
00:23:02,916 --> 00:23:06,083
Jadi, apa yang kamu buat
untuk cuba menepis dia?

237
00:23:09,750 --> 00:23:11,083
Tiada apa-apa.

238
00:23:15,458 --> 00:23:17,875
Dia kata dia datang untuk minta maaf.

239
00:23:18,458 --> 00:23:20,958
Saya teringat apa yang pak cik ajar saya.

240
00:23:23,333 --> 00:23:25,291
Kita tak patut membenci sesiapa.

241
00:23:28,291 --> 00:23:30,250
Kemudian, dia hempap saya.

242
00:23:33,083 --> 00:23:35,666
Dia mula buat perkara jahat terhadap saya.

243
00:23:39,041 --> 00:23:40,875
Saya fikir dia nak bunuh saya.

244
00:23:50,541 --> 00:23:54,333
Sekarang, dia mesti terseksa
di dalam neraka paling dalam.

245
00:23:56,083 --> 00:23:58,583
Itulah doa saya.

246
00:24:00,083 --> 00:24:02,916
Jangan terlalu yakin, nak.

247
00:24:03,666 --> 00:24:06,916
Barangkali ramai yang mendoakan
ketenangan rohnya.

248
00:24:11,750 --> 00:24:14,458
Lagipun, saya dah beri dia pengampunan.

249
00:24:16,833 --> 00:24:18,416
Apa maksud pak cik?

250
00:24:20,541 --> 00:24:23,666
Kita perlu bersyukur
Tuhan dah ambil dia dari sini,

251
00:24:23,750 --> 00:24:26,416
tempat di mana
banyak dosa dia dah lakukan.

252
00:24:26,500 --> 00:24:29,833
Sekalipun dia ke syurga,
itu bukan urusan kita lagi.

253
00:25:05,458 --> 00:25:07,666
Maaf mengganggu, Paderi Rentería.

254
00:25:08,291 --> 00:25:09,750
Apa boleh saya bantu?

255
00:25:13,750 --> 00:25:15,458
Adik saya mati.

256
00:25:17,041 --> 00:25:19,000
Bagaimana dia boleh mati?

257
00:25:22,833 --> 00:25:25,375
Dia bunuh diri.

258
00:25:32,125 --> 00:25:34,458
Awak nak saya buat apa, María?

259
00:25:35,791 --> 00:25:38,833
Saya datang
untuk minta tuan selamatkan dia.

260
00:25:39,791 --> 00:25:41,916
Tapi dia bunuh diri.

261
00:25:43,625 --> 00:25:46,333
Dia ingkari kehendak Tuhan.

262
00:25:47,791 --> 00:25:49,833
Dia kecundang di hujung hayatnya.

263
00:25:53,208 --> 00:25:57,000
Begitu banyak perbuatan baik
untuk menyelamatkannya…

264
00:25:57,916 --> 00:26:00,333
Alih-alih, semua itu hilang.

265
00:26:00,416 --> 00:26:02,750
Tak, tapi dia tak hilangkannya.

266
00:26:03,833 --> 00:26:06,875
Dia mati tercekik darahnya sendiri.

267
00:26:06,958 --> 00:26:08,541
Dia menderita kesakitan.

268
00:26:09,375 --> 00:26:10,666
Dan kesakitan…

269
00:26:13,875 --> 00:26:17,250
Saya tak ingat pesanan awak
kepada kami tentang kesakitan.

270
00:26:18,458 --> 00:26:23,708
Mungkin saya pernah kongsikan
beberapa petikan kitab…

271
00:26:23,791 --> 00:26:27,041
Tapi kita memerlukan bantuan
daripada beberapa paderi.

272
00:26:28,458 --> 00:26:30,041
Tinggi belanjanya.

273
00:26:30,916 --> 00:26:33,041
Saya tak ada duit.

274
00:26:34,166 --> 00:26:36,375
Tuan paderi pun tahu.

275
00:26:40,708 --> 00:26:42,875
Biarkan saja.

276
00:26:44,125 --> 00:26:45,625
Kita percayakan Tuhan.

277
00:26:53,208 --> 00:26:54,416
Baik, tuan paderi.

278
00:27:43,500 --> 00:27:48,750
<i>Salam buat Perawan Maryam</i>

279
00:27:49,958 --> 00:27:54,791
<i>Selamatkan rohnya</i>

280
00:27:55,958 --> 00:28:00,958
<i>Dari neraka</i>

281
00:28:01,458 --> 00:28:05,666
<i>Dengan keampunan-Mu</i>

282
00:28:06,666 --> 00:28:11,916
<i>Cahaya lilin</i>

283
00:28:12,708 --> 00:28:16,875
<i>Bersemadilah dengan aman</i>

284
00:28:20,791 --> 00:28:23,250
Kamu pernah dengar rintihan orang mati?

285
00:28:25,916 --> 00:28:26,916
Tidak.

286
00:28:34,458 --> 00:28:36,333
Baiklah, nak.

287
00:28:53,250 --> 00:28:54,500
Doña Eduviges.

288
00:28:59,500 --> 00:29:00,750
Doña Eduviges.

289
00:29:05,208 --> 00:29:06,125
Doña Eduviges!

290
00:29:10,291 --> 00:29:11,666
Cik tak datang semula?

291
00:29:19,166 --> 00:29:20,916
<i>Biar saya balik rumah!</i>

292
00:29:23,375 --> 00:29:24,875
<i>Lepaskan saya!</i>

293
00:29:24,958 --> 00:29:26,291
<i>Don Fulgor!</i>

294
00:29:27,416 --> 00:29:28,416
<i>Tidak!</i>

295
00:29:28,500 --> 00:29:30,541
<i>Tidak!</i>

296
00:30:00,291 --> 00:30:01,875
Doña Eduviges, itu cikkah?

297
00:30:04,791 --> 00:30:06,416
Saya bukan Eduviges.

298
00:30:09,083 --> 00:30:10,875
Nama saya Damiana.

299
00:30:11,916 --> 00:30:13,333
Saya tahu kamu di sini.

300
00:30:14,416 --> 00:30:15,750
Saya nak jemput kamu.

301
00:30:17,500 --> 00:30:19,083
Damiana Cisneros?

302
00:30:21,250 --> 00:30:23,041
Cik tinggal di Media Luna?

303
00:30:23,125 --> 00:30:26,375
Sekarang, ya.
Sebab itu saya lambat sampai ke sini.

304
00:30:27,625 --> 00:30:30,541
Mak saya ada cakap tentang Damiana,
pengasuh saya.

305
00:30:31,875 --> 00:30:35,541
Saya dah kenal kamu
sejak kamu buka mata, Juan Preciado.

306
00:30:41,000 --> 00:30:44,083
Saya nak ikut cik.
Saya tak tahu apa berlaku di sini.

307
00:30:45,666 --> 00:30:47,583
Perkara pelik sedang berlaku.

308
00:30:57,333 --> 00:30:58,875
Saya perlu beritahu cik…

309
00:31:00,458 --> 00:31:02,041
beberapa ketika lalu,

310
00:31:02,541 --> 00:31:04,000
di dalam bilik itu…

311
00:31:05,291 --> 00:31:07,208
saya dengar orang meraung.

312
00:31:08,666 --> 00:31:10,375
Seolah-olah terseksa.

313
00:31:10,958 --> 00:31:14,000
Mungkin gema yang terperangkap di situ.

314
00:31:14,875 --> 00:31:19,666
Di bilik itu, mereka gantung
Toribio Aldrete lama dahulu.

315
00:31:20,166 --> 00:31:23,291
Kemudian, mereka tutup pintu
sehingga mayatnya kering.

316
00:31:27,000 --> 00:31:28,958
Entah bagaimana kamu boleh masuk.

317
00:31:30,000 --> 00:31:32,125
Tak ada kunci untuk buka pintu itu.

318
00:32:03,666 --> 00:32:07,166
Tiada siapa boleh mempersoalkan
keberanian awak, Don Fulgor.

319
00:32:07,750 --> 00:32:09,875
Saya tahu awak boleh lakukannya.

320
00:32:10,500 --> 00:32:14,583
Bukan saja dengan pihak berkuasa,
malah bersendirian pun boleh.

321
00:32:16,500 --> 00:32:20,875
Tapi kita berdua akan gunakan kertas ini
untuk lap punggung saja.

322
00:32:21,375 --> 00:32:23,916
Sebab itu saja kegunaannya.

323
00:32:25,125 --> 00:32:29,625
Memandangkan saya tahu apa masalahnya,
saya rasa ia kelakar.

324
00:32:31,833 --> 00:32:34,666
Rupa-rupanya, "Toribio Aldrete

325
00:32:34,750 --> 00:32:38,833
telah mengabaikan sempadan hak miliknya

326
00:32:39,333 --> 00:32:43,375
dan telah memasang pagar

327
00:32:43,458 --> 00:32:45,958
di tanah Media Luna,

328
00:32:46,541 --> 00:32:49,625
milik Don Pedro Páramo."

329
00:32:55,458 --> 00:32:58,708
Awak tak rasa itu kelakar jugakah,
Don Fulgor?

330
00:33:16,666 --> 00:33:18,583
Didakwa "hasil".

331
00:33:20,500 --> 00:33:23,625
"Tuduhan mengambil hasil."

332
00:33:25,041 --> 00:33:29,541
Bos awak patut rasa malu
kerana menjadi terlalu jahil.

333
00:33:31,583 --> 00:33:32,833
Hei, Viges.

334
00:33:34,375 --> 00:33:36,458
Boleh saya guna bilik di atas?

335
00:33:36,541 --> 00:33:38,666
Apa saja yang awak mahu, Don Fulgor.

336
00:33:39,166 --> 00:33:41,208
Orang awak akan bermalam di sini?

337
00:33:41,291 --> 00:33:42,291
Tidak.

338
00:33:43,583 --> 00:33:44,625
Seorang saja.

339
00:33:47,875 --> 00:33:50,208
Jangan risau tentang kami. Pergi tidur.

340
00:33:51,583 --> 00:33:53,125
Tinggalkan saja kunci itu.

341
00:34:23,458 --> 00:34:26,416
Duduk, Fulgor.
Kita boleh berbual lebih selesa.

342
00:34:28,458 --> 00:34:31,833
- Duduklah.
- Saya lebih suka berdiri, Pedro.

343
00:34:31,916 --> 00:34:34,708
Terserahlah.
Tapi panggil saya "Don Pedro."

344
00:34:35,625 --> 00:34:37,458
- Apa cerita?
- Fasal apa?

345
00:34:38,458 --> 00:34:40,041
Awak tahu. Media Luna.

346
00:34:40,125 --> 00:34:41,666
Teruk sekali.

347
00:34:42,500 --> 00:34:46,000
Tiada apa yang tinggal.
Kami dah jual semua haiwan ternakan.

348
00:34:46,500 --> 00:34:51,208
Beginilah, saya takkan ceritakan segalanya
sebab awak tak tahu tempatnya.

349
00:34:51,291 --> 00:34:53,208
Batang hidung tak pernah nampak.

350
00:34:53,291 --> 00:34:56,375
- Setakat ini, hutang kita…
- Dengan siapa?

351
00:34:56,875 --> 00:34:59,125
Lantaklah berapa banyak. Dengan siapa?

352
00:34:59,208 --> 00:35:02,833
Hutang kita yang paling besar
adalah dengan keluarga Preciado.

353
00:35:03,541 --> 00:35:06,333
Diikuti dengan keluarga Fregoso
dan Guzmán.

354
00:35:07,375 --> 00:35:10,291
Masalahnya,
kita dah pokai dan tak mampu bayar.

355
00:35:10,375 --> 00:35:11,250
Kenapa?

356
00:35:11,333 --> 00:35:14,541
Sebab keluarga tuan dah guna semuanya.

357
00:35:15,750 --> 00:35:18,125
Mereka pinjam tanpa membayarnya.

358
00:35:18,208 --> 00:35:21,250
Saya pernah beritahu mendiang mak tuan,

359
00:35:22,083 --> 00:35:24,916
"Jika ini berterusan, kamu akan pokai."

360
00:35:25,000 --> 00:35:26,541
Itulah yang berlaku.

361
00:35:28,250 --> 00:35:32,625
Namun, tanah itu diintai seorang pembeli
yang sanggup bayar harga tinggi.

362
00:35:34,291 --> 00:35:36,916
- Awakkah?
- Takkan tuan fikir saya orangnya?

363
00:35:37,000 --> 00:35:39,375
Saya akan percayakan apa saja, Fulgor.

364
00:35:42,791 --> 00:35:44,083
Baiklah.

365
00:35:44,166 --> 00:35:46,583
Esok, kita akan menyelia segalanya.

366
00:35:47,333 --> 00:35:48,958
Bermula dengan Preciado.

367
00:35:49,500 --> 00:35:51,833
- Mereka penghutang terbesar kita?
- Ya.

368
00:35:52,500 --> 00:35:56,250
Saya dengar salah seorang daripada mereka
berpindah ke bandar. Colima.

369
00:35:56,875 --> 00:36:02,375
Jadi Lola, maksud saya, Doña Dolores,
menjadi pemilik tunggal Ladang Enmedio.

370
00:36:02,458 --> 00:36:04,500
Dialah yang kita perlu bayar.

371
00:36:08,625 --> 00:36:10,958
Esok awak akan masuk meminang Lola.

372
00:36:11,041 --> 00:36:13,833
Takkanlah dia nak saya? Saya orang tua.

373
00:36:13,916 --> 00:36:16,625
Tak. Pinang dia untuk saya.

374
00:36:17,250 --> 00:36:19,583
Lagipun, dia ada daya tarikan tertentu.

375
00:36:20,625 --> 00:36:23,958
Beritahu dia saya sangat cintakan dia.
Pinang dia esok.

376
00:36:24,458 --> 00:36:25,458
Baiklah.

377
00:36:25,541 --> 00:36:27,916
Minta Paderi Rentería selia majlis kami.

378
00:36:28,000 --> 00:36:30,416
- Berapa banyak duit kita?
- Tiada duit.

379
00:36:30,500 --> 00:36:33,416
Janji dengan dia
kita akan bayar apabila ada duit.

380
00:36:35,791 --> 00:36:37,291
Awak tak nak duduk?

381
00:36:37,375 --> 00:36:38,833
Saya duduk, Don Pedro.

382
00:36:38,916 --> 00:36:41,541
Saya seronok bekerja dengan tuan.

383
00:36:42,666 --> 00:36:44,583
Beritahu Lola saya cintakan dia.

384
00:36:44,666 --> 00:36:46,375
- Itu penting.
- Ya.

385
00:36:46,458 --> 00:36:48,791
Betul, Sedano. Saya cintakan dia.

386
00:36:48,875 --> 00:36:50,750
Mata dia menawan, tahu?

387
00:36:51,875 --> 00:36:54,291
Tentu sekali matanya.

388
00:36:56,125 --> 00:36:58,916
Maafkan saya
kerana tersipu-sipu, Don Fulgor.

389
00:37:00,750 --> 00:37:05,416
Tapi saya tak sangka Don Pedro
akan perasan wanita macam saya.

390
00:37:06,208 --> 00:37:08,875
Dia tak boleh tidur kerana fikirkan awak.

391
00:37:08,958 --> 00:37:11,208
Dia boleh pilih sesiapa saja.

392
00:37:11,708 --> 00:37:14,083
Ada ramai gadis cantik di Comala.

393
00:37:15,791 --> 00:37:17,791
Entah apa mereka akan kata nanti.

394
00:37:18,500 --> 00:37:20,375
Don Pedro seorang yang pendiam.

395
00:37:21,083 --> 00:37:26,500
Mendiang Don Lucas Páramo beritahu dia
awak tak layak untuk dia.

396
00:37:27,791 --> 00:37:30,541
Jadi, dia berdiam diri kerana patuh.

397
00:37:31,416 --> 00:37:34,041
Sekarang, memandangkan ibu bapanya tiada,

398
00:37:34,125 --> 00:37:37,166
tiada apa-apa yang menghalangnya.

399
00:37:37,666 --> 00:37:40,333
Saya akan aturkan perkahwinan lusa ini.

400
00:37:40,416 --> 00:37:41,875
Apa pendapat awak?

401
00:37:42,583 --> 00:37:43,916
Cepat sungguh.

402
00:37:45,500 --> 00:37:46,541
Tuan.

403
00:37:50,916 --> 00:37:52,666
Saya tiada apa-apa persiapan.

404
00:37:53,166 --> 00:37:57,041
Saya perlu tempah hantaran,
kirim surat kepada kakak saya…

405
00:37:58,916 --> 00:38:00,083
Tidak.

406
00:38:01,958 --> 00:38:05,375
Saya takkan sempat membuat persiapan
sehingga 8 April.

407
00:38:05,458 --> 00:38:07,458
Minta dia beri saya beberapa hari.

408
00:38:08,208 --> 00:38:10,541
Dia nak selesaikannya serta-merta.

409
00:38:11,625 --> 00:38:15,375
Jangan risau tentang hantaran.
Kami akan uruskannya.

410
00:38:15,958 --> 00:38:20,541
Mendiang ibu Don Pedro mahu awak
mengenakan gaun pengantinnya.

411
00:38:21,166 --> 00:38:23,625
Ia tradisi keluarga.

412
00:38:25,208 --> 00:38:28,166
Tapi tarikh itu ada masalah.

413
00:38:28,250 --> 00:38:30,208
Masalah wanita.

414
00:38:31,750 --> 00:38:34,458
Saya sangat segan untuk katakannya,
Don Fulgor.

415
00:38:36,166 --> 00:38:37,166
Datang bulan.

416
00:38:37,958 --> 00:38:39,083
Segannya saya.

417
00:38:40,125 --> 00:38:41,458
Habis itu?

418
00:38:41,541 --> 00:38:45,458
Perkahwinan bukan tentang itu saja.

419
00:38:45,958 --> 00:38:47,291
Ini soal cinta.

420
00:38:47,791 --> 00:38:49,750
Don Fulgor, awak tak faham.

421
00:38:49,833 --> 00:38:53,458
Saya faham.
Perkahwinan akan dijalankan lusa.

422
00:38:58,583 --> 00:39:02,791
Jangan lupa beritahu hakim
harta itu akan dimiliki bersama.

423
00:39:04,125 --> 00:39:05,750
Dimiliki bersama.

424
00:39:06,250 --> 00:39:08,791
- Ya, Don Fulgor.
- Pergi dulu.

425
00:39:23,958 --> 00:39:25,541
Panaskan air, Damiana.

426
00:39:26,041 --> 00:39:27,250
Baik, cik.

427
00:39:31,166 --> 00:39:34,833
Saya akan buat diri saya
datang bulan lebih awal. Malam ini.

428
00:39:38,500 --> 00:39:41,208
Apa sekalipun,
haid saya tetap tiga hari saja.

429
00:39:43,541 --> 00:39:46,750
Syukur, ya Tuhan,
kerana kurniakan saya Don Pedro.

430
00:39:49,500 --> 00:39:51,250
Benci nanti pun tak apa.

431
00:40:06,125 --> 00:40:09,250
Jadi, Don Fulgor,
adakah Media Luna untuk dijual?

432
00:40:09,333 --> 00:40:11,125
Patutkah kita cari kerja lain?

433
00:40:12,000 --> 00:40:16,291
Awak tak tahu apa itu kerja.
Tapi awak akan belajar. Jangan risau.

434
00:40:17,208 --> 00:40:20,500
Jadi, awak tinggal di sini, Don Fulgor?

435
00:40:21,208 --> 00:40:23,291
Bukankah awak kata Pedro tak guna?

436
00:40:23,375 --> 00:40:26,166
Itu yang bos saya,
Don Lucas, pernah cakap.

437
00:40:26,250 --> 00:40:29,416
Pedro takkan menjaga ayahnya
pada usia tuanya.

438
00:40:30,375 --> 00:40:32,708
"Anak saya teruk," dia kata.

439
00:40:34,333 --> 00:40:36,750
Mulai sekarang, panggil dia "Don Pedro."

440
00:40:38,041 --> 00:40:40,541
Saya tanya dia dan dia sangat sudi.

441
00:40:41,291 --> 00:40:44,958
Paderi itu minta suap 60 peso
untuk tidak isytihar perkahwinan.

442
00:40:45,041 --> 00:40:47,250
Saya beritahu dia kita akan bayar.

443
00:40:47,916 --> 00:40:50,208
Tak minta cengkeram daripada Dolores?

444
00:40:50,291 --> 00:40:51,625
Tidak, bos.

445
00:40:52,125 --> 00:40:54,125
Saya tak berani. Betul.

446
00:40:54,208 --> 00:40:56,041
Fulgor, awak pengecut.

447
00:40:57,166 --> 00:40:59,416
Saya tak nak kacau angin baiknya.

448
00:41:00,958 --> 00:41:04,208
Minggu depan, pergi jumpa Aldrete.

449
00:41:04,708 --> 00:41:08,416
Suruh dia pasang semula pagar.
Dia di tanah milik Media Luna.

450
00:41:08,500 --> 00:41:11,625
Ukurannya dah betul. Saya pasti.

451
00:41:11,708 --> 00:41:14,458
Beritahu dia yang dia silap.
Dia silap ukur.

452
00:41:14,541 --> 00:41:16,833
Runtuhkan pagar jika perlu.

453
00:41:16,916 --> 00:41:18,375
Habis undang-undang?

454
00:41:18,458 --> 00:41:20,041
Undang-undang apa, Fulgor?

455
00:41:20,125 --> 00:41:22,791
Mulai sekarang, kita pegang undang-undang.

456
00:41:22,875 --> 00:41:24,708
Failkan aduan terhadap Aldrete.

457
00:41:24,791 --> 00:41:27,833
Tuduh dia "makan hasil"
atau temberanglah apa saja.

458
00:41:28,500 --> 00:41:32,125
Cakap Lucas Páramo dah mati.
Dia perlu berunding dengan saya.

459
00:41:32,208 --> 00:41:35,208
- Boleh, bos. Pergi dulu.
- Baiklah.

460
00:41:35,708 --> 00:41:37,416
"Makan hasil"…

461
00:41:50,166 --> 00:41:53,958
Tiada sesiapa boleh mengeji awak,
Don Fulgor.

462
00:41:54,833 --> 00:41:59,541
Tapi bos celaka tuan itu
akan menjahanamkan saya.

463
00:42:04,000 --> 00:42:05,750
Apa yang kamu nak buat?

464
00:42:05,833 --> 00:42:07,375
Kami nak bawa bos berehat.

465
00:42:07,458 --> 00:42:11,250
Saya masih mampu berjalan pulang
walaupun dah mabuk arak.

466
00:42:16,041 --> 00:42:17,291
Silakan, Toribio.

467
00:42:18,000 --> 00:42:19,375
"Makan hasil."

468
00:42:27,666 --> 00:42:32,458
Don Fulgor, jangan marah,
tapi saya lebih suka tidur di rumah.

469
00:42:32,541 --> 00:42:34,875
Saya tak nak isteri saya risau.

470
00:42:34,958 --> 00:42:36,583
Saya tak nak susahkan tuan.

471
00:42:36,666 --> 00:42:38,833
Tak ada masalah, Don Toribio.

472
00:42:39,916 --> 00:42:41,208
- Ayuh.
- Mari.

473
00:42:47,875 --> 00:42:49,750
Apa yang kamu nak buat?

474
00:42:51,166 --> 00:42:54,083
Lepaskan saya! Biar saya balik!

475
00:42:54,166 --> 00:42:58,083
Saya nak ucapkan selamat tinggal
kepada isteri saya! Lepaskan saya!

476
00:43:00,708 --> 00:43:02,416
Kasihanilah saya, Don Fulgor!

477
00:43:04,375 --> 00:43:05,416
Don Fulgor!

478
00:43:08,291 --> 00:43:09,333
Jangan!

479
00:43:10,416 --> 00:43:11,708
Jangan!

480
00:43:19,416 --> 00:43:22,250
Don Rubén, saya gembira awak datang.

481
00:43:22,333 --> 00:43:23,750
Terima kasih, Don Pedro.

482
00:43:23,833 --> 00:43:25,500
- Terima kasih.
- Awak juga.

483
00:43:31,125 --> 00:43:34,166
- Apa khabar? Okey?
- Baik-baik saja.

484
00:43:34,250 --> 00:43:35,333
Minta diri, ya.

485
00:43:37,291 --> 00:43:38,375
Tuan-tuan.

486
00:43:40,750 --> 00:43:42,125
Minum, Don Pedro.

487
00:43:42,916 --> 00:43:46,500
Saya dan mereka ini mahu ucap tahniah.

488
00:43:46,583 --> 00:43:47,958
Terima kasih, Fulgor.

489
00:43:48,041 --> 00:43:49,041
Tuan-tuan.

490
00:43:52,583 --> 00:43:54,958
Urusan Toribio Aldrete dah selesai?

491
00:43:55,041 --> 00:43:56,791
Dah selesai, bos.

492
00:43:57,625 --> 00:44:01,125
Tinggal Fregoso
dan satu lagi isu yang kita akan uruskan.

493
00:44:01,208 --> 00:44:02,458
Isu apa, Don Pedro?

494
00:44:02,541 --> 00:44:04,625
Mencari pembunuh ayah saya.

495
00:44:06,375 --> 00:44:09,833
Itu nantilah kita buat.
Sekarang, saya sibuk berbulan madu.

496
00:44:11,333 --> 00:44:12,750
Mari kita pergi.

497
00:44:13,333 --> 00:44:15,208
- Pergi dulu, bos.
- Ya, Fulgor.

498
00:44:25,833 --> 00:44:28,000
Tahniah, Don Pedro.

499
00:44:28,083 --> 00:44:29,416
- Kaunselor.
- Tahniah.

500
00:44:30,333 --> 00:44:32,083
Dah habis makan, tuan paderi?

501
00:44:56,875 --> 00:44:58,041
Dorotea.

502
00:44:59,083 --> 00:45:00,125
Nah.

503
00:45:02,666 --> 00:45:05,541
Semoga Tuhan membalasnya, Damiana.

504
00:45:05,625 --> 00:45:07,875
Dah habis, keluar ikut pintu belakang.

505
00:45:10,625 --> 00:45:11,625
Minta diri, ya.

506
00:45:16,833 --> 00:45:17,958
Apa dia?

507
00:45:19,000 --> 00:45:21,208
Saya akan kembali. Apa yang berlaku?

508
00:45:23,041 --> 00:45:26,125
- Apa?
- Dia mabuk. Dia takkan perasan.

509
00:45:27,541 --> 00:45:29,750
Apa maksud kamu, Lola?

510
00:45:30,333 --> 00:45:32,416
Kamu rasa dia takkan perasan?

511
00:45:32,916 --> 00:45:35,291
Saya lebih tua dan lebih pucat.

512
00:45:35,375 --> 00:45:37,000
Dia takkan cam dalam gelap.

513
00:45:38,500 --> 00:45:39,791
Saya tak boleh buat.

514
00:45:40,750 --> 00:45:42,333
Dolores, awak buatlah.

515
00:45:42,416 --> 00:45:44,333
Saya masih datang bulan.

516
00:45:45,791 --> 00:45:48,208
Tolong saya. Saya akan tolong awak nanti.

517
00:45:50,583 --> 00:45:52,125
Gantikan tempat saya.

518
00:45:52,875 --> 00:45:55,166
- Itulah gunanya kawan.
- Tidak!

519
00:46:11,708 --> 00:46:14,208
Bandar ini penuh dengan bunyi gema.

520
00:46:17,375 --> 00:46:22,750
Ada malam-malam di mana
saya boleh dengar riuh-rendah parti.

521
00:46:24,000 --> 00:46:26,458
Saya boleh dengar di Media Luna.

522
00:46:27,750 --> 00:46:30,250
Saya datang untuk lihat apa yang riuhnya,

523
00:46:30,750 --> 00:46:34,083
dan inilah yang saya jumpa,
apa yang kita lihat sekarang.

524
00:46:34,625 --> 00:46:36,791
Jalan yang kosong seperti sekarang.

525
00:46:37,833 --> 00:46:39,416
Saya tak takut lagi.

526
00:46:39,500 --> 00:46:43,333
Saya rasa lambat laun,
gema ini akan hilang.

527
00:46:45,833 --> 00:46:49,541
Jika ia bunyi gema,
ia mesti datang daripada satu suara.

528
00:46:50,791 --> 00:46:52,000
Kamu akan dengarnya.

529
00:46:52,500 --> 00:46:56,125
Seolah-olah ia keluar
daripada retakan atau dari bawah batu.

530
00:47:01,125 --> 00:47:03,458
Ini rumah keluarga Páramo.

531
00:47:04,041 --> 00:47:07,125
Sejak datuk neneknya datang ke Comala.

532
00:47:13,000 --> 00:47:17,625
Tapi Don Pedro tinggal di luar
sepanjang hidupnya di Media Luna.

533
00:47:18,750 --> 00:47:20,000
Dan saya, dengan dia.

534
00:47:22,958 --> 00:47:25,916
Saya jadi ketua amah
untuk semua pembantunya.

535
00:47:26,000 --> 00:47:28,166
Saya dipilih kerana kepimpinan saya.

536
00:47:28,875 --> 00:47:32,166
Saya seorang saja
yang larang dia masuk ke bilik saya.

537
00:47:37,291 --> 00:47:39,000
Cik nak ke Media Luna?

538
00:47:40,375 --> 00:47:42,500
Kamu boleh cari penginapan di sana.

539
00:47:46,916 --> 00:47:51,500
Kamu tak boleh bayangkan
roh-roh yang berkeliaran di jalanan.

540
00:47:52,208 --> 00:47:54,833
Merekalah roh yang mati tanpa keampunan

541
00:47:54,916 --> 00:47:56,625
dan roh yang masih bersedih.

542
00:47:57,125 --> 00:47:59,333
Terutamanya yang dibunuh Pedro Páramo

543
00:47:59,416 --> 00:48:01,583
selepas pembunuhan ayahnya.

544
00:48:02,875 --> 00:48:05,291
- Seramai itukah mangsanya?
- Ya.

545
00:48:11,250 --> 00:48:13,625
Mak saya beritahu cik saya akan datang?

546
00:48:13,708 --> 00:48:14,750
Tidak.

547
00:48:16,541 --> 00:48:19,583
Oh ya, apa yang berlaku kepada mak kamu?

548
00:48:20,083 --> 00:48:21,083
Dah meninggal.

549
00:48:22,500 --> 00:48:24,250
Mungkin cik patut tahu.

550
00:48:26,750 --> 00:48:28,625
Manalah saya tahu.

551
00:48:30,875 --> 00:48:33,208
Dah bertahun saya tak tahu apa-apa.

552
00:48:34,041 --> 00:48:36,125
Jadi, macam mana cik jumpa saya?

553
00:48:39,875 --> 00:48:41,583
Cik Damiana masih hidupkah?

554
00:48:48,416 --> 00:48:49,500
Cik Damiana?

555
00:48:51,541 --> 00:48:52,916
Cik Damiana Cisneros!

556
00:48:54,833 --> 00:48:56,000
Cik Damiana!

557
00:49:18,208 --> 00:49:19,541
- Nah, Damiana.
- Okey.

558
00:49:31,916 --> 00:49:34,083
Kenapa awak mengeluh, Doloritas?

559
00:49:34,166 --> 00:49:38,125
Kalaulah saya jadi serangga
yang boleh terbang ke rumah kakak saya.

560
00:49:38,625 --> 00:49:41,125
Sudah tentu, Doña Doloritas.

561
00:49:41,625 --> 00:49:43,666
Awak akan jumpa dia sekarang.

562
00:49:44,458 --> 00:49:45,541
Jom kita balik.

563
00:49:46,208 --> 00:49:47,833
Kemas beg dia.

564
00:49:48,333 --> 00:49:49,750
Sudah tentu.

565
00:49:57,833 --> 00:50:00,375
<i>Mak aku merindui Comala.</i>

566
00:50:01,708 --> 00:50:03,083
<i>Merindui kepulangannya.</i>

567
00:50:04,125 --> 00:50:07,041
<i>Tempat di mana kita mahu hidup selamanya.</i>

568
00:50:08,583 --> 00:50:10,625
Bukankah itu Filoteo Aréchiga?

569
00:50:11,541 --> 00:50:13,500
Itu dia. Pura-pura tak perasan.

570
00:50:14,916 --> 00:50:17,791
- Awak rasa dia ekori kita?
- Harapnya tidak.

571
00:50:17,875 --> 00:50:21,666
Khabar angin mengatakan
dialah yang cari gadis untuk Don Pedro.

572
00:50:21,750 --> 00:50:22,958
- Yakah?
- Mari sini.

573
00:50:23,041 --> 00:50:24,166
Tumpang tanya.

574
00:50:28,291 --> 00:50:29,291
Tumpang tanya.

575
00:50:41,375 --> 00:50:43,500
Saya cuma lalu di sini.

576
00:50:48,083 --> 00:50:50,500
Don Pedro tak berniat nak bunuh saya.

577
00:50:51,208 --> 00:50:55,125
Dia cuma nak tahu jika saya hadiri
walimah di mana ayahnya dibunuh.

578
00:50:56,458 --> 00:50:58,750
Dia bunuh semua tetamu.

579
00:51:01,791 --> 00:51:03,875
Tapi dia cuma nak takutkan saya!

580
00:51:14,000 --> 00:51:15,750
Syurga itu luas.

581
00:51:44,166 --> 00:51:45,500
Apa awak buat di sini?

582
00:51:46,166 --> 00:51:47,666
Kamu bukan orang matikah?

583
00:51:50,208 --> 00:51:51,291
Dia mabuk.

584
00:51:53,458 --> 00:51:55,166
Dia cuma ketakutan.

585
00:51:55,666 --> 00:51:56,833
Masuklah.

586
00:52:22,875 --> 00:52:24,083
Tuan sakitkah?

587
00:52:25,125 --> 00:52:27,708
Saya cuma nak balik ke tempat asal saya.

588
00:52:27,791 --> 00:52:29,625
Lebih baik tunggu esok.

589
00:52:31,541 --> 00:52:34,083
Semua jalan penuh dengan belukar.

590
00:52:34,958 --> 00:52:36,291
Tuan boleh sesat.

591
00:52:37,666 --> 00:52:39,416
Esok, saya akan bawa tuan.

592
00:53:07,875 --> 00:53:09,125
Siapa dia?

593
00:53:11,875 --> 00:53:13,541
Bagaimana dia tiba ke sini?

594
00:53:16,208 --> 00:53:17,750
Tentu dia sesat.

595
00:53:20,416 --> 00:53:22,458
Apa kata awak tidur…

596
00:53:24,083 --> 00:53:25,833
dan biar saya berehat?

597
00:53:33,583 --> 00:53:34,750
Tengoklah dia.

598
00:53:39,583 --> 00:53:41,541
Lihatlah cara dia menggeliat.

599
00:53:44,041 --> 00:53:45,750
Seperti lelaki yang disumpah.

600
00:53:56,625 --> 00:53:59,625
Tentu dia orang yang banyak membunuh.

601
00:54:14,041 --> 00:54:15,416
Ini teh limau.

602
00:54:16,833 --> 00:54:17,916
Air penenang.

603
00:54:23,541 --> 00:54:25,166
Jangan risau tentang saya.

604
00:54:31,083 --> 00:54:33,708
- Bagaimana nak pergi dari sini?
- Ke mana?

605
00:54:34,625 --> 00:54:35,875
Ke mana-mana saja.

606
00:54:38,125 --> 00:54:39,791
Ada banyak jalan.

607
00:54:45,208 --> 00:54:46,750
Ke mana suami cik pergi?

608
00:54:49,583 --> 00:54:50,833
Dia bukan suami saya.

609
00:54:52,083 --> 00:54:53,083
Dia abang saya.

610
00:55:00,208 --> 00:55:02,125
Tapi dia tak mahu percayakannya.

611
00:55:06,375 --> 00:55:08,833
Tapi tuan tak rasa saya menakutkan?

612
00:55:11,166 --> 00:55:12,375
Datang dekat lagi.

613
00:55:15,125 --> 00:55:16,375
Pandanglah muka saya.

614
00:55:21,916 --> 00:55:23,791
Apa cik mahu saya lihat?

615
00:55:27,791 --> 00:55:29,333
Tuan tak nampak dosa saya?

616
00:55:34,916 --> 00:55:37,041
Tuan tak nampak tanda seperti ruam?

617
00:55:41,375 --> 00:55:43,166
Itu cuma yang di luar.

618
00:55:47,916 --> 00:55:50,416
Di dalam, saya bagaikan lautan lumpur.

619
00:55:53,625 --> 00:55:55,000
Kalau cik tak kisah…

620
00:55:57,750 --> 00:55:59,458
saya nak tidur.

621
00:56:47,291 --> 00:56:48,791
Dia takkan kembali.

622
00:56:50,666 --> 00:56:51,791
Apa cik kata?

623
00:56:51,875 --> 00:56:53,916
Saya nampak daripada matanya.

624
00:56:56,416 --> 00:56:59,375
Dia tunggu seseorang datang
supaya dia boleh pergi.

625
00:57:02,250 --> 00:57:04,416
Sekarang, tuan akan jaga saya.

626
00:57:06,000 --> 00:57:07,041
Apa?

627
00:57:09,125 --> 00:57:10,666
Tuan tak nak jaga saya?

628
00:57:26,625 --> 00:57:28,250
Mari tidur di sebelah saya.

629
00:57:29,500 --> 00:57:30,750
Sini pun tak apa.

630
00:57:32,000 --> 00:57:34,083
Lebih baik tuan tidur di katil.

631
00:57:34,750 --> 00:57:36,875
Tuan akan dihurung tungau di situ.

632
00:59:50,583 --> 00:59:52,833
<i>Pedro Páramo bunuh semua orang.</i>

633
00:59:53,416 --> 00:59:54,875
<i>Itu tak boleh dimaafkan.</i>

634
00:59:54,958 --> 00:59:56,750
<i>Bagaimana dengan rogol?</i>

635
00:59:57,416 --> 00:59:59,583
<i>Kami juga takut dengan dia.</i>

636
01:00:00,250 --> 01:00:02,250
<i>Kita perlu tunggu dia mati.</i>

637
01:00:02,333 --> 01:00:03,833
<i>Tiada apa-apa di sini.</i>

638
01:00:19,333 --> 01:00:21,666
<i>Doakan kami, Juan Preciado.</i>

639
01:00:21,750 --> 01:00:24,416
<i>Berdoa kepada Tuhan untuk saya,</i>
<i>Juan Preciado.</i>

640
01:00:38,041 --> 01:00:41,541
<i>Juan Preciado!</i>

641
01:00:55,458 --> 01:00:59,250
<i>Awak nak saya percaya awak mati</i>
<i>kerana lemas, Juan Preciado?</i>

642
01:01:00,375 --> 01:01:02,833
<i>Saya dapati awak dalam pergelutan.</i>

643
01:01:03,333 --> 01:01:06,458
<i>Seperti orang yang mati ketakutan.</i>

644
01:01:09,000 --> 01:01:10,583
<i>Benar, Dorotea.</i>

645
01:01:11,291 --> 01:01:13,291
<i>Bunyi itu yang membunuh saya.</i>

646
01:01:13,833 --> 01:01:15,875
<i>Ketakutan semakin menebal,</i>

647
01:01:16,458 --> 01:01:18,583
<i>dan ketika itulah roh saya kaku.</i>

648
01:01:21,333 --> 01:01:22,500
<i>Dengar tak?</i>

649
01:01:23,166 --> 01:01:25,541
<i>Di luar sedang hujan.</i>

650
01:01:26,500 --> 01:01:29,333
<i>Kamu tak dengar hujan turun?</i>

651
01:01:31,000 --> 01:01:33,833
<i>Rasa macam</i>
<i>ada orang berjalan di atas kita.</i>

652
01:01:34,750 --> 01:01:36,958
<i>Cuba fikirkan perkara yang baik-baik.</i>

653
01:01:37,041 --> 01:01:40,500
<i>Kita akan dikebumikan di sini</i>
<i>untuk jangka masa yang lama.</i>

654
01:01:49,000 --> 01:01:50,583
Turunlah, hujan.

655
01:01:51,333 --> 01:01:53,625
Turunlah sampai ke titisan terakhirmu.

656
01:02:23,125 --> 01:02:25,583
Dari mana kamu datang pada waktu begini?

657
01:02:26,250 --> 01:02:27,666
Saya keluar perah susu.

658
01:02:28,208 --> 01:02:29,541
Perah susu siapa?

659
01:02:29,625 --> 01:02:31,041
Tak boleh teka?

660
01:02:31,125 --> 01:02:35,250
Mesti Dorotea, la Cuarraca.

661
01:02:35,333 --> 01:02:38,333
- Dia saja yang suka bayi.
- Bodoh, Fulgor.

662
01:02:41,666 --> 01:02:43,041
Margarita.

663
01:02:44,041 --> 01:02:45,958
Ke mana kamu pergi, Miguel?

664
01:02:46,666 --> 01:02:49,916
Keluar dan melawat mak-mak.

665
01:02:50,875 --> 01:02:51,875
Hei.

666
01:02:52,708 --> 01:02:55,375
Kenal Dorotea?
Mereka gelar dia "la Cuarraca".

667
01:02:56,708 --> 01:02:58,916
Kalau nak jumpa dia, dia ada di luar.

668
01:03:00,541 --> 01:03:03,458
Dia bangun awal untuk bersarapan di sini.

669
01:03:03,541 --> 01:03:06,000
Dia miskin dan hidup dengan bantuan.

670
01:03:06,583 --> 01:03:08,333
Orang tua tak guna.

671
01:03:09,083 --> 01:03:09,958
Dorotea!

672
01:03:11,541 --> 01:03:13,916
Mari sini. Saya ada cadangan untuk awak.

673
01:03:20,000 --> 01:03:22,416
Hidangkan telur itu.

674
01:03:24,000 --> 01:03:27,083
Mulai sekarang,
beri dia makan sama seperti saya.

675
01:03:27,833 --> 01:03:30,083
Tak kira apa pun.

676
01:03:40,166 --> 01:03:41,125
Fulgor!

677
01:03:46,041 --> 01:03:48,416
- Maafkan saya, bos.
- Apa cerita?

678
01:03:49,208 --> 01:03:52,916
Kami bawa lembu dari Ladang Enmedio
melepasi rumah lama Fregoso.

679
01:03:53,000 --> 01:03:55,750
Dari situ, kami bawanya ke bukit Vilmayo.

680
01:03:55,833 --> 01:03:56,750
Okey.

681
01:03:58,583 --> 01:04:00,000
Jadi, apa masalahnya?

682
01:04:01,708 --> 01:04:05,250
Pagi tadi, ada orang tuduh anak awak,
Miguel, membunuh orang.

683
01:04:07,666 --> 01:04:09,666
Anggaplah saya yang bunuh.

684
01:04:09,750 --> 01:04:12,208
Apa saja yang dia buat, salahkan saya.

685
01:04:13,750 --> 01:04:16,375
Miguel akan beri bos banyak masalah.

686
01:04:16,458 --> 01:04:17,833
Dia suka masalah.

687
01:04:18,375 --> 01:04:20,958
Biarkan dia. Dia budak lelaki.

688
01:04:21,541 --> 01:04:23,041
Berapa umur dia sekarang?

689
01:04:23,125 --> 01:04:25,541
Dia mesti 17 tahun. Betul tak, Fulgor?

690
01:04:25,625 --> 01:04:26,875
Saya rasa begitulah.

691
01:04:27,583 --> 01:04:30,333
Tapi dia sangat ganas dan cepat membesar.

692
01:04:30,416 --> 01:04:34,083
Kadangkala, saya fikir
dia berlumba dengan masa.

693
01:04:35,125 --> 01:04:37,375
Dia akan kalah nanti. Bos akan lihat.

694
01:04:38,416 --> 01:04:40,000
Dia masih kecil, Fulgor.

695
01:04:40,583 --> 01:04:42,375
Suka hati boslah.

696
01:04:43,083 --> 01:04:46,791
Tapi wanita yang datang ke sini dan kata
anak bos bunuh suaminya

697
01:04:46,875 --> 01:04:48,708
sangat sukar ditenangkan.

698
01:04:49,791 --> 01:04:50,833
Siapa?

699
01:04:52,041 --> 01:04:53,375
Saya tak kenal.

700
01:04:53,458 --> 01:04:57,583
Jangan risau, Fulgor. Mereka tak wujud.

701
01:04:58,916 --> 01:05:01,416
Bertenang. Kita takkan buat apa-apa.

702
01:05:02,166 --> 01:05:03,166
Baiklah.

703
01:05:03,666 --> 01:05:04,791
Pergi dulu, bos.

704
01:05:09,416 --> 01:05:13,125
<i>Mak saya pernah beritahu saya</i>
<i>tentang dataran hijau dan awan.</i>

705
01:05:14,666 --> 01:05:17,166
<i>Namun, dia tak kembali untuk mati di sini.</i>

706
01:05:19,000 --> 01:05:21,750
<i>Walaupun begitu,</i>
<i>dia hantar saya ke tempatnya.</i>

707
01:05:23,583 --> 01:05:25,291
<i>Pelik, Dorotea.</i>

708
01:05:26,833 --> 01:05:29,291
<i>Saya tak pernah melihat syurga.</i>

709
01:05:30,708 --> 01:05:32,875
<i>Saya hilang minat pada syurga</i>

710
01:05:32,958 --> 01:05:37,750
<i>apabila Paderi Rentería meyakinkan saya</i>
<i>bahawa saya tak tahu kemuliaan Tuhan.</i>

711
01:05:39,125 --> 01:05:41,125
<i>Disebabkan dosa saya.</i>

712
01:05:41,916 --> 01:05:44,458
<i>Tapi dia tak patut beritahu saya begitu.</i>

713
01:05:45,833 --> 01:05:49,125
<i>Apabila mereka tutup pintu di depan kita</i>

714
01:05:49,208 --> 01:05:52,625
<i>dan satu-satunya pintu yang terbuka</i>
<i>membawa kita ke neraka…</i>

715
01:05:53,250 --> 01:05:55,375
<i>lebih baik jika kita tak dilahirkan.</i>

716
01:06:23,000 --> 01:06:25,958
Katanya Doña Susana dan ayahnya
tinggalkan Mascota.

717
01:06:26,041 --> 01:06:27,166
Mereka ke mana?

718
01:06:27,250 --> 01:06:29,375
Saya dah cari di serata gunung.

719
01:06:29,458 --> 01:06:33,791
Seorang cakap begitu, seorang begini.
Saya tak jumpa mereka, En. Pedro.

720
01:06:33,875 --> 01:06:37,541
Berapa pun kosnya, cari mereka
sampai ke lubang cacing.

721
01:06:37,625 --> 01:06:38,500
Baik, tuan.

722
01:07:58,250 --> 01:08:01,291
Bukan begitu. Kepala dulu.

723
01:08:22,833 --> 01:08:24,041
Apa mereka buat kepadanya?

724
01:08:26,041 --> 01:08:27,666
Tiada sesiapa buat apa-apa.

725
01:08:28,958 --> 01:08:32,375
- Dia mati sendiri.
- Kudanya bunuh dia, Don Pedro.

726
01:08:34,916 --> 01:08:36,791
Saya dah mula dihukum.

727
01:08:39,791 --> 01:08:42,666
Lebih baik awal agar ia berakhir cepat.

728
01:08:46,750 --> 01:08:50,000
Ada masa nanti,
tamatkan kesengsaraan kuda itu.

729
01:08:50,083 --> 01:08:51,333
Baik, Don Pedro.

730
01:09:09,500 --> 01:09:12,916
Don Pedro, Paderi Rentería nak jumpa tuan.

731
01:09:13,416 --> 01:09:14,541
Sekarang?

732
01:09:17,000 --> 01:09:18,208
Suruh dia masuk.

733
01:09:20,333 --> 01:09:22,208
Masuklah, tuan paderi.

734
01:09:25,541 --> 01:09:27,250
Maaf mengganggu.

735
01:09:30,083 --> 01:09:35,000
Don Pedro, saya diberitahu
ibunya mati bersalin dan dia anak kamu.

736
01:09:35,083 --> 01:09:36,208
Ini dia.

737
01:09:40,375 --> 01:09:42,000
Apa kata tuan jaga dia?

738
01:09:42,833 --> 01:09:43,958
Jadikan dia paderi.

739
01:09:45,083 --> 01:09:49,375
Darah anak ini tak membenarkannya.
Saya tak mahu bertanggungjawab.

740
01:09:52,041 --> 01:09:53,958
Tuan fikir darah saya tak suci?

741
01:09:56,458 --> 01:09:58,500
Benar, Don Pedro.

742
01:10:00,208 --> 01:10:02,041
Saya akan buktikan tuan salah.

743
01:10:02,583 --> 01:10:05,416
Tinggalkan dia.
Ramai orang boleh jaga dia.

744
01:10:05,500 --> 01:10:06,583
Saya dah agak.

745
01:10:06,666 --> 01:10:09,416
Dalam jagaan kamu, rezekinya takkan putus.

746
01:10:10,666 --> 01:10:11,875
Damiana!

747
01:10:19,291 --> 01:10:20,708
Jaga budak ini.

748
01:10:21,208 --> 01:10:22,416
Dia anak saya.

749
01:10:29,625 --> 01:10:33,000
Ini untuk mendiang ibu dia
serta tuan paderi.

750
01:10:33,500 --> 01:10:34,625
Untuk budak ini?

751
01:10:35,458 --> 01:10:37,583
Untuk dia juga. Kenapa tidak?

752
01:10:39,458 --> 01:10:40,458
Nah.

753
01:11:15,500 --> 01:11:17,500
Tuhan, beri rohnya ketenangan.

754
01:11:17,583 --> 01:11:19,916
Rahmatilah dia.

755
01:11:26,666 --> 01:11:28,666
Kasihanilah hamba-Mu.

756
01:11:28,750 --> 01:11:31,625
- Kasihanilah dia.
- Amin.

757
01:11:45,500 --> 01:11:47,416
Saya tahu tuan paderi benci dia.

758
01:11:48,708 --> 01:11:50,166
Tuan paderi ada hak.

759
01:11:50,916 --> 01:11:53,000
Adik tuan paderi juga dibunuh.

760
01:11:54,041 --> 01:11:55,833
Kejadian yang menimpa Ana.

761
01:11:56,333 --> 01:11:58,000
Tapi lupakannya sekarang.

762
01:11:58,666 --> 01:12:02,500
Lapangkan hati dan maafkan dia.
Tuhan barangkali dah ampunkan dia.

763
01:12:07,458 --> 01:12:09,791
Terimalah sedekah saya buat gereja.

764
01:12:29,166 --> 01:12:31,375
Engkaulah yang selayaknya menghisab.

765
01:12:33,666 --> 01:12:36,083
Ya Tuhan, laknatilah dia.

766
01:12:41,750 --> 01:12:45,000
- Salam buat Perawan Maryam.
- Lahirnya tanpa dosa.

767
01:12:45,666 --> 01:12:47,208
Beritahu dosa kamu, nak.

768
01:12:47,291 --> 01:12:50,375
Paderi, malam tadi,
saya tidur dengan Pedro Páramo.

769
01:12:50,458 --> 01:12:53,166
- Lagi?
- Saya hamil anak Pedro Páramo.

770
01:12:54,333 --> 01:12:56,666
Saya serahkan anak saya
kepada Pedro Páramo.

771
01:12:56,750 --> 01:12:59,458
Semoga kejahatanmu…

772
01:12:59,541 --> 01:13:00,750
diberikan balasan…

773
01:13:00,833 --> 01:13:02,625
Tuhan yang Maha Pengasih.

774
01:13:09,416 --> 01:13:11,333
Salam buat Perawan Maryam.

775
01:13:12,458 --> 01:13:15,250
Lahirnya tanpa dosa.

776
01:13:16,416 --> 01:13:18,500
Sekarang, kamu mabuk?

777
01:13:20,250 --> 01:13:25,833
Memandangkan saya takkan dapat
mengancam dia lagi,

778
01:13:27,416 --> 01:13:28,750
saya nak beritahu tuan

779
01:13:29,500 --> 01:13:33,750
sayalah yang menyediakan semua gadis itu

780
01:13:34,250 --> 01:13:37,791
untuk mendiang Miguelito Pàramo.

781
01:13:39,125 --> 01:13:40,750
Awak bawa mereka kepadanya?

782
01:13:41,708 --> 01:13:43,166
Kadangkala.

783
01:13:44,333 --> 01:13:47,250
Waktu lain, saya cuma aturkannya.

784
01:13:47,333 --> 01:13:50,291
Saya juga beritahu dia
waktu mereka bersendirian

785
01:13:50,375 --> 01:13:53,125
agar para gadis ini akan terkejut.

786
01:14:02,000 --> 01:14:03,000
Tuan paderi…

787
01:14:08,833 --> 01:14:12,500
Tuan paderi tak nak beri saya
sebarang penebusan dosa?

788
01:14:16,000 --> 01:14:18,958
Apa kamu nak saya buat
dengan kamu, Dorotea?

789
01:14:21,375 --> 01:14:25,083
Nilailah dosa kamu sendiri
sama ada kamu layak diampunkan.

790
01:14:27,375 --> 01:14:29,833
Saya tak boleh, tuan paderi.

791
01:14:30,583 --> 01:14:32,333
Tapi tuan paderi boleh.

792
01:14:32,416 --> 01:14:34,333
Berapa kali kamu datang ke sini

793
01:14:34,416 --> 01:14:37,875
dan minta saya hantar kamu
ke syurga apabila kamu mati?

794
01:14:38,750 --> 01:14:42,958
Kamu nak tahu jika kamu boleh cari
anak kamu di sana, betul tak Dorotea?

795
01:14:44,333 --> 01:14:45,500
Jika begitu,

796
01:14:46,625 --> 01:14:49,500
kamu tak boleh ke syurga lagi.

797
01:14:51,041 --> 01:14:53,250
Semoga Tuhan ampunkan kamu.

798
01:14:58,083 --> 01:15:00,125
<i>Bulu matanya, kini kaku.</i>

799
01:15:00,625 --> 01:15:02,208
<i>Jantungnya, kini kaku.</i>

800
01:15:02,291 --> 01:15:04,583
<i>Awakkah yang cakap begitu, Dorotea?</i>

801
01:15:05,125 --> 01:15:06,500
<i>Awak masih takut akan mereka?</i>

802
01:15:06,583 --> 01:15:09,416
<i>Di sini, yang ada cuma benda mati.</i>

803
01:15:09,916 --> 01:15:11,583
<i>Saya dengar orang bercakap.</i>

804
01:15:12,083 --> 01:15:13,416
<i>Suara wanita.</i>

805
01:15:13,500 --> 01:15:17,541
<i>- Saya sangka itu awak.</i>
<i>- Dia tentu bercakap dengan diri sendiri.</i>

806
01:15:18,041 --> 01:15:19,958
<i>Wanita di dalam kubur besar itu.</i>

807
01:15:20,041 --> 01:15:21,625
<i>Doña Susanita.</i>

808
01:15:22,583 --> 01:15:24,916
<i>Dia dikebumikan bersebelahan kami.</i>

809
01:15:25,416 --> 01:15:27,625
<i>Mayat yang sudah lama</i>

810
01:15:27,708 --> 01:15:32,291
<i>akan bergerak</i>
<i>jika terdedah kepada kelembapan.</i>

811
01:15:32,375 --> 01:15:33,541
<i>Mereka akan bangun.</i>

812
01:15:34,291 --> 01:15:35,375
<i>Siapa dia?</i>

813
01:15:36,958 --> 01:15:39,875
<i>Isteri terakhir Pedro Páramo.</i>

814
01:15:40,791 --> 01:15:43,041
<i>Mereka kata dia gila.</i>

815
01:15:44,750 --> 01:15:46,291
<i>Apa maksud dia?</i>

816
01:15:47,583 --> 01:15:49,041
<i>Dia cuma mendesah.</i>

817
01:15:50,916 --> 01:15:52,750
<i>Mungkin Pedro Páramo seksa dia.</i>

818
01:15:54,958 --> 01:15:56,250
<i>Usah percayakannya.</i>

819
01:15:56,916 --> 01:15:58,458
<i>Pedro Páramo cintakan dia.</i>

820
01:15:59,125 --> 01:16:03,625
<i>Pedro Páramo cintakan dia</i>
<i>melebihi mana-mana wanita lain.</i>

821
01:16:22,250 --> 01:16:23,750
Tidak. Awak kalah.

822
01:17:06,833 --> 01:17:10,000
<i>Kini saya ingat</i>
<i>ibunya mati kerana batuk kering.</i>

823
01:17:12,041 --> 01:17:15,625
<i>Ketika itulah dia dan ayahnya menghilang.</i>

824
01:17:19,750 --> 01:17:23,791
<i>Ketika mereka bawa dia kepada Pedro Páramo</i>
<i>bertahun-tahun kemudian,</i>

825
01:17:23,875 --> 01:17:26,125
<i>dia sudah pun menderita.</i>

826
01:17:28,750 --> 01:17:30,041
<i>Cintanya Pedro Páramo</i>

827
01:17:30,125 --> 01:17:33,958
<i>sehingga dia berteleku di kerusi</i>
<i>sehingga akhir hayatnya,</i>

828
01:17:34,958 --> 01:17:39,208
<i>memandang sayu ke jalan di mana</i>
<i>jasad isterinya itu dibawa ke perkuburan.</i>

829
01:17:42,916 --> 01:17:44,458
Cuma buat seketika.

830
01:17:47,166 --> 01:17:48,166
Cuma seketika.

831
01:17:54,583 --> 01:17:55,583
Maaf mengganggu.

832
01:18:00,791 --> 01:18:03,416
Ini akaun yang tuan minta saya bawakan.

833
01:18:04,250 --> 01:18:05,583
Aduhai.

834
01:18:09,666 --> 01:18:11,416
Tuan tahu siapa dah kembali?

835
01:18:11,500 --> 01:18:13,291
Bartolomé San Juan.

836
01:18:15,500 --> 01:18:16,500
Dia dah kembali?

837
01:18:16,583 --> 01:18:18,875
Itulah yang saya nak tahu.

838
01:18:19,625 --> 01:18:21,833
Dia terus ke rumah lama tuan,

839
01:18:21,916 --> 01:18:24,333
seolah-olah tuan sudah sewakan kepadanya.

840
01:18:25,083 --> 01:18:27,125
Begitulah kiranya saya nampak.

841
01:18:27,791 --> 01:18:30,166
Saya akan selesaikannya esok, Don Pedro.

842
01:18:31,250 --> 01:18:33,666
- Mereka berdua kembali?
- Ya.

843
01:18:33,750 --> 01:18:34,916
Dia dan isterinya.

844
01:18:35,416 --> 01:18:36,666
Bagaimana tuan tahu?

845
01:18:36,750 --> 01:18:38,000
Itu bukan anaknya?

846
01:18:40,500 --> 01:18:44,833
Melihat cara dia layan wanita itu,
dia nampak seperti isterinya.

847
01:18:52,833 --> 01:18:54,125
Itu Susana.

848
01:18:55,000 --> 01:18:56,333
Saya yakin, Fulgor.

849
01:18:58,708 --> 01:19:02,500
Kami temukan mereka
di lombong terbiar La Andrómeda.

850
01:19:08,000 --> 01:19:11,958
Tentu mereka ke sini dek khabar angin
kebangkitan rakyat bersenjata.

851
01:19:12,041 --> 01:19:13,291
Barangkali.

852
01:19:13,791 --> 01:19:16,000
Katanya keadaan semakin meruncing.

853
01:19:16,916 --> 01:19:19,708
Tentu dia mahu bawa Susana
ke tempat selamat.

854
01:19:21,583 --> 01:19:22,625
Tidurlah, Fulgor.

855
01:19:23,916 --> 01:19:25,666
Minta diri dulu, bos.

856
01:19:33,708 --> 01:19:36,291
Pekan ini diselubungi kesialan.

857
01:19:37,791 --> 01:19:40,541
Kita takkan selamat di sini.

858
01:19:41,583 --> 01:19:42,958
Ayah boleh rasakannya.

859
01:19:46,541 --> 01:19:50,625
Ayah yakin bantuannya
ada udang di sebalik batu.

860
01:19:52,458 --> 01:19:54,958
Kamu tahu apa yang Pedro Páramo minta?

861
01:19:58,541 --> 01:20:00,750
Dia kata permintaannya kepada ayah

862
01:20:01,250 --> 01:20:02,791
cuma kamu.

863
01:20:03,666 --> 01:20:06,041
Dia kata kamu hasil terbaik ayah.

864
01:20:07,166 --> 01:20:10,291
Dia kata kamu berdua
teman sepermainan sewaktu kecil.

865
01:20:10,833 --> 01:20:13,500
Kamu pernah berenang bersama di sungai.

866
01:20:14,791 --> 01:20:18,166
Kalaulah ayah tahu dulu,
mati kamu ayah dah kerjakan.

867
01:20:20,166 --> 01:20:21,416
Saya tahu.

868
01:20:24,958 --> 01:20:28,125
Jadi, kamu rela tidur bersama dia?

869
01:20:28,625 --> 01:20:31,000
- Ya, Bartolomé.
- Jangan guna nama ayah.

870
01:20:32,583 --> 01:20:33,833
Ayah bapa kamu!

871
01:20:37,541 --> 01:20:39,416
Ayah beritahu dia kamu janda.

872
01:20:40,208 --> 01:20:42,375
Serta kamu berdua masih sebumbung.

873
01:20:44,416 --> 01:20:47,791
Setidak-tidaknya
begitulah nampaknya kamu berdua.

874
01:20:51,750 --> 01:20:53,875
Ayah cuba ubah fikirannya.

875
01:20:54,416 --> 01:20:57,375
Dia merengus
apabila ayah cuba beritahu dia.

876
01:20:59,416 --> 01:21:01,083
Dia memang jahat.

877
01:21:01,750 --> 01:21:03,166
Itulah Pedro Páramo.

878
01:21:07,833 --> 01:21:09,166
Habis siapa saya?

879
01:21:10,333 --> 01:21:11,458
Kamu anak ayah.

880
01:21:12,375 --> 01:21:13,416
Anak ayah.

881
01:21:14,541 --> 01:21:16,500
Anak perempuan Bartolomé San Juan.

882
01:21:23,916 --> 01:21:25,166
Kenapa jadi begini?

883
01:21:27,291 --> 01:21:29,541
Kenapa jiwa kita hancur menyimpang?

884
01:21:32,416 --> 01:21:33,541
Itu tak benar.

885
01:21:35,541 --> 01:21:38,125
- Itu tak benar.
- Apa yang tidak benar?

886
01:21:39,375 --> 01:21:40,750
Kamu dah gilakah?

887
01:21:43,458 --> 01:21:44,791
Ya, Bartolomé.

888
01:21:46,208 --> 01:21:47,541
Ayah tak tahukah?

889
01:22:10,458 --> 01:22:14,416
<i>Fulgor, awak tahu tak</i>
<i>dialah wanita tercantik di dunia ini?</i>

890
01:22:16,666 --> 01:22:19,208
<i>Saya sangka saya kehilangan dia selamanya.</i>

891
01:22:20,333 --> 01:22:22,583
<i>Namun saya takkan kehilangannya lagi.</i>

892
01:22:25,291 --> 01:22:27,458
- Awak faham tak, Fulgor?
- Ya.

893
01:22:29,541 --> 01:22:33,625
Beritahu ayahnya kita akan bantu dia
untuk terus kerja di lombong.

894
01:22:34,541 --> 01:22:38,250
Mudah untuk lenyapkan orang tua itu
di lombong itu, tak begitu?

895
01:22:38,333 --> 01:22:39,500
Boleh juga.

896
01:22:40,291 --> 01:22:41,500
Kita harus buat.

897
01:22:43,083 --> 01:22:44,958
Dia perlu jadi yatim piatu.

898
01:22:46,083 --> 01:22:48,083
Golongan memerlukan perlu dibantu.

899
01:22:50,875 --> 01:22:54,083
Andai kata dia dapat tahu, bos?

900
01:22:55,125 --> 01:22:59,208
Siapa yang akan beritahu dia?
Antara kita berdua, siapa?

901
01:22:59,291 --> 01:23:00,916
Tentunya tiada sesiapa.

902
01:23:01,000 --> 01:23:02,750
Jangan kata "tentunya".

903
01:23:03,250 --> 01:23:05,291
Semuanya pasti berjalan lancar.

904
01:23:07,166 --> 01:23:08,750
Biar dia kerja di situ.

905
01:23:08,833 --> 01:23:12,375
Tanpa membawa anaknya ke situ.
Anaknya akan tinggal di sini.

906
01:23:13,916 --> 01:23:14,916
Beritahu dia.

907
01:23:20,166 --> 01:23:23,041
Sekali lagi,
saya suka cara tuan buat kerja.

908
01:23:24,125 --> 01:23:26,625
Jiwa muda tuan nampaknya dah kembali.

909
01:23:48,875 --> 01:23:50,125
Ayuh.

910
01:23:50,666 --> 01:23:51,666
Kamu semua.

911
01:23:54,833 --> 01:23:56,458
Selamat datang, puan.

912
01:23:56,541 --> 01:23:58,000
Silakan masuk.

913
01:23:58,791 --> 01:23:59,958
Ikut sini, ya.

914
01:24:06,083 --> 01:24:07,083
Susana.

915
01:24:12,041 --> 01:24:13,750
Saya Pedro Páramo.

916
01:24:14,791 --> 01:24:15,875
Pedro.

917
01:24:27,791 --> 01:24:30,791
Cik, saya akan ikut bersama.

918
01:25:14,208 --> 01:25:16,083
Itu ayahkah, Bartolomé?

919
01:25:46,625 --> 01:25:47,875
<i>Kenapa kita begini?</i>

920
01:25:49,250 --> 01:25:50,791
Apa hal, Damiana?

921
01:25:51,666 --> 01:25:54,291
- Kenapa awak menjerit?
- Tidak.

922
01:25:55,125 --> 01:25:56,416
Saya tak menjerit.

923
01:25:57,291 --> 01:25:59,125
Cik tentu mengelamun.

924
01:26:00,541 --> 01:26:04,291
Saya dah kata saya tak mengelamun.
Tak pernah.

925
01:26:06,916 --> 01:26:09,916
Lagipun, saya susah nak lelapkan mata.

926
01:26:11,083 --> 01:26:14,291
Awak tak keluarkan kucing semalam.
Ia kacau saya tidur.

927
01:26:15,375 --> 01:26:18,333
Kucing itu tidur di celah kaki saya.

928
01:26:18,416 --> 01:26:22,208
Ia basah lencun dek hujan,
jadi saya biar ia tidur dengan saya.

929
01:26:22,875 --> 01:26:25,708
Kalau awak nak tahu,
kucing itu buas tak terkata.

930
01:26:26,916 --> 01:26:30,291
Ia manja, tapi saya tak mahu ia ada
sewaktu saya tidur.

931
01:26:35,583 --> 01:26:37,375
Saya kasihan akan Cik Susana.

932
01:26:44,583 --> 01:26:46,208
Ayah cik meninggal dunia.

933
01:26:48,208 --> 01:26:49,208
Malam kelmarin.

934
01:26:49,291 --> 01:26:52,416
Mereka beritahu hari ini
tiada apa yang boleh dibuat.

935
01:26:52,916 --> 01:26:54,416
Mereka dah kebumikan dia.

936
01:26:55,916 --> 01:26:58,875
Terlalu jauh
untuk mereka bawa dia ke sini.

937
01:27:03,750 --> 01:27:05,625
Cik sendirian sekarang.

938
01:27:25,500 --> 01:27:27,000
Jadi, dialah orangnya.

939
01:27:41,291 --> 01:27:43,083
Ayah nak ucap selamat tinggal.

940
01:28:18,583 --> 01:28:20,291
Cakap apa yang kamu nampak.

941
01:28:21,166 --> 01:28:23,125
Saya tak nampak apa-apa, ayah.

942
01:28:24,250 --> 01:28:27,916
Ayah turunkan kamu lagi.
Cakap apabila dah sampai ke dasar.

943
01:28:31,083 --> 01:28:32,875
Cuba cari sesuatu.

944
01:28:34,458 --> 01:28:35,791
Duit!

945
01:28:37,291 --> 01:28:39,291
Kepingan bulat emas.

946
01:28:39,916 --> 01:28:41,000
Carinya, Susana.

947
01:28:57,583 --> 01:28:58,625
Susana!

948
01:29:01,791 --> 01:29:03,083
Susana!

949
01:29:06,000 --> 01:29:07,833
<i>Susana!</i>

950
01:29:11,208 --> 01:29:12,833
<i>Cari lagi, Susana!</i>

951
01:29:13,416 --> 01:29:14,583
<i>Duit!</i>

952
01:29:26,625 --> 01:29:27,791
<i>Tuan paderi?</i>

953
01:29:29,000 --> 01:29:31,416
Saya datang untuk tenangkan kamu, nak.

954
01:29:36,000 --> 01:29:38,291
Jantung tuan dah terlalu uzur.

955
01:29:50,958 --> 01:29:53,458
Jangan sampai ia berhenti berdenyut.

956
01:30:08,916 --> 01:30:10,416
Pergilah, tuan paderi.

957
01:30:12,125 --> 01:30:13,500
Usah kembali lagi.

958
01:30:16,333 --> 01:30:18,833
Kenapa masih datang jika tuan dah mati?

959
01:30:37,708 --> 01:30:39,666
Buka sekarang. Itu dia.

960
01:30:40,416 --> 01:30:42,083
Alirkan air ke situ.

961
01:30:43,000 --> 01:30:44,500
Gali lebih dalam.

962
01:30:45,875 --> 01:30:46,916
Ke situ.

963
01:31:04,791 --> 01:31:06,166
Saya kenal dia.

964
01:31:07,166 --> 01:31:09,166
Dia mandur Media Luna.

965
01:31:18,333 --> 01:31:19,625
Boleh saya bantu?

966
01:31:20,791 --> 01:31:22,833
Awak bekerja untuk Pedro Páramo?

967
01:31:24,791 --> 01:31:25,791
Ya.

968
01:31:25,875 --> 01:31:28,625
Pergi beritahu dia kami kumpulan revolusi.

969
01:31:28,708 --> 01:31:30,375
Kami nak tuntut tanahnya.

970
01:31:34,333 --> 01:31:35,750
- Baik.
- Lekas!

971
01:31:36,875 --> 01:31:38,916
Beritahu dia kami akan ke sana.

972
01:31:39,416 --> 01:31:40,291
Lekas!

973
01:31:41,541 --> 01:31:42,958
Laju lagi, saudara!

974
01:31:43,041 --> 01:31:44,291
Laju lagi!

975
01:32:14,583 --> 01:32:16,458
Mereka enggan akur.

976
01:32:16,541 --> 01:32:20,208
Tapi Don Fulgor mati ditembak
semasa berlari ke sini.

977
01:32:20,291 --> 01:32:23,000
Beritahu mereka
saya tunggu mereka di sini.

978
01:32:23,083 --> 01:32:26,458
Mereka patut jumpa saya.
Mereka kumpulan revolusi apa?

979
01:32:26,541 --> 01:32:29,291
Saya tak tahu.
Itulah cara mereka kenalkan diri.

980
01:32:30,333 --> 01:32:34,708
Sebelum itu, singgah di La Consagración.
Kenal Tilcuate, si mata satu?

981
01:32:34,791 --> 01:32:37,333
- Suruh dia ke sini segera.
- Baik, bos.

982
01:33:08,125 --> 01:33:11,208
Tuan-tuan,
apa lagi yang kalian mahu daripada saya?

983
01:33:11,291 --> 01:33:14,875
Sepertimana tuan nampak,
kami dah mengangkat senjata.

984
01:33:15,916 --> 01:33:16,916
Jadi?

985
01:33:17,791 --> 01:33:20,291
Itu saja. Tuan rasa itu belum cukup?

986
01:33:21,000 --> 01:33:22,375
Kenapa kamu lakukannya?

987
01:33:23,000 --> 01:33:26,291
Sebab orang lain pun dah lakukannya.
Tuan tak tahukah?

988
01:33:27,166 --> 01:33:31,791
Kami masih menanti arahan,
kemudian kami akan beritahu tujuan kami.

989
01:33:31,875 --> 01:33:33,000
Saya tahu.

990
01:33:34,125 --> 01:33:35,750
Saya boleh terangkannya.

991
01:33:39,250 --> 01:33:42,666
Kami menentang kerajaan dan golongan tuan

992
01:33:42,750 --> 01:33:45,708
kerana kami sudah tak tahan lagi.

993
01:33:46,791 --> 01:33:48,875
Kerajaan yang ada tak boleh pakai,

994
01:33:49,583 --> 01:33:55,250
manakala golongan kamu pencuri hasil
yang jijik dan tak tahu malu.

995
01:33:56,041 --> 01:33:58,333
Kami takkan berunding dengan kerajaan.

996
01:33:59,500 --> 01:34:02,708
Kami akan beritahu mereka
dengan peluru kami.

997
01:34:05,416 --> 01:34:07,666
Berapa belanja revolusi kalian?

998
01:34:07,750 --> 01:34:09,500
Mungkin saya boleh bantu.

999
01:34:10,000 --> 01:34:12,833
Bernas juga cadangan dia, Perseverancio.

1000
01:34:12,916 --> 01:34:16,291
Kita perlukan sahabat yang kaya
untuk membantu kita.

1001
01:34:16,375 --> 01:34:18,750
Siapa lagi yang boleh jika bukan dia?

1002
01:34:19,416 --> 01:34:20,500
Begini, Casildo!

1003
01:34:21,208 --> 01:34:22,666
Berapa belanja kita?

1004
01:34:22,750 --> 01:34:25,708
Kita tak boleh harapkan si bakhil ini.

1005
01:34:27,250 --> 01:34:29,083
Kita selesaikan urusan kita di sini,

1006
01:34:30,250 --> 01:34:33,583
kita rampas segalanya
yang dia miliki sampai licin.

1007
01:34:33,666 --> 01:34:36,083
Jangan terburu-buru, Perseverancio.

1008
01:34:36,791 --> 01:34:38,500
Ayuh capai kata sepakat.

1009
01:34:39,416 --> 01:34:40,916
Silakan, Casildo.

1010
01:34:44,000 --> 01:34:51,000
Menurut hemat saya, tuan boleh beri kami
20,000 peso untuk permulaan.

1011
01:34:53,583 --> 01:34:56,291
Mungkin saudara ini rasa
itu tak mencukupi,

1012
01:34:56,375 --> 01:34:59,541
melihat betapa terujanya dia
untuk membantu.

1013
01:35:00,708 --> 01:35:03,000
Jadi, saya cadangkan 50,000.

1014
01:35:03,958 --> 01:35:05,041
Setuju?

1015
01:35:11,083 --> 01:35:12,833
Saya akan beri kalian 100,000 peso.

1016
01:35:13,333 --> 01:35:14,916
Kalian berapa ramai?

1017
01:35:15,000 --> 01:35:16,500
Tiga ratus orang.

1018
01:35:17,000 --> 01:35:22,250
Baik. Saya akan hantar 300 orang saya
untuk besarkan jumlah kumpulan kamu.

1019
01:35:22,750 --> 01:35:25,500
Kamu akan terima kedua-duanya
dalam minggu ini.

1020
01:35:25,583 --> 01:35:29,500
Duit itu hadiah,
tapi orang saya cuma pinjaman.

1021
01:35:33,916 --> 01:35:35,083
Itu pun memadai.

1022
01:35:35,916 --> 01:35:38,291
Jadi, kita jumpa dalam lapan hari.

1023
01:35:38,375 --> 01:35:40,333
Saya gembira dapat jumpa kalian.

1024
01:35:51,541 --> 01:35:54,000
Awak rasa siapa kepalanya?

1025
01:35:56,166 --> 01:35:59,041
Saya rasa si boroi yang duduk di tengah

1026
01:35:59,125 --> 01:36:01,000
dan langsung tak langut.

1027
01:36:01,583 --> 01:36:02,708
Barangkali dia.

1028
01:36:02,791 --> 01:36:04,083
Bukan, Damasio.

1029
01:36:04,583 --> 01:36:05,833
Awak bos mereka.

1030
01:36:06,416 --> 01:36:08,375
Atau awak nak sertai revolusi?

1031
01:36:08,458 --> 01:36:10,500
Saya dah cukup bersedia.

1032
01:36:10,583 --> 01:36:12,416
Saya suka bikin kecoh.

1033
01:36:12,500 --> 01:36:16,041
Awak dah lihat semuanya,
jadi awak tak perlukan nasihat saya.

1034
01:36:16,125 --> 01:36:19,000
Kumpulkan 300 orang kita
untuk sertai revolusi.

1035
01:36:19,833 --> 01:36:22,291
Untuk hal lain, awak pandai-pandailah.

1036
01:36:22,375 --> 01:36:23,500
Duit itu bagaimana?

1037
01:36:23,583 --> 01:36:25,500
Patutkah saya serahkannya?

1038
01:36:25,583 --> 01:36:29,750
Sepuluh peso untuk setiap orang.
Cukup untuk kelengkapan asas.

1039
01:36:29,833 --> 01:36:32,666
Beritahu mereka
saya akan berkawal di sini.

1040
01:36:33,958 --> 01:36:35,958
Jangan pergi terlalu jauh.

1041
01:36:36,041 --> 01:36:38,375
Andai kata orang datang,
mereka tahu ada orang.

1042
01:36:38,458 --> 01:36:41,250
Maklumkan perkembangan
kepada saya di sini.

1043
01:36:41,333 --> 01:36:44,666
- Beres. Jumpa lagi, bos.
- Pergilah.

1044
01:36:54,041 --> 01:36:56,666
<i>Kini dia yang berkata-kata, Juan Preciado.</i>

1045
01:36:57,625 --> 01:36:59,125
<i>Apa yang dia katakan?</i>

1046
01:37:00,375 --> 01:37:03,833
<i>Dia kata dirinya</i>
<i>seolah-olah hanyut ketika bersama,</i>

1047
01:37:05,958 --> 01:37:08,625
<i>umpama tubuhnya dirobek-robek.</i>

1048
01:37:12,000 --> 01:37:14,458
<i>Namun itu tidak sepedih kematiannya.</i>

1049
01:37:15,458 --> 01:37:16,625
<i>Itulah katanya.</i>

1050
01:37:17,333 --> 01:37:19,333
<i>Dia bercakap tentang siapa?</i>

1051
01:37:21,458 --> 01:37:24,291
<i>Tentunya seseorang yang mati sebelum dia.</i>

1052
01:38:56,416 --> 01:38:57,625
Margarita.

1053
01:39:02,166 --> 01:39:03,916
Buka pintu, Margarita.

1054
01:40:07,000 --> 01:40:08,916
Sekujur tubuh yang kerdil.

1055
01:40:19,875 --> 01:40:21,750
Pasir itu.

1056
01:40:26,083 --> 01:40:27,958
Berenanglah dengan saya.

1057
01:40:31,000 --> 01:40:32,416
Banyaknya buih…

1058
01:40:35,166 --> 01:40:37,000
Bila ini akan berakhir?

1059
01:40:39,875 --> 01:40:41,708
Sudah lama ia berlanjutan.

1060
01:40:43,583 --> 01:40:47,333
Sedahsyat mana sekalipun,
memori itu pasti hilang.

1061
01:40:49,125 --> 01:40:51,083
Mungkin ia bukan memori.

1062
01:41:12,708 --> 01:41:14,083
Tiga puluh tahun…

1063
01:41:17,500 --> 01:41:19,541
Selama itu saya menunggu awak.

1064
01:41:20,375 --> 01:41:23,750
Saya sanggup menunggu
untuk memiliki awak sepenuhnya.

1065
01:41:23,833 --> 01:41:25,083
Saya tunggu supaya…

1066
01:41:26,125 --> 01:41:28,333
saya takkan idamkan apa-apa lagi.

1067
01:41:30,041 --> 01:41:31,333
Melainkan awak.

1068
01:41:32,708 --> 01:41:34,125
Saya cuma idamkan awak.

1069
01:41:42,833 --> 01:41:44,958
Sebaik tahu awak akan kembali,

1070
01:41:47,250 --> 01:41:49,208
saya mahu memeluk awak…

1071
01:41:50,291 --> 01:41:52,083
dalam dakapan gembira.

1072
01:41:54,125 --> 01:41:55,791
Saya juga menangis, Susana.

1073
01:41:57,208 --> 01:41:59,458
Apabila tahu awak akhirnya kembali.

1074
01:42:48,750 --> 01:42:49,875
Cik.

1075
01:43:06,458 --> 01:43:08,791
Benarkah malam itu penuh dengan dosa?

1076
01:43:10,500 --> 01:43:11,833
Ya, Cik Susana.

1077
01:43:16,250 --> 01:43:18,500
Apa erti kehidupan tanpa dosa?

1078
01:43:27,500 --> 01:43:28,666
Awak tak dengarkah?

1079
01:43:32,458 --> 01:43:34,583
Dengar tak bagaimana bumi berputar?

1080
01:43:38,583 --> 01:43:39,875
Tidak, Cik Susana.

1081
01:43:42,375 --> 01:43:43,791
Saya tak dengar apa-apa.

1082
01:43:47,333 --> 01:43:49,583
Saya tak bertuah macam cik.

1083
01:43:51,583 --> 01:43:55,166
Awak akan kagum dengan perkara
yang saya boleh dengar.

1084
01:44:14,500 --> 01:44:16,583
Awak percaya akan neraka, Damiana?

1085
01:44:18,583 --> 01:44:19,916
Ya, Cik Susana.

1086
01:44:21,583 --> 01:44:23,375
Saya juga percaya akan syurga.

1087
01:44:26,250 --> 01:44:28,208
Saya cuma percaya akan neraka.

1088
01:44:45,333 --> 01:44:46,500
Cik bagaimana?

1089
01:44:46,583 --> 01:44:48,750
Teruk. Sangat membimbangkan.

1090
01:44:56,583 --> 01:44:57,916
Susana?

1091
01:45:01,541 --> 01:45:04,041
<i>Saya nampak Doña Susanita mati.</i>

1092
01:45:05,041 --> 01:45:06,708
<i>Apa maksud awak, Dorotea?</i>

1093
01:45:06,791 --> 01:45:08,375
<i>Apa yang saya baru cakap.</i>

1094
01:45:09,916 --> 01:45:12,333
<i>Saya ingat cahaya pada tingkap terpadam,</i>

1095
01:45:12,416 --> 01:45:15,333
<i>setelah bertahun-tahun ia bercahaya.</i>

1096
01:45:15,833 --> 01:45:17,458
<i>Malam demi malam.</i>

1097
01:45:19,250 --> 01:45:21,500
Bagus. Tunggu apa lagi di sini?

1098
01:45:33,291 --> 01:45:35,708
Mulutku dipenuhi kekotoran.

1099
01:45:38,083 --> 01:45:39,250
Ya, tuan paderi.

1100
01:45:40,125 --> 01:45:41,791
Jangan cakap, "tuan paderi".

1101
01:45:41,875 --> 01:45:44,458
Ulang kata-kata saya.

1102
01:45:46,958 --> 01:45:48,875
Apa yang tuan nak beritahu saya?

1103
01:45:50,250 --> 01:45:52,166
Tuan nak saya mengaku lagi?

1104
01:45:53,041 --> 01:45:56,458
Bukan, Susana.
Saya cuma nak berbual dengan kamu.

1105
01:45:56,958 --> 01:45:58,708
Persediaan sebelum mati.

1106
01:45:59,833 --> 01:46:01,166
Saya akan matikah?

1107
01:46:03,541 --> 01:46:04,625
Ya, nak.

1108
01:46:09,000 --> 01:46:11,416
Jadi, kenapa tak biarkan saya mati saja?

1109
01:46:13,000 --> 01:46:14,916
Saya nak berehat.

1110
01:46:18,083 --> 01:46:19,958
Saya akan pergi, Susana.

1111
01:46:20,458 --> 01:46:23,625
Saat kamu ulang kata-kata saya,

1112
01:46:24,541 --> 01:46:26,291
kamu akan tertidur.

1113
01:46:26,791 --> 01:46:29,125
Tiada sesiapa akan kejutkan awak lagi.

1114
01:46:30,208 --> 01:46:31,541
Baik, tuan paderi.

1115
01:46:32,291 --> 01:46:33,791
Saya akan turuti.

1116
01:46:36,375 --> 01:46:39,791
Mulutku dipenuhi kekotoran.

1117
01:46:45,208 --> 01:46:48,041
<i>Aku menelan air liur yang berbuih.</i>

1118
01:46:48,958 --> 01:46:54,041
<i>Aku mengunyah gumpalan kekotoran</i>
<i>yang penuh dijalari oleh cacing.</i>

1119
01:46:56,375 --> 01:47:01,500
Mulutku berubah menjadi hodoh
dek gigi yang berketap-ketap.

1120
01:47:03,250 --> 01:47:07,625
<i>Agar-agar mataku mencair.</i>

1121
01:47:08,333 --> 01:47:11,875
<i>Rambutku terbakar dek satu percikan api.</i>

1122
01:47:17,208 --> 01:47:19,625
Dia rangkul saya dalam dakapannya.

1123
01:47:21,583 --> 01:47:22,833
Dia curahkan cinta.

1124
01:47:25,791 --> 01:47:27,500
Ada lagi.

1125
01:47:29,083 --> 01:47:30,791
Penzahiran Tuhan.

1126
01:47:31,791 --> 01:47:37,291
Penampakan terakhir bagi mereka
yang akan dilaknati selamanya.

1127
01:47:38,916 --> 01:47:41,833
<i>Sinar cahaya dari syurga-Nya.</i>

1128
01:47:41,916 --> 01:47:44,416
<i>Keriangan para malaikat dan bidadari.</i>

1129
01:47:45,000 --> 01:47:47,458
Pandangan Tuhan yang menyenangkan.

1130
01:47:49,125 --> 01:47:50,791
Serta bukan itu saja,

1131
01:47:51,875 --> 01:47:57,291
semua itu akan berjalan seiringan
bersama kesengsaraan besar dunia ini.

1132
01:48:04,750 --> 01:48:08,708
Sumsum tulang kita akan hangus terbakar.

1133
01:48:10,708 --> 01:48:14,541
<i>Darah di dalam urat-urat kita</i>
<i>bertukar menjadi jaluran api.</i>

1134
01:48:15,625 --> 01:48:20,166
<i>Kita merengsa dalam kesakitan kerananya…</i>

1135
01:48:21,875 --> 01:48:24,000
<i>Kesakitan yang tak pernah berkurang…</i>

1136
01:48:24,958 --> 01:48:28,791
<i>dan semakin menebal dek kemurkaan Tuhan.</i>

1137
01:48:40,000 --> 01:48:42,500
Kamu akan pergi menghadap Tuhan.

1138
01:48:43,416 --> 01:48:46,666
Hukuman Tuhan terhadap pendosa
amatlah dahsyat.

1139
01:48:53,583 --> 01:48:55,250
Pergilah, tuan paderi.

1140
01:48:57,125 --> 01:48:59,000
Usah risaukan saya.

1141
01:49:00,625 --> 01:49:02,208
Saya sudah berlapang dada.

1142
01:49:03,791 --> 01:49:05,541
Saya juga sangat letih.

1143
01:49:15,583 --> 01:49:16,583
Damiana.

1144
01:49:17,458 --> 01:49:19,625
Pergi menangis di tempat lain.

1145
01:51:24,333 --> 01:51:27,833
<i>Pembunyian loceng kematian itu</i>
<i>berlangsung terlalu lama.</i>

1146
01:51:27,916 --> 01:51:29,458
KEHAMILAN SUCI

1147
01:51:33,166 --> 01:51:35,791
<i>Orang ramai mula membanjiri</i>

1148
01:51:35,875 --> 01:51:38,416
<i>disebabkan loceng yang dibunyikan itu.</i>

1149
01:51:53,916 --> 01:51:57,625
<i>Sedikit demi sedikit,</i>
<i>upacara itu bertukar menjadi pesta.</i>

1150
01:51:58,708 --> 01:52:03,708
<i>Khalayak manusia membanjiri Comala</i>
<i>sambil bersuka ria, kecoh di sana sini.</i>

1151
01:52:06,583 --> 01:52:08,958
Hei! Dia berjalan di udara!

1152
01:52:10,125 --> 01:52:12,250
Hebat sungguh!

1153
01:52:14,750 --> 01:52:16,250
Ke tepi!

1154
01:52:32,666 --> 01:52:34,791
<i>Akhirnya, loceng tak lagi berdering.</i>

1155
01:52:34,875 --> 01:52:35,791
Muzik!

1156
01:52:35,875 --> 01:52:37,500
<i>Namun pesta diteruskan.</i>

1157
01:52:38,875 --> 01:52:41,166
<i>Mana mungkin mereka ini akan faham</i>

1158
01:52:41,250 --> 01:52:45,041
<i>waktu itu ialah hari dan tempoh berkabung.</i>

1159
01:54:20,541 --> 01:54:21,541
Kebakaran!

1160
01:54:49,041 --> 01:54:51,541
Usah tercegat saja di situ, Don Pedro.

1161
01:54:53,541 --> 01:54:54,875
Duduklah.

1162
01:54:56,625 --> 01:54:58,250
Saya takkan buat apa-apa

1163
01:54:59,208 --> 01:55:01,666
dan Comala akan dilanda kebuluran.

1164
01:56:15,708 --> 01:56:17,000
Bos.

1165
01:56:19,250 --> 01:56:21,958
Paderi Rentería sudah mengangkat senjata.

1166
01:56:22,916 --> 01:56:24,666
Kenapa pula?

1167
01:56:25,166 --> 01:56:29,750
Kerajaan revolusi telah menggantung
khidmat keagamaan.

1168
01:56:32,458 --> 01:56:34,791
Bukankah awak sertai Villa?

1169
01:56:35,291 --> 01:56:37,500
Atau bukankah Obregón?

1170
01:56:39,041 --> 01:56:41,541
Keamanan telah dicapai di sana, Don Pedro.

1171
01:56:42,208 --> 01:56:43,750
Kami bergerak sendiri.

1172
01:56:45,500 --> 01:56:46,708
Apa kami patut buat?

1173
01:56:47,500 --> 01:56:49,458
Sertai dia atau tentang dia?

1174
01:56:50,250 --> 01:56:52,083
Sudah terang lagi bersuluh.

1175
01:56:52,583 --> 01:56:54,250
Berpihak kepada kerajaan.

1176
01:56:54,333 --> 01:56:58,791
Tapi kami cuma pejuang picisan.
Mereka anggap kami pemberontak.

1177
01:57:00,708 --> 01:57:02,708
Terserahlah.

1178
01:57:03,291 --> 01:57:05,375
Saya akan sertai paderi itu.

1179
01:57:05,875 --> 01:57:07,666
Saya suka cara dia menengking.

1180
01:57:08,208 --> 01:57:10,833
Lagipun, haluannya diredai.

1181
01:57:18,125 --> 01:57:19,583
Baiklah, bos.

1182
01:57:21,083 --> 01:57:22,125
Jumpa lagi.

1183
01:57:44,458 --> 01:57:46,416
- Mari pergi.
- Ayuh.

1184
01:58:18,125 --> 01:58:22,541
<i>Sejak Pedro Páramo mengusir orangnya</i>
<i>dan duduk di kerusi tuanya,</i>

1185
01:58:24,000 --> 01:58:26,500
<i>tanahnya jadi padang jarak padang tekukur.</i>

1186
01:58:29,625 --> 01:58:31,791
<i>Pekan itu mula kosong.</i>

1187
01:58:32,791 --> 01:58:35,375
<i>Orang setempat jadi kurus kering.</i>

1188
01:58:36,500 --> 01:58:39,041
<i>Comala dilambai pergi kiri dan kanan.</i>

1189
01:58:41,375 --> 01:58:43,916
<i>Saya pula tiada tempat untuk dituju.</i>

1190
01:58:45,708 --> 01:58:49,625
<i>Cadangnya saya nak tinggal</i>
<i>di rumah kebajikan, tapi ia pun ditutup.</i>

1191
01:58:50,875 --> 01:58:52,916
<i>Saya mati kebuluran.</i>

1192
01:58:55,166 --> 01:58:57,291
<i>Selepas kami menemukan kamu,</i>

1193
01:58:57,375 --> 01:59:00,125
<i>tulang-temulang saya nekad mahu berehat.</i>

1194
01:59:01,125 --> 01:59:02,500
<i>Jiwa cik?</i>

1195
01:59:03,916 --> 01:59:05,583
<i>Ke mana ia pergi?</i>

1196
01:59:07,666 --> 01:59:11,708
<i>Jiwa saya merayu untuk saya bangun</i>
<i>dan kekal menelusuri hidup.</i>

1197
01:59:12,333 --> 01:59:16,375
<i>Ia seolah-olah berharap</i>
<i>saya masih sempat bertaubat.</i>

1198
01:59:17,708 --> 01:59:19,833
<i>Saya langsung tak mencuba.</i>

1199
01:59:22,166 --> 01:59:24,416
<i>Saya buka mulut agar jiwa saya keluar.</i>

1200
01:59:26,041 --> 01:59:27,291
<i>Maka ia pun keluar.</i>

1201
01:59:29,708 --> 01:59:34,875
<i>Saya dapat rasakan urat darah jantung saya</i>
<i>direntap dan ia jatuh ke tangan saya.</i>

1202
01:59:39,666 --> 01:59:41,750
<i>Saya sangka tiada sesiapa perasan.</i>

1203
01:59:44,791 --> 01:59:47,208
<i>Saya lazimnya tidak dipandang sesiapa.</i>

1204
01:59:50,541 --> 01:59:53,458
<i>Jasad saya tidak makan tanah pun.</i>

1205
01:59:54,875 --> 01:59:57,083
<i>Saya dikebumikan di dalam kubur kamu.</i>

1206
01:59:57,166 --> 02:00:00,166
<i>Jasad saya ngam elok</i>
<i>dalam dakapan tangan kamu.</i>

1207
02:00:02,125 --> 02:00:06,541
<i>Barulah saya terdetik</i>
<i>bahawa sayalah yang patut mendakap kamu.</i>

1208
02:00:32,500 --> 02:00:33,875
<i>Pedro Páramo pula?</i>

1209
02:00:35,708 --> 02:00:40,125
<i>Saban tahun berlalu dan dia masih lagi</i>
<i>duduk di situ umpama orang-orang.</i>

1210
02:00:40,958 --> 02:00:43,916
<i>Dia lupa untuk tidur dan melihat masa.</i>

1211
02:00:44,625 --> 02:00:48,875
<i>Itu sebabnya dia takut akan malam</i>
<i>yang kelam dan dipenuhi jiwa kacau.</i>

1212
02:00:50,125 --> 02:00:52,666
<i>Jiwa kacau yang menyelubungi dirinya.</i>

1213
02:00:53,291 --> 02:00:54,958
<i>Itulah yang dia takuti.</i>

1214
02:00:55,458 --> 02:00:56,833
Damiana!

1215
02:00:58,291 --> 02:01:00,375
Datang dan lihat apa yang dia mahu.

1216
02:01:29,000 --> 02:01:32,083
Berilah saya duit
untuk kebumikan isteri saya.

1217
02:01:33,500 --> 02:01:37,166
Ya Tuhan,
hindarilah kami daripada kejahatan.

1218
02:01:39,000 --> 02:01:40,250
Apa awak kata?

1219
02:01:47,791 --> 02:01:51,750
Saya datang untuk minta sedikit bantuan
untuk kebumikan isteri saya.

1220
02:01:52,250 --> 02:01:55,791
Saya dah jual keldai saya
untuk bayar doktor, tapi…

1221
02:01:55,875 --> 02:01:57,583
Pergilah.

1222
02:01:57,666 --> 02:01:59,583
Saya takkan berganjak.

1223
02:02:02,958 --> 02:02:04,000
Dia ada di sana.

1224
02:02:05,916 --> 02:02:07,083
Sendirian.

1225
02:02:08,583 --> 02:02:10,500
Dalam kepanasan.

1226
02:02:14,125 --> 02:02:15,208
Tolong!

1227
02:02:15,291 --> 02:02:18,333
Tolong! Tolong kami!

1228
02:02:24,250 --> 02:02:25,708
Beri saya sesuatu.

1229
02:02:32,375 --> 02:02:33,458
Beri saya sesuatu!

1230
02:02:36,125 --> 02:02:37,500
Beri saya sesuatu!

1231
02:02:58,375 --> 02:02:59,625
Bos tak apa-apa?

1232
02:03:17,708 --> 02:03:18,958
Mari pergi.

1233
02:03:53,875 --> 02:03:55,083
Ini saya, Don Pedro.

1234
02:03:57,958 --> 02:03:59,916
Tuan mahu saya bawakan makanan?

1235
02:04:01,666 --> 02:04:03,000
Saya akan ke sana.

1236
02:04:07,958 --> 02:04:09,208
Saya akan pergi.

1237
02:04:33,541 --> 02:04:40,541
{\an8}TAMAT

1238
02:04:52,916 --> 02:04:57,375
BERDASARKAN NOVEL OLEH JUAN RULFO

1239
02:10:30,083 --> 02:10:35,750
Terjemahan sari kata oleh Jentayu



