1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:48,631 --> 00:00:50,300
Gempa bumi?

4
00:00:57,724 --> 00:00:58,975
Ohma!

5
00:01:03,188 --> 00:01:04,647
Gempa bumi!

6
00:01:05,565 --> 00:01:07,317
Apa? Ia dah berhenti.

7
00:01:14,866 --> 00:01:17,035
Apa masalahnya?

8
00:01:17,660 --> 00:01:20,038
Tak ada apa-apalah.

9
00:01:20,038 --> 00:01:21,873
- Jom.
- Baik!

10
00:01:34,761 --> 00:01:38,181
{\an8}<i>Lelaki terkuat di dunia ditentukan
di arena tempur bawah tanah.</i>

11
00:01:40,475 --> 00:01:44,187
{\an8}<i>Di Pertubuhan Kengan,
yang kuat menentukan segalanya.</i>

12
00:01:44,938 --> 00:01:49,067
{\an8}<i>Dua pertubuhan pertarungan bawah tanah
yang tidak sepatutnya bertembung</i>

13
00:01:49,567 --> 00:01:50,485
{\an8}<i>akan...</i>

14
00:01:50,485 --> 00:01:52,904
{\an8}<i>...merebut gelaran yang paling berkuasa!</i>

15
00:03:27,081 --> 00:03:31,085
<i>Si tua Metsudo itu memang suka mendesak.</i>

16
00:03:31,085 --> 00:03:33,922
<i>Tiba-tiba saja cadangkan
pertandingan begitu.</i>

17
00:03:36,007 --> 00:03:40,970
Saya tak sangka ada tempat macam ini
di dalam Tokyo Dome.

18
00:03:40,970 --> 00:03:43,431
Saya faham sebab awak kata begitu.

19
00:03:44,057 --> 00:03:46,267
Kita akan memasuki lokasi rahsia.

20
00:03:46,267 --> 00:03:48,311
Arena tempur bawah tanah.

21
00:03:48,853 --> 00:03:51,314
Arena tempur bawah tanah...

22
00:04:01,115 --> 00:04:04,202
Sejarahnya bermula pada zaman Edo.

23
00:04:04,953 --> 00:04:08,706
<i>Ia diasaskan oleh Tokugawa Mitsukuni,
Timbalan Syogun Wilayah.</i>

24
00:04:09,290 --> 00:04:12,293
Kini, ketua keluarga Tokugawa yang ke-13,

25
00:04:12,835 --> 00:04:15,505
Mitsunari Tokugawa, yang mengetuainya.

26
00:04:16,089 --> 00:04:17,632
Tokugawa?

27
00:04:19,050 --> 00:04:20,176
Tunggu sekejap.

28
00:04:20,176 --> 00:04:21,803
Pertubuhan Kengan pun...

29
00:04:21,803 --> 00:04:23,513
Awak pun tahu,

30
00:04:23,513 --> 00:04:26,808
Pertubuhan Kengan diasaskan
oleh syogun ketujuh,

31
00:04:26,808 --> 00:04:29,143
Tokugawa Ietsugu, yang mati muda.

32
00:04:30,561 --> 00:04:34,899
Saya tak sangka kedua-duanya
dikuasai keluarga Tokugawa yang sama.

33
00:04:35,400 --> 00:04:37,902
Mereka macam adik-beradik.

34
00:04:40,446 --> 00:04:43,241
Begitu rupanya. Baru saya faham.

35
00:04:45,618 --> 00:04:49,372
Sebenarnya, dah lama saya kenal Mitsy.

36
00:04:50,206 --> 00:04:51,040
Minum!

37
00:04:51,040 --> 00:04:53,001
<i>Kami keluar minum tempoh hari</i>

38
00:04:53,001 --> 00:04:57,130
<i>dan teruja untuk mengadakan pertandingan
setelah sekian lama tak ada.</i>

39
00:04:57,130 --> 00:04:58,506
Apa?

40
00:04:58,506 --> 00:05:02,260
Pertandingan besar ini diputuskan
sewaktu mereka mabuk?

41
00:05:03,386 --> 00:05:07,807
Itu saya tak kisah,
tapi kenapa kena lawan di tempat mereka?

42
00:05:07,807 --> 00:05:10,643
Mungkin awak tak tahu, Ohma.

43
00:05:10,643 --> 00:05:11,561
Apa?

44
00:05:11,561 --> 00:05:15,648
Sebelum ini, kami jemput pahlawan
dari arena tempur bawah tanah

45
00:05:15,648 --> 00:05:17,900
ke Pertubuhan Kengan.

46
00:05:17,900 --> 00:05:21,321
Apa? Jadi, ini bukan pertandingan pertama?

47
00:05:22,530 --> 00:05:24,115
Nama pahlawan itu...

48
00:05:24,824 --> 00:05:26,117
Tuan Guru Orochi?

49
00:05:26,701 --> 00:05:29,871
Itulah yang ayah aku beritahu.

50
00:05:31,914 --> 00:05:34,208
<i>Dia dipanggil oleh tuan guru lama</i>

51
00:05:34,709 --> 00:05:36,586
<i>dan turut serta sebagai wakil.</i>

52
00:05:36,586 --> 00:05:37,503
<i>Kemudian?</i>

53
00:05:38,963 --> 00:05:41,257
Siapa? Siapa yang menang?

54
00:05:41,883 --> 00:05:44,844
Aku cuma tahu yang dia bertempur.

55
00:05:45,428 --> 00:05:47,347
Itu saja yang ayah aku cerita.

56
00:05:48,389 --> 00:05:50,016
{\an8}Tapi aku tahu,

57
00:05:50,016 --> 00:05:55,396
selepas pertandingan itu,
dia dipaksa berehat hampir enam bulan.

58
00:05:55,396 --> 00:06:00,818
Biar betul? Siapa orang-orang
di Pertubuhan Kengan itu?

59
00:06:01,361 --> 00:06:02,862
Aku pernah dengar.

60
00:06:03,363 --> 00:06:06,741
Mereka pahlawan handal
yang menjadi wakil syarikat.

61
00:06:07,241 --> 00:06:09,660
Hanya yang menang akan dapat ganjaran.

62
00:06:10,286 --> 00:06:11,537
Betul.

63
00:06:11,537 --> 00:06:14,957
Dalam dunia mereka,
semua orang saling jatuh-menjatuhkan.

64
00:06:21,255 --> 00:06:23,049
Jadi, kau rupa-rupanya.

65
00:06:24,675 --> 00:06:28,513
Hebat cara kau guna suara
untuk menyerang di medan tempur.

66
00:06:28,513 --> 00:06:30,807
Itu bukan sesuatu yang mudah ditiru.

67
00:06:31,557 --> 00:06:33,267
Terharu aku kau cakap begitu.

68
00:06:34,394 --> 00:06:35,686
Cubalah rasa.

69
00:06:36,229 --> 00:06:37,563
Sekarang juga!

70
00:06:37,563 --> 00:06:39,065
Jangan.

71
00:06:40,650 --> 00:06:44,570
{\an8}Mesti perit kalau orang buta
macam aku yang kena.

72
00:06:46,114 --> 00:06:52,662
Tapi aku nak tengok tindak balas
lelaki yang digelar Penghapus Bangsa.

73
00:06:53,329 --> 00:06:54,163
Apa-apa pun,

74
00:06:55,415 --> 00:06:58,000
kita takkan sibuk dengan tugas pengawal.

75
00:06:59,460 --> 00:07:02,463
Tak ada orang
yang cukup pelik di luar sana

76
00:07:02,463 --> 00:07:07,301
untuk menyerang arena
yang penuh dengan raksasa.

77
00:07:08,469 --> 00:07:09,387
Aku setuju.

78
00:07:12,807 --> 00:07:15,351
HARIMAU PUTIH

79
00:07:17,228 --> 00:07:18,271
Hei, orang tua!

80
00:07:21,107 --> 00:07:23,109
Apa kau nak, budak?

81
00:07:23,901 --> 00:07:24,861
Aku...

82
00:07:28,281 --> 00:07:29,824
Begitu, ya?

83
00:07:29,824 --> 00:07:34,787
Celopar betul mulut kau.
Sama saja macam ayah kau.

84
00:07:36,205 --> 00:07:41,377
En. Orochi, ayah aku bangga dengan kau.

85
00:07:43,212 --> 00:07:46,382
Maaf sebab biarkan kau cakap dulu.

86
00:07:47,425 --> 00:07:52,388
Wah! Cantik betul garisannya.
Tak ada satu pun yang cacat.

87
00:07:52,972 --> 00:07:55,224
Kau pun boleh tahan hebat.

88
00:07:55,725 --> 00:07:58,227
Apa kau buat sampai otot kau besar begitu?

89
00:07:59,437 --> 00:08:00,438
Tak ada apa-apa.

90
00:08:00,438 --> 00:08:04,150
Aku cuma tarik helikopter
sampai badan aku jadi macam ini.

91
00:08:05,985 --> 00:08:07,361
Kau pula buat apa?

92
00:08:08,905 --> 00:08:11,908
Kau cuma perlukan kereta F1.

93
00:08:13,659 --> 00:08:14,869
Kacang saja, bukan?

94
00:08:16,746 --> 00:08:19,415
Aku akan pertimbangkannya.

95
00:08:21,834 --> 00:08:23,461
Mereka langsung tak faham...

96
00:08:23,461 --> 00:08:24,587
Maaf.

97
00:08:25,755 --> 00:08:28,341
Pemetik api saya tercicir tadi.

98
00:08:28,966 --> 00:08:31,427
Boleh tolong nyalakan?

99
00:08:35,515 --> 00:08:36,766
Tak boleh?

100
00:08:38,017 --> 00:08:39,852
Biar betul?

101
00:08:39,852 --> 00:08:42,438
Arena tempur bawah tanah tak ada habuan?

102
00:08:42,438 --> 00:08:44,315
Mengarut betul!

103
00:08:44,315 --> 00:08:48,861
Tingkatkan kemahiran
dan dambakan kekuatan saja.

104
00:08:48,861 --> 00:08:51,489
Ya. Itu pun dah memadai.

105
00:08:51,489 --> 00:08:54,867
Tapi Cosmo, melampau sangat
kalau mereka tak bayar.

106
00:08:54,867 --> 00:08:56,202
Hei, semua.

107
00:08:56,911 --> 00:08:59,455
{\an8}Orang dari arena tempur bawah tanah...

108
00:08:59,455 --> 00:09:04,085
{\an8}Kau semua tak rasa
muka mereka agak menakutkan?

109
00:09:09,423 --> 00:09:11,050
Kau semua tengok apa?

110
00:09:11,592 --> 00:09:15,596
Betul cakap kau. Mereka nampak kuat, tapi...

111
00:09:15,596 --> 00:09:18,724
Aku maksudkan lelaki itu.

112
00:09:19,308 --> 00:09:20,393
Menakutkan, bukan?

113
00:09:20,393 --> 00:09:23,729
Mungkin gaya dia memang macam itu.

114
00:09:25,231 --> 00:09:29,986
<i>Berani betul budak Jepun itu.</i>

115
00:09:33,739 --> 00:09:35,491
Sampai bila nak buat begitu?

116
00:09:35,491 --> 00:09:38,160
Sampai bedebah itu berhenti!

117
00:09:38,160 --> 00:09:40,746
Aku bukan anak jantan kalau mengalah!

118
00:09:40,746 --> 00:09:42,164
Mereka bersemangat!

119
00:09:42,164 --> 00:09:43,082
Apa?

120
00:09:43,082 --> 00:09:45,209
Mereka budak yang cekal.

121
00:09:45,209 --> 00:09:47,753
Hebat juga kalau aku boleh didik mereka.

122
00:09:59,557 --> 00:10:01,601
Semua di sini saling menjatuhkan.

123
00:10:02,351 --> 00:10:04,770
Kalau kita buat silap di sini,

124
00:10:06,105 --> 00:10:07,857
pasti kita akan dibaham.

125
00:10:09,567 --> 00:10:14,071
Kita pun akan sibuk berjuang di sini.
Betul tak, doktor?

126
00:10:14,071 --> 00:10:17,199
Itulah yang saya nak, Yoshizawa.

127
00:10:18,075 --> 00:10:20,786
Ini peluang yang sempurna

128
00:10:20,786 --> 00:10:24,540
untuk membedah semua pahlawan
dari arena tempur bawah tanah.

129
00:10:25,041 --> 00:10:27,084
Cepatlah sikit mereka mati.

130
00:10:28,753 --> 00:10:32,340
Maaf, tapi kemahuan awak takkan tercapai.

131
00:10:33,341 --> 00:10:34,300
Tukang Bedah.

132
00:10:34,842 --> 00:10:37,011
Awak masih hidup dan sihat.

133
00:10:39,055 --> 00:10:41,265
Saya tak mahu diganggu.

134
00:10:41,849 --> 00:10:43,684
Apa? Tunggu sekejap!

135
00:10:44,393 --> 00:10:47,188
Lama kita tak jumpa, Dr. Kureha.

136
00:10:47,980 --> 00:10:50,858
Dr. Hanafusa,
baguslah awak baik-baik saja.

137
00:10:50,858 --> 00:10:51,776
Apa?

138
00:10:52,360 --> 00:10:56,530
Doktor berdua memang dah kenal?

139
00:10:57,114 --> 00:10:59,075
Kami rakan satu universiti dulu.

140
00:10:59,075 --> 00:11:00,034
Betul.

141
00:11:00,034 --> 00:11:03,788
Anggap sajalah kami kawan lama.

142
00:11:05,623 --> 00:11:07,750
Rasanya pertandingan hampir bermula.

143
00:11:12,380 --> 00:11:15,800
BURUNG MERAH MERONA

144
00:11:17,385 --> 00:11:21,347
Kami akan terangkan
peraturan pertandingan ini.

145
00:11:21,347 --> 00:11:23,557
Sama saja seperti sebelum ini.

146
00:11:23,557 --> 00:11:26,811
Semuanya dibenarkan
kecuali penggunaan senjata.

147
00:11:27,561 --> 00:11:30,064
Yang paling lama bertahan dikira pemenang.

148
00:11:30,064 --> 00:11:32,775
Mudah saja peraturannya.

149
00:11:33,275 --> 00:11:38,489
Saya dan Metsy telah memilih lebih awal
semua pahlawan yang akan bertanding.

150
00:11:39,073 --> 00:11:42,993
Kami mahu menyaksikan pertarungan hebat

151
00:11:42,993 --> 00:11:46,330
yang akan menggemparkan
saki-baki usia tua kami.

152
00:11:46,956 --> 00:11:48,833
Metsudo Katahara.

153
00:11:49,417 --> 00:11:52,837
Dia telah berjaya dalam hidupnya.

154
00:11:52,837 --> 00:11:54,463
Kau pernah jumpa dia?

155
00:11:55,131 --> 00:11:58,134
Pernah, tapi sudah lama dulu.

156
00:12:01,137 --> 00:12:02,596
Sebentar sahaja lagi,

157
00:12:03,431 --> 00:12:05,558
arena tempur bawah tanah

158
00:12:06,225 --> 00:12:07,560
dan Pertubuhan Kengan

159
00:12:08,602 --> 00:12:11,564
akan bertarung
dalam pertandingan tiga perlawanan!

160
00:12:12,148 --> 00:12:13,691
Pertandingan ini dah mula.

161
00:12:15,609 --> 00:12:16,444
Mana Ohma?

162
00:12:16,944 --> 00:12:20,072
Dia kata nak panaskan badan sikit lagi.

163
00:12:21,615 --> 00:12:26,579
Tentu dia dapat merasai sesuatu.

164
00:12:28,205 --> 00:12:29,331
<i>Aku dapat rasa.</i>

165
00:12:30,332 --> 00:12:33,294
<i>Orang yang aku akan lawan pasti...</i>

166
00:12:49,810 --> 00:12:53,856
<i>Tuan-tuan dan puan-puan,
penantian kini berakhir!</i>

167
00:12:54,440 --> 00:12:58,360
<i>Perlawanan pertama akan bermula!</i>

168
00:12:59,028 --> 00:13:03,115
Saya ialah pengulas anda
di arena pada hari ini.

169
00:13:03,115 --> 00:13:04,867
Nama saya Sayaka Katahara.

170
00:13:05,993 --> 00:13:08,621
Saya, Jerry Tyson, akan mengulas bersama.

171
00:13:09,205 --> 00:13:12,875
<i>Mewakili Pertubuhan Kengan
dalam perlawanan pertama,</i>

172
00:13:12,875 --> 00:13:16,921
dengan tinggi 184 sentimeter
dan berat 88 kilogram,

173
00:13:17,421 --> 00:13:20,841
Semangat Berjuang yang Mengaum
dari Myanmar!

174
00:13:21,467 --> 00:13:26,514
Saw Paing Yoroizuka!

175
00:13:28,474 --> 00:13:30,434
Aku sangat bersemangat!

176
00:13:32,478 --> 00:13:35,981
<i>Lawannya dari arena tempur bawah tanah,</i>

177
00:13:35,981 --> 00:13:40,778
dengan tinggi 190.5 sentimeter
dan berat 166 kilogram!

178
00:13:40,778 --> 00:13:46,325
Dia merupakan bos kedua Kumpulan Hanayama

179
00:13:46,826 --> 00:13:49,662
dan jaguh nombor satu Jepun!

180
00:13:49,662 --> 00:13:54,208
Kaoru Hanayama!

181
00:13:55,960 --> 00:13:56,794
Bos!

182
00:14:04,510 --> 00:14:05,803
Mulakan!

183
00:14:16,397 --> 00:14:19,567
Aku bukan orang yang tahu sabar!

184
00:14:19,567 --> 00:14:21,318
- Dia serang!
- Ayuh.

185
00:14:25,739 --> 00:14:26,907
Pantasnya dia!

186
00:14:26,907 --> 00:14:28,409
Bersedialah!

187
00:14:31,245 --> 00:14:34,498
Rasakan!

188
00:14:36,876 --> 00:14:40,254
Akulah Saw Paing Yoroizuka!

189
00:14:48,971 --> 00:14:50,514
Biar betul?

190
00:14:50,514 --> 00:14:52,391
Kuat gila.

191
00:14:52,391 --> 00:14:54,518
Macam mana dia berlatih?

192
00:14:54,518 --> 00:14:57,062
Aku pernah dengar tentang dia.

193
00:14:57,062 --> 00:15:00,941
Dia tak pernah buat apa-apa latihan pun.

194
00:15:01,984 --> 00:15:05,112
Dia cuma menggunakan
sifatnya yang luar biasa.

195
00:15:05,112 --> 00:15:10,284
Raksasa sejati yang bertarung
dan menguasai arena tempur bawah tanah.

196
00:15:10,868 --> 00:15:12,161
Itulah pahlawan

197
00:15:12,161 --> 00:15:14,622
yang bernama Kaoru Hanayama.

198
00:15:24,131 --> 00:15:27,551
Saya dah jumpa lawan yang kuat
untuk mencabar kamu.

199
00:15:28,135 --> 00:15:29,637
Macam mana, Hanayama?

200
00:15:30,304 --> 00:15:31,764
Kamu nak cuba?

201
00:15:42,149 --> 00:15:43,317
Baiklah.

202
00:15:48,030 --> 00:15:49,448
Kamu tak nak tahu siapa?

203
00:15:53,327 --> 00:15:54,787
Kamu takkan tanya!

204
00:15:59,041 --> 00:16:01,335
Aku betul-betul rasa hentaman itu!

205
00:16:02,169 --> 00:16:04,880
<i>Aku tetap melayang
walaupun aku dah cuba tahan.</i>

206
00:16:04,880 --> 00:16:06,090
<i>Macam mana mungkin?</i>

207
00:16:29,446 --> 00:16:30,739
Bos...

208
00:16:30,739 --> 00:16:32,116
Dia hormat Saw Paing.

209
00:16:40,040 --> 00:16:41,125
Marilah.

210
00:16:42,042 --> 00:16:44,628
Hebat. Kau memang hebat.

211
00:16:45,212 --> 00:16:47,631
Kau terlalu hebat!

212
00:17:16,493 --> 00:17:19,997
Dia nak berbalas penumbuk dengan bos?

213
00:17:19,997 --> 00:17:21,915
Dia memang gila.

214
00:17:23,792 --> 00:17:25,419
Memang sama macam ayahnya.

215
00:17:33,177 --> 00:17:38,057
<i>Ayah, pahlawan arena tempur bawah tanah
memang sama macam yang saya dengar.</i>

216
00:17:40,059 --> 00:17:41,602
Macam mana, Saw Paing?

217
00:17:42,186 --> 00:17:44,605
Kamu nak sertai pertandingan ini?

218
00:17:46,106 --> 00:17:48,859
Pertandingan arena tempur bawah tanah?

219
00:17:49,943 --> 00:17:51,445
Macam yang ayah sertai?

220
00:17:52,613 --> 00:17:53,447
<i>Dulu...</i>

221
00:17:54,782 --> 00:18:00,746
Pertarungan antara ayah kamu
dengan Doppo memang dahsyat.

222
00:18:00,746 --> 00:18:03,248
Ia betul-betul mengagumkan.

223
00:18:03,999 --> 00:18:05,042
Pada akhirnya...

224
00:18:05,042 --> 00:18:06,043
Atuk!

225
00:18:07,252 --> 00:18:08,587
Saya akan turut serta!

226
00:18:10,672 --> 00:18:12,299
Saya tak boleh kalah

227
00:18:12,299 --> 00:18:15,844
kepada ayah saya
atau pahlawan arena tempur bawah tanah!

228
00:18:21,934 --> 00:18:23,602
Jaga-jaga.

229
00:18:24,228 --> 00:18:25,646
Perlawanan baru bermula.

230
00:18:27,189 --> 00:18:29,108
Itulah yang aku tunggu.

231
00:18:35,447 --> 00:18:37,199
Hanayama melutut!

232
00:18:37,199 --> 00:18:40,369
Celaka! Dia masih bertahan
walaupun kepala ditumbuk?

233
00:18:40,369 --> 00:18:46,333
Dia melatih ketahanan kepala setiap hari
sejak umurnya lima tahun lagi.

234
00:18:46,333 --> 00:18:47,251
Apa?

235
00:18:47,251 --> 00:18:51,672
Dia pukul kepalanya dengan tukul
dan menghentaknya pada batu.

236
00:18:52,214 --> 00:18:53,382
Sebab itulah

237
00:18:53,382 --> 00:18:59,471
<i>tengkorak Saw Paing lagi keras
daripada logam.</i>

238
00:18:59,471 --> 00:19:00,973
<i>Gila betul.</i>

239
00:19:01,473 --> 00:19:03,517
Bukan kepalanya saja.

240
00:19:03,517 --> 00:19:09,773
Dia gigih menjalani latihan Lethwei
yang melibatkan keretakan berulang,

241
00:19:09,773 --> 00:19:11,733
jadi tulang badannya pun kukuh.

242
00:19:12,317 --> 00:19:14,111
Orang yang berlatih karate pun

243
00:19:14,111 --> 00:19:18,073
berusaha sedaya upaya
untuk menguatkan anggota badan,

244
00:19:18,073 --> 00:19:21,910
tapi disiplin Saw Paing
tak tercapai dek akal fikiran.

245
00:19:22,661 --> 00:19:26,165
<i>Aku akan teruskan dan selesaikan terus!</i>

246
00:19:26,165 --> 00:19:28,167
<i>Rasakan!</i>

247
00:19:28,834 --> 00:19:31,503
Tumbukan bertubi-tubi tanpa henti.

248
00:19:32,004 --> 00:19:34,173
Itu strategi Saw Paing untuk menang.

249
00:19:34,756 --> 00:19:36,675
Aku rasa dia dah pun menang.

250
00:19:38,760 --> 00:19:41,430
Matilah kau!

251
00:19:53,525 --> 00:19:55,319
Tengoklah itu!

252
00:19:55,319 --> 00:19:56,278
Cengkaman...

253
00:19:56,278 --> 00:19:57,196
Ragum.

254
00:19:58,780 --> 00:20:03,243
Kekuatannya ialah teknik
dan tekniknya ialah kekuatan.

255
00:20:03,744 --> 00:20:05,704
Hebat betul!

256
00:20:25,182 --> 00:20:27,851
- Hei! Takkanlah dia...
- Belum lagi.

257
00:20:41,573 --> 00:20:42,783
Kau masih nak lawan?

258
00:20:45,452 --> 00:20:46,995
Keadaannya dah parah...

259
00:20:50,958 --> 00:20:54,753
<i>Pertandingan ini bukannya
sekadar perlawanan bagi aku.</i>

260
00:20:54,753 --> 00:20:56,380
<i>Ia belum boleh berakhir.</i>

261
00:20:57,130 --> 00:20:58,715
<i>Aku tak nak ia berakhir!</i>

262
00:21:10,227 --> 00:21:12,062
Tukul Burma!

263
00:21:12,062 --> 00:21:14,147
Itu rupanya yang dia nak buat!

264
00:21:14,147 --> 00:21:18,944
Dia balas tumbukan padu Hanayama
dengan satu tandukan?

265
00:21:18,944 --> 00:21:23,156
Itu langsung tak masuk akal.
Tak kisahlah betapa keras pun kepalanya.

266
00:21:26,243 --> 00:21:28,287
Kau masih nak lawan?

267
00:21:35,502 --> 00:21:38,839
Dia tekan tangannya
untuk genggam penumbuk.

268
00:21:38,839 --> 00:21:40,173
Dia raksasa, ya?

269
00:21:50,851 --> 00:21:52,686
Bersedialah!

270
00:22:11,705 --> 00:22:14,166
Mereka memang gila.

271
00:22:35,312 --> 00:22:37,898
<i>Pemenangnya sudah ditentukan!</i>

272
00:22:39,566 --> 00:22:41,651
Keputusan ini tak dapat dielakkan.

273
00:22:42,152 --> 00:22:44,905
Tumbukan itu menyebabkan otaknya bergegar.

274
00:22:45,572 --> 00:22:50,494
Tak ada latihan boleh melawannya.
Dia memang tak ada peluang.

275
00:22:52,621 --> 00:22:53,747
Saw Paing...

276
00:23:13,433 --> 00:23:14,518
Setakat itu saja!

277
00:23:15,185 --> 00:23:17,270
Pemenang perlawanan pertama,

278
00:23:17,854 --> 00:23:20,023
Kaoru Hanayama!

279
00:23:25,112 --> 00:23:27,280
Mencabar betul perlawanan tadi.

280
00:23:31,368 --> 00:23:34,246
Kita akan lawan lagi, Hanayama.

281
00:23:37,374 --> 00:23:40,085
Kuat betul semangat juang anak muda itu!

282
00:23:40,085 --> 00:23:41,211
Hebat!

283
00:23:41,211 --> 00:23:44,339
Aku mesti jadikan dia anak didik aku!

284
00:23:44,339 --> 00:23:47,884
Itu baru perlawanan pertama,
tapi dahsyat betul mereka.

285
00:23:47,884 --> 00:23:52,305
Bos tunjukkan lagi kepada aku,
Chiharu Shiba, cara anak jantan berlawan!

286
00:23:52,305 --> 00:23:56,101
Celaka. Aku pun rasa macam nak berlawan.

287
00:23:56,101 --> 00:23:57,769
Aku faham perasaan kau.

288
00:23:58,937 --> 00:23:59,896
Kenapa, Cosmo?

289
00:24:00,439 --> 00:24:03,108
Apa jadahnya yang mereka buat?

290
00:24:03,900 --> 00:24:07,487
Aku bukannya kata kau tak bagus.

291
00:24:07,487 --> 00:24:08,989
Cuma,

292
00:24:09,698 --> 00:24:12,659
rektus femoris kau kurang menggoda.

293
00:24:13,201 --> 00:24:16,872
Kau takkan popular
dalam kalangan wanita dengan rupa begini.

294
00:24:16,872 --> 00:24:17,873
Popular?

295
00:24:18,373 --> 00:24:22,335
Jangan cakap kau bina otot
untuk sebab bodoh macam itu.

296
00:24:22,335 --> 00:24:25,088
"Sebab bodoh"?

297
00:24:26,339 --> 00:24:29,342
Nampaknya kita perlu selesaikan hal ini.

298
00:24:30,677 --> 00:24:32,345
Aku pun rasa begitu.

299
00:24:39,603 --> 00:24:40,937
Itu saja kau mampu?

300
00:24:43,815 --> 00:24:45,859
Macam itu baru betul.

301
00:24:45,859 --> 00:24:47,694
Aku belum selesai!

302
00:24:59,706 --> 00:25:02,584
Aduhai. Sudah-sudahlah...

303
00:25:06,338 --> 00:25:09,799
Nampaknya kamu biasa
dengan seni mempertahankan diri.

304
00:25:09,799 --> 00:25:13,803
Wah, bangganya saya dipuji
oleh Tuan Guru Shibukawa.

305
00:25:15,472 --> 00:25:17,140
Dia licik.

306
00:25:18,308 --> 00:25:19,643
Maaf buat kamu tunggu.

307
00:25:20,727 --> 00:25:21,895
Ohma!

308
00:25:21,895 --> 00:25:24,648
Perlawanan pertama dah pun tamat.

309
00:25:24,648 --> 00:25:26,691
Saya tonton menerusi monitor.

310
00:25:27,275 --> 00:25:30,070
Saya pun perlu bersungguh-sungguh, ya?

311
00:25:38,870 --> 00:25:40,580
Ada masalahkah?

312
00:25:40,580 --> 00:25:42,290
Saya tak sabar nak lawan.

313
00:25:42,290 --> 00:25:43,917
Begitu, ya?

314
00:25:45,293 --> 00:25:47,671
Perlawanan seterusnya hampir bermula.

315
00:25:47,671 --> 00:25:49,464
Awak tahu siapa akan lawan?

316
00:25:51,967 --> 00:25:54,427
Jack Hammer?

317
00:25:58,765 --> 00:26:03,436
<i>Tuan-tuan dan puan-puan,
terima kasih kerana sabar menunggu!</i>

318
00:26:03,436 --> 00:26:07,399
Perlawanan kedua akan bermula!

319
00:26:08,191 --> 00:26:10,193
Pahlawan arena tempur bawah tanah

320
00:26:10,193 --> 00:26:14,823
dengan tinggi 213 sentimeter
dan berat 160 kilogram.

321
00:26:14,823 --> 00:26:19,661
Melalui penggunaan dadah melampau
dan latihan yang luar biasa,

322
00:26:19,661 --> 00:26:23,415
lelaki ini berjaya memperoleh
susuk tubuh yang begitu sasa!

323
00:26:24,040 --> 00:26:27,711
Jack Hammer!

324
00:26:29,004 --> 00:26:31,715
Dia nampak menakutkan, bukan?

325
00:26:32,799 --> 00:26:35,343
Lawannya mewakili Pertubuhan Kengan,

326
00:26:35,343 --> 00:26:39,598
dengan tinggi 188 sentimeter
dan berat 94 kilogram.

327
00:26:39,598 --> 00:26:42,976
Dia lelaki paling kuat
dalam Keluarga Kure,

328
00:26:43,643 --> 00:26:46,730
kumpulan pembunuhan
dengan sejarah 1,300 tahun!

329
00:26:46,730 --> 00:26:52,736
Keturunan Pemali, Raian Kure!

330
00:26:52,736 --> 00:26:56,239
Dia dah muncul!
Saya tak sabar nak saksikan.

331
00:27:01,828 --> 00:27:05,248
Suasananya sangat berbeza
daripada perlawanan sebelum ini.

332
00:27:06,458 --> 00:27:08,168
Meremang bulu roma aku.

333
00:27:08,835 --> 00:27:11,671
Ini sangat menguja. Betul tak, Metsy?

334
00:27:14,841 --> 00:27:16,009
Mulakan!

335
00:27:26,770 --> 00:27:29,189
Mereka tumbuk-menumbuk dari awal!

336
00:27:30,148 --> 00:27:32,442
Lelaki itu, Raian Kure!

337
00:27:33,151 --> 00:27:37,572
Dia meningkatkan kelajuan tumbukan
sambil dihentam bertalu-talu oleh Jack!

338
00:27:47,415 --> 00:27:48,833
Itu saja?

339
00:27:50,210 --> 00:27:53,588
Kau dah tak larat, ya?

340
00:27:53,588 --> 00:27:55,340
Apa halnya?

341
00:27:55,340 --> 00:27:58,385
Betulkah semua khabar
yang aku dengar tentang kau?

342
00:28:00,929 --> 00:28:02,347
<i>Jack Hammer?</i>

343
00:28:02,347 --> 00:28:06,226
Dia lawan yang sempurna untuk kamu.

344
00:28:10,563 --> 00:28:12,732
Sepanjang usaha mencari kekuatan,

345
00:28:12,732 --> 00:28:14,901
dia terus-menerus menyeksa badannya

346
00:28:14,901 --> 00:28:19,864
dengan dadah, pembedahan
dan rawatan buatan.

347
00:28:20,573 --> 00:28:23,118
Dia ibarat mesin tempur.

348
00:28:24,077 --> 00:28:26,996
Macam mana? Kamu nak cuba?

349
00:28:30,792 --> 00:28:35,213
Mat gian bebal yang kata dirinya kuat
disamakan dengan mesin tempur?

350
00:28:35,213 --> 00:28:37,048
Janganlah buat lawak.

351
00:28:37,048 --> 00:28:39,509
Baik. Saya akan lawan dia.

352
00:28:42,303 --> 00:28:45,390
Kalau dia lawan saya,
doa pun takkan dapat bantu dia.

353
00:28:45,390 --> 00:28:47,767
Saya akan ajar dia cukup-cukup.

354
00:28:47,767 --> 00:28:51,646
Walaupun badannya dah diubah suai,

355
00:28:52,355 --> 00:28:54,899
<i>dia tak boleh main tipu untuk menang!</i>

356
00:28:58,987 --> 00:29:01,030
Dia tak bergerak.

357
00:29:01,030 --> 00:29:03,783
Takkanlah dah habis?

358
00:29:05,368 --> 00:29:07,287
<i>Abang Jack...</i>

359
00:29:07,287 --> 00:29:09,289
Itu saja?

360
00:29:09,289 --> 00:29:11,666
Kau tak hebat pun sebenarnya.

361
00:29:12,250 --> 00:29:13,793
Kau cuma pahlawan palsu...

362
00:29:27,640 --> 00:29:32,604
Dia masih mampu menyerang bertalu-talu
walaupun dah teruk dihentam Raian.

363
00:29:42,530 --> 00:29:46,201
<i>Pertarungan dengan Raian
yang memiliki kekuatan adimanusia</i>

364
00:29:46,826 --> 00:29:49,537
<i>ialah sesuatu yang memang Jack mahukan.</i>

365
00:29:52,332 --> 00:29:53,833
Raian Kure...

366
00:29:54,542 --> 00:29:56,169
Macam mana? Kamu nak lawan...

367
00:29:56,169 --> 00:29:58,588
Maaf, saya terpaksa tolak.

368
00:29:58,588 --> 00:30:02,300
Saya tak ada masa
untuk lawan orang begitu.

369
00:30:02,300 --> 00:30:05,345
Ada orang lain yang saya perlu tewaskan.

370
00:30:05,345 --> 00:30:07,430
Ini satu langkah ke arahnya!

371
00:30:08,973 --> 00:30:10,391
<i>Mitsunari menjelaskan</i>

372
00:30:11,017 --> 00:30:13,144
<i>bahawa Raian daripada Keluarga Kure</i>

373
00:30:13,144 --> 00:30:17,649
<i>ialah hasil penggabungan gen luaran
yang unggul merentas beberapa generasi.</i>

374
00:30:18,191 --> 00:30:22,779
<i>Dalam erti kata lain,
dia pahlawan baka baik sejak lahir.</i>

375
00:30:24,531 --> 00:30:27,742
Kalau kamu mahu capai cita-cita kamu,

376
00:30:27,742 --> 00:30:30,245
kamu mesti tewaskan dia dulu.

377
00:30:32,288 --> 00:30:33,373
Baiklah.

378
00:30:36,209 --> 00:30:39,045
<i>Pahlawan sejati? Palsu?</i>

379
00:30:39,045 --> 00:30:40,630
<i>Sudah-sudahlah.</i>

380
00:30:40,630 --> 00:30:44,384
<i>Orang yang kuatlah pahlawan sejati!</i>

381
00:30:50,223 --> 00:30:51,641
Dia...

382
00:30:51,641 --> 00:30:53,643
Dia dah sedar?

383
00:31:11,536 --> 00:31:15,164
Patutlah kau membisu saja dari tadi.

384
00:31:16,207 --> 00:31:18,293
Kau baru telan banyak dadah, bukan?

385
00:31:18,293 --> 00:31:20,420
Kalau ya pun, apa masalahnya?

386
00:31:21,421 --> 00:31:23,214
Hebat.

387
00:31:23,214 --> 00:31:26,217
Kau sanggup korbankan segalanya
untuk jadi kuat.

388
00:31:26,217 --> 00:31:27,927
Aku tak benci orang begini.

389
00:31:28,511 --> 00:31:29,345
Dia akan buat.

390
00:31:30,138 --> 00:31:31,431
Serangan itu.

391
00:31:31,431 --> 00:31:32,432
"Serangan itu"?

392
00:31:37,312 --> 00:31:39,522
Tak ada apa-apa lebih menyeronokkan

393
00:31:39,522 --> 00:31:44,193
daripada memijak si lemah
yang susah dan terdesak macam kau.

394
00:31:44,193 --> 00:31:46,571
Apa itu?

395
00:31:48,281 --> 00:31:50,700
Nampak gayanya dia guna Pembuangan.

396
00:31:51,659 --> 00:31:55,622
Dengan membuang pengehad otak,

397
00:31:56,122 --> 00:31:59,918
seseorang boleh meningkatkan
kebolehan terpendam.

398
00:32:00,418 --> 00:32:05,965
Tapi aku tak sangka wujud lagi orang
yang boleh meningkatkannya ke tahap itu.

399
00:32:06,633 --> 00:32:11,054
Raian Kure mempunyai
kadar pelepasan kebolehan terpendam 100%.

400
00:32:11,554 --> 00:32:16,726
Hanya beberapa orang
dalam keluarga itu mampu mencapainya.

401
00:32:16,726 --> 00:32:19,896
Awak berjaya jumpa pahlawan yang handal.

402
00:32:19,896 --> 00:32:21,731
Awak memang hebat, Metsy.

403
00:32:22,941 --> 00:32:25,360
Awak pandai menilai perkara begini.

404
00:32:26,444 --> 00:32:29,614
Baiklah, masa untuk hancurkan kau.

405
00:32:30,782 --> 00:32:32,367
Seranglah sekuat hati.

406
00:32:43,711 --> 00:32:45,380
Lajunya dia!

407
00:33:15,868 --> 00:33:17,161
Belum habis lagi.

408
00:33:18,746 --> 00:33:22,208
Kau sepatutnya dah kecundang!

409
00:33:22,208 --> 00:33:23,793
Jangan terburu-buru.

410
00:33:24,752 --> 00:33:27,422
Perlawanan ini baru nak rancak.

411
00:33:40,518 --> 00:33:42,437
Tengok! Badan dia!

412
00:33:50,528 --> 00:33:51,988
Terlalu banyak...

413
00:33:54,532 --> 00:33:56,909
Orang gila lawan orang gila.

414
00:33:57,618 --> 00:33:58,703
Maksudnya...

415
00:33:58,703 --> 00:34:03,458
Perlawanan ini mungkin akan berlanjutan
sampai salah seorang mati.

416
00:34:10,923 --> 00:34:12,467
Seronoklah kalau begini.

417
00:34:20,683 --> 00:34:22,602
Mereka berdua senyum!

418
00:34:23,144 --> 00:34:24,812
Ini memang gila.

419
00:34:42,705 --> 00:34:45,208
Ini bukan lagi perlawanan.

420
00:34:45,208 --> 00:34:48,002
Mereka tak peduli tentang itu.

421
00:34:48,002 --> 00:34:51,506
Betul. Sama ada bunuh atau dibunuh.

422
00:34:51,506 --> 00:34:53,341
Lawan sampai mati.

423
00:34:53,841 --> 00:34:55,468
Pergi jahanamlah!

424
00:35:01,307 --> 00:35:02,558
Mitsy...

425
00:35:02,558 --> 00:35:07,730
Aduhai, perlawanan apalah

426
00:35:07,730 --> 00:35:10,733
yang kita dah aturkan ini?

427
00:35:11,651 --> 00:35:12,485
Tengok!

428
00:35:19,075 --> 00:35:20,618
Kalau begini, mereka akan...

429
00:35:20,618 --> 00:35:23,371
Cukup! Kamu berdua, berhenti!

430
00:35:28,209 --> 00:35:29,377
Siapa agaknya?

431
00:35:29,377 --> 00:35:30,878
Adakah dia?

432
00:35:30,878 --> 00:35:32,380
Ataupun Raian?

433
00:35:51,941 --> 00:35:53,901
Pemenangnya ialah

434
00:35:55,194 --> 00:35:57,196
Raian Kure.

435
00:36:15,089 --> 00:36:17,425
Sudah, berhenti!

436
00:36:17,425 --> 00:36:19,802
Pemenangnya sudah ditentukan!

437
00:36:19,802 --> 00:36:21,554
Sia-sia saja, Mitsy.

438
00:36:22,096 --> 00:36:24,765
Nampaknya bagi mereka,

439
00:36:24,765 --> 00:36:28,352
orang lain tak boleh masuk campur
dalam sesuatu pertarungan.

440
00:36:31,606 --> 00:36:34,817
Apa yang berlaku? Macam ada yang tak kena.

441
00:36:34,817 --> 00:36:35,902
Betul.

442
00:36:49,624 --> 00:36:52,043
Kau siapa pula?

443
00:36:56,130 --> 00:36:58,299
Pickle?

444
00:37:04,388 --> 00:37:05,640
Tak mungkin.

445
00:37:05,640 --> 00:37:08,392
Dia bertindak mengikut naluri
jika mangsanya dirampas.

446
00:37:11,437 --> 00:37:14,065
Kau pun datang untuk kena belasah?

447
00:37:14,065 --> 00:37:18,569
Dia mainan aku. Jangan sentuh dia.

448
00:37:20,655 --> 00:37:22,907
Huru-hara jadinya!

449
00:37:22,907 --> 00:37:25,826
Keadaan dah semakin tak terkawal.

450
00:37:26,369 --> 00:37:28,079
Tuan nak saya uruskan?

451
00:37:47,932 --> 00:37:49,350
Sudahlah, abang.

452
00:37:49,934 --> 00:37:51,352
Kau dah kalah.

453
00:38:11,414 --> 00:38:15,543
Aku tak peduli akan keputusan
yang orang lain tentukan.

454
00:38:16,294 --> 00:38:19,463
Satu hari nanti, aku akan selesaikannya.

455
00:38:20,464 --> 00:38:24,218
Berani kau, Baki Hanma!

456
00:38:24,218 --> 00:38:26,762
Mampuslah kau nanti, bangsat!

457
00:38:26,762 --> 00:38:28,139
Percayalah!

458
00:38:29,098 --> 00:38:31,142
Baik. Datanglah cari aku nanti.

459
00:38:32,310 --> 00:38:34,645
Aku sedia bila-bila masa saja.

460
00:38:34,645 --> 00:38:38,149
Baki, kau memang sial!

461
00:38:39,358 --> 00:38:41,902
Kalau kau tak terlibat, tolong pergi.

462
00:38:41,902 --> 00:38:43,904
Kau boleh faham aku cakap?

463
00:38:45,906 --> 00:38:46,741
Bagus.

464
00:38:57,501 --> 00:39:00,379
Anak-anak muda itu sangat hebat!

465
00:39:00,379 --> 00:39:02,840
Mereka pun mesti sertai aku!

466
00:39:02,840 --> 00:39:05,926
<i>Nampak gayanya,
otak dia pun dah kena Pembuangan...</i>

467
00:39:08,346 --> 00:39:10,056
Kau nampak kuku dia tadi?

468
00:39:10,681 --> 00:39:12,850
Besar gila macam kuku dinosaur!

469
00:39:12,850 --> 00:39:15,311
Tak habis-habis dari tadi.

470
00:39:15,311 --> 00:39:20,316
Apa agaknya jenis latihan
yang si Pickle itu buat?

471
00:39:20,316 --> 00:39:21,525
Aku pun tak tahu.

472
00:39:22,151 --> 00:39:24,904
Mungkin dia tak buat apa-apa.
Macam Hanayama.

473
00:39:27,490 --> 00:39:28,407
Apa halnya?

474
00:39:28,407 --> 00:39:31,077
Maaf. Kau baliklah dulu.

475
00:39:35,039 --> 00:39:36,832
Aku kena cepat.

476
00:39:39,752 --> 00:39:40,836
Kau...

477
00:39:42,254 --> 00:39:43,339
Kau...

478
00:39:46,509 --> 00:39:48,260
- Ke tepi.
- Tak nak.

479
00:39:52,181 --> 00:39:54,558
Pergilah, orang Amerika.

480
00:39:54,558 --> 00:39:59,063
Kalau kau nak pergi, cakap sajalah.
Aku akan biarkan kau lalu.

481
00:40:00,940 --> 00:40:02,900
<i>Celaka...</i>

482
00:40:06,445 --> 00:40:10,324
Berjurai-jurai peluh kau, budak Jepun.

483
00:40:10,908 --> 00:40:15,121
Cakap sajalah kau nak pergi.
Aku akan lepaskan kau kali ini.

484
00:40:15,955 --> 00:40:19,291
Kalau aku mengalah, jatuhlah maruah aku.

485
00:40:19,291 --> 00:40:20,626
<i>Mereka mahu mengalah.</i>

486
00:40:20,626 --> 00:40:24,422
Apa? Janganlah buat lawak.
Muka kau pun dah memang kelakar.

487
00:40:24,422 --> 00:40:26,132
<i>Tapi tak boleh mengalah!</i>

488
00:40:29,218 --> 00:40:31,846
<i>Ujian ketahanan antara dua lelaki.</i>

489
00:40:32,555 --> 00:40:34,974
<i>Siapa agaknya yang akan menang?</i>

490
00:40:40,563 --> 00:40:41,772
Lambatnya dia.

491
00:40:44,859 --> 00:40:46,861
Ohma selalu macam ini.

492
00:40:47,528 --> 00:40:50,114
Perlawanan hampir bermula,

493
00:40:50,114 --> 00:40:52,491
tapi dia nak tidur sampai saat akhir.

494
00:40:52,491 --> 00:40:54,535
Dia saja yang boleh buat

495
00:40:55,744 --> 00:40:57,288
perkara begitu.

496
00:41:13,471 --> 00:41:16,974
<i>Tuan-tuan dan puan-puan,
terima kasih kerana sabar menunggu!</i>

497
00:41:16,974 --> 00:41:20,311
<i>Perlawanan terakhir akan bermula!</i>

498
00:41:20,311 --> 00:41:24,732
Tingginya 168 sentimeter
dan beratnya 76 kilogram.

499
00:41:24,732 --> 00:41:27,568
Dia sentiasa berusaha
ke arah puncak kekuatan.

500
00:41:27,568 --> 00:41:31,864
Dia juga merupakan juara bertahan
di arena tempur bawah tanah.

501
00:41:31,864 --> 00:41:34,825
Baki Hanma!

502
00:41:34,825 --> 00:41:39,079
Lawannya pula setinggi 182 sentimeter
dan berat 85 kilogram.

503
00:41:39,079 --> 00:41:41,457
Lelaki yang memiliki nama Ashura.

504
00:41:41,457 --> 00:41:44,919
Naluri tempurnya luar biasa
dan strateginya amat teliti.

505
00:41:44,919 --> 00:41:50,841
Dia yakin bahawa dia akan menjadi
pahlawan yang paling gagah.

506
00:41:50,841 --> 00:41:55,304
Ohma Tokita!

507
00:42:00,476 --> 00:42:03,604
Dulu, aku dapat rasa
yang hari ini akan tiba.

508
00:42:05,147 --> 00:42:08,817
<i>Aku fikir, "Aku akan lawan dia."</i>

509
00:42:11,612 --> 00:42:12,863
Kebetulan pula.

510
00:42:15,616 --> 00:42:16,617
Aku pun sama.

511
00:42:17,826 --> 00:42:20,579
Baiklah, boleh kita mulakan?

512
00:42:20,579 --> 00:42:21,622
Boleh.

513
00:42:22,414 --> 00:42:24,416
Sekarang, Baki Hanma...

514
00:42:24,917 --> 00:42:29,713
...dan Ohma Tokita akan bertarung
dalam perlawanan terakhir.

515
00:42:30,214 --> 00:42:33,133
- Mulakan!
- Mulakan!

516
00:42:41,225 --> 00:42:43,143
Mereka saling memerhati.

517
00:42:44,436 --> 00:42:45,646
<i>Apa mereka nak buat?</i>

518
00:42:48,232 --> 00:42:49,775
Begitu rupanya.

519
00:42:50,359 --> 00:42:53,028
Jadi, biar aku serang dulu...

520
00:43:04,206 --> 00:43:05,124
Dia tumbang?

521
00:43:05,124 --> 00:43:06,542
Apa yang terjadi?

522
00:43:06,542 --> 00:43:08,544
<i>Dalam tempoh setengah saat saja?</i>

523
00:43:09,253 --> 00:43:11,964
<i>Aku tak tahu pun
ada orang lain boleh guna Zon.</i>

524
00:43:12,631 --> 00:43:16,302
<i>Ini pertarungan yang sukar, Ohma.</i>

525
00:43:19,722 --> 00:43:20,681
Ohma!

526
00:43:26,520 --> 00:43:28,647
Dia tiba-tiba dihentam kuat!

527
00:43:31,775 --> 00:43:33,694
Kerasnya!

528
00:43:35,029 --> 00:43:36,447
Apa yang sedang berlaku?

529
00:43:37,031 --> 00:43:39,199
Bentuk Adamantin Gaya Niko

530
00:43:40,576 --> 00:43:41,452
Kebal.

531
00:43:42,161 --> 00:43:44,580
Otot-otot menegang pada saat impak

532
00:43:45,331 --> 00:43:47,458
dan mematikan semua jenis serangan.

533
00:43:47,458 --> 00:43:49,501
<i>Nyaris betul.</i>

534
00:43:49,501 --> 00:43:53,464
<i>Apa itu tadi? Apa yang terjadi?</i>

535
00:43:54,506 --> 00:43:55,841
<i>Dia</i>

536
00:43:57,092 --> 00:43:58,594
<i>memang handal.</i>

537
00:44:01,013 --> 00:44:01,972
Baki Hanma.

538
00:44:02,723 --> 00:44:04,683
Dia lawan awak pada hari ini.

539
00:44:05,768 --> 00:44:07,978
Baki Hanma...

540
00:44:08,562 --> 00:44:10,105
Sejak kecil lagi,

541
00:44:10,105 --> 00:44:15,110
dia dilatih oleh jurulatih cemerlang
di pusat latihan yang diaturkan maknya.

542
00:44:15,110 --> 00:44:19,490
Dia telah melawan dan meraih kemenangan
terhadap ramai musuh menggerunkan.

543
00:44:19,490 --> 00:44:20,908
Kalau tak silap saya,

544
00:44:20,908 --> 00:44:24,828
bukankah dia juara
di arena tempur bawah tanah ini?

545
00:44:26,038 --> 00:44:26,997
Ohma...

546
00:44:28,749 --> 00:44:30,501
<i>Dia cuma tahu berlawan.</i>

547
00:44:31,377 --> 00:44:33,796
<i>Dia sama macam aku dari segi itu.</i>

548
00:44:35,964 --> 00:44:37,508
Tolong keluar.

549
00:44:38,801 --> 00:44:39,885
Saya nak tidur.

550
00:44:39,885 --> 00:44:40,969
Apa?

551
00:44:40,969 --> 00:44:41,887
Tapi Ohma...

552
00:44:41,887 --> 00:44:46,892
Kalau saya nak lawan orang macam itu,
saya perlu sediakan mental saya dulu.

553
00:44:50,020 --> 00:44:51,563
Kalau macam itu...

554
00:44:55,234 --> 00:44:57,528
<i>Dia saingan yang layak disanjung!</i>

555
00:44:58,112 --> 00:44:59,279
<i>Bersedialah,</i>

556
00:44:59,279 --> 00:45:00,739
<i>Baki!</i>

557
00:45:07,371 --> 00:45:08,789
<i>Perasaan ini...</i>

558
00:45:09,331 --> 00:45:10,541
<i>Aku dah faham!</i>

559
00:45:14,378 --> 00:45:17,047
<i>Itu takkan berkesan, Baki!</i>

560
00:45:19,633 --> 00:45:21,301
Ohma!

561
00:45:27,391 --> 00:45:29,059
Biar betul?

562
00:45:29,059 --> 00:45:30,811
Dia boleh mengatasi Kebal?

563
00:45:32,312 --> 00:45:33,313
Begitu rupanya.

564
00:45:35,399 --> 00:45:37,192
Budak Baki itu

565
00:45:37,693 --> 00:45:42,656
menumpukan berat badannya pada penumbuk
sewaktu dia buat tumbukan lurus tadi.

566
00:45:43,449 --> 00:45:45,576
Kebal pun tak mampu tahan.

567
00:45:45,576 --> 00:45:48,871
Macam mana rasanya tumbukan lurus
apabila semua sendi,

568
00:45:48,871 --> 00:45:52,583
penyerap hentakan semula jadi badan,
dalam keadaan terkunci?

569
00:45:52,583 --> 00:45:54,168
Macam mana?

570
00:45:54,668 --> 00:45:58,088
<i>Celaka. Perut aku rasa macam nak terburai.</i>

571
00:45:58,088 --> 00:46:01,592
Ini saja boleh mematahkan gerakan kau.

572
00:46:05,012 --> 00:46:09,224
<i>Ohma Tokita ditakdirkan
untuk berlawan sejak kecil lagi.</i>

573
00:46:09,933 --> 00:46:12,144
<i>Selepas mengetahui keadaan hidupnya,</i>

574
00:46:12,144 --> 00:46:16,106
<i>Baki mula merasai
hubungan yang kuat terhadapnya.</i>

575
00:46:16,106 --> 00:46:18,817
<i>Walaupun baru berlawan sikit,
aku dah tahu.</i>

576
00:46:19,485 --> 00:46:21,820
<i>Kau sama macam aku!</i>

577
00:46:24,323 --> 00:46:26,241
<i>Menarik.</i>

578
00:46:26,241 --> 00:46:28,327
<i>Kalau kau nak serang aku begitu...</i>

579
00:46:33,832 --> 00:46:36,251
Dia pergi ke arah serangan!

580
00:46:36,251 --> 00:46:39,004
Dia merapatkan jarak
supaya momentum hilang

581
00:46:39,004 --> 00:46:41,507
sebelum Baki melepaskan daya penuhnya.

582
00:46:41,507 --> 00:46:44,510
Cepatnya dia guna teknik
yang dia baru saja tahu.

583
00:46:45,636 --> 00:46:47,012
Boleh tahan.

584
00:46:47,888 --> 00:46:50,015
<i>Maaflah, tapi aku akan balas!</i>

585
00:46:50,891 --> 00:46:54,269
<i>Pemecah Logam Bentuk Adamantin Gaya Niko!</i>

586
00:47:05,739 --> 00:47:07,908
Hebatnya!

587
00:47:07,908 --> 00:47:12,162
Ada juga orang yang setanding
dengan Baki untuk bertumbuk...

588
00:47:12,162 --> 00:47:16,917
Aku tak sangka teknik Tokita
tak ada apa-apa kesan terhadap dia!

589
00:47:19,253 --> 00:47:22,673
Tapi Goutaijutsu tak berguna langsung!

590
00:47:22,673 --> 00:47:26,802
<i>Apa kau nak buat sekarang, Baki?</i>

591
00:47:32,432 --> 00:47:33,851
Adakah itu...

592
00:47:37,479 --> 00:47:38,605
<i>Serangan Cemeti!</i>

593
00:47:40,232 --> 00:47:41,358
<i>Dahsyatnya.</i>

594
00:47:42,943 --> 00:47:44,653
Dia dalam keperitan!

595
00:47:44,653 --> 00:47:48,115
Walaupun Ohma guna Kebal?

596
00:47:49,116 --> 00:47:49,950
Tengok!

597
00:47:52,452 --> 00:47:55,414
Dia dipukul di bahagian bahu dan belakang!

598
00:47:55,414 --> 00:47:56,874
Bijak betul.

599
00:47:57,457 --> 00:48:00,460
Dia mengendurkan ototnya sepenuhnya

600
00:48:00,460 --> 00:48:03,380
agar tangan dan kakinya tak tegang.

601
00:48:03,380 --> 00:48:07,885
Betul. Mana-mana lawan pun
pasti akan dapat disakiti.

602
00:48:09,511 --> 00:48:14,391
Dia tak tahu erti kelemahan.
Kebal kini sudah boleh diatasi!

603
00:48:17,519 --> 00:48:20,898
<i>Apa-apa pun boleh, ya?
Jangan pandang rendah Gaya Niko!</i>

604
00:48:25,319 --> 00:48:28,906
<i>Bentuk Kawalan Aliran Willow!</i>

605
00:48:28,906 --> 00:48:30,908
Budak itu.

606
00:48:30,908 --> 00:48:34,161
Dia masih muda,
tapi dia sangat faham prinsip <i>aiki.</i>

607
00:48:35,996 --> 00:48:38,540
Aku takkan terpedaya lagi!

608
00:48:38,540 --> 00:48:39,750
Kali ini, aku akan...

609
00:48:42,002 --> 00:48:44,671
Apa pula itu?

610
00:48:49,760 --> 00:48:52,804
Dia nampak sangat berbeza
daripada sebelum ini.

611
00:48:52,804 --> 00:48:54,431
Apa dia nak buat?

612
00:49:01,271 --> 00:49:02,189
<i>Dia datang!</i>

613
00:49:11,406 --> 00:49:14,826
Aku tak nampak apa-apa.
Langsung tak nampak.

614
00:49:17,913 --> 00:49:20,457
Detik Besi! Hancurlah!

615
00:49:25,212 --> 00:49:26,088
Xiaoli!

616
00:49:32,678 --> 00:49:34,096
Tumbukan Mach!

617
00:49:42,062 --> 00:49:43,313
Adakah dia...

618
00:49:43,313 --> 00:49:44,231
Ya.

619
00:49:48,819 --> 00:49:51,488
<i>Dia guna Willow
walaupun baru nampak sekali?</i>

620
00:49:52,739 --> 00:49:54,741
<i>Baki Hanma, ya?</i>

621
00:49:56,451 --> 00:50:01,623
<i>Betul cakap kau, Niko.
Dunia di luar sana memang besar.</i>

622
00:50:01,623 --> 00:50:06,586
Aku dah cuba beberapa gerakan,
tapi kau sangat menakutkan aku, Tokita.

623
00:50:07,421 --> 00:50:10,132
Aku tak ragu-ragu lagi, kau memang

624
00:50:10,966 --> 00:50:12,634
handal!

625
00:50:18,724 --> 00:50:20,392
Ohma!

626
00:50:21,893 --> 00:50:23,603
Dirasuk oleh Dewa, ya?

627
00:50:23,603 --> 00:50:24,938
Dirasuk oleh Dewa?

628
00:50:24,938 --> 00:50:27,649
Gerakan untuk melepaskan
kebolehan terpendam.

629
00:50:28,233 --> 00:50:34,156
Ia akan melajukan peredaran darah
dan menukar haba kepada kuasa serangan.

630
00:50:34,740 --> 00:50:39,161
Tapi tekanan yang dikenakan pada badan
lima kali ganda lebih tinggi.

631
00:50:39,161 --> 00:50:42,164
Ia ibarat pedang bermata dua.

632
00:50:47,252 --> 00:50:50,172
Hei! Tengok belakang badannya!

633
00:50:50,756 --> 00:50:52,174
Tak mungkin...

634
00:50:52,174 --> 00:50:53,675
Belakang badannya

635
00:50:55,010 --> 00:50:57,929
terbentuk macam muka iblis!

636
00:50:59,264 --> 00:51:01,183
Nampaknya kita semakin hampir

637
00:51:02,059 --> 00:51:04,186
ke saat penentuan.

638
00:51:18,617 --> 00:51:19,451
<i>Inilah dia!</i>

639
00:51:20,243 --> 00:51:22,204
<i>Inilah yang aku mahukan.</i>

640
00:51:36,343 --> 00:51:38,512
Hebat betul perlawanan ini, bukan?

641
00:51:39,012 --> 00:51:39,846
Ya.

642
00:51:42,557 --> 00:51:46,186
Mereka saling menambah kemahiran
dalam usaha mencari kekuatan.

643
00:51:47,145 --> 00:51:47,979
Bagus!

644
00:51:49,564 --> 00:51:52,150
<i>Aku dah tahu!</i>

645
00:51:52,651 --> 00:51:58,490
<i>Aku dah tahu betapa seronoknya
semua orang yang pernah lawan kau.</i>

646
00:52:00,951 --> 00:52:01,993
<i>Ya.</i>

647
00:52:02,661 --> 00:52:06,373
<i>Aku rasa macam tengah lawan
semua orang yang aku pernah lawan.</i>

648
00:52:26,518 --> 00:52:28,979
Perasaan apakah ini?

649
00:52:32,732 --> 00:52:34,442
- Apa halnya?
- Dia datang.

650
00:52:35,110 --> 00:52:37,737
{\an8}Dia dah pun ada di sini!

651
00:52:46,830 --> 00:52:49,291
Gaya Niko, ya?

652
00:52:49,291 --> 00:52:51,751
Jadi, kau mewarisi teknik lelaki itu.

653
00:52:53,670 --> 00:52:56,047
Menarik. Biar aku ganti untuk lawan kau.

654
00:52:56,548 --> 00:52:57,507
Ayah...

655
00:52:57,507 --> 00:52:59,759
Kau kata "ayah"?

656
00:52:59,759 --> 00:53:02,220
Kami baru saja nak berseronok!

657
00:53:02,220 --> 00:53:04,514
Betul. Jadi, biarlah ayah ganti.

658
00:53:05,515 --> 00:53:06,391
Tak boleh!

659
00:53:07,434 --> 00:53:10,145
Ini pertarungan kami.

660
00:53:11,229 --> 00:53:12,898
Jangan masuk campur!

661
00:53:23,783 --> 00:53:24,910
Kau pun ada, ya?

662
00:53:28,747 --> 00:53:31,917
- Gensai...
- Kuroki!

663
00:53:33,043 --> 00:53:36,421
Jadi, kau rupanya dalang
di sebalik perasaan ini?

664
00:53:36,421 --> 00:53:37,797
Kuroki.

665
00:53:37,797 --> 00:53:42,677
Aku pun ada dengar khabar angin
tentang Tombak Syaitan itu.

666
00:53:42,677 --> 00:53:46,097
Siapa sangka kita akan lihat
dua lelaki yang telah capai

667
00:53:46,097 --> 00:53:49,684
evolusi terakhir kekuatan
bersemuka pada malam ini.

668
00:53:52,771 --> 00:53:57,692
Tak ada lawan lebih baik
untuk aku uji kemahiran tempur aku.

669
00:54:02,572 --> 00:54:05,909
- Jangan kacau kami!
- Jangan kacau kami!

670
00:54:09,996 --> 00:54:12,624
Kau takkan boleh tumbuk aku.

671
00:54:12,624 --> 00:54:15,377
Kau ingat kau setanding
dengan darah Hanma?

672
00:54:23,093 --> 00:54:25,387
Berhenti. Berhenti sekarang!

673
00:54:26,721 --> 00:54:30,141
Kamu berdua datang terlalu awal!

674
00:54:30,141 --> 00:54:35,480
Saya dah rancang untuk aturkan perlawanan
antara kamu berdua satu hari nanti!

675
00:54:35,480 --> 00:54:38,275
Habis rosak
pertandingan tiga perlawanan ini.

676
00:54:38,275 --> 00:54:41,653
Kamu kacau kami berseronok.

677
00:54:42,779 --> 00:54:45,657
Saya akan aturkan perlawanan
untuk kamu berdua.

678
00:54:46,783 --> 00:54:49,202
Jadi, tolong pergi sekarang.

679
00:54:56,126 --> 00:54:59,462
Baik, saya faham.

680
00:55:01,673 --> 00:55:03,174
Saya dah hilang minat.

681
00:55:07,429 --> 00:55:08,471
Maaflah

682
00:55:09,514 --> 00:55:11,057
kerana ayah aku buat hal.

683
00:55:12,183 --> 00:55:14,811
Baiklah. Mari kita sambung.

684
00:55:17,731 --> 00:55:20,317
Tak guna. Kau dah tahu, bukan?

685
00:55:24,654 --> 00:55:27,907
Kau pun tahu, bukan?
Tak payahlah buat muka kental.

686
00:55:34,914 --> 00:55:37,834
Aku tak sabar nak lawan kau lagi.

687
00:55:39,210 --> 00:55:40,086
Samalah.

688
00:55:44,758 --> 00:55:49,512
<i>Kami rasa perlawanan terakhir ini
mustahil untuk diteruskan.</i>

689
00:55:49,512 --> 00:55:51,348
<i>Anggap sajalah mereka seri.</i>

690
00:55:52,057 --> 00:55:53,141
<i>Maka, pertandingan</i>

691
00:55:53,141 --> 00:55:56,478
<i>antara arena tempur bawah tanah
dengan Pertubuhan Kengan</i>

692
00:55:56,478 --> 00:55:59,939
<i>tamat tanpa pemenang
selepas satu menang, kalah dan seri.</i>

693
00:55:59,939 --> 00:56:01,316
<i>Akhirnya,</i>

694
00:56:01,816 --> 00:56:06,112
<i>pemenang akan ditentukan
pada pertandingan akan datang.</i>

695
00:56:17,457 --> 00:56:21,878
Nampaknya gerak hati aku betul.

696
00:56:34,974 --> 00:56:37,644
Keadilan akan terbela!

697
00:56:54,619 --> 00:56:57,288
Laju lagi...

698
00:57:10,635 --> 00:57:13,638
Kau boleh tahan hebat, Baki.

699
00:57:51,134 --> 00:57:55,013
BAKI HANMA VS KENGAN ASHURA

700
00:59:36,281 --> 00:59:38,074
<i>Tiada apa-apa hendak dikatakan</i>

701
00:59:38,575 --> 00:59:40,285
<i>atau dibincangkan di sini.</i>

702
00:59:41,744 --> 00:59:45,915
<i>Namun, bagi pasangan
yang telah lama bertahan bersama,</i>

703
00:59:46,583 --> 00:59:49,586
<i>dua orang lelaki
yang bersemangat kental ini,</i>

704
00:59:49,586 --> 00:59:51,796
<i>ada perkara yang mereka saja faham.</i>

705
01:00:02,432 --> 01:00:03,891
{\an8}TAMAT

706
01:00:03,891 --> 01:00:06,311
{\an8}Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi



